Thursday, July 23, 2015

lagi tentang mesra dihati


terima kasih sumber    malaysian4wheelers.

MONDAY, JULY 13, 2015


Ramadhan dah nak pergi...

Kempen berpuasa sepanjang Ramadhan yang serba berkat ini memberi peluang 
semua penggiat aktiviti 4x4 untuk berehat sebentar, sambil memenuhkan masa
 dengan amalan sebagai seorang Muslim.

4Wheel semua disimpan rapi...ada yang memulakan operasi membuat restorasi 
selepas setahun membelasah jentera yang penuh dengan harapan. 
Umpama pepatah Melayu lama, 'alah membeli, menang memakai'..itulah 
sesuatu yang masih relevan apa bila dilihat kenderaan 4x4 ini walau usianya
 yang agak klasik tapi masih layak bertugas pada tahap  ganas,
 asalkan ianya dijaga luar mahupun dalamannya. 

Baru baru ini, telah berlangsung majlis Iftar di MESRA HOME yang terletak di
 Taman Sri Watan, Ampang yang dikendalikan oleh rakan LCFans Malaysia
 iaitu pasangan suami isteri, Razali dan Faezah secara persendirian. Mereka
 sangat berharap agar akan lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan
 bagi memenuhi ruang untuk menceriakan suasana di rumah penjagaan
 orang orang tua milik mereka ini. 

Turut sama didalam program tersebut adalah sekumpulan anak anak yatim 
dari Rumah Penjagaan Anak2 Yatim (terlupa namanya) yang dibawakan 
khas oleh para volunteers dari 4W4C yang membawa mereka datang ke 
MESRA HOME untuk berbuka puasa.

4wheel bukan utk offroading saja...

Begitulah sebaik baiknya, apabila Ramadhan menjelma, banyak kesempatan
 digunakan untuk penganjuran aktviti kerohanian dan kemasyarakatan seperti
 ini yang menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan sumbangan  
kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan. 
Syabas dan tahniah..moga saham anda mendapat pulangan kemudian hari.
.Insyallah.

bersama anak2 yatim









sukarelawan 4W4C bersama penganjur
Sekiranya anda berhajat atau ingin menyumbang kepada MESRA HOME,
 boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi
 En Razali (012-6271101) atau Pn Faezah (012-2016271). 
Atau anda boleh terus ke lokasi :
MESRA HOME
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT PENJAGAAN SRI MESRA
NO.16 JALAN WATAN 1
TAMAN SRI WATAN
68000 AMPANG
SELANGOR
terima kasih : 4w4C

Friday, July 10, 2015

Mesra home @Ukhuwah iftar

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang

seribu makna tersirat
Ramadan dah masuk ke fasa terakhir, Ramadan akan tinggalkan kita, hanya beberapa hari saja lagi... Sejauh mana Ramadan kita kali ini...

Ramadan bagi saya  kali ini agak berbeza dgn tahun-thun sebelumnya. Lazimnya menjelang awal ramadan, saya akan menyambutnya di kg . Tapi kali ini BUKAN SEBAB " jimat duit tak payah balik kg" tetapi segalanyanya daripada  caturan ILAHI..Ada sahaja pengisian dan jadual majlis ilmu yang hebat sebelum ramadan .sayang  nak tinggalkan.. Tatacara dan adab meraikan ramadan  di ulang bicara sebagai satu peringatan dan  galakan beribadah. .Peluang  kehadiran Ramadan perlu digunakan sebaiknya kerana di bulan ini berbagai-bagai tawaran ALLAH sediakan.  Bagi diri yang serba kekurangan ini, iman yang turun naik perlu dilentuk dengan berhati-hati secara istiqamah.

Saya juga dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di MESRAHOME. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih. Inilah satu- satunya "
event yang saya hadiri berlangsung melibatkan dua buah pertubuhan kebajikan. Jemputan pula daripada pihak  MH diterima dengan hati terbuka .

MesraHome sebuah rumah penempatan orang orang tua muslimah yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang budiman. Walaupun mereka berada di zon selesa dengan keluarga yang bahagia, namun jiwa mereka tetap merasa bertanggungjwab.  MH imembuktikan keprihatinan meraka  terhadap warga tua yang terabai. MH sentiasa  mengalu-alukan kehadiran semua orang dari berbagai bagai peringkat umur bagi menyemai nilai nilai murni  dan memupuk kasih sayang sesama insan.

sebelum berbuka sama2 dengar  tazkirah dulu
decorasi pintu gerbang yang menarik....mmm..kambing bakar
sebelum dapat duit raya dan guudies kena buat persembahan dulu...hebat2 belaka
 
macam2gelagat ada

Terima kasih MESRA HOME.
atas jalinan ini kita bina jambatan kasih sayang  
Setiap kita semua akan  merasai tua

siapakah yang akan menjamin penghujung kita
ALLAH meyaksikan segala-galanya
Muga ALLAH bantu semua


Monday, June 29, 2015

tentang Aswad

Bismillahhirohmanirohhim

Aswad..
Hadirnya seketika, dibelai dimanja lantaran si ibu tak bisa menjaga. Anak anak saudaraku menjadi semakin sayang  dan jatuh cinta padanya. Rutin mereka menyusukan Aswad dua kali sehari dan menyelimutinya tika malam menjelma.

Aswad mempunyai saudara kembarnya tetapi sikap pilih kasih ibunya   menyebabkan seringkali aswad tersingkir. Dia mencari-cari susu ibunya tapi akan disepak terajang ibunya bagai satu sumpahan air susunya haram untuk si anak.Begitulah nasib aswad sejak dilahirkan.

Sejak itu hinggalah luruh pusatnya, aswad diasingkan dari ibunya dan dijaga oleh anak-anak saudaraku yang sering bermain-main dengannya. Ragam aswad melompat-lompat seakan terikut-ikut perangai anak-anak saudaraku..

Anak saudaraku Nadia namanya..
Memiliki sifat penyayang yang teramat. Ini dapat dilihat cara dia membelai dan memberi susu kepada si aswad. Bahkan beberapa kali terpaksa ditegur kerana dia akan mendukung dan mencium aswad. Aswad seperti  seekor binatang kesayangannya

Ain pula pada mulanya agak geli dan takut takut untuk mendekati Aswad,Tetapi seringkali di ajak dan diajar Nadia cara bermanja dengan Aswad. Ain tak takut lagi mengusap aswad

Danial, memang dia penggeli orangnya. Ada kalanya kami membulinya supaya memberikan susu kepada Aswad. Walaupun dalam keterpaksaan tapi dia berjaya memberikan susu sehinnga habis diminum aswad. Aswad akan terloncat keriangan usai minum dan seterusnya dia akan kencing dan berak. Ye anak-anakku lebih arif ragamnya selepas makan

Aris dan Shahir, dua anak saudaraku lagi adalah antara mereka yang memiliki sikap penyayang. Syukurlah muga nilai murni dan kasih sayang mereka tiada kesudahannya. Inilah antara aktiviti anak-anak saudaraku pada cuti sekolah yang lalu
.
Secara amnya anak-anak kecil ini belajar mengenali  naluri seekor binatang dan  mengetahui perkembangan fizikal perkembangan tersebut. Aswad adalah nama seekor kambing kampung yang diberikan namanya oleh abang saya.  Simbolikkan nama tu...
Add caption



macam sedap jer...

lepas makan  aswad akan rest kejap

baca bismillah tak ni ??

Monday, May 11, 2015

SELAMAT HARI IBU

Bismillahirohmanirohim

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

6.9.2012 with love
Ibu
hanya satu nama
beribu panggilan
tetap sama

ibu 
hanya SATU
biar nyawa jadi taruhan 
DIA tetap sedia

Ibu
kala aku tidur
dia jaga

kala aku jaga
dia pasti jaga
-----------------------------------------
Buat ibu@emak @umi@mama@ mammy atau sebagaimanapun sebutannya, kalian adalah wanita sempurna yang teristimewa. Sempurna memikul tugas sebagai isteri serentak juga sebagai ibu yang mengemudi mahkota rumahtangga....Tugas digalas tanpa rasa dibebani dan saya amat mnghargainya

Terima kasih emak, yang membentuk adab kami , menjadi contoh akhlak terpuji dan menjadi tempat berkongsi suka dan duka...'Hold on myshoulder ' bukan sekadar sebuah lirik tapi itulah kenyataannya...disaat kami perlukan emak, dia , sedia mendengar dan berkongsi rasa.

Kini setelah dia dijemput pergi, ,. diri kian menjadi sepi. Tiada senyum ria menyambut kepulangan, tiada air tangan mak untuk dinikmati, tiada lagi doa untuk diaminkan dan tiada lagi titis air yang perlu disapu di saat perpisahan ..Sesungguhnya kita akan lebih merasai makna sepi bila saat dia telah tiada biarpun hingga kini saya masih merasai detik perpisahan itu.. .

Emak...ampunilah dosa setiap anak-anakmu, atas segala kekurangan kami menjaga dan memelihara mak, maafilah kami..Kesebelasan anak-anak mak juga cuai dalam melayan mak seperti mana mak dilayan ayah..Ayah yang penyanyang dan dikongsi hidup selama hampir 63 tahun. Maafilah kelemahan kami  dan kelalaian kami ini .Doa kami tetap sama, setiap detik, doa dan keampunan buat mak dititipkan, buat ayah jua disertakan. TEmpatkan ayahanda dan bondaku di tempat yang dimuliakan ALLAH, di jannahtul firdaus dan ketemukan kami jua kelak...

Beruntunglah meraka yang masih memiliki, Ayuh hargailah jasa dan pengorbanan meraka..Buatlah sebanyak mungkin kebajikan dan biarlah senyum meraka di iring doa keberkatan yang mempengaruhi seuruh hidup kita... REDHA merea adalah REDHA ALLAH.

** kesempurnaan yang terbaik hanya dari ALLAH taala jua
alfatihah..



Friday, February 27, 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

Subhanallah
ALHAMDULILAH
ALLAH AKBAR
indahnya alam diciptakan...

Tuesday, January 13, 2015

Kita TERuji

anak-anak  sudah mampu tersenyum ceria   

ALLAH uji mereka
ALLAH uji kita
Dalam kepayahan mereka redza
Dalam kesenangan kita alpa

Siapa mereka di kalangan kita
Siapa kita di kalangan mereka
Mereka dan kita
Berbeza cuma
Pada
Nama

Hakikatnya
Kita sama
Kepada DIA kita MILIKNYA

cetusan @misi kami prihatin(4-7.01.2015)

di sini segalanya bermula

Kg Temangan kami datang..

Friday, January 9, 2015

2015 yang datang

Bismillahirohmanirohim

Tahun baru menjelma sudah.
Lembaran kalendar 2014 diganti dengan 2015 dengan azam dan visi baru.
Alhamdulillah satu kelainan sambutan tahun baru kali ini berbanding tahun sebelumnya. Ternyata ada hikmahnya dengan bencana banjir yang menimpa di penghujung 2014.

Tanggal 25 disember tanganku sentiasa memerhati telefon dan menanti nanti perkembangan baru menerusi  FB dan whatssap. Hanya ini medium yang membantu untuk mengetahui info semasa yang tepat. Terima kasih alam maya yang menghubungkan kita yang jauh beratus batu dengan hanya di menekan picit smart phone yang ada di tangan. Situasi yang diluar jangkaan, paras air yang melampau dasyatnya dan keselamatan penduduk hampir terjejas. Inilah fenomena yang kita hanya tahu menerusi sumber yang boleh dipercayai. KK hanya mampu mendoakan muga air ini sebagai rahmat dan bukan musibah yang mengorbankan saudara kita di sana.  Untuk terjun ke lapangan bukan kederat KK. Oleh itu menyertai ibantu sukarelawan adalah medium untuk KK membantu secara tak langsung dengan NGO ikram.

Segalanya berlaku diluar jangkaan.. mulai dari itu  KK suka dengan aktiviti sukarelawan. Membantu memudahkan urusan ibantu Selangor untuk  misi kemanusiaan ke pantai timur.

1.1.2015
KK telah melaporkan diri ke pondok pengawal TUDM Subang.  Bersama dengan Yatt dan beberapa sukarelawan lain kami membantu membuat sorting pakaian yang diterima dari masyarakat prihatin dari masa ke semasa. Terasa lebih bersemangat  apabila kehadiran sukarelawan ini tidak terhad kepada satu bangsa sahaja.   Kehadiran mereka adalah satu tujuan..memberi sumbangan tenaga untuk menjayakan misi kemanusiaan sama ada membuat kerja sorting pakaian , mengangkat barang ke palet  dan membantu loading barang ke lori. Bersama anggota tentera yang bertugas juga pelbagai agensi kita bekerjasama.

Tapi yang mengejutkan juga pada hari terseut KFC dan Pizza Hut menyediakan makanan untuk 7 hari kepada semua sukarelawan yang bertugas samada di Subang maupun di Kelantan.   Besar juga sumbangan  J-Corp untuk para petugas sukarelawan  ini.
ALHAMDULILLAH nikmat yang ada kita kongsikan..

mewakili semua sukarelawan KK menerima pizza dan KFC dari pihak Jcop.

Pizza tu KK serahkan kepada adik adik PLKN manakala KFC menjadi rezeki Yatt. Alhamdulilah yang pastinya semua orang happy

Malamnya Kami ke Masjid shah alam untuk bacaan yasin , solat hajat dan Tahlil ..Mudahan ALLAH memberi keselamatn buat mangsa banjir khususnya dan ummah amnya.
.opp terserempak pula dengan kak Bet... alhamdulillah..

 Muga ALLAH menerima doa doa kita..amin

Tuesday, November 11, 2014

kejap masa berlalu

Bismillahi rohmanirohhim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam celik pejam celik dah menghampiri penghujung 2014. Tahun ini akan melangkah meninggalkan kita atau kita bakal meninggalkan tahun ni....itulah persoalan kehidupan yang tiada jawapan di sisi kita TAPI DIA Maha Memiliki ada jawapannya.

Begitu juga blog KK ni..sedihnya bila tiada update .Apa pandangan sahabat sekelian kepada  blog KK ?? Satu catatan hati yang dikongsi bagi menggamit rasa kasih sayang,  mencintai  dri pemerhatian dan pengalaman dik0ngsi.

 tetiba network problem...ahh lengah lagi...
KK ada banyak cerita nak dikongsi tetapi kerap kali ruang waktu pula mencemburui....
camne ek nak mengatasinya...?  .
insya allah doakan saya dapat bersama lagi dan lagi....

Sunday, September 7, 2014

6 sept 2012

Dua tahun mjelang kini
Dia pergi mngadap ilahi
Bertemu robbul jalil

6 september mjelang lagi
Ingatan sama
buat bonda
Doa khudus ku hadiahkn
Tnda ingatan berterusan

Ya roob
Ampunilah segala dosa bondaku
Berikan tempat yg mulia
Dia disisimu
Lapangkan persemadiannyaa
Bekalkan cahaya gemerlap
Istirehatnya d sana

Kn ku ungkit
Jasanya
Pengorbannnya
Mendewasakan generasi
Hingga kini

Walau bonda tiada disisi
Semngat mu tetap beserta
Hidup dlm diri
Harus dihargai
Wajib dicntai
Dan wajib dihormati


damai dan bahagialah bonda

disana
Kelak kita bertemu jua
Al fatihh buat bonda




Wednesday, July 23, 2014

Selamatkan bumi gaza

ramadan ni kita diuja dgn bedilan bom dan pecikan bunga api yang tragis. GAZA menangis lagi dan lagi.... Hari demi hari, Rahsia ramadan empunya rahsia ersembunyi...Angka syuhada kian bertambah tanpa mengira  siapa sasarannya.. Anak kecil dibedil ,,oh kejamnya kau Yahudi Laknat ALLAH.
DAlam saatiftar kita dengan kemeriahan dan kemewahan menikmati juadah, mereka di sana apa kesudahnya...Entahkan bakal menikmati syurga di episod esoknya.. ALLAH AKBAR.

Episod berdarah di Palestin harus dihentikan!!

Saya berkongsi tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang imam syria dalam sesi singgahnya di Surau AL mustaqim UK. Beliau di urus kan sebuah badan NGO yakni  MAPIM( betuikan ssya jika tersasar  dan tersilap). Cukup hanya lima 5 minit ,tapi ia berjaya menjernihkan air mata kesedihan ditanggung oleh mereka yang berada di situasi kekejaman yakni regim AL basyar. Betapa mereka yang menderita degn keperluan makanan dan perubatan yang terbatas. Mereka perlukan roti, susu dan beberapa keperluan asas lain. Para suami mereka telah keluar berjuang.YAng tinggal di rumah dalam ketakutan daripada kundeta yang ganaz. Bila-bila masa sahaja mereka boleh di seret dan dibunuh. ALLAH AKBAR  Mereka juga saudara kita dan kita akan dipertanggungjawab jugak kelak.. Apakah yang kita telah buat setelah mengetahui saudara kita sedang ditindas dan tertindas oleh kaum yang zalim. Berwaspadalah dengan jawapan yang ada dan ambil pedulilah saudara kita dan bantulah . Kita tak mampu menggunakan senjata untuk ke gelanggang. Kita bukan pendekar yang terlatih jauh lagi seorang tentera yang berkarisma . Kita hanya seorang manusia yang hadir untuk mnjadi abdi kepada ALLAH dan kita ada ramai saudara semuslim dikalangan ummat Nabi kita , Muhammad saw.  Sebagai seoang imam yang fasih berbahasa English. Beberapa kali dia mengajak semua jamaah bersyukur dan bersyukur degn kenikmatan yang kita perolehi... Dapat bersolat dengan selesa dgn sirna ekon dan kipas yang dingin dan cahaya lampu yang terang. Dapat makan dan makan lagi dan lagi tanpa ada sebaranag ketegangan tapi di Syria....segalanya berbeza...Apa yang tertulis di akbar bukanlah seperti apa yang dihadapi....

Inilah dunia kita di akhir zaman,..dunia menghampiri kiamat dan kita tak empunya pa apa lagi melainkan menyerahkan segalanya ke ALLAH. bertawakal dan BERSERAH. Oleh itu sama-samlah kita berdoa agar ALLAH membantu saudara kita di sana. Merka juga harus hidup bahagia seperti kita....

Kepada semua sahabat KK, saya merayu, hulurkanlah bantuan RM RM RM kepada tabung- tabung Palestin, Syria etc dan sama2lah kita bantu mereka. Mereka juga ada haq untuk hidup bebas dan aman,
Semuga rahmat ramadan ini misi AQSA SYQRIF, IKRAM MALAYSIA MAPIM dna badan-badan NGO dapat menjadi medium untuk kita sampaikan  hajat kita...

AYUH.....misi BEBASKAN PALESTIN
SAVE GAZA

catatanspontan 6.33 ptg @ ramadan 25

ramadan oh ramadan

SALAM RAMADAN

RAMADAN menghampiri penghujungnya.
Kian pergi dan akan terus berlalu..
Tanpa sadar .
sampai manakah
kita mengecapinya..

Pedulikah kita
hadirnya malam itu
bersama hikmah yang tersembunyi
kita bolosi

Beruntungnya
yang mengejar dan mencari al qadar
hadir kepada yang meminta

masih adakah waktu
untuk turut serta
merafak keinsafan, memohon petunjuknya
cahaya Al qadar milik semua

Apakah akan bertemu lagi
di Ramadan akan datang
Ayuh bangunlah !!


Ramadan 25@23.7.2014

Monday, May 12, 2014

1205

Dengan Nama ALLAH yang Maha PEngasih Lagi Maha Penyayang

SUBHANALLAH ALHAMDULILAH...ALLAH AKBAR

terima kasih ALLAH  masih memberikan nafas untuk saya lepas dan sedut.
terima kasih ALLAH  mengizinkan saya menikmati panorama lukisan alamMu yang segar
terima kasih Allah mengurniakan kesempurnaan nikmat  dengan RahmanMu
terima kasih Allah  mengingatkan saya tentang 'kependekan umur menuju destinasi
terima kasih Allah mengelilingi saya degn teman-teman yang baik hati, mulia akhlaknya dan bisa diteladani
Terima kasih ALLAh yang tiada kesudahan
Terima kasih ALLAH atas segalanya
ALLAH AKBAR
muliaNYA sifat asmaMU
SUBHANALLAH,

12052014 kembali lagi
 seperti semalam dan kelmarin namun bezanya hari ini mengingatkan diri ini bahawa bertambahnya usia mnghampiri kematian..Namun bersediakah?? Ungkapan biasa dari persoalan kehidupan yang tiada kesudahan melainkan apabila sampai masanya....ALLAH AKBAR..Ya ALLAH Matikan daku degn penuh lemah lembut dan diakhiri dengan husnul qatimah dan tetapkan iman ku hingga kesudahannya...

Azamku pagi yang mulia ini sebagai tanda kesyukuran untuk  menunaikan puasa sunat seperti yang dianjurkan oleh tuan2 guruku. Alhamdulillah...namun  tak bisa diteruskan kerana ade kejutan dari teman opis rupanya. Diluar pengetahuan saya, mereka merancang untuk menyediakan menu bebas untuk sarapan pagi hari ini. Seorang demi seorang masuk ke opis di awal pagi dengan senyum yang lebar dan ucap salam yang ceria..Tak terperasan langsung rupanya ada rencana yang bakal berlaku. Masing2 membawa menu tersendiri yang menjadi santapan breakfas family team maintenanance SPMC. Terima kasih kepada semua team dari unit ku

antara menu 1205
Terima kasih Puan Norhanim,yang telah menyediakan stew (bacaannya setiu) versi madinah hasil garapan dari buku terkini puan roza....Mmmm enak dimakan bersama roti dan berbintang2 layak diberikan atas masakan yang diluar jangkaaan ini. Puan hafpidah pula degn menu pulut kuning yang mavelos serta rendang kuning yang ummmp.. Air tangannya  memang tak ada yang tak sedap melainkan sedap2 velaka.. Memang terasa menu kasih sayang terpelihara...( kenalah bodek lebih kannn).. Puan Maliza pula menyediakn nasi lemak  yang tak kurang hebatnya..Bukan sebungkus tapi sepulauh bungkus,,,,,Makk aii banyak nya dik...
En Azizul pulak membawa roti canai melayu asli ..mana nak dapat kuah dall yang pekat dan menunya laian dari yang lain...Layak bagi bintang 4 1/2 atas kesedapan ini..

Saya amat amat menghargai majlis yang sederhana dan diluar dugaan ini. Dimulakan  dengn bacaaan doa daripada tuan Fisol  dan majlis makan-makan ini menjadi semakin rancak apabila bebrapa rakan-rakan dari seksyen lain turut menikmatinya...Sikit tapi cukup dan menyelerakan. Terima kasih teman2 ku

Dengan penuh kesyukuran dan gumbiranya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua. Terasa saya sebagai insan kerdil yang tidak selayaknya menerima kejutan ini tetapi apabila ALLAH telah menetapkannya inilah satu hadiah bermakna dari sebuah bernama pesahabatan. Terima kasih buat En Afandi, Puan Norhanim, En Shahrul, En Anuar, maliza, Fyda, liza,ezran, azizul, edham,en ramli, puan mazlina dll ..Muga ALLAH merahmati kita semua dan memberkati kehidupan kita...Amin

Sejak dari awal pgi tadi juga,teman2, saudara mara, shabat, teman dan rakan2 FB  mulai mengucapkan dan meraikan hari ini bersama.. Saya menyusun jari sepuluh, dengan penuh rendah diri, memohon ampun maaf dzahir bathin atas sebarang kelemahan semasa, ketika dan sewaktu antara kita sering mengenali. maafkan anadai ada sebarang kekurangan dan ianya adalah kelemahan saya.... Seringkali saya mengingatkan diri ini, andainya tiada esok atau andainya ini subuh terakhir, mhn diampun atas segala kesilapan yang ade. Mohon memaafkan dan mnghalalkan segalanya...Amin

Buat semua yang telah meraikan bersama....
TERIMA KASIH yang teramat bernilai dihulurkan.bertuahnya memiliki sahabat, rakan dan teman serta saudara mara yang sering mengingatkan kita. Mendoakan kita diluar pengetahuan dan mengumbirakan kita disaat diperlukan dan berkongsi sebahagian kegumbiraan dan kesulitan serta membahagiakan kita disaat diperlukan...

Buat family semua .....saya masih dan amat memerlukan perhatian dan bimbingan kalian.  teruskan memberikan sokongan dan bantulah saya andai saya tersasar. Doakan saya menjadi anak solehah dan memperolehi kejayaan terbaik di dunia dan akhirat, Muga ALLAH memperkenankan doa kita.

TERIMA KASIH 
 maafkan saya
ampunkan saya
Sama-sama disusuri
bahagia milik kita

catatan :1205@2020hrs

Friday, May 9, 2014

selamat hari ibu

selamat hari ibu...


satu sanjungan buat seorang bernama  ibu..Setiap daripada kita adalah lahir dari seorang IBU. Dirimul GURU pertama kami...dari titisan air susumu lah kami membina jati diri hari ini..
ibu,...rindu bertamu lagi

ingin ku sampaikan pada mu mak.....kelewatan tanpamu...gamitan rindu kian terasa tapi ku tak mampu melawan kudrat ilahi..kita telah dipinjam ka seketika cuam untuk bersamau..kini dirimu  tiada lagi untuk ku kucup tanganmu , ku peluk dan  dan ku cium dahimu yang sejuk....nyaman..subhanallah

ya allah...ampunilah dosa dan kesilapan ibu saya..amupunilah diaaa...maafilah dia..sayangi dan kasihanilah dia....
dia adalah emak yang sempurna bagi kami semua..seorng ibu yang amat penyayang dan tiada gantinya...
Ya allah..sayangilah dia dan terangilah alam kuburnya dangan cahaya yang gemilap ..berikan rahamat berterusan padanya dan berlemah lembutlah degna nya di sana....dan ketemukan kami semua di jannahMU dengan sempurna dan sebagai satu keluarga bahagia...


mak...cu rindu mak lagiii
muga ALLAH tempatkan mak dan ayah ditempat yang tertinggi dan bersama orang2 soleh , dan memeperolehi  syafaat rasullullah kelak...amin


SELAMAT HARI BU BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU....
terima aksih makkkkk
terima kasih ibu, mama, umii......


Friday, February 28, 2014

kembara umrah family ku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Baesr lagi maha penyayang

Salam Jumaat yang dirahmati...Jumaat mngingatkan tentang hari raya mingguan kita...Jumaat juga mngingatkan akan kerinduan kepda seseorang..Rindu untuk mengunjungi dan tertafakur di pusara bonda dan ayahbonda.. Apa khabar gamaknya org yanig kita sayangi ni.. Malam tadi tahlil , doa dan yassin ku turut ku persembahkan . Mudahan ianya satu hiburan buat kalian dan memberi cahaya dan keluasan tempat istirehat kalian. YA ALLAH atas segala kebaikanku , pahalanya ku hadiahkan buat ayahanda bondaku. Maafilah mereka dan rahmati mereka...Terangilah kubur mereka dan diamilah mereka taman2 syurga di sana... YA ampunilah mereka dan seluruh ahli kubur yang telah dijemput lebih awal dariku...Muga mereka dihimpunkan dan dimasukan di jannati firdausi dan  ketemu kita di sana.

Apa khabar mak dan ayah??  Jika mak ayah nak tau. sekarang ni anak2 mak sedang melaksanakan umrah dan beribadah di sana.  MASIH ku ingat hampir bertahun lalu tika mak dan ayah brpeluang mngerjakan umrah dan ziarah ke Masjidil Aqsa. Cerianya terpancar dan saya rindu mereka.....Saat melepaskan mereka pergi seolah hati turut kembara bersamaaa.  Mereka berpeluang menjejak di bumi jordan ,mengunjungi  gua alkahfi  juga ke Universiti Albayt mejejak tempat belajar putera bungsu mereka...indahnya mak dan ayah kan..segalanya dalam kenangan.

insya ALLAH kembara umrah ini terdiri dari abg din, kak nah, kak chik, kak nab, anakanda azan dan anakanda ikhwan. Mudahan mereka mmperolehi ibadah umrah yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana. Insya ALLAH mudahan selepas ini akan  menyusul  team berikutnya dari family kita..

Saya mendoakan mudahan ini ibadah terbaik dan diterima ALLAH dan doa mereka di mustajabkan. Semuga kita semua di jemputnyA jua ke sana...amin

boader passs...

subhanallah..ramainya menerima jemputan ALLAH

giliran kakak pulak....

kusyuk depa..takpandang atas langsung..

masa ini abang iwan tertinggal  beg nya  ... 

tenguk2lah mak menakan nooo...waris kuat niee

aura umrah...

 Mudahan Jagung mas dapat memberikan servis terbaik seketika mereka beribadah di sana.. Perjalanan jauh akan menjadi dekat bila ingatan kita hanya keran ALLAH. Perbanyakkan amal dan doa..sesungguhnya   ALLAH merindui tetamunya..

catatan lewat....
masa kejadian 23/2/2013 @1400hrs





Friday, February 21, 2014

Doa Buat Pengantin Baru

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Terima kasih kepada SUMBER :    pustakalaka . Saya copy dan paste sebagai renungan dan rujukan untuk semua .....Mudahan Ilmu ini menjadi amalan kita dalam mendoakan para pengantin yang diraikan  Mohon sama2 mendoakan   anak saudara saya yang telah melangsungkan pernikahannya pada hari ini, Jumaat 2102214 @10am di Masjid Pendang.  Mudahan ALLAH memberkati pernikahan ini. Tahniah ye Nurul &pasangannya( maaf nama penuh menantu baru belum dimaklumkan kepada KK --network slow)) Ayuhh..
****************

Sudahkah anda hapal apa yang diajarkan Nabi -shollallohu alaihi wasallam- untuk mendoakan kedua mempelai ketika melangsungkan pernikahan? Jika belum, maka sekarang jangan lewatkan kesempatan untuk menghapal salah satu doa tersebut, hingga kita bisa menghidupkan salah satu sunnah Rosul -shollallohu alaihi wasallam- berikut ini:

باَرَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ


Pertanyaannya selanjutnya, tahukah anda, apa arti dari doa tersebut? Inilah terjemahan harfiyah-nya: Semoga Allah memberi berkah padamu, semoga Allah memberi berkah atasmu, dan semoga Ia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan” (HR. Abu Dawud (1819), Tirmidzi (1011), dan yang lainnya, dishohihkan oleh Albani)

Lagi-lagi ada pertanyaan: Bisakah pembaca membedakan makna “padamu” dan “atasmu” dalam terjemah harfiyah doa walimah di atas?! Mungkin ada yang bilang bisa, tapi penulis yakin banyak yang bilang tidak…
Marilah kita lihat beberapa terjemahan versi lainnya, yang bisa lebih memperjelas makna doa di atas:

Terjemahan pertama:
“Semoga Allah memberikan berkah (yang bermanfaat) untukmu, semoga Dia (juga) memberikan berkah (yang turun) atasmu, dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Terjemahan kedua:
“Semoga Allah memberkahimu (dalam urusan duniamu), semoga Dia (juga) memberkahimu (dalam urusan akhiratmu), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Terjemahan ketiga:
“Semoga Allah memberkahimu (di saat rumah tanggamu harmonis), semoga Dia (tetap) memberkahimu (di saat rumah tanggamu lagi renggang), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Terjemahan keempat:
“Semoga Alloh memberkahi (istrimu) untukmu, semoga Alloh menurunkan berkah atasmu (dalam menafkahinya dan memudahkan rizkinya), dan semoga Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Terjemahan kelima:
“Semoga Alloh memberkahi dirimu (dalam pernikahan ini), semoga Alloh juga memberikan berkah atas (anak dan keturunan)-mu, dan semoga Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Terjemahan keenam
“Semoga Alloh memberikan berkah pada (hak)-mu (dari pernikahan ini), semoga Alloh juga memberikan berkah atas (kewajiban)-mu (karena pernikahan ini), dan semoga  Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Lho… yang bener aja! kok bisa, doanya satu kok maknanya beda-beda gitu?!… Dari mana datangnya kata-kata yang ada dalam kurung-kurung itu?!… Wah, dari awal tulisan sudah banyak nanya, e… di tengah tulisan malah semakin banyak pertanyaan… Ga pa2 lah, pertanyaan yang penting kan pintunya ilmu… dan InsyaAlloh ini termasuk pertanyaan-pertanyaan penting…

