Monday, June 29, 2015

tentang Aswad

Bismillahhirohmanirohhim

Aswad..
Hadirnya seketika, dibelai dimanja lantaran si ibu tak bisa menjaga. Anak anak saudaraku menjadi semakin sayang  dan jatuh cinta padanya. Rutin mereka menyusukan Aswad dua kali sehari dan menyelimutinya tika malam menjelma.

Aswad mempunyai saudara kembarnya tetapi sikap pilih kasih ibunya   menyebabkan seringkali aswad tersingkir. Dia mencari-cari susu ibunya tapi akan disepak terajang ibunya bagai satu sumpahan air susunya haram untuk si anak.Begitulah nasib aswad sejak dilahirkan.

Sejak itu hinggalah luruh pusatnya, aswad diasingkan dari ibunya dan dijaga oleh anak-anak saudaraku yang sering bermain-main dengannya. Ragam aswad melompat-lompat seakan terikut-ikut perangai anak-anak saudaraku..

Anak saudaraku Nadia namanya..
Memiliki sifat penyayang yang teramat. Ini dapat dilihat cara dia membelai dan memberi susu kepada si aswad. Bahkan beberapa kali terpaksa ditegur kerana dia akan mendukung dan mencium aswad. Aswad seperti  seekor binatang kesayangannya

Ain pula pada mulanya agak geli dan takut takut untuk mendekati Aswad,Tetapi seringkali di ajak dan diajar Nadia cara bermanja dengan Aswad. Ain tak takut lagi mengusap aswad

Danial, memang dia penggeli orangnya. Ada kalanya kami membulinya supaya memberikan susu kepada Aswad. Walaupun dalam keterpaksaan tapi dia berjaya memberikan susu sehinnga habis diminum aswad. Aswad akan terloncat keriangan usai minum dan seterusnya dia akan kencing dan berak. Ye anak-anakku lebih arif ragamnya selepas makan

Aris dan Shahir, dua anak saudaraku lagi adalah antara mereka yang memiliki sikap penyayang. Syukurlah muga nilai murni dan kasih sayang mereka tiada kesudahannya. Inilah antara aktiviti anak-anak saudaraku pada cuti sekolah yang lalu
.
Secara amnya anak-anak kecil ini belajar mengenali  naluri seekor binatang dan  mengetahui perkembangan fizikal perkembangan tersebut. Aswad adalah nama seekor kambing kampung yang diberikan namanya oleh abang saya.  Simbolikkan nama tu...
Add caption



macam sedap jer...

lepas makan  aswad akan rest kejap

baca bismillah tak ni ??

2 comments:

aizamia3 said...

saya membayangkan ianya seekor kucing.. anak kambing rupanya.. ;)

ainhany said...

hihii....kan dah terkena...terima kasih aizamia3,

sedapkan namanya..Aswad bererti hitam bila diterjemahkan..NAma ini diberikan oleh abang saya. Inilah realitinya, hatta binatangpun dikasihi inilah pula manusia..

selamat berpuasa ye