Sunday, May 8, 2016

Mengenali Air Kangen -Siri 1

Assalamualaikum wbkth

Apa tu?
Air kagen?
Ada pula air asid dan  air alkaline..tangpe tu?
macam pelik jer namanya ?
Korea ?
Jepun?
Malaysia ada kaa?

----------------------------------
Ye itu antara soalan yang biasa jika kita diperkenalkan dengan air alkaline ini
Jika tak kenal kita tak tahu tapi jika kita dah tahu khasiatnya memamg TERBUKTI BERKESAN Dengan IZIN ALLAH

KANGEN WATER= ALKALINE WATER= BACK TO NATURE 


Perkataan KANGEN adalah dari bahasa Jepun yang bererti kembali kepada alam semulajadi .
Oleh itu  air ini adalah hasil kaji selidik para saintis di Jepun.
Kajian juga mendapati tahap PH air ini setelah melalui prosesnya adalah bersifat ALKALI .

Sample diberikan kepada anda yang ingin mencuba Kangen Water .
Maklumat / bekalan boleh hubungi :
ISMI HAYATI :   013 9059027
Kawasan: KL/SERI KEMBANGAN /SHAH ALAM

Lagi info tentang air kagen: sila berkunjung ke :
KAK ADIB BATU LONGCHAM
KANGEN MALAYSIA

Kita kongsi sebab kita sayang semua.
Semuga semua hidup sihat, dapat beribadah dengan tenang.
Jadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan minum untuk sihat
Lebih sihat,lebih hebat, ramadahan lebih bererti

nantikan siri seterusnya


Thursday, May 5, 2016

Ole oleh Mekah

Terima kasih ALLAH yang telah menjaga saudaraku sepanjang mereka menjadi tetamu Allah
Mudah-mudahan ALLAH menerima ibadah mereka dan kita juga dapat menjejakinya satu hari nanti. Doakan KK.

Terima kasih atas ole-ole yang diberi. Saya menghargainya .dah le cantik, sedap . wangi dan menyelerakan...Alhamdulillah 


sejadah, tasbih, kurma, coklat, minyak wangi,roti croissant...

pertama kali makan terus jatuh cinta..

family kami...

sambulah salam kami ya rasul..

Wednesday, March 9, 2016

Terima Kasih kak Pah

Bismillahirohmanirohim
dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tarikh : 8 nov 2015
Lokasi: Pusat Jagaan Sri Mesra@ MESRAHOME, Ampang


ALHAMDULILLAH. Dengan penuh kesyukuran, saya panjatkan kehadrat Ilahi, impian mengundang  insan mulia ini diizin ALLAH. Terima kasih ALLAH, Walaupun insan ini terpaksa menunda tarikh kepulangannya ke utara namun hasrat kini menjadi nyata.

Lebih kurang jam 3.30 petang,MESRAhome mula disapa oleh seorang demi seorang yang menggunakan password "saya ini kawan kak pah". Ooh mereka juga seperti saya menggunakan password 'saya ni kawan kak pah" ketika memperkenalkan diri semasa berpeluang menziarahi satu asnaf di Subang Bestari . Dengan password itu kami diraikan namun bezanya saya menziarahi family tersebut tanpa kak Pah tapi hari ini kak pah akan ada bersama-sama.

Insan mulia itu adalah PUAN NATIPAH ABU merupakan aktivis sukarelawati yang  berasal dari utara. Beliau banyak membantu asnaf fakir miskin, kurang bernasib baik, orang yang menderita sakit kronik, gelandangan, anak yatim dan insan terbuang daripada family. Beliau  juga tidak meletakan syarat ketika membantu, sama ada bayi hinggalah orang tua dan di negeri mana sekalipun. Prinsipnya, apabila mengetahui kes, beliau akan turun ke  'lapangan' dan barulah disalurkan bantuan mengikut keperluan .Beliau sendiri yang akan menyelidik dan sekiranya perlu dana dilancarkan atas nama "tabung untuk 'sekian sekian'....Beliau hanya memuat naik kes ke dalam FB nya apabila fakta dan input tepat telah diperolehi . Manakala tabung itu akan dilancarkan dan ditutup dalam jangka waktu terhad sahaja. Media Fb bagaikan umpan buat kita.

