Alhamdulilah. Terima KAsih ALLAH yang terus melimpahkan rezeki nya buat kita nikmati. Tahun 2013 ini ada pertambahan anggota baru dalam family besar kami…Sehingga kini saya mempunyai seramai 54 orang anak saudara
dan 25 orang cucu saudara…Apa macam ramai tak?? Bestkan?? Tapi ada orang lain lebih ramai dari saya kan......Syukur.. Allhamdulilah. Ce tenguk anak dan cucu saudara baru saya nie...
Ceritanya begini.....
![]() |
| Comelkan ahli-ahli jannah nie... |
Pada awal pagi 2303
Puteri Damia dilahirkan di Hospital Sg Buluh dengan selamatnya. Beberapa hari pertama cucuku ni telah di serang joundis . Namun ianya seketika cuma. Kini puteri sulung kepada mamamira dan bapa
Qdeen sihat dan montel. Sayang... cucu tokchu ke 24..Nampaknya cucuku ini pemegang IC Selangorlah...Hadiah untuk PR. Pengalaman menyambut cucu sulung in juga dirasai oleh abang dan kakak ku
yang memang merancang menyambutnya tambahan pula cuti sekolah bermula tempuhari….Kini
anugerah pangkat datok yang mutlak menjadi
milik mereka.. Mudahan cucunda kami ini
: Nurul
Qairina Damia menjadi anak solehah dan akan diwarnai dengan kasih sayang yang berpaksikan agama. Dan bakal srikandi yang disinari dengan
petunjuk ALLAH.
Manakala pada 1604, dua jam sebelum melahirkan Rayhana, maksu telah memaklum dan mohon didoakan agar dipermudahkan kelahirannya. Maksu adalah satu-satunya adik iparku dan hubungan kami tak seperti ipar. Dialah menantu bungsu aruah mak ayah saya dan kami semua sayang padanya.. Tika dihubungi , saya sedang mengikuti kursus jadi usai kursus lebih kurang jam 6.30 saya terus menghubungi adik dan langsung dimaklumkan isterinya ‘sedang’ di labour room dan seketika cuma terus dimaklumkan segalanya telah selamat. Alhamdulilah..Credit to DBM@ Muslimah Maternity Hospital kat permatang Pauh PP nuh- Wah anak pulau Mutiara la ceq noo..Terkenang kan kembali inilah saat -saat di mana emak tidak lagi menemani dan memberi sokongan pada adik bungsu saya seperti mana sebelumnya. Walau bagaimana pun, mama (mertuanya)tetap bersama… Alhamdulillah, bb yang kecik comel ni akan ditemani abang-abang dan kakaknya sebagai penyeri rumahtangga mereka. Sepakat nama diberi : Nurhidayah Rayhana..sedapkan...muga seindah nama cahaya hidayah ini menyinari hingga ke firdausi. InsyaALLAH majlis aqiqah akan di adakan hujung mingu ini walau bagaimana pun saya tak dapat turut serta. Nanti ye nak, kita jumpa lepas cuti sekolah….dia mesti kenali mak saudaranya yang suka menyakat ni..hmmm hadiah kasih sayang lagi mahal kan?
Alhmdulillah pada 1605 pula, cucu saudara ku ke 25 pula selamat dilahirkan sekitar jam 1030am di HSB. Kat mana? Alor setaq laaa..negeri Kedah Darulaman yang glamur selepas PRU13. Tarikh ini hari guru kan? Oooo patutlaa sebab umminya melahirkannya secara ceaserian jadi boleh laa pilih hari..Mana lah tahu kan berkat hari ini juga, cucunda puteri ku ini akan menjadi pendidik bangsa….profesion aruah nekwan/ayah yang perlu ada kesinambungannya. Puteri kedua ini amat di nantikan oleh abang aufa dan kak nisa’nya . Pelengkap bainati jannati bagi anak saudaraku , siti dan faris. Nama?? Sehingga kini masih menjadi rahsia dan bb masih memerlukan pemantauan kerana joundis. Bakal di warwarkan di hari ke 7 insyaALLAH ..kan ummi abah kan.. Sempurnakan amanah dan anugerah ini dengan berpaksikan kepada takutkan ALLAH. Berikan pendidikan yang sempurna dan jadilah mereka sebagai asset dan saham akhirat.
Sinar 2013 ini di syukuri dengan kehadiran generasi ku….selamat
datang puteri-puteri ke family besar
kita. Insya ALLAH inilah srikandi yang
bakal memelihara sunah dan mentaati ALLAH. Mencintai rasul dan merindui jannah….Ermmm
kebetulan pula ketiga-tiga anak dan cucu2 ku peempuan yee.,,,, wow family kita dimonopoli kumpulan nisa…..boleh geng
laa juga boleh memandi dan mengkafan saya satu hari nanti juga..
insyaALLAH. Boleh kan sayang??? Selamat berpantang dan selamat menunaikan tangungjawab kepada adik dan anak2 saudaraku....
Sebagai panduan..tatkala melihat wajah2 suci ini moleklah didoakan mereka dan ayatnya pun mudah saja. Bolehkan sama-sama amal dan doakan anak cucu saya nie juga..insya ALLAH
Doa
Ketika Melihat Anak Baru Lahir
Inni u’izuka bikalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammatin wa min kulli a’inin lammatin.
Artinya: “Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang sempurna dari segala gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.”
WHO NEXT??? Boy or girl....????? welcome








