Salam sejahtera sahabat2ku..
Adalah anda sedang berpuasa?selamat berpuasa di Khamis menginjak jumaat pertama di bulan syaaban 1433H.Kita mengambil sunnah yang pernah diamalkan oleh baginda rasululah. Sama-sama kita imbas kembali Syaaban sebagai refleksi.. Ayuh sucikan hati dan bersihkan jiwa ..
------------
Bulan Syaaban berkedudukan
kelapan dalam tahun Hijrah dan merupakan
bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemulaan.
Syaaban berasal daripada perkataan
‘sya’ba’ yang bermaksud berpecah dan menyimpang.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dinamakan Syaaban (berserak-serak)
kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan
puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Syaaban juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan
antara bulan Rejab dan Ramadan. Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian
dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka S
yaaban yang mulia ini adalah
sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak
mungkin termasuk memerangi nafsu.
Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon
keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Sabda Nabi SAW:
“
Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban
ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani dan rohani).”
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran serta
peringatan bahawa perjuangan sebagai seorang insan masih belum
berakhir. Perbanyakkan amal soleh, berpuasa dan solat sunat serta
menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.
Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban
Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah;
1) Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Telah
datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya
Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat
dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu
dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad):
“Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada
malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni
orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli
sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan / pergaduhan,
peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang
yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba
(batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka
sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka
mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat serta menangis di dalam sujudnya sambil membaca :
“Ya
Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu
dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau
memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin.)
2) Pertukaran Arah Kiblat


Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para
sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam
belas atau tujuh belas bulan.

Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan
jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa
penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran
arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait
al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah
al-Mukaramah. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid
Qiblatain (masjid dua kiblat).
Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi
mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah
SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah:
“Akan berkata
orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat
Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah
berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia
memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang
lurus.”
Peristiwa ini berlaku pada pada bulan Syaaban. Kebenaran
daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa
Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW
sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta
pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW tersebut telah
diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Firman Allah SWT:
“Kerap kali kami melihat engkau (wahai
Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka kami benarkan engkau
berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke
arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana saja kamu
berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara
(berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada tuhan
mereka dan Allah tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.”
Keutamaan Syaaban
Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan
Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan
berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah SWT kepada
hamba-Nya.
Baginda SAW menyatakan bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda, di
mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Umatnya sepatutnya turut
mencontohi baginda memperbanyak melakukan amal.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Baginda SAW bersabda:
“Sucikan
diri kamu dalam Syaaban dan elokkan niat kamu untuknya. Sesungguhnya
kelebihan Syaaban daripada bulan lain seperti kelebihanku daripada
kamu.”
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Sesiapa yang mengagungkan Syaaban dan
bertakwa kepada Allah serta melakukan ketaatan kepada-Nya dan menahan
diri daripada berbuat maksiat, maka Allah Taala akan mengampunkan
dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam
bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
Kemuliaan Syaaban memberi rahmat, pengampunan dan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa yang benar-benar menghidupkannya:
- Syaaban mempunyai kelebihan sebagai bulan untuk beramal ibadat.
Setiap amal kebajikan akan Allah gandakan sebanyak 700 kali ganda.
- Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak. Allah akan
menurunkan Rahmat-Nya dan memberikan pengampunan kepada hamba-Nya.
- Allah memberkati jika melaksanakan amal soleh atau ibadat dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan.
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhir Syaaban,
maka Allah kurniakan pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70
tahun dan jika meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala
mati syahid.
- Sesiapa yang bangun menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan banyak
bersolat sunat, berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, dan membaca
al-Quran, maka Allah akan bukakan 300 pintu rahmat disamping doanya
tidak akan ditolak.
Siti Aisyah r.a. berkata:
“Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah SAW ialah bulan Syaaban.”
Amalan-Amalan Sunat Bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan dalam bulan Syaaban adalah memperbanakkan:
1. Puasa sunat.
Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW dimana baginda lebih banyak berpuasa di dalamnya.
Daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah SAW sering
berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka (puasa berterusan )
dan Baginda SAW berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa
(berbuka terus). Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah SAW
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku
tidak pernah melihat Baginda SAW lebih banyak berpuasa melainkan pada
bulan Sya’ban.” (
Hadis riwayat Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a.)
Usamah bin Zaid bertanya kepada Nabi SAW
mengapa baginda banyak berpuasa dalam
Bulan Syaaban, maka Baginda
SAW pun menjawab:
“Syaaban berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, manusia sering lalai mengenainya. Ia
merupakan bulan yang diangkat segala amalan (dan dilaporkan) kepada
Tuhan Rabbil Alamin (Tuhan Seluruh Alam) dan aku suka jika amalanku
diangkat ketika aku berpuasa”. Usamah bertanya lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu. Sabda baginda S.A.W :
“Sesungguhnya
segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka
aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku
berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Ahmad r.a., An-Nasai
r.a. dan Imam Al-Baihaqi r.a.
).
Sayyidatina Aisyah r.a
juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW
berpuasa
dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa
Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada
permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari
pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala
tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah
Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka
dia seperti orang yang mati syahid.” (Durratun Nasihin)
2. Bertaubat dan Beristighfar.
Digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas
keterlanjuran di sepanjang bulan ini. Taubat ialah pembersihan rohani
kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri
individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap
masa dan ketika.
Sabda Nabi SAW: “
Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah
bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Daripada Ibn `Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang
selalu memohon ampun (membanyakkan istighfar), nescaya Allah menjadikan
untuknya setiap kesusahan itu ada kesenangan, setiap kesempitan ada
jalan keluar dan dia diberi rezeki yang tidak disangka.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.)
3. Berzikir
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah
SWT dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah SWT
dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Allah SWT berfirman
: “Wahai orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebutan yang banyak.” Firman-Nya lagi:
“Sebutlah (zikir) akan Allah dengan sebutan yang banyak semoga kamu mendapat kemenangan.”
Rasulullah SAW menjelaskan zikir mengingati Allah SWT termasuk dalam amalan mulia dan berkedudukan tinggi. Sabda Baginda SAW:
“Hendakkah
aku khabarkan kepada kamu amalan yang paling baik dan paling suci di
sisi Pemilik kamu dan yang paling tinggi pada darjat kamu dan lebih baik
daripada emas dan perak dan lebih baik daripada kamu membunuh musuh
kamu atau dia membunuh kamu di medan jihad?” Sahabat bertanya: “Apakah
dia wahai Rasulullah?” Jawab Baginda SAW: “Zikrullah.”
Zikir juga mempunyai kelebihan. Dengan mengingati Allah
sebanyak-banyaknya, hati tenang dan tenteram. Ia dijamin oleh Allah Yang
Maha Mengetahui sebagaimana firman-Nya:
“Orang yang beriman dan
tetap hati mereka dengan menyebut akan Allah, ketahuilah bahawasanya
dengan menyebut akan Allah itu menenangkan hati.”
4. Berselawat
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan
seseorang itu kepada Allah SWT. dan Rasulullah SAW, selain mengerjakan
segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56).
Dikutip dari buku al-Fawaaidul Mukhtaaroh Diceritakan bahwa Ibnu Abiy as-Shoif al-Yamaniy berkata,
“Sesungguhnya
bulan Sya’ban adalah bulan sholawat kepada Nabi saw, karena ayat
Innallooha wa malaaikatahuu yusholluuna ‘alan Nabiy … diturunkan pada
bulan itu”. (Ma Dza Fiy Sya’ban?)
5. Berdoa
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia
sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup.
Firman-Nya:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku,
maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka
beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Rasulullah SAW bersabda:
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa
itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban,
malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
Rasulullah SAW bersabda:
“Pada tiap malam, Rabb kita turun ke
langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan
siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon
ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni.” (Riwayat Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
6. Berqiamullail Dan Meghidupkan Malam Nisfu Syaaban
Sunat menghidupkan malam 15 Syaaban dengan membaca zikir dan Al
Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh
rahmat.
Daripada Muaz bin Jabal dan Abu Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;
“Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Sya’ban memerhati (
mengawasi) seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani)
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika
malam Nishfu Sya’ban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah
di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari
terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, ‘Adakah yang
beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon
rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu
Aku menyelamatkannya, adakah yang begini, adakah yang begini, demikian
seterusnya hingga terbitnya fajar?” (Riwayat Ibnu Majah).
7. Berbuat Baik Dan Bersedekah,
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran.
Perbanyakkanlah amal soleh dan menolong meringankan penderitaan fakir
dan miskin serta anak-anak yatim.
Bersedekah suatu amalan yang suci murni lagi terpuji sebagai
keperihatinan dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang
amat dituntut oleh Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik amal adalah memberi makan
(kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang
engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.” (Riwayat Bukhari,Muslim dan Nasa’i)
8. Beristiqomah
Baginda SAW juga menggalakkan agar kita
melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat
sunat, puasa dan sedekah. Ia mestilah dilakukan secara berterusan
walaupun sedikit kerana beristiqomah dalam melakukan amalan kebaikan
akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri
secara berterusan dan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa
mengingati Allah
Daripada Abi Salamah; Sesungguhnya Sayyidatina Aisyhah telah memberitahu:
“Nabi
SAW tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan ada kalanya
Baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Baginda SAW
bersabda: “Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya;
Maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu
merasa berat dengan bebanan.” Apa yang disukai oleh Rasulullah
SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan
Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa
berterusan (beristiqomah} di dalam berbuat demikian.” (Riwayat Imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
Apabila amal dilakukan secara berterusan ia akan mendatangkan kepada
kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara
berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam
ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat, sama ada ditikar
sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja. Akhirnya menyebabkan
kita akan merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut.
Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan
amal dan kebajikan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah
mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.
Sesungguhnya bulan Syaaban adalah kesempatan untuk menyuci dan
membaiki kecacatan hati dan memperbaiki diri dari segala macam celaan,
setelah bulan Rejab lalu kesempatan kita menyucikan badan dan meminta
ampun dari segala dosa, manakala pada bulan Ramadhan nanti masa kita
untuk menyucikan roh dan menerangkan hati dan jiwa bagi mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
SUMBER : shafiqalbu