My fev
asalkan namanya cempedak
madu tak tetap saya suka
Saya pernah beli baru-baru ini rm18/ kg. Sebijik dalam rm62. Subhanallah sedap dan kenikmatannya memang tak diragui. Semasa menikmatinya hati saya hiba...Satu ketika dahulu.. almarhumah mak suka dengan buah ini dan pelbagai menu dapat dinikmati bersama. Ada tika mak buat coq cempedak, kadang-kadang pulut susu dngan cempedak ataupun serawa cempedak. Semestinyalah peranan ayah tidak dipertikaikan kerana seringkali permintaan mak dipenuhi. Alhamdulillah
Namun kini, saya hanya menikmatinya sendirian. Terasa sebak dan sayu apatah lagi terpisah dengan C19 yang menjarakkan kita dengan family. Sebagai merawat situasi ini, pastinya saya kan bawa dan berkongsi dengan kawan untuk menikmatinya. Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat saya. Kalau hari-hari makan cempedak pun OK. nanti kita cari kat langat pula
Saya yakin kita semua hidup dengan kenangan. Kenangan yang mematangkan kita dan kita hari ini juga bakal jadi kenangan. AL FATIHAH buat almarhum mak dan ayah.

2 comments:
Mahalnya harga cempedak kat sana
Wak biasa jual RM4 aje sekg
Itu pun boleh ganti kalau tak elok atau rosak
itulah dikatakan pengalaman dan kenangan kan wak.
Menurut penjual tu, ni direct dari dusun di Perak dan cempedak madu. Saya pun pakai beli je. Besar juga saiznya. Isinya tebal dan saya tak lupa pula ambil fotonya. Sekarang dah murah , Saya dapat RM6-7 sekilo. Syukur kita masih boleh makan dan bantu biz orang kan.
Post a Comment