Thursday, April 3, 2025

Tasbih Cinta SKM


 Cu  ibu pernah berkata, 
"Jika ibu tak pegang  tasbih dah, itu petanda ibu nak mati." kata  along secara tiba-tiba apabila saya melangkah masuk ke bilik almarhumah kakak.

Along anak sulung yang telah sempurna menemani dan menjaga ibunya selama kakak  saya tak sihat.

Butiran ayat ni keluar ketika saya menyusun beberapa utas tasbih milik almarhumah kakak dibiliknya. Ketika itu, saya baru nak cakap, along, tasbih ni hidup dengan cara penggunaaanya. Tapi yang keluar dari mulut saya ialah... ALLAH. Rupanya ibu bagai mengetahui petandanya.
Benarlah apa yang almarhumah kata. sedihnya along....along menggangguk setuju.

Cukuplah tasbih cinta ni mempunyai nilainya tersendiri. Menjadi saksi bukan sekadar dipintal tapi ribuan bahkan jutaan tasbih diulang sebut kerana Allah. Ada beberapa tasbih digunakan.. Tapi saya tak amik fotonya pula... 

Yang pastinya amalan akk saya selain zikir dan tasbih adalah berselawat. Tiap utas biji tasbih ada zikir  tertentu. 
Allah... Kakak dah tunjuk perkara baik untuk kami lihat dan beramal juga

Al Fatihah
16/1/2025 :selamat jalan kakak. 


Monday, February 17, 2025

Apa dah jadi



jamban terakhir 
inilah jamban yang disediakan ayah yang akhirnya dilupuskan.

Monday, February 10, 2025

Pisang 3 butir



Pesan abang nombor dua dalam Familyku, abg mat.
Cu, nak balik satgi boleh la ambik pisang setandan yg dah tua depan umah Kak Jah tu. 
Saya:ye ke.. Dah tua? 
Abg Mat: ye, ambik bawa balik. Dua tiga hari boleh makan dah. Tak de sapa nak buat cucuq pisang dah

Sebak juga, ayat abang ku yang tergantung ni. Ialah, masa tu baru dua hari kekandaku di jemput Allah. Seperti lazimnya, pokok2  pisang tu almarhumah kanda yang tanam dan menghijau di kawasan rumah. 

 BERMULANYA pokok pisang ditanampun apabila almarhumah emak yang menyuruh abang Mat bawa benih anak pisang untuk ditanam. Abg pun menanamnya di laman rumah mak. Menjadi-menjadi pula buah dan tunas pokok pisang ni. Maka, 
Kakakpun mula mengubah anak2 pokok pisang di kawasan yang lebih luas.

Berbudi pada tanah, hasilnya tak mengecewakan. Setandan demi setandan berbuah dan ramai yang dapat merasainya. Kawan kawan  baik  saya seperti amiy, ezza, elly dan rakan di pejabat juga pernah merasainya. Kadang kakak beri buah pisang tua kepada jemaah masjid dan kerap juga dibuat cucuq dan dimakan bersama rakan jemaah muslimat masjid.

Kini... 
Saya pun akur arahan abang. Yang mengharukan, memasuki laman rumah kakak bertempiaran kera-kera melarikan diri. Ya Allah.... Rupa-rupanya kera kera liar telah sambaq dulu setandan pisang nie. Habih direlai dan dimakannya. Yang tinggal hanya 3 biji pisang dari setandan yang telah diragut mereka

Nah.... Inilah hasilnya.. 
Kita bawa balik dan betapa sayunya menikmati sebiji dua pisang kali ni. Pisang ooo pisang...

Monday, February 3, 2025

Hari ke 21


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم     

Daripada Abu Hurairah R.Anhu katanya, Rasulullah ﷺ telah bersabda :

"Jika Anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak yang Soleh yang berdoa kepadanya."
(HR Muslim)

🌹🌹🌹
Hadis ni memberi makna mendalam buat saya apabila mengiringi sebuah kematian. 
Benarlah mati itu memutuskan kita dengan orang yang kita sayang, pada orang yang kita rindu yang mempunyai talian kasih yang mendalam.

Perginya kakak saya pada awal pagi 16 Rejab tempuhari...

🌹Seorang mantan pendidik, yang mempunyai ramai pelajarnya. Dah tentu ada ilmu yang bermanfaat yang di curahkannya setelah berpuluh tahun berkhidmat. Malah saya juga pernah belajar  daripadanya ketika darjah 5 dan tingkatan 2.

🌹Menghulur dan mewakaf wang untuk kebaikan sudah serasi dengannya. Jika  dimaklumkan pastinya beliau akan pm tepi, kak nak bagi juga ni. Boleh ka? 

Bagi penyerahan sedekah dan zakat  pula, almarhumah kakak berikan sendiri pada asnaf di kampung sebelah tanpa putus. Ini juga adalah sumbangan peribadinya. Saya katakan begini sebab saya pernah mengikutnya berkongsi rezeki. ALLAHU. permurahnya kan kakakku

🌹Asas agama yg dibekalkan kepada anak2nya melalui ilmu juga memberi saham akhiratnya. Anak2 soleh mengiringinya di dunia hingga akhirat. 

Anak2 dipasak  di sekolah agama sama ada di sekolah rendah, menengah dan University menampakkan akibatnya. Anak soleh cetakan family yang berpegang pada agama. Alhamdulillah. Anak2 yang sentiasa membantu, memudahcara dan menyediakan keperluan secukupnya untuk bonda mereka. Saya turut menzahirkan syukur menyaksikan anak2 saudara yang membesar didepan mata boleh memikul tanggungjwab menjaga ayahanda dan almarhum bonda mereka.  Along, abgngah@don, baem dan dida.. Anak2 yang setia dan memberi semangat berterusan hinggalah akhir hayat bonda mereka. Teruskanlah anak2 soleh/solehah kakakku membuat kebajikan yang menjadi saham berterusan. 

Betapa bahagia juga kakak pulang ke pangkuan ilahi dengan reda dan restu suami. Akak telah menyempurnakan tugasnya mengurus suami dan merawatnya hingga sihat. Suami mengiringi jenazah kakak hingga ke tanah perkuburan.

Tenang dan damailah kakak di sana. Semoga roh akak dimasukkan dikalangan solehin dan diampuni Allah atas segala dosanya selama ni. 
Diluaskan kuburnya dan bercahaya hingga akhirat. Insya Alllah. 

Moralnya:
Biarpun tiada lagi doa daripada seorang bonda tapi ilmu dan amal yang ditinggalkan amat sempurna buat anak2 saudaraku.
 
Tiga perkara yang dicemburi apabila matinya anak adam telah menjadi milik almarhumah kakakku. Tiada harta yang berharga dan bernilai yang dibekalnya melainkan 3 perkara tersebut. Anak2 akan terus mendoakan almarhumah bonda mereka. Saya sebagai adik juga akan turut mendoa dan buat kebaikan utk mu kakakku.
Segala ilmu dan amalan yang telah dilakukannya selama ini menjadi contoh terbaik untuk kami semua. Apa yang kami nampak daripada susuk tubuh seorang kakak bernama Siti Khadijah adalah kebaikannya dan tak pernah berubah riak muka walaupun letih mengurus rumah tangga. Wallahi... Inilah kakakku yang banyak mencurah kasih buat ku selama ni. Melayanku selama ini... Terima kasih kakak atas segalanya. Ku amat hargai dan ku amat terkesan dengan pemergianmu di hari dan bulan yg baik. Saya belum puas berbakti kepadanya. 

Al fatihah 

        Solati bonda tersayang

Hari ke 21. 
6/2/2025
Khamis ke 3

Singgah


Seketika
Sudah cukup 
Untuk dikenang


Friday, January 31, 2025

Celaru

Terkadang
Tersadung
Dirundung malang

Ya Allah bekalkan daku kesabaran dan tingkatkan rezkiku agar dapat ku beri dan beri lagi tanpa rasa menyayanginya 

Ya Allah
Berikan daku ketenangan
Yang ada di tangan kita belum tentu rezki kita.. 
Yang di tangan orang dah tentu bukan milik kita

Bersabarlah duhai diri
Bukan semua kita punya
Tapi milik Allah yang punya


Wednesday, January 29, 2025

15 hari yang lalu

Dengan Cuaca yang amat tenang
Awan bagai memahami
Ada rasa yang lara 

15 hari lalu, 
Saya menerima panggilan keramat di awal pagi. 

Assalamualaikum. 
Cu.. nak bagi tau ni 
 kak jah nazak
Pendek dan ringkas panggilan diterima ini. TETAPI mengandungi 1001 persoalan buat adik mu ini. APAKAH benar panggilan ni. Adakah daku sedang bermimpi... Kerna baru terlelap selepas balik  dari kerja. 

Saya bingkas bangun, mandi dan solat. Saya pun tak pasti samada tahajud atau hajat sujud saya pagi tu. Yang pasti saya tafakur dan serah pada Allah apakah jawapan terbaik dari benak persoalan saya ni. Benar pada minggu itu , hati saya macam tak tenteram dan berdebar-debar apatah lagi  jika panggilan dari kampung. 
Panggilan masuk dan saya membiarkan seketika untuk memberi fokus pada  munajat pagi.. 

Allah..... Abg nasir yang sedang berada di Mekah menghubungi saya. Saya kelu dan suara dia pun tak jelas. Seketika  kemudian abang Zul pula menghubungi.. 
Cu  tau dak lagi.. Kak Jah takdak. dlam Pukul 3. 30am. ALLAH U.. kelu... 

Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Darinya kita datang dan kepadaNya kita kembali. 

Bingkas bangun dan capai kunci kereta.. Hantar wassap pada anak2 buah dan ajak mereka pulang sekali. 



Pagi yang tenang
Tapi hati berkocak pelbagai rasa
Ada kesal 
Redza
Pasrah
Sabar
Hidup bersahabat dengan mati
Mati itu berpisah selamanya
Kini saya dah tak dak kakak yang banyak membantu saya. Dialah kakak yang tak pernah penat melayan ragam saya selama ni. Terima kasih kakakku Hjah siti Khadijah 

YA Allah muliakan almarhumah kakakku sepertimana dia suka memuliakan keluarga dan orang lain. Tempatkannya bersama Kalangan solihin

30/1/2025
Khamis.


Air mata rindu

Apabila nama kakak di tulis, di sebut, auto airmata mengalir deras membasahi pipi. 

Mana mungkin saya menidakkan doa buat kakak.. 
Tapi tiap doa disusuli dengan air mata. Saya bukan tak merelakan. Cuma pemergiaan kakak amat mengejutkan dan sukar di percayai.. 


Ya Allah.. 
Ampunilah kakakku juga emak dan ayah di sana. Muliakan tenpat istirehat mereka dan temukan kami di syurga firdaus  

Rindu kepada kebaikan mu kakakku almarhumah Siti Khadijah


29/1/2025

           




Monday, January 27, 2025

Di balik kehilanganmu

Pernahkah kalian tahu
Karpet yang ada di ruang tamu
Blanket yang ada di bilik
Senduk kayu di dapur
Bahkan pagar gril keselamatan di rumah ini

Semuanya atas ehsan almarhum kakakku
Betapa baiknya kakak
Beri tanpa di minta

"Dik.. 
Ambillah duit ni untuk guna pindah rumah di casa tu." Kebetulan masa itu dia menghulur seketul duit dalam sampul surat ketika menghantar  saya untuk menaiki bas ke kuala lumpur. 


Sebelum itu saya ada berbincang dengannya  yang melibatkan kontraktor dan kos  memasang kabenet dapur dan sinki. Jika dipasang gril utk semua tingkap dalam rumah Kos dalam rm 9k.

Tetapi kakak kata, Alang2 dah buat tu, gunakanlah duit kak bagi tu. Nanti dapat juga pahala kak. Saya terima duit kakak sebanyak rm5K pada masa itu.  Jazakillah khyr kakakku

Hari ni 😢❤️ setelah 14 hari kakak diundang Allah, barulah saya sedar, kakak saya meninggalkan kenangan demi kenangan yg boleh meraih pahala buatnya juga. 


Seketika sujud saya di lantai Karpetnya... ALLAH kak... Saya bersaksi..Saya menggunakan pemberiannya hari ni.  Kakak sahammu sedang meluncur keatas. 

Seketika di dapur, sodek kayu pokok lemuni hasil buatan tanganmu ku guna....Pokok lemuni ini ditanam oleh almarhum ayah didepan rumah. Selain daunnya kakak gunakan untuk ulam dan nasi lemuni, batangnya pula akak potong kecik- kecik dan membentuk sodek kayu dan diberikan kepada saudara terdekat. Terima kasih kakakku 

Ruang kecil rumah saya mengandungi kenangan tersendiri. Pasal duit ringgit kakakku tak pernah berkira. Bahkan dia lebih suka memberi dari menerima. 



Kakak selalu cakap, cu bawa balik itu ini dan letak di rumah cu lah.. Nanti anak2 p sana boleh guna...rumah chu kan ramai singgah .. Cu bawa balik lah pisang2 ni, berbagi kat kawan2.. Pahala tanam tanah ayah emak kita... 

Selaku adik yang mengalah, jarang saya meninggi suara padanya.  Saya lebih akur dan kakak pula tidak mengarah.. 

Sesungguhnya hari ni, saya merasai kehilangan itu.. Saya tiada tempat untuk berkongsi cerita dan hilang pendengar sejati. Saya janji.. Selagi hayat masih ada, pasti ada saham yang akan mengalir untukmu almarhumah kakakku, siti Khadijah.  Tenang dan damailah kakakku di sana dan kurniakan tempat tertinggi disyurga firdaus kelak. 

Ya Allah 
Ampunilah emak dan ayah 
Ampunilah kakakku siti khadijah
Ampuni keluarga besar kami dan Ummat nabi muhammad 
Semoga Allah makbulkan segala doa dan hajatku. 


28/1/2025

Wednesday, January 22, 2025

Hari ke 7

16/1/2025, Khamis
Jam 345am

Saya masih mencari kekuatan untuk menerima kenyataan Mati itu benar. Pemergiaan kakak di awal pagi begitu mengejutkan. Bahkan semua ahli keluarga turut merasainya walaupun kita merelakannya
Janji Allah itu pasti..


Hari ni merupakan hari ke 7, kakak di rumah barunya. Jika dulu kakak lah pemegang rekod penziarah paling kerap pusara ayah emak di kalangan family ku. Usai subuh akk singgah jengok dan doa di atas pusara mereka. Jika tak pagi, petang pula disinggahinya. Begitulah Kecintaaan dan kasih sygnya. . 

Kini kakak bersemadi bersama di kawasan yang sama dengan emak dan ayah yang jaraknya  cuma 30-50 meter sahaja.

Kakakku😍..
Mulai hari pertama... Ada sahaja yang Menziarahi mu sama ada Anak2, adik beradik juga family kita yang lain. Kami hadiahkan doa dan bacaan yasin berterusan. Bertuahnya kakak di sayangi semua.

Pada adik2 dirimu pengganti emak ayah
Pada abang2 dirimu permudah cara
Pada Anak2 dirimu bonda sempurna
Pada Anak2 saudara dirimu insan mulia
Pada sahabat dirimu lah amat baik
Pada tetangga dirimu disenangi
Pada jemaah masjid Jami’ul rahman ketiadaanmu di rasai.

Terima kasih kakakku ❤️  Siti Khadijah  ❤️ yang melayan kami semua dengan baik dan sempurna. TIADA langsung riak muka atau tindakan yang menyakitkan hati . Datang lah waktu mana pun layanan tetap sama..apa sahaja makanan yang ada akan dijamu. Begitulah Akhlak mulia kakak semasa hayatnya. Tak banyak cakap tapi dialah pendengar paling baik. 

Saya pernah berkongsi cerita  dengan kakak, Kak kita kena berselawat sekurangnya 1000x sehari tapi kalau boleh lebih lah.. Itulah pesan guru yg pernah menyampaikan ilmu dlam satu kuliah. Cu sedang praktik ini. (kununnya saya lah yang terbaik) Dengan tone yg Rendah kakak menjawap.. Dah tak terkira cu, lebih dari itu... Sambil jarinya memintal Tasbih.
Allahu.... Kini saya mendapat jawapannya...  Inilah pendampingnya dan amalan yg sedikit bila berterusan akan menjadi tabiat dan Meniti di bibir hingga di  garis akhir. . 

Semoga Allah memuliakan kakakku Siti Khadijah. Diluaskan kuburnya dan berada di taman2 syurga bersama  emak ayah dengan beroleh syafaat Rasulullah. Temukan kami semua di syurga firdausMU ya Robb
YA Allah Maafi dan cucurilah rahmat berterusan buatnya dan seluruh ummah islam yang mendahului kami.

Jom Sama2 baca dan hadiahkan Al fatihah❤️ 

Wallhu aklam.

  23/1/2025@1143

#pergitakkembali
#lihatdenganmatahati

Hari ke 6


Daripada wasap kakak ina kepada saya:

Hari ni hari ke6
Kak na tak mampu lagi mengunjungi rumah baru kak jah
kak jah pasti akan tanya kak na bila sehari kak na tak mai rumah kak jah..lama la tak nampak.. selalunya sengih2 la sambil menjawab pi mana....Kali ni nak jawab apa?
-----kak na---


Beginilah perasaan yang dikongsi oleh kak Ina, kakakku yg amat rapat dengan almarhumah Kak Siti Khadijah. Wasappnya  ku baca dengan linangan air mata. Daku juga tanpa jawapan untuk membantunya.


Kak Ina, kita dah takde lagi kakak yg baik macam kak jah yang selama ni bagai pengganti emak. Melayan kita dengan sempurna dan baik hati. Tak pernah ada riak muka yang menyakitkan. Bahkan senyum dan sentiasa ramah melayan adik2 nya. 

Kakakku... 
Kami kehilanganmu
Kami ketiadaanmu
Kami merinduimu
Maafi adik2 mu ni


Thursday, January 16, 2025

Kakakku Pergi Tak kembali


16 Rejab/ 16 Jan 2025
Kakak saya telah mendahului diundang kembali kepangkuaanNya.

Sama-samalah hadiahkan doa dan bacaan  al Fatihah buat almarhumah Siti Khadijah. 

Seindah namamu kak, terpatri  sebaris pengorbanan srikandi kita yakni isteri solehah nabi Muhammad saw. Nama yang dipilih ayah emak kita sangat serasi dan mempunyai erti yang baik. 

Kakak diundang sekitar jam 3.40pagi. Waktu tatkala sepertiga malam digunakan oleh orang beriman berqiyamulail. Mulianya undangan Allah untukmu kakakku. Di undang dengan lemah lembut dgan lantunan tasbih zikir dan selawat berterusan.ALLAH   


 

Sunday, January 12, 2025

kursus haji

Pejam celik pejam celik ,

malu dengan diri sendiri. 

peluang hanya sekali,

menanti entahkan bila 

persediaan entah ke mana


buka lembaran 2025,

dengan azam dan semangat baharu 

ayuh kita laksanakan misi mula

cari pengisian tentang haji

bersiap sedia untuk pergi

andai itu jemputan Ilahi


       Kuliah di Al Falah USJ


alhamdulilah bermula fasa pengisian untuk hujung minggu yang berbaki. 

Setiap pagi  sabtu dan ahad, wajibkan diri, lapangkan diri untuk tadah ilmu tentang HAJI. Seusai dari Masjid Al Falah terus pula ke HQ Andalusia, di situ juga ada program yang sama dengan pendekatan berbeza. Syukur juga jadual kerja untuk bulan Januari, memberi ruang untuk offday. Adalah pengisiannya.  

Penat tak? saya ingat kata para ustaz, biar berpenat didunia, nanti di sana kerehatan yang nyata. Insyaallah maximakan pengisian majlis ilmu dengan sisa umur yang berbaki.

kita tak tau bila akan dijemput pulang.  

Saturday, January 11, 2025

Kenali INFLUENZA

INFLUENZA A

Nak kongsi sikit tentang influenza A yang tengah sakan sekarang ni🤙🏻

Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.

Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A.
Ianya bukan sahaja boleh mengjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.

Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari.
Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.


Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema , berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.

Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.

Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.

Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.

Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.

Rehat di rumah.
Minum air masak banyak banyak.
Makan makanan yang tidak terlalu berat.
Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus.
Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.

Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.

Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja.
Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.

Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.

Ingat satu sahaja,sakit itu penghapus dosa😊

https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu

https://www.cdc.gov/flu/avianflu/influenza-a-virus-subtypes.htm

Nota kaki : Jaga diri & kesihatan. Nak tahu tentang kesihatan, tanya ahli kesihatan yang beretika bukan yang jual produk buatan sendiri✌️

Dr. Erna Nadia
Jika anak anak tidak sihat atau anda sendiri tidak sihat, please jangan keluar jalan merata rata, jangan sebarkan virus dan hentikan penyakit ‘ishh takde apeee’ ‘ishh demam biasa ni’ ish itu ish ini,)


Sumber :FB

Penawar dengan yasin

Bacalah yasin 

Semuga menjadi penawar kepada semua yg diuji. 

Yg sakit  diangkat dan disembuh sepenuhnya
Berkah zikir dan bacaan Aq
Kita munajat

Hanya padaMU ya robb
Kami serahkan urusan ini
Semoga Allah memberkahi. 
Amin