terima kasih buat sahabat, teman dan kawan yang mengenali saya secara langsung mau pun secara maya.
Amin-amin yaa robbal alamin.
Alhamdulillah.. tahun 2020 empunya cerita tersendiri. 12 mei bersamaan ramadan juga bagai samar-samar dalam hayatku. Sengaja aku belajar melupakan tarih tersebut. Tanpa ku pegang telepon seharian dan banyak ku selak lembaran AQ. Bukan tak sudi menyahut ucapan tetapi setiap ucapan dari setiap pengirimnya mempunyai nilai mendalam ke atas diri ini. Saya amat menghargainya dan saya akan memperuntukan masa yang tenang untuk melayan semua ucapan diterima. Kita ada cara tersendiri dan kita juga terikat dengan masa bertugas.
Saya terharu kerana ucapan pertama diterima dari Lyyn -seorang bizz woman yang berjaya dan sangat menghormati orang. Terima kasih dik. doa dan ucapanmu ku lipat kemas. Saya selak lembaran wassap ya dari grop juga sama. Saya membalas setiap ucapan diterima. Dan saya amat menghargainya. !2 Mei juga adalah hari OFF day
13 Mei saya melangkah ke tempat tugas sebagai seorang yang lebih TUA Seorang makcik yang berdikari. Ye..itulah usia saya. Kubur pun kata mari, rumah pun kata pergi. Tiada lagi insan yang sudi mendekati kerana jiwa tua umpama radio buruk. Di ketepikan dan ada baiknya dibuang jauh. Biarkan dia menjauh kerana jiwa tua tak upaya dan berguna lagi. Jika dulu dikata sayang tapi kini ditendang..Dan mungkin juga dia menyesal mengenali saya yang terlebih mengatur corak kehidupannya. Siapa makcik nak susun hidup saya.
13 Mei, seketika menghampiri waktu berbuka , ada kejutan dari insan mulia. Puding jagung bertatah HAPPY BIRTHDAY terpacak di mata. Saya sebak...saya malu dan saya takut.. Saya cume memerhati dan belum bersedia ..... Usai solat maghrib, barulah saya ada kekuatan untuk diraikan dan berkongsi rezeki dengan team yang bertugas. Terima kasih mdm Ju kerana menyediakan menu birthday yang mengejutkan . Biarpun simpl;e katamu tapi amat bermAKna buat seorang TUA ini. Kita makan sepuasnya usai kita bersolat tarawih. Alhamdulillah, Subhanllah Masya allah.
siaran tertunda
( )

No comments:
Post a Comment