Tuesday, October 31, 2017

ada apa

apa ada pada CINTA
nafas yang tanpa SUARA

Ada apa dengan TENAGA
jika bukan kerana AGAMA


Ada apa pada MEREKA
jika kita tak MEMBERI




hi tea anak syurga - siri 4

bismillah hirohmanirohm

di mata mereka
padam sudah airmata
di dada mereka
tersarat sebuah harapan
dalam doa mereka
terukir satu harapan

mereka empunya cerita
saat anak kecik bertarung
hanya satu pengharapan
 nyawa sebagai gantian

ketabahan mereka mengujakan
kesakitan anak itu ada penawarnya

Melihat satu demi satu anak-anak syurga yang di sayangi membuatkan hati kecil saya berteka teki. Merekalah ibu dan ayah yang yang terpilih.. Melihat wajah ceria mereka yang menyimpan seribu satu rahsia, saya begitu respek.

YA ALLAH hebatnya mereka di kalangan ibu2 yang diamanah untuk menjaga anak2 syurga ini. Mereka begitu tabah dan menceriakan. Terharu....
benarlah janji ALLAH, hanya yang terpilih sahja yang menerima ujian ini

Dakapan kasih sayang mereka begitu erat. Anak juga lebih selesa pada dakapan kasih ibu dan ayah tercinta. YA ALLAH, jagakan anak-anak syurga ini.
daripada seorang hamba ALLAH  yang sudi menaja cabutan bertuah

ibu muhamad dan ibu cahaya imani. dua insan tabah dan kaya kasih sayang

bersama family aisya

bersama anak CP dan jantung .sayang kalian..

antara yang turut bersama..

seketika koleksi ini bertukar tangan..demimu anak2 syurga
flashback....
24/2/2017

Syukur

Terima kasih Allah
Memberiku peluang dalam beramal
Sebagai bg pengurus acara 
Juga floor manager
Dari zero
Belajar segala

Terima kasih ALLAH
Kurniakanku sahabat yg mudah
Bekerja bersama
Tanpa ragam.mengada
Semua fokus
Mudah laksana

Alhamdulillah...Retro dinner with grannies  telah sempurna dengan jayanya...terima kasih buat semua





Friday, October 27, 2017

Bermulaanya Di Sini

Makin mengejar, makin dikejar
Menghambat rasa
Mampu kah sgala
Berjalan lancar


Monday, October 23, 2017

Suka dan rela

Bismillahirohmanirohim

Denga Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayng

Saya cuba mengatakan pada diri BERSABARLAH ..ANDA BOLEH LAKUKAN.
Perbaharui niat dan buat sebaik mungkin...

Buat baik, sangka baik dan fikir baik

So..maafkan saya jika saya tak layan wasap , massage FB juga lebih banyak berdiam.
jadi kalau rasa tertekan dengan 'diamnya saya ' silalah move saya ..jangan biarkan lara menghantui diri kerana saya..Saya hanya manusia yang ada 24 jam. Saya yang banyak khilaf ni  ada masa kalut dgn  himpitan tugas dan tanggungjawap dari jam8-5 ptg juga. Jadi jika tak sempat reply sebarang massage tu ...harap maklum situasi ini.
kenapa tak reply,
kenapa tak angkat telefon....
kenapa diam...

Kadang letih bercakap hakikatnya semua patah balik salah pada diri...
maafkan familyku..kita tak dapat berbual panjang ...tapi semua tu hanya seketika

SOALAN berikutnya:
kenapa tak agihkan tugas??
agaknya nak agih ke sapa...Sapa yang sudi nak buat kerja secara suka dan rela?? kerja belakang tabir..merangka membuat kertas kerja, kutip data dan merangka aturcara...??Bayarannya kepuasan bila kerangka menjadi kenyataan.....


mana AJK lain??
macamana nak bentuk AJK sedangkan kita tak kenal siapa..tua ke muda kee mampu kee??
Takkan nak beri shaja tnggungjawap sedangkan  kita tak tahu kemampuannya..ini kerja sukarela dan bukan ada upah untuk dibayar

kalau  jadi sukarela dapat foc seat ke??
SEDIH....ini yang saya rasa "SEBAK".Saya tak mampu menjawapnya.....sila renung diri dan tanya diri lagi dan lagi...Dalam urusan sukarela ni tenaga dan duit seiring..kalu ada orang bagi upah itu habuan tapi bukannya kewajipan.

TERIMA KASIH ALLAH memberikan saya peluang secara tak langsung dengan aktiviti amal . Saya sedang belajar mengenal makna suka dan rela dan makna keiklasan seperti yang sering diucapkan...
Semuga ALLAH mudahkan urusan saya dan semua aktivis yang menjayakan program dari masa ke semasa.


projek ni mencabar...
Soalan berikut:
kenapa pilih penyanyi?? takkan nenek nak berhibur ?
Mohon maaf jika ini satu kesalahan . Cuma pemilihan penyanyi ini sebagai satu daya penarik(magnet).Itupun penyanyi yang dipilih ni adalah tajaan dari orang perseorangan. Penganjur meminimakan  kos untuk hal ni .  Ada juga yang minta kami hubungi penyanyi nasyid dan ketuhanan  tapi kosnya berganda. Mohon ampun kami tak mmpu melayaninya...Biarpun artis yang dipilih ini  tak dikenali tetapi mereka mamapu mencakna bakat yang ada. ..Muga nenek terhibur seketika dan mengubat kerinduan kepada sanak saudara.

Lagi...
fenomena orang kita last minit baru nak tempah.. biarpun ada tarikh tutup dan kami hampir tak terjual meja dalam masa tertentu....tetapi bila hampir hari kejadian...banyak pula permintaan . Ini memeningkan sebab kami  tiada pengalaman. ..Di sinilah saya mula belajar ketegasan dalm tindakan.

Akhirnya,
Saya mohon ampun maaf   atas segala luahan ini. Ini adalah satu perkongsian dan saya noted supaya menjadi  berharga untuk di kenang.  Saya akui kelemahan dan kekurangan diri dan cuba dan sedang membaikinya


24/10/2017

Wednesday, September 20, 2017

salam maal hijrah

Bismillahirohmanirohim

Hari ini hari terakhir tahun 1438H..bermakna esok tahun baru 1439H



Semuga hari ini catatan terbaik sebelum ditutup,sebelum catatan baru bermula.
hari ini episod terakhir keganasan etnik rohingya,
kebakaran  untuk institusi maahad
juga jenayah

esok
kita kembali mengenali
diri kita
untuk apa
kenapa
dan kemana kita
dalam transit dunia ini

ayuh teman tariklah daku andai tersasar
pandulah daku
agar terhenti dilandasan yang tepat.

Monday, September 11, 2017

Sultan Kedah mangkat

Bismillahirohmanirohim

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayng


Sebagai rakyat KEDAH DARUL AMAN, saya turut ucapkan takziah buat kaum kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan baginda Sultan Abdul Halim Muaazam Shah. Memayungi Kedah negeriku selama hampir 59 tahun bagi satu  tempuh yang panjang.

Sejak sekolah rendah, menengah dan politeknik lagi, dinding kelas saya  pasti dihiasi dengan gambar baginda sultan dan sultanah Kedah. Inilah pengalaman satu tika dulu sebelum saya melangkah meninggalkan alam persekolah di Kedah. Cukuplah saya katakan pemerintah almarhum sultan adalah dalam tempuh yang lama.

Menurut mantan Tuan Mufti Kedah, Dato Badarudin  ketika dalam sesi pengajian ilmu  di AU5 dulu, antara rahsia kesihatan almarhum tuanku ialah baginda mengamalkan meminum madu setiap hari. Madu yang dihantar terus dari pemungut madu di Baling (kalau tak salah saya) . Mengamalkan madu satu menu sihat makanan sunah.

Saya juga pernah melihat dari jarak dekat wajah almarhum Tuanku di Masjid Negara ketika meraikan ulang tahun YDPA . Baginda  berjalan tanpa bertongkat walaupun di usia sebayanya sepatutnya menggunakan sokongan. Langkahnya sopan dan senyum terukir. Ketika itu almarhum mahu berangkat dari bilik di raja ke ruang utama solat di iringi dengan para pegawai masjid dan pengawal diraja. .  Almarhum solat di atas kerusi dan turut serta membaca yasin bersama rakyat jelata.

Saya juga  mengaminkan untuk kesejahteraaan almarhum baginda ialah ketika doa di khutbah hari raya aidil adha 2017. Khatib yang bertugas ketika itu di Masjid Jamiul Rahman, Simpang Tiga Paya Kelubi ialah Dr Hayati mantan YB parlimen Pendang. Alhamdulillah .
Amen. ya Robbal alamin


Semuga ALLAH ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya dan seluruh roh ummah islam yang telah mendahului kita. Semuga segala amalan baik menjadi saham akhirat buat mereka dan sama-sama kita mengambil iktibar dari sebuah KEMATIAN.  Satu yang pasti dan setiap kita akan laluinya.
MATI itu benar namun tiada siapa TAHU bila ajalnya.

KEDAH berkabung dan kita iringi dengan AL FATIHAH .
Selamat berangkat almarhum sultan yang disayangi rakyat kedah darul aman ke tmpat yang abadi. Tenang dan damailah di sana....



12/9/2017.

Thursday, September 7, 2017

duyyufurohman 2017

assalamualaikum wbkth.

melakar sejarah
tahun 2017
5 saudara dalam familyku diundang
sebagai duyyufurohman

kakak sulungku Che rokiah
abang ku no 3 abg Basharudin dan kak Maimunah
kakak no 6, kak Siti khadijah dan abg Ustaz Soleh
juga hero kami  Ikhwan Idris
ALHAMDULILLAH

Panggilan ini satu rahsia ALLAH .(nokhtah) .
Setiap orang mengidam harapan menjadi kenyataan namun yakinlah ALLAH akan menjemput pada masa dan waktu yang tepat. Doakan saya pula diundang biarpun panggilan itu mengikut caturan giliran akal adalah di luar jangkahayat. Apa yang penting azam saya mulai tahun hadapan, saya perlu menghadiri kursus haji lagi dan lagi..kerana mungkin akan mnjadi asbab panggilan  dipercepatkan.

labbaikallahuma lambai..
Alhamdulillah familyku selamat menyempurnakan umrah dan haji 2017. Doakan mereka semua beroleh haji mabrur. Semuga keberkatannya sepanjang hayat...

Sesuatu yang istimewa bagi tetamu ALLAH ini mereka mendapat penginapan  yang selesa dengan jarak perjalanan 15 min. Alhamdulilah buat mereka bertiga dalam dua bilik di aras 10 @ fajar Al Badie Hotel. Subhanallah.

Aidil Adha 2017  dirasai sunyi tanpa mereka. Biasanya rumah mak ayah akan dikunjungi meriah oleh anak2 dan cucu2 dengan pelbagai juadah untuk dikongsi.  Kami akan sama-sama menunaikan solat sunat aidil adha  di masjid, kemudian bermaafan sambil mengunjungi pusara emak dan ayah. Kemudian semua akan berkumpul untuk bacaaan yasin dan tahlil. Biasanya abang Soleh yang mengetuainya tetapi ada kalanya  adik bungsuku pula mengambil tempatnyanya. Doa dan tahlil buat aruah ayah dan mak  juga saudara2 yang telah mendahului...

Tapi kali ni kami beraya tanpa mereka. namun ketupat tetap menduduki rating tertinggi. Hampir 4 kilo kak na,.kakakku yng ke 9 menyiapkannya sehari dua sebelum raya. Alhamdulillah laris. Selain itu mee rebus ala-ala johor. Juga sentuhan anak saudaraku Fatin dengan menu lontong Johor. Dan tak ketinggalan sate pilihan dari Ar Sate Semeling.  Alhamdulillah. saya, kak ina, paksu juga abg ke 2ku serta keluarga mereka sahaja yang bersama di pagi raya. Turut hadir  anak2 dan cucu2 saudaraku daripada kakak dan abang yang ke Mekah.  

 Alhamdulilah kami buat dan kamilah yang makan itulah yang dapat dikatakan pada raya kali ini.  Kami juga tak kemana selepas itu.

Apapun tafsiran hari raya aidil adha kali ini adalah sesuatu yang subjektif. Berbekalkan semangat dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kita mengambil izzahnya. Kehidupan kita hari ni adalah caturan ALLAH dan kita perlu istiqomah. Kita jaga ALLAH, pasti,  ALLAH akan jaga seluruh kehidupan kita...hanya DOA dan  TAWAKAL mengiringi langkah kita.

Ayuh sama-sama kita mendoakan agar semua jemaah haji selamat pulang ke tanah air dengan haji yang mabrur.   Pulang setelah segala dosa terampun dan satu  semangat yang baru. Doakan kepulangan familyku 29/9/2017 jam 2.20 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah...

semuga ALLAH jaga mereka sepanjang bermusafir
kita posing duluu

Sunday, August 27, 2017

harga sebiji bulb

assalamualaikum wbkth
salam ceria, salam selamat

lama tak cerita pasal D'vaku. Di usia yang mengasak 9 tahun sudah mula sengal2 tulang, kadang sakit yang tak disangka. Macam baru ni yang diganti mounting engine tapi bila  rcheck lampu depan sebelah kanan tak menyala. Yang dikesan bulbnya telah terbakar.

Tapi yang lebih terbakar bila bulb diganti untuk kedua2 belah. Aduh..parah...parah poketku..Pengalaman terdahulu untuk menggantikan sebiji bulb dalam harga rm50 .Tapi untuk kali ini RM160 untuk sepasang. Ya ALLAH  apalah nasib diriku ini menderma kepada tempat yang salah...(ayat pujuk diri).

Yang memeritkan bila pekerja kedai aksesori itu lebih memancing ku untuk membeli lampu yang bernilai RM400 untuk sepasang . Memang diakui cerahnya terang benderang sebab ia ada soket khas yang mengawal kecerahan lampu ni.bayangkan jauhnya beza rm50 ke rm400 tu...puas ku pujuk dengan tahap kemampuanku...sehingga dia menurunkan nilai nya menjadi RM310.00. Dalam antar a sedar dan tak, pekerja ni telah emngeluarkan kdua mentol keretaku . Ini bermakna saya perlukan dua biji untuk menyalakan dua lampu hadapan kereta.

Akhirnya saya TERPAKSA akur dan mngantikannya dengan bulb(mentol)  yang murah dan sepadan...Jangan tak percaya..yang murah tu pun berharga RM160 termasuk GST. ALLAH hurobi macam nak nagis mahalnya... Saya akui saya adalah mangsa dan keadaan ini menyempiitkan saya untuk lari kerana hari dah malam dan pekerja tu memaksa. Demi untuk keselamatan sendiri juga saya TERPAKSA. Di segi pemasangan dan pelarasan lampu juga tak seimbang. Memang tak sekata dan menyakitkan mata tapi untuk saya pergi sekali lagi dan membetulkan kedudukan lampu tersebut mengkin TIDAK LAGI. Cukuplah sekali diperbodohkan.

Moral of the story;
a) buat survey dulu sebelum lampu dibuka
b) elakan beli di kedai aksesori kereta
c) katakan tak dan cabut terus hatta lampu tak dipasang semula.
d) bayangkan jika tanpa GST..   duit itu jadi milik kita...

Lokasi kejadian : Puncak Jalil
Masa kejadian  : 830 mlm.

Sunday, August 6, 2017

Faizah _Azhar


bersemi dua jiwa
satu hati
atas nama cinta
bahagia selamanya

nikah :/8/15
majlis :  26/12/15

Sunday, July 30, 2017

sharing

berkongsi tapi terkunci

Nampak tenang dan bebas
tapi itulah sangkar kehidupan
kebebasan belum dimiliki
tapi
 perkongsian telah ditemui
hidup mesti diteruskan

Wednesday, July 26, 2017

KASIH syawal

       
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Bersemadilah dua jiwa di bulan Syawal

Emak sempat juga melangkah kakinya menziarahi pusara  cucu sulungnya ZULKIFLI .
Meninggalnya anak saudara sulungku di usia 42 tahun adalah satu berita mengejutkan. Namun segalanya adalah caturan ALLAH
.
Tika berita pemergiannnya di maklumkan oleh adik keduanya, Sue,  saya memang terkejut. Sukar mempercayainya. Tika itu sekitar jam 2.30 ptg. Saya pula sedang berurusan dengan Balai Polis Jalan Bandar kerana d'Va ku terbabit dalam satu kemalangan kecil dengan Exora. Melihat  kepada keadaan dan masih dalam kes polis, saya akur dengan kehendak keadaan, Saya hanya bertekad saya perlu pulang biarpun dengan bas.

Tak sempat menatap wajahnya terakhir ..pilunya rasa...Jenazah siap dikafankan di HSB sebelum di bawa balik ke rumah. Urusan pengkebumian diurus usai solat isya.  ALHAMDULILLAH.mudah urusannya.
Saya sampai di Alor Setar jam 11.00 malam.  Yang ada hanya kesan kenangan,,,,,,
Dia pergi mengadap ALLAH pada 29 syawal 1432H @ 27/9/2011. Tenang dan damailah anak saudaraku di sana.

19 syawal 1433, emak pula mengikutnya. Sejak Ramadhon, kondisi mak menurun., Bila selera makan mak menurun, badan jadi semakin lemah. Tetapi dia tetap berusaha berpuasa sihinggalah di paksa berbuka kerana memakan ubat.  Dalam tempuh sebulan berpuasa, mak hanya tinggal 6 hari puasa dan dia telah mengkhadonya 5 hari. Hanya berbaki sehari untuk kesebelasan anak2 mak menggantikannya . Syukur..

Jemputannya pada malam Jumaat bersamaaa   6/9/2012.
Sesuatu yang saya ralat adalah saya tak sempat solat jenazah untuknya. Memandangkan hari itu hari jumaat jadi urusan disegerakan secepat mungkin . Pada masa yang sama saya turut serta memandikan dan mengkafani jenazahnya cuma kerana lewat sampai ke masjid, saya terlepas peluang itu.
Namun kami adik beradik telah sama2 solat hadiah untuk mak pada malm itu juga. ALHAMDULILAH

kenangan SYAWAL di ungkit lagi....
TERIIMA KASIH Syawal
Melakar kisah sedih dan tak mampu ku ulang ...

Anakmu.   .

Wednesday, July 12, 2017

myhero


dia HERO kami
mengemudi sebuah sekolah rendah era 1970an,
hingga kini 
DIA masih diingati
dialah guru untuk selamanya
SK Charuk Kudung 
dalam ingatan 

ALFATIHAH buat almarhum ayahku
HJ MANSOR ABDULLAH

Tabung subuh

alhamdulillah..berdikit-dikit, bila istqomah, jadi banyak

Tabung subuh melengkapkan pagiku. Pesan tuan guru yang mursyid, lazimi bersedekah di awal pagi, Peluang ku ambil dengan mudah, memasukan duit setiap pagi  ke tabung ini secara berterusan. Lokasinya  di atas meja dan memudahan untuk ku laksanakan.

pasti soalan berikutnya?? Hingga bile dan untuk apa ??
Hingga bila-bila dan bila ada program di masjid ataupun sumbangan derma/wakaf /infaq/anak yatim dll, saya akan menggunakan duit tabung subuh ini untuk dimanfaatkan. Alhamdulillah selama saya mengamalkan ni , saya tak pernah keputusan wang. Ini satu kejaiban.

Bila ada majlis ilmu, saya asingkan duit ini dan  saya bawa bersama untuk di infakkan nanti. Begitu juga trend saya balik kg, atau dalam status musafir saya akan gunakan duit ini untuk disedekahkan di tabung masjid yang  saya singgahi. Cukuplah saya katakan ...ianya menjadikan saya lebih bersemangat menabung bagi kegunaan begini.

Begitu jua Ramadan baru-baru ni, saya menggunakan sepenuhnya duit dari tabungan ini, Rasa kepuasan  bila banyak benda dapat dimanfaatkan sebagai saham akhirat.  Alhamdulillah.syukur berterusan melihatkan senyuman mereka yang menerimanya.

Kaedah Tabung subuh ini perlu dipraktikkan dalam satu family. Menjadi teladan buat generasi bersikap amanah dan jujur,  HARI INI pasti satu CACATAN terbaik untuk di jawap dengan ALLAH kelak. Nikmat ALLAH kita kongsikan....

Jadikan kebaikan ini untuk kedua ibu ayah saya yang telah mengajar kami memberi. Tabiat almarhum ayah dulu yang suka menyeluk sakunya dan memberikan kepada orang yang dia jumpa pasti saya ingat. Saya pernah cemburu bila kawan2 saya yang datang ke rumah pasti diberikan duit sebelum pulang, kadang tu ayah beri kepada anak2 mereka dan ada juga kepada ayah mereka.  Terima kasih Ayah yang telah mengajar saya secara tak langsung rahsia memeberi dan bersyukur.

Dikongsikan pengisian dari ajaib sdekah subuh (terima kasih)
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai – tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas – sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH

APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?

Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu

TUGAS ANDA SEKARANG?

1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini – saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA – siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan…
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..

Friday, July 7, 2017

buah tien


akhirnya membuahkan hasil. terima kasih ALLAH menghadirkan buah tien di laman .
subhanallah sgat sedap dan mgg manisss