Saya kagum dengan cara amal baktinya...
Beliau melakukannya kerana beliau suka,.She love it . Memang dia insan yang dipilih ALLAH untuk melaksanakan kerja amal ini. Dari raut wajahnya pun terpancar wajah suci dan luhur hati. Tutur bicaranya bersopan dan begitu menyantuni baik yang muda maupun yang tua. Selain peramah beliau mempunyai karisma tersendiri. Jadi tak hairanlah,FBnya mempunyai sejumlah friend dan beliau akan menyapa & menghargai semua rakan maya yang bertamu. Di FB nya juga beliau akan berkongsi perasaan dan secara jujur ia menyentuh hati. Bakat penulisannya juga terserlah., Andainya kk pah berupaya menerbitkan sebuah buku, pastilah saya diantara mereka yang memesan 'preorder'

Sebagai salah seorang penyumbang yang terus dan akan menyalurkan ke tabung yang beliau uruskan saya rasa bertuah kerana sumbangan itu terus ke sasaran. Yang susah dibantu, yang payah diringankan dan yang sakit di rawat  dan yang jauh didekatkan.  Semua sumbangan sahabat FB setelah diwar-warkan  akan dikumpul dan akan diserahkan kepada orang yang benar-benar memerlukannya..Terima kasih kerana menjadi orang tengah yang amanah.  Biarpun fizikalnya kecil comel tetapi jiwanya kental. Hebat, dia memang  wanita yang hebat, seorang wanita,isteri juga ibu kepada anak2 yang cintakan kerja amal.  Wanita biasa yang bergerak sendirian tetapi memikul amanah yang besar. Dalam masa yang sama dia juga boleh dikatakan menjadi ibu dan pembimbing kepada pertubuhan rumah anak yatim daerah Kuala Muda dan Rumah Sri Kenangan.

Hebat, dia wanita yang hebat,
Ada ketikanya beliau turun naik pejabat zakat, pejabat tanah, berjumpa pihak bank, sekolah maupun hospital bagi membantu meringankan beban kes sebuah famili. Beliau cuba mencari saluran bantuan yang sepatutnya diterima. Adatnya seperti beliau memberi pancing dan  umpannya perlukan usaha dan semangat berterusan, Bolehlah dikatakan beliau sebagai 'agen pencari pahala amal' yang akan menyulusuri kampung, denai, lorong dan merasai perit payah hidup serta tempat menangis bersama.

Biarpun begitu ada ketikanya ada saja halangan apabila pihak yang tak suka beliau menghebahkan penderitaan seseorang yang berada di dalam kawasan mereka. Inilah yang dikatakan politik dibawah tempurung. Realiti yang berlaku di masa kini cuba di'hidden'kan .. Itulah antara cabaran yang terpaksa dihadapinya. Hebat tak ?? Bukan semua orang mampu di uji sedemikian rupa ...Bagaikan di aibkan bila fakta cuba dipadamkan bagi mengabui mata masyarakat.

Siapakah wanita hebat ini? Ya dialah puan NATIPAH ABU atau lebih mesra di sapa dengan dengan nama kak Pah sahaja. Walaupun usianya lebih muda daripada saya tapi kematangannya dalam dunia kerja amal  wajar disegani dan dihormati. Untuk mengenali kak Pah boleh rujuk ke FBnya. Tulisannya dari hati kepada hati. Terkadang dengan sapaan tulisannya berjaya meruntuhkan benteng keegoan diri. Apatah lagi jika bukan air mata yang mengiringi dan lembut tangan untuk memberi...Subhanallah. Coretan dari kata hati yang diluahkan menerusi FB NATIPAH ABU benar-benar menyentap jiwa kita. Kita sebagai pembaca juga tak perlu was-was untuk memberi kerana saluran yang kita pilih adalah tepat dan sampai kepada target. Dialah pemegang amanah yang setia dan dia lakukan kerana ALLAH untuk ALLAH. Peranan besarnya sebagai orang tengah menyempurnakan amanah kita dan yang penting dia berkongsi rasa dengan kita dan memberi peluang kita untuk bersamanya melaksanakan misinya.

Panjangnya intro ini ku nukilkan....balik ke laman MH..
kak pah tak melepaskan peluang menyantuni warga MH
Di laman MesraHome, saya menanti nanti kehadiran kk Pah. Ini adalah pertemuan kedua dengannya setelah pertama kali bertemu di ramadan tempohari. Ketika itu saya mencuri sela waktunya. Kak pah diundang oleh sebuah bank untuk berbuka puasa bersama .Sebuah bank yang banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada kes yang sedang ditanganinya.  Alhamdulillah kk Pah terus menyapa dan memberi salam sebaik turun dari kereta dengan wajah ceria yang sama seperti yang dilihat dalam FBnya...Terima kasih ALLAH yang telah merealisasikan impian saya untuk meraikan kak Pah di MH.  Kehadiran sahabat maya Kak Pah di perkarangan MesraHome menceriakan petang hari minggu ini.

Di antara sahabat FB kak Pah ini bukan sahaja yang sering bersapa dengannya tetapi juga ada di kalangannya yang "silence reader". Inilah kebaikan FB jika dimanfaatkan. Kami saling berkenal- kenalan dan mereka semua para pencinta kerja amal. Malah juadah petang turut dibawa sekali. Juadah air tangan Puan Rahimah Bangi  amat kami hargai..Terima kasih kak Rahimah. Muga ALLAH ganjari pahala dan berkat makanan yang dijamah ini akan memudahkan kami untuk beramal. Warga MESRA diraikan dan disapa dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kakak2 dan adik2 sahabat kak Pah yang sudi hadir ke MESRAHOME. MESRAHOME merupakan pusat jagaan orang tua yang terletak di Taman Watan. Sehingga kini ada seramai 9 orang warga emas di sini yang memerlukan perhatian dan sokongan bersama. Suasana kekeluargaan menjadi amalan bersama.

Terharu dengan cara kak Pah dan sahabatnya menyantuni WarGaMESRA, Sambil bertanya khabar mereka melayan warga mesra makan dan minum. Wah!!! berselera nampaknya wan, moksu, kk yaya dan lain-lain menjamu selera. Bukan mudah menyelami kisah silam warga yang menghuni di sini yang bersendirian dan perlukan bantuan emosi dan fizikal. Di dalam rumah, nek oci, dan dua nenek lagi  turut menikmati juadah yang sama  disediakan. Mereka antara nenek yang uzur dan pergerakan yang terbatas.

Keletah moksu  dari  Kelantan (warga emas yang pekak, bisu dan buta) membuat ramai tertanya-tanya apa yang diceritakannya. Moksu ni ada kisah lampaunya yang tersendiri. Mengikut isyarat ceritanya, dia pernah berkahwin tapi jodohnya tak lama kerana sering dipukul oleh bekas suaminya. Dia menjadi agresif kepada golongan Adam yang bermisai, berbadan besar  kerana disifatkan ganas seperti bekas suaminya. Kemuncak kehidupannya bila dia  terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan matanya buta dan kaki kanannya dimasukkan besi. Namun  moksu seorang yang berdikari dan suka membantu mengurut rakan serumahnya.
(moksu nama sebenarnya maryam tetapi saya selesa memanggilnya dengan gelaran ni)

Kunjungan Kak Pah dan sahabatnya merupakan satu pertemuan dua mata dengan Puan Faizah merangkap pengusaha dan nurse yang memastikan kebajikan warga ini terbela.  Sambil berkenalan , dapatlah bertukar-tukar pandangan dengan kak Pah dan sahabatnya tentang misi dan visi MESRAHOME . Sebagai sebuah badan kebajikan persendirian, pengurusana MESRA memerlukan dana untuk keperluan penghuninya  dari masa ke semasa. Selain itu sebarang bentuk 'kebajikan' di alu-alukan.

biarpun seketika tersimpul jalinan kemesraan
Tidak terkecuali juga, sebak rasanya hati ini bila menghampiri detik perpisahan. Ntah bila lagi saya juga warga MESRA akan bertemu dengan kak Pah dan sahabatnya yang ceria lagi sporting. Mereka bukan sahaja berjaya menceriakan saya juga wargaMESRA tetapi juga menghargai bentuk khidmat sosial yang diberikan. Terima kasih  Kak Pah dan sahabat FBnya yang amat prihatin dan peka dengan kerja amal. Keceriaan dan kemesraan jelas terpancar di setiap wajah yang hadir . Kepada yang telah menyumbang kek, cream puff, kuih muih dan lain lain  keperluan dapur serta buah-buahan, kami amat menghargainya dan memastikan setiap wargaMESRA menikmatinya . ALHAMDULILLAH

