Tuesday, May 11, 2021

Ukhuwah

Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyatakanlah kepada sahabat kita dan teruslah menyokong dan mendoakan.

  
         

Jika ditakdirkan berjauhan atau ada kesilapan, belajarlah memaafkan dan tidak mengaibkan. Hargailah kenangan yang pernah tercipta. Sesungguhnya kita semua ini bersaudara.

         

Untuk semua sahabat, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya-Allah.

Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya (di akhirat). (HR. Bukhari dan Muslim

   
           

Sumber Copy FB

No comments: