Dia nak bagi juga, katanya mana aci jamu kek saja. Kita makan bersama pastu habis gitu shaja.
nah...ini untuk akak
sebakui
Kali ni bertakhta bunga orkid dan koleksi foto
sentuhan jemari yang tersusun atur
MasyaAllah tabarokallah...
kreatifnya
tapi kak sebenarnya saya nak beri ini
hah apa lagi???
adalahh...
Terima kasih adikku elly
Agaknya selagi blm berakhir Mei, selagi itu belum berakhir dirai. SEDANGKAN KITA ni sama bulan kan.. JARAK cuma seminggu elly 6.5.
***
Simpulan kisah
1305
Strategik Alina menjadi, mengajak saya makan petang kat luar sekejap. Dijemputnya elly kunun nak join. Seketika dalam Mazda X5 tu dah ada aisya adik manis yang pandai memasak. meluncur pula ke Wisma TV, wanie turut serta.
Saya berpesan berkali-kali, cukup kawasan sekitar pejabat sahaja kerana saya sedang bekerja dan keluar makan dengan izin bos saya.
Makan besar dengan duta abu dhabi di Restoran Khan. Roti nan cicah dengan masakan kambing massalla sangat sedap dan enak sekali. Macam2 cerita hinggap di telinga bila sesekali bertemu.
Seketika, ruang yang luas dihiasi dengan lagu Happy Birthday dan kek bertatah kasih dibawa masuk dan diletakkan di depan mata.
terharu dan tergejut
dalam kesibukan
mereka masih anjakan masa
untuk meraikan hari kelahiran saya
TERIMA KASIH ALLAH
pinjamkan usia saya lagi
untuk disyukuri bersama sahabat semua.
TERIMA KASIH ALLAH
hadirkan sahabat yang baik
mereka ada untuk kita bersama
terima kasih kepada Alina, Wanie, Aisya, dan Elly
1305 kita cipta bahagia bersama

No comments:
Post a Comment