Bagi pihak pengurusan dan sahabat MESRAHOME, saya rakamkan ucap terima kasih atas kunjungan ini..Atas segala kekurangan itu adalah kelemahan kami dan perlukan teguran dan bimbingan.Terima kasih kk pah....juga para sahabatnya ..kalian merupakan insan hebat yang cintakan kerja amal.

Ayuh sama-samalah prihatin dan menyantuni yang tua, Hargailah kehadiran mereka kerana suatu hari nanti setiap kita akan melalui hari tua yang entah bagaimana penghujungnya. Apakah jaminan anak-anak dan family yang akan memimpin kalimah ALLAH dalam sela nafas terakhir kita??? Kita hanya mampu melafazkan doa dan bermunajat muga akhiran yang baik , ditempat yang baik dan disaat sedang membuat kebajikan dan sempurna membaca surah Al Mulk, al Kahfi juga al waqiah dan yassin.. Insya ALLAH

 YA ALLAH pandulah hati hati kami mencintaiMU dan ajari kami mematuhi segala perintahMU. Berkatilah perjuangan sahabat ku ini dan jauhi dia dari sebarang fitnah. Terima kasih ALLAH, Terima kasih KakPah dan sahabat FBnya  kerana sudi  menerima jemputan ini dan n sayang semua kerana ALLAH.
team sahabat kak pah

ceria 

ainhany

Tuesday, March 1, 2016

renung sekejap..

dengan Nama ALLAH yang Maha Pmurah lagi Penyayang

Salam 21 jamadil awal 1437

Apa khabar semua...Sesekali menjengok blog sendiri, terasa sepi ...bukan takde nak dikongsi cuma kekangan masa ...Terlalu pantas masa berlalu...

Bila harga minyak dunia menjunam jatuh, dapatlah kita merasai kesannya....seliter RM1.60 . Alhamdulillah. Sewajarnya kita bijak berbelanja dan menikmatinya bersama secara berhemah.. Lazimnya myD'va memerlukan santapan mingguannya sekitar RM44 untuk memenuhkan isi perutnya tapi pagi ini sekadar RM32 sudah memadai. Oh penjimatan minyak yang nyata...

Tapi bagaimana dengan kos dan nilai harga barangan lain....Berbanding dulu, Rm50 untuk barangan dapur cukup untuk tempuh yang seminggu berbanding sekarang..Apakah salah kita pengguna yang berbelanja lebih atau nilai matawang semakin rendah atau harga semasa yang melambung...??

Persoalan ini tiada kesudahannya ...mungkin kematian adalah akhiran kepada kisah dan penanggungan ini. Tiada cara untuk menongkah arus perdana melainkan dengan menempuhnya secara berhati-hati.. Dengan GST yang tiada penghujungnya ,,,setiap kita perlu membayar dan tak dapat melepaskan diri...tiada jalan alternatif.!!

fikir-fikir renung-renung.....
Muga ALLAH berikan kita kemudahannya untuk dinikmati bersama..

Friday, January 8, 2016

bila rindu menyapa

Bismillahirohmanirohim

Salam kasih sayang Rabiul awal 1437H

ada tikanya diri begitu resah.
Ingatan berbaur sepi menyapa diri.
Mereka kini tiada lagi menemani 
 bertanya khabar
Yang ada 
cuma
bisikan rindu
ya
bisikan rindu


rindu pada mereka
rindu menziarahi mereka
rindu menyapa mereka
dan
rindu menatap mereka


Maafkan saya mak
Maafkan saya ayah.
kali terakhir diziarahi tempuhari
sempat juga pusara kalian dirapikan
biar indah
menatapnya
biar indah
lambaiannya
lagi dan lagi





Tuesday, November 3, 2015

SPM 2015

Tahun 2015,tiga orang anak saudaraku akan mengambilnya. Biarpun lewat untuk ku ucapkan salam perjuangan ini tapi dalam doa dan harapanku tetap sama. Mudah-mudahan mereka berupaya membuat yang terbaik untuk diri mereka dan seiring dengan usaha.

Untuk semua anak2 yang  turut mengambilnya, mohonlah petunjuk ALLAH dengan restu kedua ibu bapa juga guru-guru sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Tenangkan fikiran , banyakan berselawat dan bermohonlah muga ALLAH permudahkan jawapannya. Setelah berusaha selama dua tahun, inilah masanya pertarungannya. Yakin pada kemampuan diri dan bertawakallah.

Muga anak-anak saudaraku juga mampu buat yang terbaik. Bukan sahaja mencatat kejayaan dalam  diari diri tapi buat sekolah,negeri juga negara. Semuga Muhammad Ibrahim, Mohamad Shahmi juga Zaid berjaya mengharumkan negeri Kedah,, Penang dan Johor.   Selamat Menghadapi SPM2015

 Kalian anak-anak yang hebat
 bakal mewarnai dunia

Terima kasih ibu ayah
mendoa , merela dan merestui
langkah mereka

Terima kasih duhai para guru
 mengajar tak tentu masa
demi generasi tercinta

Anak-anakku
Buktikan pengorbanan terbela
Jasakan dikenang sampai bila-bila

SEMUGA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA HINGGA AKHIRAT


Monday, October 19, 2015

cukuplaa..

Jerubu
kelam
kabur

Apa tindakmu
luaskan mata
fokus 
namun masih hampa
lensa sudah tak berupaya
menerobos di balik sengsara
aroma asap menyesak nafas
pedih mata menikam jiwa

Mentari engan menyapa lagi
Hujan entah ke mana pergi 
Duhai angin bawalah lari
suburkan bumi 
maafi kami 

 YA ALLAH 
Maafkan kami 
Maafkan kami
Maafkan kami 






Thursday, July 23, 2015

lagi tentang mesra dihati


terima kasih sumber    malaysian4wheelers.

MONDAY, JULY 13, 2015


Ramadhan dah nak pergi...

Kempen berpuasa sepanjang Ramadhan yang serba berkat ini memberi peluang 
semua penggiat aktiviti 4x4 untuk berehat sebentar, sambil memenuhkan masa
 dengan amalan sebagai seorang Muslim.

4Wheel semua disimpan rapi...ada yang memulakan operasi membuat restorasi 
selepas setahun membelasah jentera yang penuh dengan harapan. 
Umpama pepatah Melayu lama, 'alah membeli, menang memakai'..itulah 
sesuatu yang masih relevan apa bila dilihat kenderaan 4x4 ini walau usianya
 yang agak klasik tapi masih layak bertugas pada tahap  ganas,
 asalkan ianya dijaga luar mahupun dalamannya. 

Baru baru ini, telah berlangsung majlis Iftar di MESRA HOME yang terletak di
 Taman Sri Watan, Ampang yang dikendalikan oleh rakan LCFans Malaysia
 iaitu pasangan suami isteri, Razali dan Faezah secara persendirian. Mereka
 sangat berharap agar akan lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan
 bagi memenuhi ruang untuk menceriakan suasana di rumah penjagaan
 orang orang tua milik mereka ini. 

Turut sama didalam program tersebut adalah sekumpulan anak anak yatim 
dari Rumah Penjagaan Anak2 Yatim (terlupa namanya) yang dibawakan 
khas oleh para volunteers dari 4W4C yang membawa mereka datang ke 
MESRA HOME untuk berbuka puasa.

4wheel bukan utk offroading saja...

Begitulah sebaik baiknya, apabila Ramadhan menjelma, banyak kesempatan
 digunakan untuk penganjuran aktviti kerohanian dan kemasyarakatan seperti
 ini yang menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan sumbangan  
kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan. 
Syabas dan tahniah..moga saham anda mendapat pulangan kemudian hari.
.Insyallah.

bersama anak2 yatim









sukarelawan 4W4C bersama penganjur
Sekiranya anda berhajat atau ingin menyumbang kepada MESRA HOME,
 boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi
 En Razali (012-6271101) atau Pn Faezah (012-2016271). 
Atau anda boleh terus ke lokasi :
MESRA HOME
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT PENJAGAAN SRI MESRA
NO.16 JALAN WATAN 1
TAMAN SRI WATAN
68000 AMPANG
SELANGOR
terima kasih : 4w4C

Friday, July 10, 2015

Mesra home @Ukhuwah iftar

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang

seribu makna tersirat
Ramadan dah masuk ke fasa terakhir, Ramadan akan tinggalkan kita, hanya beberapa hari saja lagi... Sejauh mana Ramadan kita kali ini...

Ramadan bagi saya  kali ini agak berbeza dgn tahun-thun sebelumnya. Lazimnya menjelang awal ramadan, saya akan menyambutnya di kg . Tapi kali ini BUKAN SEBAB " jimat duit tak payah balik kg" tetapi segalanyanya daripada  caturan ILAHI..Ada sahaja pengisian dan jadual majlis ilmu yang hebat sebelum ramadan .sayang  nak tinggalkan.. Tatacara dan adab meraikan ramadan  di ulang bicara sebagai satu peringatan dan  galakan beribadah. .Peluang  kehadiran Ramadan perlu digunakan sebaiknya kerana di bulan ini berbagai-bagai tawaran ALLAH sediakan.  Bagi diri yang serba kekurangan ini, iman yang turun naik perlu dilentuk dengan berhati-hati secara istiqamah.

Saya juga dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di MESRAHOME. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih. Inilah satu- satunya "
event yang saya hadiri berlangsung melibatkan dua buah pertubuhan kebajikan. Jemputan pula daripada pihak  MH diterima dengan hati terbuka .

MesraHome sebuah rumah penempatan orang orang tua muslimah yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang budiman. Walaupun mereka berada di zon selesa dengan keluarga yang bahagia, namun jiwa mereka tetap merasa bertanggungjwab.  MH imembuktikan keprihatinan meraka  terhadap warga tua yang terabai. MH sentiasa  mengalu-alukan kehadiran semua orang dari berbagai bagai peringkat umur bagi menyemai nilai nilai murni  dan memupuk kasih sayang sesama insan.

sebelum berbuka sama2 dengar  tazkirah dulu
decorasi pintu gerbang yang menarik....mmm..kambing bakar
sebelum dapat duit raya dan guudies kena buat persembahan dulu...hebat2 belaka
 
macam2gelagat ada

Terima kasih MESRA HOME.
atas jalinan ini kita bina jambatan kasih sayang  
Setiap kita semua akan  merasai tua

siapakah yang akan menjamin penghujung kita
ALLAH meyaksikan segala-galanya
Muga ALLAH bantu semua


Monday, June 29, 2015

tentang Aswad

Bismillahhirohmanirohhim

Aswad..
Hadirnya seketika, dibelai dimanja lantaran si ibu tak bisa menjaga. Anak anak saudaraku menjadi semakin sayang  dan jatuh cinta padanya. Rutin mereka menyusukan Aswad dua kali sehari dan menyelimutinya tika malam menjelma.

Aswad mempunyai saudara kembarnya tetapi sikap pilih kasih ibunya   menyebabkan seringkali aswad tersingkir. Dia mencari-cari susu ibunya tapi akan disepak terajang ibunya bagai satu sumpahan air susunya haram untuk si anak.Begitulah nasib aswad sejak dilahirkan.

Sejak itu hinggalah luruh pusatnya, aswad diasingkan dari ibunya dan dijaga oleh anak-anak saudaraku yang sering bermain-main dengannya. Ragam aswad melompat-lompat seakan terikut-ikut perangai anak-anak saudaraku..

Anak saudaraku Nadia namanya..
Memiliki sifat penyayang yang teramat. Ini dapat dilihat cara dia membelai dan memberi susu kepada si aswad. Bahkan beberapa kali terpaksa ditegur kerana dia akan mendukung dan mencium aswad. Aswad seperti  seekor binatang kesayangannya

Ain pula pada mulanya agak geli dan takut takut untuk mendekati Aswad,Tetapi seringkali di ajak dan diajar Nadia cara bermanja dengan Aswad. Ain tak takut lagi mengusap aswad

Danial, memang dia penggeli orangnya. Ada kalanya kami membulinya supaya memberikan susu kepada Aswad. Walaupun dalam keterpaksaan tapi dia berjaya memberikan susu sehinnga habis diminum aswad. Aswad akan terloncat keriangan usai minum dan seterusnya dia akan kencing dan berak. Ye anak-anakku lebih arif ragamnya selepas makan

Aris dan Shahir, dua anak saudaraku lagi adalah antara mereka yang memiliki sikap penyayang. Syukurlah muga nilai murni dan kasih sayang mereka tiada kesudahannya. Inilah antara aktiviti anak-anak saudaraku pada cuti sekolah yang lalu
.
Secara amnya anak-anak kecil ini belajar mengenali  naluri seekor binatang dan  mengetahui perkembangan fizikal perkembangan tersebut. Aswad adalah nama seekor kambing kampung yang diberikan namanya oleh abang saya.  Simbolikkan nama tu...
Add caption



macam sedap jer...

lepas makan  aswad akan rest kejap

baca bismillah tak ni ??

Monday, May 11, 2015

SELAMAT HARI IBU

Bismillahirohmanirohim

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

6.9.2012 with love
Ibu
hanya satu nama
beribu panggilan
tetap sama

ibu 
hanya SATU
biar nyawa jadi taruhan 
DIA tetap sedia

Ibu
kala aku tidur
dia jaga

kala aku jaga
dia pasti jaga
-----------------------------------------
Buat ibu@emak @umi@mama@ mammy atau sebagaimanapun sebutannya, kalian adalah wanita sempurna yang teristimewa. Sempurna memikul tugas sebagai isteri serentak juga sebagai ibu yang mengemudi mahkota rumahtangga....Tugas digalas tanpa rasa dibebani dan saya amat mnghargainya

Terima kasih emak, yang membentuk adab kami , menjadi contoh akhlak terpuji dan menjadi tempat berkongsi suka dan duka...'Hold on myshoulder ' bukan sekadar sebuah lirik tapi itulah kenyataannya...disaat kami perlukan emak, dia , sedia mendengar dan berkongsi rasa.

Kini setelah dia dijemput pergi, ,. diri kian menjadi sepi. Tiada senyum ria menyambut kepulangan, tiada air tangan mak untuk dinikmati, tiada lagi doa untuk diaminkan dan tiada lagi titis air yang perlu disapu di saat perpisahan ..Sesungguhnya kita akan lebih merasai makna sepi bila saat dia telah tiada biarpun hingga kini saya masih merasai detik perpisahan itu.. .

Emak...ampunilah dosa setiap anak-anakmu, atas segala kekurangan kami menjaga dan memelihara mak, maafilah kami..Kesebelasan anak-anak mak juga cuai dalam melayan mak seperti mana mak dilayan ayah..Ayah yang penyanyang dan dikongsi hidup selama hampir 63 tahun. Maafilah kelemahan kami  dan kelalaian kami ini .Doa kami tetap sama, setiap detik, doa dan keampunan buat mak dititipkan, buat ayah jua disertakan. TEmpatkan ayahanda dan bondaku di tempat yang dimuliakan ALLAH, di jannahtul firdaus dan ketemukan kami jua kelak...

Beruntunglah meraka yang masih memiliki, Ayuh hargailah jasa dan pengorbanan meraka..Buatlah sebanyak mungkin kebajikan dan biarlah senyum meraka di iring doa keberkatan yang mempengaruhi seuruh hidup kita... REDHA merea adalah REDHA ALLAH.

** kesempurnaan yang terbaik hanya dari ALLAH taala jua
alfatihah..



Friday, February 27, 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

Subhanallah
ALHAMDULILAH
ALLAH AKBAR
indahnya alam diciptakan...

Tuesday, January 13, 2015

Kita TERuji

anak-anak  sudah mampu tersenyum ceria   

ALLAH uji mereka
ALLAH uji kita
Dalam kepayahan mereka redza
Dalam kesenangan kita alpa

Siapa mereka di kalangan kita
Siapa kita di kalangan mereka
Mereka dan kita
Berbeza cuma
Pada
Nama

Hakikatnya
Kita sama
Kepada DIA kita MILIKNYA

cetusan @misi kami prihatin(4-7.01.2015)

di sini segalanya bermula

Kg Temangan kami datang..

Friday, January 9, 2015

2015 yang datang

Bismillahirohmanirohim

Tahun baru menjelma sudah.
Lembaran kalendar 2014 diganti dengan 2015 dengan azam dan visi baru.
Alhamdulillah satu kelainan sambutan tahun baru kali ini berbanding tahun sebelumnya. Ternyata ada hikmahnya dengan bencana banjir yang menimpa di penghujung 2014.

Tanggal 25 disember tanganku sentiasa memerhati telefon dan menanti nanti perkembangan baru menerusi  FB dan whatssap. Hanya ini medium yang membantu untuk mengetahui info semasa yang tepat. Terima kasih alam maya yang menghubungkan kita yang jauh beratus batu dengan hanya di menekan picit smart phone yang ada di tangan. Situasi yang diluar jangkaan, paras air yang melampau dasyatnya dan keselamatan penduduk hampir terjejas. Inilah fenomena yang kita hanya tahu menerusi sumber yang boleh dipercayai. KK hanya mampu mendoakan muga air ini sebagai rahmat dan bukan musibah yang mengorbankan saudara kita di sana.  Untuk terjun ke lapangan bukan kederat KK. Oleh itu menyertai ibantu sukarelawan adalah medium untuk KK membantu secara tak langsung dengan NGO ikram.

Segalanya berlaku diluar jangkaan.. mulai dari itu  KK suka dengan aktiviti sukarelawan. Membantu memudahkan urusan ibantu Selangor untuk  misi kemanusiaan ke pantai timur.

1.1.2015
KK telah melaporkan diri ke pondok pengawal TUDM Subang.  Bersama dengan Yatt dan beberapa sukarelawan lain kami membantu membuat sorting pakaian yang diterima dari masyarakat prihatin dari masa ke semasa. Terasa lebih bersemangat  apabila kehadiran sukarelawan ini tidak terhad kepada satu bangsa sahaja.   Kehadiran mereka adalah satu tujuan..memberi sumbangan tenaga untuk menjayakan misi kemanusiaan sama ada membuat kerja sorting pakaian , mengangkat barang ke palet  dan membantu loading barang ke lori. Bersama anggota tentera yang bertugas juga pelbagai agensi kita bekerjasama.

Tapi yang mengejutkan juga pada hari terseut KFC dan Pizza Hut menyediakan makanan untuk 7 hari kepada semua sukarelawan yang bertugas samada di Subang maupun di Kelantan.   Besar juga sumbangan  J-Corp untuk para petugas sukarelawan  ini.
ALHAMDULILLAH nikmat yang ada kita kongsikan..

mewakili semua sukarelawan KK menerima pizza dan KFC dari pihak Jcop.

Pizza tu KK serahkan kepada adik adik PLKN manakala KFC menjadi rezeki Yatt. Alhamdulilah yang pastinya semua orang happy

Malamnya Kami ke Masjid shah alam untuk bacaan yasin , solat hajat dan Tahlil ..Mudahan ALLAH memberi keselamatn buat mangsa banjir khususnya dan ummah amnya.
.opp terserempak pula dengan kak Bet... alhamdulillah..

 Muga ALLAH menerima doa doa kita..amin

Tuesday, November 11, 2014

kejap masa berlalu

Bismillahi rohmanirohhim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam celik pejam celik dah menghampiri penghujung 2014. Tahun ini akan melangkah meninggalkan kita atau kita bakal meninggalkan tahun ni....itulah persoalan kehidupan yang tiada jawapan di sisi kita TAPI DIA Maha Memiliki ada jawapannya.

Begitu juga blog KK ni..sedihnya bila tiada update .Apa pandangan sahabat sekelian kepada  blog KK ?? Satu catatan hati yang dikongsi bagi menggamit rasa kasih sayang,  mencintai  dri pemerhatian dan pengalaman dik0ngsi.

 tetiba network problem...ahh lengah lagi...
KK ada banyak cerita nak dikongsi tetapi kerap kali ruang waktu pula mencemburui....
camne ek nak mengatasinya...?  .
insya allah doakan saya dapat bersama lagi dan lagi....