Jawaban:
Untuk terjemahan pertamayang berbunyi:
“Semoga Allah memberikan berkah (yang bermanfaat) untukmu, semoga Dia (juga) memberikan berkah (yang turun) atasmu, dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Kita bisa merujuknya ke perkataan As-Sindy ketika men-syarah hadits diatas, ia mengatakan:
الْبَرَكَة لِكَوْنِهَا نَافِعَة تَتَعَدَّى بِاللَّامِ وَلِكَوْنِهَا نَازِلَة مِنْ السَّمَاء تَتَعَدَّى بِعَلَى فَجَاءَتْ فِي الْحَدِيث بِالْوَجْهَيْنِ لِلتَّأْكِيدِ وَالتَّفَنُّن وَالدُّعَاء مَحَلّ لِلتَّأْكِيدِ وَاَللَّه تَعَالَى اِعْلَمْ
“Berkah itu, karena bermanfaat (untuk hamba) maka dipakailah preposisi “Laam”, dan karena berkah (juga) turunnya dari langit, maka dipakailah preposisi “Alaa”. Oleh karenanya dalam hadits ini dipakai dua-duanya untuk lebih memperkuat makna, dan lebih memvariasikan kata. (Yang demikian itu), karena doa itu momen (yang tepat) untuk memperkuat (makna), wallohu a’lam”. (lihat di syarah As-Sindi untuk Sunan Ibnu Majah, hadits no: 1895, lihat juga di Mirqotul Mafatih 8/377)

Untuk terjemahan kedua, yang berbunyi:
“Semoga Allah memberkahimu (dalam urusan duniamu), semoga Dia (juga) memberkahimu (dalam urusan akhiratmu), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Mengapa kita mengkhususkan preposisi “Laam” untuk urusan dunia, sedang preposisi “Alaa” untuk urusan akhirat, adakah penjelasan yang mendukungnya?
Terjemahan ini didasarkan pada adanya beberapa nash yang menghubungkan manfaat duniawi dengan preposisi “Laam”, di sisi lain ada beberapa nash yang menghubungkan urusan akherat dengan preposisi “Alaa”, dari sinilah muncul pemaknaan kedua ini, dan diantara nash yang dijadikan sandaran adalah:

Sabda Nabi -shollallohu alaihi wasallam-:
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا
Dua pelaku teransaksi itu masih dalam khiyar selama belum pisah, lalu jika keduanya jujur dan terbuka, maka keduanya diberkahi dalam transaksinya. (HR. Bukhori:1937 dan Muslim: 2825).

Begitu pula sabda beliau berikut ini:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا وَفِي مُدِّنَا
“Ya Alloh, berikanlah berkah pada (takaran) sho’ dan (takaran) mudkami” (HR. Bukhori: 1756, dan Muslim: 2339).
Jelas manfaat yang ada dalam dua hadits di atas, adalah manfaat duniawi, dan di situ dipakai preposisi “Laam”.
Di lain sisi, untuk manfaat yang berhubungan dengan akhirat, dipakai preposisi “Alaa”, misalnya berkah atas kenabian:

Firman Alloh ta’ala:
وَبارَكْناَ عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَاق
Dan kami berikan keberkahan atasnya (yakni Nabi Ibrohim), juga atas Nabi Ishak. (as-Shoffat: 113)

Sabda Nabi -shollallohu alaihi wasallam- dalam tahiyat akhir:
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Berikanlah keberkahan atas Muhammad dan keluarganya.


Untuk terjemahan ketigayang berbunyi:
“Semoga Allah memberkahimu (di saat rumah tanggamu harmonis), semoga Dia (tetap) memberkahimu (di saat rumah tanggamu lagi renggang), dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Alasannya: Karena preposisi “Laam” dan “Alaa” disandingkan dalam doa ini, berarti keduanya memiliki arti yang berbeda, dan sesuai kaidah bahasa arab, biasanya preposisi “Laam” itu dipakai untuk menunjukkan makna yang baik, sedangkan preposisi “Alaa” digunakan untuk menunjukkan makna yang buruk. Dan keadaan baik ketika berkeluarga adalah ketika terwujud suasana yang harmonis antara keduanya, sedang keadaan yang buruk dalam berkeluarga adalah ketika hubungan keduanya sedang renggang dan banyak masalah. Dari sinilah muncul makna ketiga ini.


Untuk terjemahan keempat, yang berbunyi:
“Semoga Alloh memberkahi (istrimu) untukmu, semoga Alloh menurunkan berkah atasmu (dalam menafkahi dan memudahkan rizkinya), dan semoga Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Kita bisa merujuknya ke kitab Faidhul Qodir, karya Al-Munawi (1/406). Terjemahan ini juga didasari perbedaan preposisi “Laam” dan “Alaa”, tapi dari sudut pandang lain. Dasar pemaknaan ini -wallohu a’lam-, karena makna “Alaa” itu identik untuk menerangkan sesuatu yang datang dari atas, maka ditentukanlah makna rizki dan nafkah dalam doa itu. Alloh berfirman: “Dan di langit itu, terdapat rizki dan apa yang dijanjikan untuk kalian” (Surat Adz-Dzariyat: 22).
Dan karena preposisi “Alaa” dipakai untuk menerangkan datangnya sesuatu dari atas yang berupa rizki dan nafkah, berarti preposisi “Laa” bermakna sebaliknya, yakni untuk menerangkan sesuatu yang dari sesama manusia, dan karena momen doa ini adalah ketika baru mendapat nikmat istri yang halal, maka ditentukanlah kata istri dalam memaknainya, wallohu a’lam.

Untuk terjemahan kelimayang berbunyi:
“Semoga Alloh memberkahi dirimu (dalam pernikahan ini), semoga Alloh juga memberikan berkah atas (anak dan keturunan)-mu, dan semoga Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.
Kita bisa merujuknya ke Kitab Mirqotul Mafatih (8/377) dan Faidhul Qodir (1/176). I

Ini juga penjabaran makna yang didasari oleh perbedaan penggunaan preposisi “Laam” dan “Alaa”. Penjelasannya:Karena keberkahan dari pernikahan itu bergantung dari masing-masing mempelai, maka dipakailah preposisi “Laam” yang menunjukkan makna kepemilikan.
Sedang alasan ditentukannya preposisi “Alaa” untuk makna “anak dan keturunan” adalah, karena tujuan utama pernikahan itu “berputar” pada anak dan keturunan. Dalam bahasa arabnya dikatakan:

لأنّ مَقْصُوْدَ النّكَاحِ يَدُوْرُ عَلَى الذَّراَرِي والنَّسَل

Lihatlah redaksi yang kami cetak merah, kata “yaduru” (berputar/berkutat) dalam bahasa arab, cocoknya diberi preposisi “Alaa”, dan tidak cocok bila diberi preposisi “Laam”. Dengan demikian, doa ini juga mengingatkan kita pada maksud utama kita menikah, yakni untuk mendapatkan anak dan keturunan. Rosul -shollallohu alaihi wasallam- bersabda:

تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الْأُمَمَ

Nikahilah wanita yang penyayang dan (berpotensi) banyak anak, karena sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya jumlah kalian di hadapan umat-umat lain! (HR. Abu Dawud: 1754, dan yang lainnya, dishahihkan oleh Albani).

Untuk terjemahan keenam, yang berbunyi:
“Semoga Alloh memberikan berkah pada (hak)-mu (dari pernikahan ini), semoga Alloh juga memberikan berkah atas (kewajiban)-mu (karena pernikahan ini), dan semoga  Alloh mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.

Artian ini juga karena adanya perbedaan preposisi  ”laam” dan “alaa”. Karena biasanya dalam bahasa arab, preposisi “laam” itu digunakan untuk menyebutkan sesuatu yang menjadi hak dan kepunyaannya, sedang preposisi “alaa” digunakan untuk menyebutkan sesuatu yang menjadi kewajiban seseorang. Seperti dalam sabda Nabi -shollallohu alaihi wasallam-:

يا معاذ هل تدري حق الله على عباده، وما حق العباد على الله؟! قلت: الله ورسوله أعلم. قال: فإن حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئا

“Wahai Mu’adz! Tahukah kamu, haknya Alloh atas para hamba-Nya, dan haknya para hamba atas-Nya?!”. “Alloh dan Rosul-Nya lebih tahu hal itu” jawabku. “Haknya Alloh atas para hamba-Nya adalah mereka menyembah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun, sedang haknya para hamba atas-Nya adalah Dia tidak akan menyiksa orang yang tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun”.
ِِAsal dari redaksi “حق العباد” adalah “حق للعباد” (artinya: haknya Alloh), sebagaimana dikatakan “بيتي”  asalnya adalah “بيت لي” (artinya: rumahku)… Akan lebih jelas, bila dijabarkan seperti ini:

ذكر في هذا الحديث أربعة حقوق: حقان لله وللعبد, وحقان على الله وعلى العبد

Artinya: “Dalam hadits ini, disebutkan empat hal: 2 hak, (yakni) haknya Alloh dan haknya hamba, dan 2 kewajiban, (yakni) kewajibannya Alloh dan kewajibannya hamba”. Lihatlah bagamana dua preposisi itu mempengaruhi makna. Begitu pula doa di atas, juga bisa diartikan seperti arti ini, wallohu a’lam.


Kesimpulan:
Itulah penjabaran mengapa ada dua preposisi  yang berbeda (“Laam” dan “Alaa”) dalam doa ini. Melihat semua penjabaran makna di atas, kita tidak melihat adanya maknya yang bertentangan, oleh karenanya semua makna tersebut bisa dibenarkan.
Namun menurut pengamatan penulis, di sana ada makna yang paling bagus dan bisa mencakup semua makna yang dijabarkan, yaitu makna pertama, yang disebutkan oleh As-Sindi dalam kitab syarahnya untuk Sunan Ibnu Majah. Mengapa demikian?!
Karena makna tersebut bisa dijabarkan seperti ini: (perhatikan dengan teliti!)

“Semoga Allah memberikan berkah (yang bermanfaat) untukmu”, baik berkah itu dalam urusan dunia maupun akhirat, baik berkah itu disaat rumah tanggamu sedang harmonis atau tidak, baik berkah itu pada rizki dan nafkah yang kau berikan kepada istri atau pada yang lainnya, baik berkah itu dari istrimu atau dari yang lain, baik berkah itu dalam hakmu atau kewajibanmu.

“Semoga Dia (juga) memberikan berkah (yang turun) atasmu”, baik berkah itu dalam urusan dunia maupun akhirat, baik berkah itu disaat rumah tanggamu sedang harmonis atau tidak, baik berkah itu pada rizki dan nafkah yang kau berikan kepada istri atau pada yang lainnya, dan baik berkah itu dari istrimu atau dari keturunanmu, atau dari yang lain, baik berkah itu dalam hakmu atau kewajibanmu.

“Dan semoga Dia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”
Lihatlah betapa luas, makna doa ini, dan makna yang luas tersebut bisa diwakili oleh redaksi yang sangat singkat. Inilah diantara mukjizat kenabian beliau -shollallohu alaihi wasallamm-, yang biasa disebut dengan mukjizat “Jawami’ul Kalim” (Kata yang singkat, tapi maknanya padat).
Sekian postingan artikel kali ini, semoga bermanfaat dan menambah khazanah ilmiyah kita, kurang lebihnya mohon maaf…
Walhamdulillahi bini’matihi tatimmus sholihat, Wa Subhanakallohumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaiik…
Wassalam…

Terima kasih sumber. Mohon dihalalkan dan yang baik jadikan amalan dan sekiranya ada keraguan mhn diperbetulkan kerana saya amat faqih dalam bab agama nie...

RALAT: 
mohon rujuk di komen ..ada khilaf yang perlu diperbetuikan. terima kasih