Wednesday, January 22, 2025

Hari ke 7

16/1/2025, Khamis
Jam 345am

Saya masih mencari kekuatan untuk menerima kenyataan Mati itu benar. Pemergiaan kakak di awal pagi begitu mengejutkan. Bahkan semua ahli keluarga turut merasainya walaupun kita merelakannya
Janji Allah itu pasti..


Hari ni merupakan hari ke 7, kakak di rumah barunya. Jika dulu kakak lah pemegang rekod penziarah paling kerap pusara ayah emak di kalangan family ku. Usai subuh akk singgah jengok dan doa di atas pusara mereka. Jika tak pagi, petang pula disinggahinya. Begitulah Kecintaaan dan kasih sygnya. . 

Kini kakak bersemadi bersama di kawasan yang sama dengan emak dan ayah yang jaraknya  cuma 30-50 meter sahaja.

Kakakku😍..
Mulai hari pertama... Ada sahaja yang Menziarahi mu sama ada Anak2, adik beradik juga family kita yang lain. Kami hadiahkan doa dan bacaan yasin berterusan. Bertuahnya kakak di sayangi semua.

Pada adik2 dirimu pengganti emak ayah
Pada abang2 dirimu permudah cara
Pada Anak2 dirimu bonda sempurna
Pada Anak2 saudara dirimu insan mulia
Pada sahabat dirimu lah amat baik
Pada tetangga dirimu disenangi
Pada jemaah masjid Jami’ul rahman ketiadaanmu di rasai.

Terima kasih kakakku ❤️  Siti Khadijah  ❤️ yang melayan kami semua dengan baik dan sempurna. TIADA langsung riak muka atau tindakan yang menyakitkan hati . Datang lah waktu mana pun layanan tetap sama..apa sahaja makanan yang ada akan dijamu. Begitulah Akhlak mulia kakak semasa hayatnya. Tak banyak cakap tapi dialah pendengar paling baik. 

Saya pernah berkongsi cerita  dengan kakak, Kak kita kena berselawat sekurangnya 1000x sehari tapi kalau boleh lebih lah.. Itulah pesan guru yg pernah menyampaikan ilmu dlam satu kuliah. Cu sedang praktik ini. (kununnya saya lah yang terbaik) Dengan tone yg Rendah kakak menjawap.. Dah tak terkira cu, lebih dari itu... Sambil jarinya memintal Tasbih.
Allahu.... Kini saya mendapat jawapannya...  Inilah pendampingnya dan amalan yg sedikit bila berterusan akan menjadi tabiat dan Meniti di bibir hingga di  garis akhir. . 

Semoga Allah memuliakan kakakku Siti Khadijah. Diluaskan kuburnya dan berada di taman2 syurga bersama  emak ayah dengan beroleh syafaat Rasulullah. Temukan kami semua di syurga firdausMU ya Robb
YA Allah Maafi dan cucurilah rahmat berterusan buatnya dan seluruh ummah islam yang mendahului kami.

Jom Sama2 baca dan hadiahkan Al fatihah❤️ 

Wallhu aklam.

  23/1/2025@1143

#pergitakkembali
#lihatdenganmatahati

No comments: