Bilakah kali terakhir kita mendengar ayam berkokok?..
Ntah kenapa pagi tadi saya dikejutkan dengan kokok ayam dinihari pagi. Subhanallah...Kokokan ayam yang lazimnya membangunkan di awal pagi menandakan subuh telah masuk kini telah mngejutkan. Ada hikmah tersembunyi dan ada makna tersirat buat orang yang berfikir... Teringat juga cerita di awal persekolahan dulu, jika tetiba ayam terbang atau tergejut, itu tandanya ayam itu terdengar penyiksaan di kubur. Sama ada satu kebetulan ataupun suratan, kejadian ini juga berlaku kerana kebetulan rumah saya tak berjauhan dengan kubur. Wallahu aklam.
klu anjing menyalak pula...
sinonim dengan hantu, syaitan dan seumpamanya . hmmm ...Nauzubillah
Hadith Sahih riwayat Al Bukhari Nabi saw bersabda:
"Apabila kamu mendengar ayam berkokok mintalah anugerah kepada ALLAH, sesungguhnya ayam itu melihat malaikat. Bagaimana pula apabila kamu mendengar suara kaldai, mintalah perlindungan kepada Allah daripada ganguan syaitan, sesungguhnya kaldai itu melihat syaitan"
![]() |
| Lagak si ayam jantan ...ayuh kokok |
dan sabdanya lagi,"apabila kamu melihat anjing menyalak dan suara kaldai, mintalah perlindungan dari Allah sesungguhnya haiwan itu melihat apa yang tidak kamu lihat"
![]() |
| inilah wajah kaldai...macam mana agaknya bunyinya |
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN AYAM
Makruhnya memaki-maki ayam. Rasulullah S.A.W bersabda:“Janganlah kamu semua memaki-maki ayam. Sebab sesungguhnya ayam yang jantan itu
membangunkan kamu untuk solat”
Subhananallah>> Sama-samalah kita ambil kesempatan dan peluang daripada kokokan ayam ni dengan memperbanyakkan doa . Usah mempertikai jantina ayam tapi bersangka baiklah yang ayam jantanlah yang berkokok. Jika terdengar kokokan ayam cepat-cepat pohon doa agar malaikat sampaikan hajat kita kepada Allah dan diperkenankan..
Ya, Allah Ampuni dosaku dan juga mak ayah ku yang telah membesarkan daku,
berikan daku cahaya keimanan,
Murahkan rezeki ku, mak dan saudara maraku,
berikan aku kesihatan yang baik, juga buat emak dan juga saudaraku norizan, abdullah ishaq, norhayati dan semua yang sedang di uji sakit,
jauhi kami dari azab api neraka,
Pertemukan kami di syurgamu dan damaikan kami akan nikmatMU


No comments:
Post a Comment