Dengan Cuaca yang amat tenang
Awan bagai memahami
Ada rasa yang lara
15 hari lalu,
Saya menerima panggilan keramat di awal pagi.
Assalamualaikum.
Cu.. nak bagi tau ni
kak jah nazak
Pendek dan ringkas panggilan diterima ini. TETAPI mengandungi 1001 persoalan buat adik mu ini. APAKAH benar panggilan ni. Adakah daku sedang bermimpi... Kerna baru terlelap selepas balik dari kerja.
Saya bingkas bangun, mandi dan solat. Saya pun tak pasti samada tahajud atau hajat sujud saya pagi tu. Yang pasti saya tafakur dan serah pada Allah apakah jawapan terbaik dari benak persoalan saya ni. Benar pada minggu itu , hati saya macam tak tenteram dan berdebar-debar apatah lagi jika panggilan dari kampung.
Panggilan masuk dan saya membiarkan seketika untuk memberi fokus pada munajat pagi..
Allah..... Abg nasir yang sedang berada di Mekah menghubungi saya. Saya kelu dan suara dia pun tak jelas. Seketika kemudian abang Zul pula menghubungi..
Cu tau dak lagi.. Kak Jah takdak. dlam Pukul 3. 30am. ALLAH U.. kelu...
Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Darinya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Bingkas bangun dan capai kunci kereta.. Hantar wassap pada anak2 buah dan ajak mereka pulang sekali.
Pagi yang tenang
Tapi hati berkocak pelbagai rasa
Ada kesal
Redza
Pasrah
Sabar
Hidup bersahabat dengan mati
Mati itu berpisah selamanya
Kini saya dah tak dak kakak yang banyak membantu saya. Dialah kakak yang tak pernah penat melayan ragam saya selama ni. Terima kasih kakakku Hjah siti Khadijah
YA Allah muliakan almarhumah kakakku sepertimana dia suka memuliakan keluarga dan orang lain. Tempatkannya bersama Kalangan solihin
30/1/2025
Khamis.

3 comments:
Aamiin
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Aaaminnn. Terima kasih tuan
Semoga arwah ibu, Allah tempatkan bersama org2 beriman. Al fatihah..
Post a Comment