Monday, February 3, 2025

Hari ke 21


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم     

Daripada Abu Hurairah R.Anhu katanya, Rasulullah ﷺ telah bersabda :

"Jika Anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak yang Soleh yang berdoa kepadanya."
(HR Muslim)

🌹🌹🌹
Hadis ni memberi makna mendalam buat saya apabila mengiringi sebuah kematian. 
Benarlah mati itu memutuskan kita dengan orang yang kita sayang, pada orang yang kita rindu yang mempunyai talian kasih yang mendalam.

Perginya kakak saya pada awal pagi 16 Rejab tempuhari...

🌹Seorang mantan pendidik, yang mempunyai ramai pelajarnya. Dah tentu ada ilmu yang bermanfaat yang di curahkannya setelah berpuluh tahun berkhidmat. Malah saya juga pernah belajar  daripadanya ketika darjah 5 dan tingkatan 2.

🌹Menghulur dan mewakaf wang untuk kebaikan sudah serasi dengannya. Jika  dimaklumkan pastinya beliau akan pm tepi, kak nak bagi juga ni. Boleh ka? 

Bagi penyerahan sedekah dan zakat  pula, almarhumah kakak berikan sendiri pada asnaf di kampung sebelah tanpa putus. Ini juga adalah sumbangan peribadinya. Saya katakan begini sebab saya pernah mengikutnya berkongsi rezeki. ALLAHU. permurahnya kan kakakku

🌹Asas agama yg dibekalkan kepada anak2nya melalui ilmu juga memberi saham akhiratnya. Anak2 soleh mengiringinya di dunia hingga akhirat. 

Anak2 dipasak  di sekolah agama sama ada di sekolah rendah, menengah dan University menampakkan akibatnya. Anak soleh cetakan family yang berpegang pada agama. Alhamdulillah. Anak2 yang sentiasa membantu, memudahcara dan menyediakan keperluan secukupnya untuk bonda mereka. Saya turut menzahirkan syukur menyaksikan anak2 saudara yang membesar didepan mata boleh memikul tanggungjwab menjaga ayahanda dan almarhum bonda mereka.  Along, abgngah@don, baem dan dida.. Anak2 yang setia dan memberi semangat berterusan hinggalah akhir hayat bonda mereka. Teruskanlah anak2 soleh/solehah kakakku membuat kebajikan yang menjadi saham berterusan. 

Betapa bahagia juga kakak pulang ke pangkuan ilahi dengan reda dan restu suami. Akak telah menyempurnakan tugasnya mengurus suami dan merawatnya hingga sihat. Suami mengiringi jenazah kakak hingga ke tanah perkuburan.

Tenang dan damailah kakak di sana. Semoga roh akak dimasukkan dikalangan solehin dan diampuni Allah atas segala dosanya selama ni. 
Diluaskan kuburnya dan bercahaya hingga akhirat. Insya Alllah. 

Moralnya:
Biarpun tiada lagi doa daripada seorang bonda tapi ilmu dan amal yang ditinggalkan amat sempurna buat anak2 saudaraku.
 
Tiga perkara yang dicemburi apabila matinya anak adam telah menjadi milik almarhumah kakakku. Tiada harta yang berharga dan bernilai yang dibekalnya melainkan 3 perkara tersebut. Anak2 akan terus mendoakan almarhumah bonda mereka. Saya sebagai adik juga akan turut mendoa dan buat kebaikan utk mu kakakku.
Segala ilmu dan amalan yang telah dilakukannya selama ini menjadi contoh terbaik untuk kami semua. Apa yang kami nampak daripada susuk tubuh seorang kakak bernama Siti Khadijah adalah kebaikannya dan tak pernah berubah riak muka walaupun letih mengurus rumah tangga. Wallahi... Inilah kakakku yang banyak mencurah kasih buat ku selama ni. Melayanku selama ini... Terima kasih kakak atas segalanya. Ku amat hargai dan ku amat terkesan dengan pemergianmu di hari dan bulan yg baik. Saya belum puas berbakti kepadanya. 

Al fatihah 

        Solati bonda tersayang

Hari ke 21. 
6/2/2025
Khamis ke 3

No comments: