Tuesday, January 10, 2012

imbasan 2011

2011 telah melabuhkan tirainya...yang tinggal kini adalah kenangan. Memori pahit, manis, masam dan masin kehidupan akan terus  melekat sebagai diari kehidupan. Sebelum berakhirnya 2011, saya berangan untuk  meng"capture" semula diari family. Dalam satu family besar...berbagai kisah dikongsikan....Gara2 cuti....semuanya tidak menepati KPI. Namun walaupun telah melewati Target..inilah rentetannya....

Jan 2011 Melangkah ke alam persekolahan sebenar buat  anakanda saudaraku  Aris Fathi dan cucunda Puteri Nureen Alya. Memilih sekolah berorentasikan agama yang menekankan pengajian Islam tanpa mengabaikan sukatan KPM. Saat menggembirakan memerhati gelagat awal persekolahan mereka. Begitu juga buat family kak Na dan Abg Zul yang mula berhijrah ke Lahad Datu, Sabah. Anak2 di ajaq menghayati anugerah alam dan memulakan sessi di sekolah baru yang serba lengkap walaupun jauh di bawah bayu.  Muhammad Shahmi di SMSains Lahad Datu dan adik2 di sekolah rendah dalam kawasan felda sahabat. Walaupun jauh di mata..namun dekat dihati. Dengan izin ALLAH juga, sempena cuti penggal 1,saya berkesempatan berkunjung ke negeri dibawah bayu ..subhanallah..indahnya nikmat ALLAH

ceria dan handsome dengan uniform baru

Jauh merantau luas pandangan.
 Bermula dgn demam panas berterusan,( 26 Julai 2011) kini Abdullah Ishaq, sedang bertarung dengan nikmat sakitnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di usia meniti 23 tahun kini  anak saudara saya ini Abdullah Ishak, bagai anak kecil yang perlu dibelai. Dengan diapit abg dan adik2yang lain, abang ngah(nama timangannya) terus mendapat sokongan mereka  Satu pujian diberikan jua, dia seorang yang tabah ...hari demi hari dinantikan perkembangan positifnya. Syukur, kini Abdullah @abg Ngah tak perlu tiup lagi untuk makan dan mampu menjalani fisioterapi. Dia juga berusaha untuk sihat.  Namun pemantauan dan sokongan amat-amat diperlukan. Rawatan moden, dan alternatif terus diberikan tanpa kecewa. Kita sedar ini adalah ujian dan pasti ada hikmahnya. Kepada semua yang telah memberikan sokongan dan semangat serta mendoakan Abdullah, bagi pihak family, saya ucapkan berbanyak terima kasih daun keladi dan jika boleh terus mendoakannya lagi. Selamat ulangtahun kelahiran abg Ngah pada 29 Disember tempuhari.
ceria dgn telatahnya dulu
Shunt : kekal selamanya..
go abang ngah goo....dont give up!
cube teka mana satu abg ngah?
  Pada 27 September 2011,jam 3.20 petang, kembalinya Zulkifli, anak saudara sulung kami. Seindah nama Nabi Zulkifli, begitu lah watak diwarisinya.  Meninggal disebabkan komplikasi paru-paru di usia menginjak 39 tahun. Terkesan dengan pemergian ini, ibunya turut menghadapi kemurungan namun syukur tidak berlanjutan. Seketika saya masih terbayang2 wajahnya sebulan sebelum dijemput ilahi. Dia lebih  mendiamkan diri dan derita sakitnya juga tak dikongsikan. Kini yang tinggal hanya pusaranya untuk dilewati. InsyaLLAH selagi ade hayat, setiap kali kepulangan saya di kg, pusara ayah pasti dikunjungi dan destinasi berikutnya adalah pusara mu anakandaku Allahyarham Zulkifli. Maafkan jika cu berkongsi ni... seketika kematianmu di maklumkan kepada sahabat di opis, mereka turut konfius....antara yang sakit dan yang di panggil ALLAH. Macam2 boleh berlaku dengan izin ALLAH. Perjanjianmu berakhir di sini, namun masa cu juga pasti tiba namun belum tahu bila dan di mana..Mudahan damai bersamamu nak..... AL FATIHAH
kami titipkan doa buatmu anak zul

Walau bagaimanapun, saya tak sempat menatap wajah terakhirnya. Kepulangan saya di kg melewati waktu pengkebumiannya. Hanya ALLAH yang merencana segala. Sehari sebelum itu (26 sept 2011) d'va ditimpa musibah. Satu pengalaman yang menarik tetapi pahit bagai jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tanpa kenderaan, tetiba anak saudara pula meninggal. Hanya bas yang menjadi kesinambungan namun ketepatan waktunya amatlah dikesali. D'va secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seekor( sebab besaq) EXORA hitam. Saya tidak menyalahkan Mimi (pemandu Exora), kerana segalanya telah tersurat. Namun saya terpaksa menerima kenyataan bahawa D'va kini tiada lagi sticker EZ dan ada kesan kemek kekal.  Nilai D'va telah jatuh namun saya harus memujuk hati menerima seadanya.. Maafkan saya ..   

mcam tak de apa2 berlaku kan....
selepas tragedi..
Kini: DON'T judge by it  cover..
  Penghujung musim cuti sekolah kali ini juga mencatatkan makna kedewasaan buat  anak-anak saudara saya. Muhammad Shahir yang berusia 9 tahun, Aris Fathi berusia 7 tahun dan Haziq 8 tahun telah selamat di khatankan secara laser di sebuah klinik di Baling. Manakala cucu saudara, Aufa Shauki 6 tahun  juga turut dikhatankan secara clamp di Klinik di Pendang. Macam-macam reaksi anak2 cucu dapat diperhatikan....Ada yang sakit dan ada yang tak dan begitu juga tempuh masa penyembuhan. Sekalung tahniah diucapkan anak-anak cucuku.....Bukan sahaja dah boleh sebaris dengan makmum lain,...tabungan juga meningkat...Bertuah ek...hikmahnya sakit ..ramai yg simpati....

Untuk melepaskan pemergian seorang ayah yang bakal bertugas di negara orang bukanlah satu  perkara mudah. Namun itulah satu  tuntutan. Bagi pihak family...saya mendoakan keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan buat anak saudara saya Rozaidi yang mula berangkat ke  Abu Dhabi mulai 23 disember. Tangisan anak2itulah pembakar dan satu motivasi buatnya. InsyaALLAH....kelak kepulanganmu di nanti dan diikuti dengan keluarga tercinta..Selamat bertugas di tempat baru dan jagalah diri dan agamamu sepanjang berada di bumi ALLAH ini. Carilah yang halal...pasti rezeki diberkati..Kami mendoakan kamu ....
keluarga bahagia ...di mana bb diney?
Kegembiraan dan rasa syukur berterusan atas kejayaan anak2 dalam peperiksaan juga tak berpenghujungnya. Kali ini catatan rekod terbaik buat anakanda Muhamad Husaini dan cucunda Anis Amira yang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam PMR dan UPSR. Syabas dan tahniah..mudahan menjadi contoh untuk generasi ku. Segalanya dengan izin ALLAH dan tiada kejayaan tanpa usaha. Walau bagaimana pun semangat dan sokongan akan terus diberikan kepada  semua anak cucu cicit. insyaALLAH. Mudahan warisan adalah generasi berilmu dan memanfaatkan ilmu

bercita-cita ke  Mesir
Tirai 2011 telah sempurna di tutup. Namun kisah2 kehidupan ini akan terus di simpan dalam memori kenangan. Mungkin ada yang tertinggal, itulah kelemahan saya namun apa yang dikongsikan ini sebahagian dari catatan yang sempat saya recall dan refresh dalam kekangan waktu yang amat sangat. Malam tahun baru lepas saya sempat raikan di Masjid Wilayah bersama anakanda Fatin Atiqah, sedikit sebanyak menyuntik semangat  meneruskan kesinambungan menjadi pendengar, pelajar, pemakmur yang mncintai ilmu dan beramal dengannya. InsyaALLAH. Dalam catatan ini, sekiranya ada yang kekurangan. ampun maaf jua di pinta dan yang baik itu dari ALLAH jua di ilhamkan. Mudahan kesinambungan kisah kehidupan akan bersambung di 2012.  Doakan kebaikan, kesihatan, kesembuhan, kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan bersama dalam meneruskan kehidupan ini. Terima kasih sahabat2 maya ku..

YA ALLAH , jadikan kami penghujungnya kebaikan dan kematian kami dengan husnul khatimah.
saya me

1 comment:

azlina 2 said...

assalamualaikum...
lama tak berkesemptan BW thn ni bertambah sbk dgn aleya yg bersek pagi sek keb dan ptg sek agama di sini tak ada sek orentasi...rasanya di selangor ada sebab sebab anak2nya semua sek orientasi msk pkl 8.00 sehingga 4 ptg..