Terima kasih Allah
Masih sudi meminjamkan usia
Masih sudi mendengar doa
Masih sedia memaafkan saya
Alhamdulillah
Jumaat yg tenang
12 Mei 2023,
hari yg mulia yang penuh barokahnya
Sujudku panjang
Bersyukur padaMU
Terima kasih Allah
Andai ini hari terakhir ku ambillah nyawa ni dalam keadaan baik dan husnul qatimah.
Ketika sedang berpuasa di hari jumaat dan bulan Ramadan. Tutupi aibku dan permudahkan urusan ku hingga di akhirat.
Temukan daku dengan family besar ku di jannahtul firdaus.
INSYA Allah
Melewati sisa umur pada tanggal 120523 kali ini amat mengujakan. Apakan daya.. Saya masih dalam fasa recovery. Ini adalah fasa kurantin yang bermula 9-15 Mei. Hari ini adalah hari ke 4 positif Covid. Saya akui serangan ini memang luar biasa. NAMUN syukur kerana Allah memilih pada waktu yg tepat dan masanya.😍
Moralnya:
Allah memberi ruang rehat sepanjang hari cuti kurantin. Bukan sikit tau termasuk cuti mingguan.... Mmmm turun sekilo dua jugak lah.
Luar biasa ulang tahunnya. Saya tak berdaya hatta menjawab wassap. Saya biarkan ia di sudut dan melayan kepala n badan yg lemah. Saya juga tak memaklumkan kepada family bagi mengelakkan kerisauan. Insya Allah taqdir Allah ini mesti baik dan lebih baik dari yang kita jangka.
Selang sehari saya akan membuat ujian covid kendiri bagi mengetahui status semasa. Manakala jadual hariannya ialah melaporkan status kesihatan di MySejahtera setiap hari sebanyak dua kali.
Terima kasih dik elly yg sentiasa bertanya khabar dan memantau kondisi semasaku. Ku lepaskan juna adanya. Dia bekalkan beberapa ubat dibelinya untuk saya sepanjang tempuh kurantin.
Entah berapa kali dia ingin menghantar makanan dan stok untuk bekalan semasa saya tetapi saya terpaksa menolak kerana saya tiada keinginan nak makan. Mungkin ini cara Allah nak ajar saya... Bukan hak kita tapi hak orang lain dan jangan menerima semborono.
Kisahnya bermula...
Sehari sebelum kejadian saya meraikan kelahiran Elly bersama Alina dan Biha di sebuah cafe di Bangsar sHoping Mall. Ketika itu saya dah mula berasa sakit kepala yang menyucuk2... saya jangkakan apabila kepala dibasahkan atau tidur yg cukup kelak, ianya akan pulih. Kebetulan pula saya bertugas shif malam pada hari kejadian.
Pada masa yg sama, hidung sudah mula selsema. Saya lebih selesa memakai face mask tika itu walaupun ditegur oleh elly alina dan biha. #dengarkatahati.
Syukur, saya memang ada bersama mereka dan kejutan utk birthday gulz juga menjadi. Itulah cara kita menggembirakan orang yang kita sayang. Persahabatan itu bukan diukur berapa banyak kisah dikongsi dan bahu dipaut tetapi dari ketenangan dan keserasian. Keikhlasan dan jujur dalam perhubungan.
Ringkas cerita, elly perasan perubahan kondisi saya yang semakin merudum. Saya semakin lemah dan dia telah menghantar saya ke rumah dan bekalkan ubat. Kemudian dia kan terus ingatkan saya waktu makan ubat dan makan. Alhamdulillah.. Allah hadirkan sahabat yang baik dan ambil tahu tentang saya tika waktunya.
Terima kasih Allah.
1205 berlalu dengan muhasabah. Tirai lalu kita labuhkan dan tirai baru dibuka seluasnya. Saya hargai semua sahabat saya.
Maafkan dan doakan saya
Mohon halalkan segalanya.
Wallahu aklam
 |
Terima kasih elly n geng.
|