Tuesday, June 17, 2025

Tragedi UPSI:Takdir Allah terindah


Bas itu…
Sepatutnya dipandu oleh abahnya
Tapi malam tu, abahnya tak dapat bawa, sebab kena hantar anak-anak ke KL. 

Maka digantikan dengan pemandu lori yang baru sahaja masuk jadi driver gantian.

Dan malam itu…
Bas itu terbalik.

Di tempat  lain pula, ada seorang pelajar , yang terlambat 10 minit .
Lalu pada malam itu, bas pun berlalu pergi tanpa dia.

Mungkin masa tu dia menangis. 
Rasa kecewa. 
Rasa terkilan sebab tak sempat naik.

Tapi siapa sangka…
10 minit itu sebenarnya yang menyelamatkan nyawa dia.

Bila kita renung balik , kita nampak betapa semua ini bukan kebetulan.

Allah yang atur setiap detik.
Setiap siapa yang naik, siapa yang tak sempat.
Siapa yang bawa, dan siapa yang tak jadi bawa.

Hinggakan siapa yang duduk seat kiri, siapa duduk seat kanan, siapa duduk depan, siapa duduk belakang juga memberi kesan berbeza pada impact pelanggaran.

Namun… ini bukan bermakna mereka yang pergi itu tidak bernasib baik.
Sama sekali tidak.

Sebenarnya, Allah telah pilih mereka.
Kerana itulah hari yang Allah sudah tetapkan sebagai hari pulang mereka.

Hari yang sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz bahkan sebelum mereka dilahirkan lagi.

Dan mungkin…
Mereka lah yang pergi dalam keadaan paling tenang.

Ada yang sedang tidur.
Ada yang tidak sempat rasa sakit.

Pulang di usia muda, lalu terselamat dari fitnah dan godaan dunia yang semakin dahsyat ini.

Mungkin itulah sebaik-baik penutup untuk mereka.
Suci. Redha. Terpelihara.

Dan pada pemandu bas gantian malam itu, pasti ada trauma yang menghimpit. 

Mungkin ada teguran dari Tuhan bukan untuk dia semata tapi untuk kita semua pengguna jalan raya yang kadang juga leka atau memandu sesedap rasa.

Dan abah yang sepatutnya bawa, pasti kerana  belum masa dia.
Allah masih beri peluang untuk menambah amal, menebus dosa, dan terus memberi kasih kepada keluarga.

Inilah Qada’ dan Qadar..
Rukun Iman keenam yang kita harus percaya…

Setiap orang yang pergi, yang tinggal, yang tertinggal, semuanya sedang berada dalam takdir terbaik yang Allah pilih untuk mereka.

Ya Allah…
Ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi.
Dan kuatkan hati semua keluarga yang sedang merawat luka.

Dunia cuma tempat singgah… 
Bukan tempat tinggal, tapi hamparan mengumpul amal.

#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.
#UPSIMalaysia
CnP

Korban 2025 @India



Alhamdulillah
Sempurna korban 2025
India jadi pilihan
Di hari raya ke 3

terima kasih adzan

Sunday, June 8, 2025

nahas UPSI

 9/6/2025, 0100 am

tragedi kemalangan bas mengejutkan

seramai 15 penumpang mati dan beberapa orang lagi cedera

mereka adalah para pelajar UPSI yang sedang pulang ke UPSi seleps cuti raya korban


benarlah

kita sering diekori dengan kematian

apa yang belaku hanyalah asbab musabab

yang pasti janji ALLAh itu benar

dan setiap kita akan merasai mati.


wallhu aklam


Tuesday, June 3, 2025

Elly 1205_2025


                                                         
                                                terima kasih elly 

Dia nak bagi juga, katanya mana aci jamu kek saja. Kita makan bersama pastu habis gitu shaja.

nah...ini untuk akak
sebakui 
Kali ni bertakhta bunga orkid dan koleksi foto 
sentuhan jemari yang tersusun atur
MasyaAllah tabarokallah... 
kreatifnya 

tapi kak sebenarnya saya nak beri ini
hah apa lagi???

adalahh...

Terima kasih adikku elly 
Agaknya selagi blm berakhir Mei, selagi itu belum berakhir dirai. SEDANGKAN KITA ni sama bulan kan.. JARAK cuma seminggu  elly 6.5.




***
Simpulan kisah
1305
Strategik Alina menjadi, mengajak saya makan petang  kat luar sekejap. Dijemputnya elly kunun nak join. Seketika dalam Mazda X5 tu dah ada aisya adik manis yang pandai memasak. meluncur pula ke Wisma TV, wanie turut serta.
Saya berpesan berkali-kali, cukup kawasan sekitar pejabat sahaja kerana saya sedang bekerja  dan keluar makan dengan izin bos saya. 


