Apa kamu buat tika merindu
ohh saya akan terus buat buat sibuk. Sama ada mendekat kepada ALLAH atau membuatkan sesuatu yang akan membuatkan saya letih.
tiap orang ada cara untuk merawat rasa rindu yang tiada penghujungnya. Tak payah menipu diri...Ada satu ketika kita akan digamit rasa rindu yang mendalam... Hanya air mata peneman dan amat memahami. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita tak mampu mengembalikan insan yang kita sayang bersama. kita terpaksa merelakan pemergian mereka. Mereka adalah takdir terindah buat kita. Allah ada cara mengajar kita . terimalah hakikatnya
eh kenapa saya digamit rindu ni?
Kerana kita dah lama tak bersua. Biarpun jasadnya tiada tetapi nisan cinta mereka tetap utuh. Berdiri mengadap dua nisan sudah memadai...terlalu banyak yang terbuku nak diluahkan. Biarpun kalian tak mampu berbicara lagi...tapi kalian setia mendengar.
Bilakah kali terakhir pertemuan dengan mereka?
Raya haji 2020. Tahun pendamik C19 melanda telah menjarakkan kita. Akibat bilangan angka dijangkiti bertambah dari hari ke sehari. Sapa tak rindu bertemu family sendiri biarpun hanya berjarak 250km sahaja.
No comments:
Post a Comment