Benarlah janji itu, apabila tiba waktunya, takkan dicepat dan dilewatkan barang sesaat.....Segalanya telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi.... Isterinya hanya menyedari setelah mendapati diri aruah tidak bernafas lagi sebaik pulang menjemput anak2 dari sekolah. Segalanya kelam...itulah yang dapat dikatakan apabila saya sempat menemui isterinya, seorang pegawai di BTP , pejabat lama saya dulu. Kak Fadhilah, lulusan PHD yang merendah diri, seindah namanya ...seorang yang ceria dan sabar serta tabah dengan qada dan qadar ilahi. Bersut jubah hitam, saya menghampirinya dan memeluknya...sabar ye kak...Allah tahu akak mampu mengemudikan tanpa aruah abang Azli bersama. Moga ALLAH merahmati dan mencucuri rahmat atasnya. Dia hampir mengalirkan air mata dan saya tak nak melayan perasaan yang masih bersedih. Saya alihkan perhatian bertanya mengenai anak2 nya yang sedang sibuk memasukan beg ke kereta untuk pulang ke kampung. Anak2 yang semakin membesar dari usia 6 tahun hinggalah yang baru menjejaki alam pekerjaaan. Bahagianya family aruah dikurniakan 6 lelaki dan 4 perempuan. Antaranya ada yang berada di sekolah kebangsaan, maahad, menengah , kolej dan universiti.
![]() |
| yang sempat ku snap seputar dirumahnya...(pic family :credit FB azlipaat) |
Isteri aruah memberitahu, aruah ni jarang sakit tetapi pernah dihinggapi luekimia ketika mereka sama2 belajar di oversea dulu sehingga memerlukan pertukaran darah dan dijangkakan hayatnya cuma 6 bulan. Tetapi itulah perancangan manusia.....merangka dan merencana sedangkan kita semua ada rezeki masing2. Beliau masih boleh menceritakan detik terakhir bersama...kesempatan melayan aruah makan tengahari biarpun pada ketika tu aruah masih demam.. Tiada tanda2 itulah yang diberitahu..Mengimbau kembali jenaka antara mereka, jika saya mati dulu dimana nak dikebumikan...aruah berhasrat disemadikan di kg lamannya di Batu Pahat dan keputusan inilah yang dibuat isteri dan anak2nya untuk menguruskannya ke sana. Ketika kunjungan saya ke rumahnya pagi tadi, anak sulungnya telah ke Hospital Selayang manakala anak2 yang lain sedang bersiap-siap untuk ke Hospital dan kemudian terus ke Batu Pahat,
Khabarnya, post mortem aruah mungkin mengambil masa sejam dua. Mudahan punca kematiannya akan dikenalpasti dan inilah prosidur yang perlu ditempuhi apabila kematian mengejut. Pelbagai spekulasi boleh berlaku dan kita merelakan pemergian aruah . Saya melahirkan ucap takziah dan memadailah bertemu dengan anak2 dan isterinya di rumah. Saya menyusuli kereta yang mereka naiki sambil memerhati rumah dua tingkat yang bakal sepi ini... Terlalu banyak kenangan minat aruah yang mengumpul barang antik( kereta van, basikal stoller etc) memenuhi ruang laman rumah itu.. muga antara generasi ditinggalkan ada diantaranya bakal mewarisi ilmu, semangat dan minat ayahnya
Kata kawan yang telah menziarahi semalam, tenang wajah aruah dan ketenangan inilah yang diharapkan hingga ke akhirat. Menerusi corong radio bernama24, dikongsikan betapa aruah seorang yang luhur dan ikhlas berkongsi ilmunya tanpa meminta sebarang bayaran. Subhanallah...hebatnya ilmu dan perkembangan IT yang dimiliki. Di manapun aruah berada sama ada di dalam ataupun diluar negeri, aruah pasti akan tetap bersiaran di segmen azli dan ICT....tiada culas. Aruah adalah milik satu Malaysia....Dari segmen bernama24 hari ini, pelbagai respond pemanggil dikongsikan...dari utara hingga selatan, timur ke barat merasai pemergiaannya,,,YAng saya masih ingat satu ketika dulu, kami pernah bekerjasama menyiapkan satu montaj perasmian (gimik) untuk majlis anjuran kementerian pendidikan. Ketika itu software flash dan animasi masih baru tetapi kepakaran beliau amat teruja biarpun secara bersahaja. Jari dan mindanya aktif dan hingga kini dia pakar segalanya tentang ICT. Prinsipnya yang saya perhatikan, work smart dan hard.. Kini dia telah meninggalkan kita dengan ilmunya ...Mudahan ALLAH menjadikan asbab atas ilmunya dikongsikan untuk nya damai di sana.
saya petik dari FB Bernama radio24
Faisal Noordin Semoga
roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg
beriman. Saya dan yg lain2 menganggap Allahyarham sebagai guru ICT kami
yg terbaik yg mana sepanjang program beliau di radio Bernama tiada
bayaran diminta (Azlan Idris) Harapan saya pemergian beliau bukan
disebabkan kejahatan manusia almaklum sajalah Allahyarham seorang yg
amat berjaya. Semoga keluarga besar Allahyarham tabah menghadapi saat
ini. Al Fatihah.
Najdiah Zainal Abidin Al-Fatihah!Takziah
saya ucapkan kpd seisi keluarga!Kepada semua yg sempat menimba ilmu
dari Allahyarham,bacakanlah AlFatihah utk Allahyarham setiap kali kita
mengamalkan ilmu yg diajar kpd kita hanya inilah sahaja yg boleh
membalas jasa Allahyarham.Wallahualam!
Romie Merak Memang
sedih betul. Kami golongan warga cacat penglihatan juga turut rasa
kehilangan. Arwah sungguh approachable di skype dan SMS. Arwah pernah
memberi kursus percuma Business on line dan autoresponder di persatuan
kami. Selama ini, bila Malaysia kehilangan artis atau pemimpin, tak rasa
apa2 pun. Tapi, pemergian Azli sukar dicari ganti. Marilah kita
beramai-ramai mensedekahkan alfatihah kepada rohnya. Salam takziah juga
kepada keluarga arwah.
wallluaklam...
credit : terima kasih kepada dik mazian yang turut memaklumkan..biarpun kita jauh tetapi kita sahabat hingga akhir hayat. insyaALLAH

6 comments:
Assalamualaikum Ain
Al Fatihah
Assalamualaikum...
Terima kasih di atas perkongsian ini...sesungguhnya Malaysia kehilangan sebutir permata amat indah yang sukar dicari ganti...semoga keluarga dan seluruh rakyat redha di atas permergian beliau...Semoga Allah meredhai Allahyarham dunia dan akhirat...
waalaikumusalam THR,
amin.
terima kasih
waaalaikumusalam Ummi imtiyaz,
Amin, amin amin...
benarlah bagai dikata...tiada gantinya buat masa terdekat ini..ain masih mendengar radio bernama24 dan terasa dia adalah milik seluruh rakyat malaysia yang mncintai ICT...terima kasih
Salam
Terimakasih kerana kisah Allahyarham.Al Fatihah. byk benar jasanya. Moga dlm rahmat Allah dan jannahlah tptnya.
Tkasih atas ucpan selamat hari lahir buat suami. skrg di mana?
Mamaju.
Begitulah Ain.. biarpun beliau telah pergi namun ilmu yg dipergunakan pasti menjadi jariah yg berkekalan buat beliau sampai bila-bila.
Moga rohnya tenang di sana.
Post a Comment