berjimba seketika
Ramadan 23,menemukan kami dengan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Boh. Satu-satunya perkampungan orang asli yang seratus peratus beragama islam. Seramai 153 keluarga mendiami pos ini. Alhamdulillah masjid yang terletak di tengah-tengah penempatan ini menjadi paksinya. Kami juga merasai pengalaman solat terawih yang diimamkan oleh imam jati di sini . Subhanallah lancar bacaannya dan memberi rumusan mereka sedang dan terus berusaha mengajak penduduk di sini mengimarahkan masjid dan program keagamaan khususnya di rumah ngaji .
Kehijauan dan kesegaran perkampungan ini dirasai .Air sungai keruh yang mengalir ganas sesekali mngingatkan saya mangsa Kuala Dipang satu ketika dulu. Namun mereka semua lebih arif dengan suasana ini. Menjejaki perkampungan ini dengan langkah demi langkah seperti mendaki bukit . Jalannya bersimen dan selesa menjadi laluan utama dan di lerengnya rumah-rumah -rumah mereka.Walaupun rumah disediakan oleh kerajaan namun masih ada yang mengekalkan rumah berdinding buluh beralas rumbia. Inilah warna kehidupan sebenar mereka.
Di kesempatan ini juga, kunjungan ziarah membawa kersama misi sumbangan buat mereka. Beras danbeberapa keperluan semasa di serahkan dan diraikan seketika sebelum iftar. Alhamdulilah menu yang disediakan cukup bagi menampung satu kampung.
TERIMA KASIH ALLAH Terima kasih ALLAH yang memberikan saya ruang dan peluang untuk bersama dalam misi ziarah ni. Satu pengalaman yang di tempuhi bahawa ISLAM for ALL @ islam milik semua. Kita semua adalah da'i yang sewajarnya terus menjalankan misi dakwah. Usah dipinggirkan agama dengan kehidupan. Begitu juga sempena ramadan kita digalakkan unuk memberi dan membuat kebajikan. Salam disambut dan senyum mereka membawa makna kita semua adalah saudara dan marilah kita bantu mereka yang memerlukan. Desakan ekonomi yang kita tempuhi juga dialami oleh mereka di luar bandar. Walau pun persekitaran mereka adalah aset bernilai tapi jika tak diteroka dan dikongsikan ia tak membawa sebarang makna.
Semuga mereka istiqomah dalam islam. terima kasih kuala boh...mendamaikan
|
No comments:
Post a Comment