| asam rong |
Gulai asam rong satu-satunya menu makanan tradisi yang terkenal di Raub. Buat pertama kalinya saya menikmati nya. Terima kasih sue yang menyajikan makanan tradisi yang sedap dan ingat sampai laaa. Ikan patin tempoyak yang mavelos juga masih dalam ingatan.
Hidangan ini sangat menyelerakan. Sekali pendang macam sayur air tetapi ada lemak manisnya di distu. Rupanya proses untuk menyediakannya agak renyah. Saya abaikan ayam dan cuba mengawal minda untuk menerima makanan ini. Alhamdulillah kuahnya tiada aroma daging ayam tersebut dan tekak saya boleh menerimanya.
Rupanya Raub ini mempunya masakan istimewa. Selain asam rong ini, gulai tempoyak dan sambal hitam adalah antara pilihan wajib jika kita singgah sini. Sama-sma kita kutip pengalaman dan ambil tahun dan rasai kenikmatan yang dianugerahkan ALLAH.
Jika tak kerana misi ziarah, saya tak mengenali Sue seorang kakak yang bertanggung jwab menjaga dua adiknya yng istimewa. Terima kasih menerima kunjungan kami dan semuga ALLAh beri kekuatan berterusan buat sue dan adik2nya .
![]() |
| sue , si tudung hijau |

No comments:
Post a Comment