Tuesday, March 23, 2021

SPM 2020

 Selamat menghadapi SPM 2020

Tahun 2020 yang mencabar stamina dan minda. Tapi tak melunturkan semangat yang ada kerna diyakini mereka telah dipasak rapi.  Wabak C19 yang melanda dunia telah merubah situasi dan kondisi pembelajaran semasa sekolah dan negara.

Selamat menghadapi SPM buat Mohammad Shahir. insya ALLAH berkat usaha dan doa pasti membuahkan hasil dan mampu menjawab dengan tenang. InsyaALLAH. Anggaplah ini satu cabaran kerana semua sedia maklum apa yang telah berlaaku di 2020.

pastinya 2021 adalah kesinambungan  dan kejayaan mengiringi adik Shahir dan rakan-rakannya. Kami hanya mampu melihat dari jauh kerna prosedur KISAS amat ketat bagi mempastikan tahap keselamatan dan kesihatan pelajarnya. Kita akur. Pihak seolah telah berusaha membuat yang terbaik  dan ALLAH tentu memberi petunjukNYA.

Terima kasih semua guru-guru dan sekolah yang telah membantu anak anak SPM 2020  pada tahun ini. 

No comments: