Friday, June 26, 2009

harga yang harus dibayar


Kembali bekerja seusai “ketiadaan insan mulia yang disayangi” bagai makanan tanpa perisa. Perasaan kenyang menguasai diri saya lantas mengunci nafsu untuk makan,.Bukan tak lalu cuma kurang berselera.
Syukurlah rutin puasa isnin/khamis ditambah dengan sunat bulan rejab seolah-olah menemani hariku bekerja

“setiap yang hidup pasti merasai mati”
Merenung kembali kalimah talkin yang sudah melewati dua minggu mengiringi ayah pergi bagaikan semalam ianya berlaku. Mengingati 5 perkara sebelum kedatangannya memaksa diri untuk muhasabah sejauh mana saya memanfaatkan kehidupan ini. Dimanakah pengorbanan saya untuk emak yang mengharapkan sokongan dan perhatian anak2 kini? Setelah hampir 63 tahun bersama ayah,pastinya tercatat rasa rindu dan kesepian yang harus diisi bersandarkan agama. Mak kini dah boleh baca ALQuran ( sejak 3 hari pertama ketiadaan ayah mak tak boleh baca Alquran apatah lagi Yasin kerana dirinya akan menangis dan belum bersedia) > Walaupun begitu anak2, cucu2 sentiasa dan sentiasa mendoakan dan membacakan alquran untuk ayah samada di rumah, masjid atau di makam ayah sepanjang berada di kampong ketika itu.

Saya akui mak seorang wanita tabah. Air mata mak hanya jatuh seketika disaat ayah di penghujung hayat. Mak tidak menangis malah masih sedia menerima tetamu yang hadir mengucap salam takziah dan melihat ayah buat kali terakhir dan paling terkasima bila melihat mak yang membantu mencelakkan kening almarhum ayah. Setia dan pengorbanan sang isteri hingga ke akhir hayat. Bertuahlah mak dan ayah saling melengkapkan.Paksu pula menulis kalimah “lailaha illah” di dahi ayah sebagai lambang pengakuan “Tiada tuhan disembah melainkan ALLAH”…..Apa kita kita pada mayat ini- …..”BAHAGIA! BAHAGIA! BAHAGIA! ( terima kasih kak Nab-kakak iparku)

Minggu ni jg ada kenduri tahlil untuk ayah. Dlm ruang waktu yang ada saya mengambil keputusan untuk bersama2 di kampong. Balik boleh ziarah makam ayah juga boleh khidmat untuk mak. Mungkin semalam saya bagaikan lupa menghargai mak dan tersayang tapi kini saya mengerti erti kehilangan orang yang kita sayang. Mereka tidak meminta tapi gerak bahasa serta harapan dalam doa mereka adalah jawapan kepada kehidupan kita kini .
Ayah----saya hargai nilai kasih sayang dan pengorbananmu
Mak-----saya menghargai nilai pengorbanan dan kasih sayangmu..
Mak, ayah….maafkan saya

Paksu masih dengan rutin hariannya membaca Al quran di makam ayah….Semuga berbahagialah ayah dengan waris yang ditinggalkan. Saya yakin anak2 ayah yang lain juga pasti membuat rutin yang sama cuma berbeza keadaan…teruskan kakak2, abang2 dan saya sendiri. Insya ALLAH lepas ni kita boleh sama2 khatam ALQuran utk ayah lagi.

Saya juga mengucapkan terimakasih semua teman2 di BTP, RTM, adik2 bekas pelajar UMS, UITM,politeknik s/alam/perlis,kolej komuniti,USIM yang melahirkan rasa simpati, takziah dan mendoakan almarhum ayah. Tiada terkecuali juga mohon diampun atas kecuaian diri kerana kerana saya tak mampu menjadi kakak yang trbaik buat adikku norhayati..maafkan cu ,memang cu tak sedar kerana kekusutan diri ini belum terlerai sepenuhnya dan cu hargai kata2 motivati bersandarkan agama yang diberikan selama ini. Semuga kesilapan dan kesalahan terampun sebelum mata ini tertutup rapat .
TERIMA KASIH dan ALFATIHAH BUAT AYAH

Jom balik kampong

Chu-1712
26062009

No comments: