Tuhan ...
dunia ini bagai sedang dipaku ke hatiku. Diam-diam pakunya kian mendalam. Sedang paku itu masih panjang. Aku takut untuk mencabut. Aku takut hatiku berlubang. Sakitnya tentu bukan kepalang .
Namun, andai paku itu terus diketuk. Andai dunia itu terus dibawa masuk. Maka terpakulah ia di hatiku sepenuhnya. Kemudian hiduplah aku dengannya . Lalu .......bagaimana dengan syurga?
Duhai Tuhan yang Maha Mengasihani ......
Buangkan paku ini. Walau berjurai hujan membasahi pipi. Walau berderai darah membasahi bumi. Kalau itu perlunya, aku rela.
Kerana aku mahu syurga. Kerana aku mahu bertemu dengan-Mu di sana .
Nukilan daripad #BondaNor
Petikan dari buku #BeCool #PujuklahHati2
2 comments:
Impian semua orang
ye, benar
Post a Comment