Makan besar dengan duta abu dhabi di Restoran Khan. Roti nan cicah dengan masakan kambing massalla sangat sedap dan enak sekali. Macam2 cerita hinggap di telinga bila sesekali bertemu.
Seketika, ruang yang luas dihiasi dengan lagu Happy Birthday dan kek bertatah kasih dibawa masuk dan diletakkan di depan mata. 

terharu dan tergejut
dalam kesibukan
mereka masih anjakan masa
untuk meraikan hari kelahiran saya
TERIMA KASIH ALLAH

pinjamkan usia saya lagi
untuk disyukuri bersama sahabat semua.
TERIMA KASIH ALLAH
hadirkan sahabat yang baik
mereka ada untuk kita bersama

terima kasih kepada Alina, Wanie, Aisya, dan Elly
1305 kita cipta bahagia bersama
  

Langitkan doa

Semakin sedikitnya doa yang kita langitkan, pertanda semakin sedikitnya pula kita bergantung pada DIA. Biasakan berdoa pada semua keperluan dan urusan, agar DIA sayang dan cinta.

Bukankah seseorang yang cinta dan sayang itu pasti akan memberikan segalanya untuk yang dicintai? Apatah lagi ALLAH, pemilik dunia dan isinya.

 credit Foto : shahmi

Tentang kakaku SITI KHADIJAH

Ketika kakakku masih bersama lagi, kami menyaksikan sendiri bagaimana anak2 melayannya dengan penuh sopan.  Mencukupkan keperluan semasanya. Tone suara yang rendah dan mengiyakan apa kehendak kakak. Anak-anak bergilir mengurusnya dan tidak membiarkan bonda mereka sendirian. Setiap langkah bonda pasti akan diekori supaya selamat. Apabila  ujian sakit dan memerlukan rawatan, mereka jugalah yang akan menemaninya. Memastikan apa yang bonda makan dan minum bersih dan cukup zatnya.

Terima kasih along, anak sulung yang paling rapat dengan kakakku. Along bijak berbagi waktu diantara tanggungjwapnya di sekolah dan rumah juga melayan almarhumah bonda dan ayahandanya. Terkadang makan minum dan tidurnya di ketepikan bagi memberi keselesaan pada syurga hatinya. Along melayan bonda dengan penuh kasih sayang. Hatta satu hari tu, saya meminta along, ketipkan kuku ibu tika ibunya sedang tidur. TAPI along tak nak sebab menggangu ibu tidur dan takut sakit jika terkepit isi kuku.  Allah mulianya along. Along meminta izin dulu baru dia memulakan ketip kuku semasa ibunya telah bangun. 

Bang Ngah@Don anak soleh yang kehadapan mengimami solat jenazah bonda tempuhari. Don(Ahmad Husaini) adalah panggilan manja saya kepadanya  mengambil ibrah dari zikir marhaban yg sering almarhum ayah lantunkan ketika melayan mereka waktu kecil. Muhamadon..ya nur aini.. 

 Hati mana tak remuk bila bonda yang ditatang diundang di awal pagi tanpa diduga. Saya menyaksikan sendiri bagaimana tenaga mudanya menggunakan kekuatan fizikal untuk mengurus bonda. Dia akan mengendung bonda dengan penuh kasih sayang. Dia jugalah yang menjadi orang tengah atau jurubicara bila berurusan dengan doktor. Bak kata don pada saya, chu kesiannya don tengok masa doktor nak pasang tiub melalui hidung ibu... Sakit dan lebih dua kali tak boleh. Ibu pun mcm sakit sangat  tapi apa yg keluar dari mulutnya ketika menahan sakit  Don cuba memberi teka teki pada saya. 

 ALLAH 
LAILAHA ILLAH
ALLAHUMA SALLY ALA MUHAMMAD

Kak...mengajar daku
tatkala sakit, bukan beradoi, bukan menyalahkan 
tapi membenarkan yang ini juga qada ALLAH
untuk membaiki dosa dan pahala kita
kerana kita adalah manusia yang paling lmah dan sentiasa berbolak balik iman.
wallahu aklam

Thursday, April 3, 2025

Tasbih Cinta SKM


 Cu  ibu pernah berkata, 
"Jika ibu tak pegang  tasbih dah, itu petanda ibu nak mati." kata  along secara tiba-tiba apabila saya melangkah masuk ke bilik almarhumah kakak.

Along anak sulung yang telah sempurna menemani dan menjaga ibunya selama kakak  saya tak sihat.

