Wednesday, June 3, 2009

rasa hati



“ Kalau free minggu ni baliklaa tenguk ayah,mak ”

Hmm… terkejut seketika bila terima sms ni ..mesti ade makna tersirat…mgg mcm nie la bila dok berjauhan ngn family… mcm2 rasa hati nie…

Balik kg. adalah jalan terbaik bagi menghilangkan lara yang terbuku. Saya balik dengan abang Nasir dan anakanda syaiful. Kepulangan kami seolah dinanti rupanya…hmm biasalah sehari sebelum itu kak aya/abg sir ada minta buat majlis bacaan yasin dan kenduri doa selamat di masjid kita . Walaupun ini kenduri yang kedua untuk abang Poll ke Mekah tetapi suasananya berbeza dengan di Shah Alam tempuhari. Syukurlah dapat juga nikmati nasi kenduri yang disimpan...

Ayah mcmne?
Beberapa hari sebelum ni ayah tak larat …tak lalu makan..tak bermaya jer…kaki pun mula lah membengkak( persis ghout) .khabarnya ayah jatuh kat masjid tapi biasala ayah tak mudah pasrah….usaha dan ikhtiar diteruskan, juga doa anak2cucu2 yang jauh dan dekat sentiasa mengiringi……Rawatan klinik dteruskan…

Terkini abg Mahadzir bawa ayah kat Putra Medical Centre. Utk rawatan lutut dan sewaktu dengannya. Sample darah turut diuji dan pakar memaklumkan bentuk rawatan iaitu memasukkan ubat via dripping utk tempuh 3 hari berturut2…( mulai hari Isnin-Khamis). Satu semangat yang tega dalam diri ayah ialah sentiasa positif. Alhamdulillah.Sms diterima drp kak Jah pagi tadi:

“ ayah nampak ceria, asar dan magrib kelmarin pi masjid tapi nak balik kenalah pimpin masuk kereta. Makan dah lalu dan doakan mg sihat utk beramal”

Syukurlah ada perkembangan memberangsangkan untuk ayah. Sabarlah ayah, doa anakanda muga ayah cepat sembuh, dapat beribadat dengan sempurna dan anakanda masih memerlukan doa dan restu ayah juga mak…
Rasulullah SAW bersabda: “ Iman itu bukan dengan angan-angan, bukan dengan cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal”
Terima Kasih ALLAH yang sentiasa mendengar rintihan dan doa hambanya yang khudus. Amin

Benarlah kata seorang teman, sakit itu penghapus dOsa. Semua org tak nak sakit tpi jika ditentukan sakit nak wt camne..trimalah dengan redza. Selagi hidup dan udara masih boleh dihirup, harapan masih lagi hidup. Kesilapan lalu bukannya alasan untuk berhenti, masa hadapan sedang menanti untuk kita perbaiki diri.Manusia yang terbaik, adalah manusia yang beruhasabah, dan melakukan koreksi.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian…” Surah Al-Asr ayat 1-2.

No comments: