Kejayaan bukan sahaja diukur dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah,tetapi sejauh mana itu berjaya membentuk akhlak dan nilai moral sebenar.
Yang diimpikan adalah kebolehmampuan menghadapi rintangan dan berjaya hingga ke akhirat.
Teruslah warnai kegemilangan dunia duhai anak. Familimu akan terus mendoa dan menyokongnya.
Hari ni kita meraikan kejayaan Mohamad Ibrahim menerima ijazah di UPSI. Sessi pagi yg dingin dan hujan yang membasahi bumi Tanjung Malim turut mengiringinya. Saya bertolak dari KL manakala family bertolak dari Kedah. Kami bertemu di Tanjung Malim .
Melihat senyuman dalam jubah kejayaan yang menyalut dirinya, kami turut berbangga...tahniah Ibrahim. Anak yang pernah diuji dengan kemalangan tika menghadapi SPM , kini telah berjaya menggenggam sekeping ijazah dan bekerjaya. Syukur. Pengalaman yang ditempuhi amat bermakna dengan nilai keluarga dan kasih sayang amat bererti untuk di kenang.
Begitu juga ketika sesi lapor diri, ayah dan ibunya sedang menegerjakan haji dan hanya mak mak saudara menghantar dan menguruskannya. Ibrahim telah menunjukan sikap kepimpinan dan keberanian sebagai warga baharu UPSI. DIa pandai menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan susana baharu itu.
Hari ini senyumnya lebar kerana di hari bersejarah ini , ibu dan adik beradik turut datang meraikannya. Walaupun ayahnya tidak turut serta tapi mereka berhubung dengan VC. Tahniah ibrahim .
Hargailah ibu dan ayah yang telah menjadi kota rahmat buat anak-anak. TAHNIAH buat abang Hj Soleh dan kakak Hjh Siti Khadijah atas kejayaan Ibrahim hari ini. Doa dan sokongan ibu ayah telah mengiringi kejayaan mu anak.
Andainya mak ayah saya masih bersama, tentu ayah akan senyum lebar dan mak akan memeluk cucu kesayangannya ini. Cucu yang membesar depan mereka kini semakin dewasa. Alhamdulillah
Alaaa foto ib ada di dalam telepon lain..
No comments:
Post a Comment