Butiran ayat ni keluar ketika saya menyusun beberapa utas tasbih milik almarhumah kakak dibiliknya. Ketika itu, saya baru nak cakap, along, tasbih ni hidup dengan cara penggunaaanya. Tapi yang keluar dari mulut saya ialah... ALLAH. Rupanya ibu bagai mengetahui petandanya.
Benarlah apa yang almarhumah kata. sedihnya along....along menggangguk setuju.

Cukuplah tasbih cinta ni mempunyai nilainya tersendiri. Menjadi saksi bukan sekadar dipintal tapi ribuan bahkan jutaan tasbih diulang sebut kerana Allah. Ada beberapa tasbih digunakan.. Tapi saya tak amik fotonya pula... 

Yang pastinya amalan akk saya selain zikir dan tasbih adalah berselawat. Tiap utas biji tasbih ada zikir  tertentu. 
Allah... Kakak dah tunjuk perkara baik untuk kami lihat dan beramal juga

Al Fatihah
16/1/2025 :selamat jalan kakak. 


Monday, February 17, 2025

Apa dah jadi



jamban terakhir 
inilah jamban yang disediakan ayah yang akhirnya dilupuskan.

Monday, February 10, 2025

Pisang 3 butir



Pesan abang nombor dua dalam Familyku, abg mat.
Cu, nak balik satgi boleh la ambik pisang setandan yg dah tua depan umah Kak Jah tu. 
Saya:ye ke.. Dah tua? 
Abg Mat: ye, ambik bawa balik. Dua tiga hari boleh makan dah. Tak de sapa nak buat cucuq pisang dah

Sebak juga, ayat abang ku yang tergantung ni. Ialah, masa tu baru dua hari kekandaku di jemput Allah. Seperti lazimnya, pokok2  pisang tu almarhumah kanda yang tanam dan menghijau di kawasan rumah. 

 BERMULANYA pokok pisang ditanampun apabila almarhumah emak yang menyuruh abang Mat bawa benih anak pisang untuk ditanam. Abg pun menanamnya di laman rumah mak. Menjadi-menjadi pula buah dan tunas pokok pisang ni. Maka, 
Kakakpun mula mengubah anak2 pokok pisang di kawasan yang lebih luas.

Berbudi pada tanah, hasilnya tak mengecewakan. Setandan demi setandan berbuah dan ramai yang dapat merasainya. Kawan kawan  baik  saya seperti amiy, ezza, elly dan rakan di pejabat juga pernah merasainya. Kadang kakak beri buah pisang tua kepada jemaah masjid dan kerap juga dibuat cucuq dan dimakan bersama rakan jemaah muslimat masjid.

Kini... 
Saya pun akur arahan abang. Yang mengharukan, memasuki laman rumah kakak bertempiaran kera-kera melarikan diri. Ya Allah.... Rupa-rupanya kera kera liar telah sambaq dulu setandan pisang nie. Habih direlai dan dimakannya. Yang tinggal hanya 3 biji pisang dari setandan yang telah diragut mereka

Nah.... Inilah hasilnya.. 
Kita bawa balik dan betapa sayunya menikmati sebiji dua pisang kali ni. Pisang ooo pisang...

Monday, February 3, 2025

Hari ke 21


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم     

Daripada Abu Hurairah R.Anhu katanya, Rasulullah ﷺ telah bersabda :

"Jika Anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak yang Soleh yang berdoa kepadanya."
(HR Muslim)

🌹🌹🌹
Hadis ni memberi makna mendalam buat saya apabila mengiringi sebuah kematian. 
Benarlah mati itu memutuskan kita dengan orang yang kita sayang, pada orang yang kita rindu yang mempunyai talian kasih yang mendalam.

Perginya kakak saya pada awal pagi 16 Rejab tempuhari...

🌹Seorang mantan pendidik, yang mempunyai ramai pelajarnya. Dah tentu ada ilmu yang bermanfaat yang di curahkannya setelah berpuluh tahun berkhidmat. Malah saya juga pernah belajar  daripadanya ketika darjah 5 dan tingkatan 2.

🌹Menghulur dan mewakaf wang untuk kebaikan sudah serasi dengannya. Jika  dimaklumkan pastinya beliau akan pm tepi, kak nak bagi juga ni. Boleh ka? 

Bagi penyerahan sedekah dan zakat  pula, almarhumah kakak berikan sendiri pada asnaf di kampung sebelah tanpa putus. Ini juga adalah sumbangan peribadinya. Saya katakan begini sebab saya pernah mengikutnya berkongsi rezeki. ALLAHU. permurahnya kan kakakku

🌹Asas agama yg dibekalkan kepada anak2nya melalui ilmu juga memberi saham akhiratnya. Anak2 soleh mengiringinya di dunia hingga akhirat. 

Anak2 dipasak  di sekolah agama sama ada di sekolah rendah, menengah dan University menampakkan akibatnya. Anak soleh cetakan family yang berpegang pada agama. Alhamdulillah. Anak2 yang sentiasa membantu, memudahcara dan menyediakan keperluan secukupnya untuk bonda mereka. Saya turut menzahirkan syukur menyaksikan anak2 saudara yang membesar didepan mata boleh memikul tanggungjwab menjaga ayahanda dan almarhum bonda mereka.  Along, abgngah@don, baem dan dida.. Anak2 yang setia dan memberi semangat berterusan hinggalah akhir hayat bonda mereka. Teruskanlah anak2 soleh/solehah kakakku membuat kebajikan yang menjadi saham berterusan. 

Betapa bahagia juga kakak pulang ke pangkuan ilahi dengan reda dan restu suami. Akak telah menyempurnakan tugasnya mengurus suami dan merawatnya hingga sihat. Suami mengiringi jenazah kakak hingga ke tanah perkuburan.

Tenang dan damailah kakak di sana. Semoga roh akak dimasukkan dikalangan solehin dan diampuni Allah atas segala dosanya selama ni. 
Diluaskan kuburnya dan bercahaya hingga akhirat. Insya Alllah. 

Moralnya:
Biarpun tiada lagi doa daripada seorang bonda tapi ilmu dan amal yang ditinggalkan amat sempurna buat anak2 saudaraku.
 
Tiga perkara yang dicemburi apabila matinya anak adam telah menjadi milik almarhumah kakakku. Tiada harta yang berharga dan bernilai yang dibekalnya melainkan 3 perkara tersebut. Anak2 akan terus mendoakan almarhumah bonda mereka. Saya sebagai adik juga akan turut mendoa dan buat kebaikan utk mu kakakku.
Segala ilmu dan amalan yang telah dilakukannya selama ini menjadi contoh terbaik untuk kami semua. Apa yang kami nampak daripada susuk tubuh seorang kakak bernama Siti Khadijah adalah kebaikannya dan tak pernah berubah riak muka walaupun letih mengurus rumah tangga. Wallahi... Inilah kakakku yang banyak mencurah kasih buat ku selama ni. Melayanku selama ini... Terima kasih kakak atas segalanya. Ku amat hargai dan ku amat terkesan dengan pemergianmu di hari dan bulan yg baik. Saya belum puas berbakti kepadanya. 

Al fatihah 

        Solati bonda tersayang

Hari ke 21. 
6/2/2025
Khamis ke 3

Singgah


Seketika
Sudah cukup 
Untuk dikenang


Friday, January 31, 2025

Celaru

Terkadang
Tersadung
Dirundung malang

Ya Allah bekalkan daku kesabaran dan tingkatkan rezkiku agar dapat ku beri dan beri lagi tanpa rasa menyayanginya 

Ya Allah
Berikan daku ketenangan
Yang ada di tangan kita belum tentu rezki kita.. 
Yang di tangan orang dah tentu bukan milik kita

Bersabarlah duhai diri
Bukan semua kita punya
Tapi milik Allah yang punya


Wednesday, January 29, 2025

15 hari yang lalu

Dengan Cuaca yang amat tenang
Awan bagai memahami
Ada rasa yang lara 

15 hari lalu, 
Saya menerima panggilan keramat di awal pagi. 

Assalamualaikum. 
Cu.. nak bagi tau ni 
 kak jah nazak
Pendek dan ringkas panggilan diterima ini. TETAPI mengandungi 1001 persoalan buat adik mu ini. APAKAH benar panggilan ni. Adakah daku sedang bermimpi... Kerna baru terlelap selepas balik  dari kerja. 

Saya bingkas bangun, mandi dan solat. Saya pun tak pasti samada tahajud atau hajat sujud saya pagi tu. Yang pasti saya tafakur dan serah pada Allah apakah jawapan terbaik dari benak persoalan saya ni. Benar pada minggu itu , hati saya macam tak tenteram dan berdebar-debar apatah lagi  jika panggilan dari kampung. 
Panggilan masuk dan saya membiarkan seketika untuk memberi fokus pada  munajat pagi.. 

Allah..... Abg nasir yang sedang berada di Mekah menghubungi saya. Saya kelu dan suara dia pun tak jelas. Seketika  kemudian abang Zul pula menghubungi.. 
Cu  tau dak lagi.. Kak Jah takdak. dlam Pukul 3. 30am. ALLAH U.. kelu... 

Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Darinya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

Bingkas bangun dan capai kunci kereta.. Hantar wassap pada anak2 buah dan ajak mereka pulang sekali. 



Pagi yang tenang
Tapi hati berkocak pelbagai rasa
Ada kesal 
Redza
Pasrah
Sabar
Hidup bersahabat dengan mati
Mati itu berpisah selamanya
Kini saya dah tak dak kakak yang banyak membantu saya. Dialah kakak yang tak pernah penat melayan ragam saya selama ni. Terima kasih kakakku Hjah siti Khadijah 

YA Allah muliakan almarhumah kakakku sepertimana dia suka memuliakan keluarga dan orang lain. Tempatkannya bersama Kalangan solihin

30/1/2025
Khamis.


Air mata rindu

Apabila nama kakak di tulis, di sebut, auto airmata mengalir deras membasahi pipi. 

Mana mungkin saya menidakkan doa buat kakak.. 
Tapi tiap doa disusuli dengan air mata. Saya bukan tak merelakan. Cuma pemergiaan kakak amat mengejutkan dan sukar di percayai.. 


Ya Allah.. 
Ampunilah kakakku juga emak dan ayah di sana. Muliakan tenpat istirehat mereka dan temukan kami di syurga firdaus  

Rindu kepada kebaikan mu kakakku almarhumah Siti Khadijah


29/1/2025

           




Monday, January 27, 2025

Di balik kehilanganmu

Pernahkah kalian tahu
Karpet yang ada di ruang tamu
Blanket yang ada di bilik
Senduk kayu di dapur
Bahkan pagar gril keselamatan di rumah ini

Semuanya atas ehsan almarhum kakakku
Betapa baiknya kakak
Beri tanpa di minta

"Dik.. 
Ambillah duit ni untuk guna pindah rumah di casa tu." Kebetulan masa itu dia menghulur seketul duit dalam sampul surat ketika menghantar  saya untuk menaiki bas ke kuala lumpur. 


Sebelum itu saya ada berbincang dengannya  yang melibatkan kontraktor dan kos  memasang kabenet dapur dan sinki. Jika dipasang gril utk semua tingkap dalam rumah Kos dalam rm 9k.

Tetapi kakak kata, Alang2 dah buat tu, gunakanlah duit kak bagi tu. Nanti dapat juga pahala kak. Saya terima duit kakak sebanyak rm5K pada masa itu.  Jazakillah khyr kakakku

Hari ni 😢❤️ setelah 14 hari kakak diundang Allah, barulah saya sedar, kakak saya meninggalkan kenangan demi kenangan yg boleh meraih pahala buatnya juga. 


Seketika sujud saya di lantai Karpetnya... ALLAH kak... Saya bersaksi..Saya menggunakan pemberiannya hari ni.  Kakak sahammu sedang meluncur keatas. 

Seketika di dapur, sodek kayu pokok lemuni hasil buatan tanganmu ku guna....Pokok lemuni ini ditanam oleh almarhum ayah didepan rumah. Selain daunnya kakak gunakan untuk ulam dan nasi lemuni, batangnya pula akak potong kecik- kecik dan membentuk sodek kayu dan diberikan kepada saudara terdekat. Terima kasih kakakku 

Ruang kecil rumah saya mengandungi kenangan tersendiri. Pasal duit ringgit kakakku tak pernah berkira. Bahkan dia lebih suka memberi dari menerima. 



Kakak selalu cakap, cu bawa balik itu ini dan letak di rumah cu lah.. Nanti anak2 p sana boleh guna...rumah chu kan ramai singgah .. Cu bawa balik lah pisang2 ni, berbagi kat kawan2.. Pahala tanam tanah ayah emak kita... 

Selaku adik yang mengalah, jarang saya meninggi suara padanya.  Saya lebih akur dan kakak pula tidak mengarah.. 

Sesungguhnya hari ni, saya merasai kehilangan itu.. Saya tiada tempat untuk berkongsi cerita dan hilang pendengar sejati. Saya janji.. Selagi hayat masih ada, pasti ada saham yang akan mengalir untukmu almarhumah kakakku, siti Khadijah.  Tenang dan damailah kakakku di sana dan kurniakan tempat tertinggi disyurga firdaus kelak. 

Ya Allah 
Ampunilah emak dan ayah 
Ampunilah kakakku siti khadijah
Ampuni keluarga besar kami dan Ummat nabi muhammad 
Semoga Allah makbulkan segala doa dan hajatku. 


28/1/2025