Tuesday, March 22, 2022

Murah Rezki

15 Tips Murah Rezeki!

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. 
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri. 

Alhamdulillah... 



 10 PANTANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN & DOA MAKBUL 

1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Alhamdulillah ❤️❤️❤️

Saturday, March 19, 2022

hari pertama

kawan?


ya senang dicari tapi sahabat memang bawa sampai mati.

Terima kasih sahabat yang telah bertanya khabar, menyediakan aneka ubat, makanan dan sentiasa memantau tahap kesihatan saya.

Saya hargai atas persahabatan ini. 

Allah takdirkan ujian ini bagi saya dan hadirkan sahabat yg baik2 untuk bersama tika susah saya. Allah gantikan kebaikan ni kpda mereka juga. mood terharu


Nk tau makna persahabatan. Tunggulah saat dalam kesusahan dan nantikan siapa yg memunculkn diri membantu.. 



Tunggu 

#biladiuji19

tewas juga




Bermula fasa positif

Positive thinking
Positive mindset
Positive goal

dont panic

4.30am
10/3/2022

Ribut jiwa

Tentang malam kurasakan
Pedih rasa bak selamanya
Tentang fikir tak terkata
Tiap masa temu titiknya
Ada kamu, selamat duniaku
Erat tanganku temani mimpimu
Tenang, ribut jiwa
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia
Langit tak selalu cerah, kadang tuk berserah
Hujan tanda ada brita untuk kita semua
Hm-hm-hm-mm
Tentang siang bertopengkan
Rasa sedih dengan senyuman




Remuk

Kertas yang remuk itu walau dibetulkan semula tetap tak boleh kembali asal. Ianya boleh dibaca tapi tak cantik pada pandangan mata.
 
Begitu jugalah dengan hati. Sekali dia kecewa walaupun cuba memaafkan jauh dilubuk hati tetap ada rasa terguris.

Sabarlah wahai hati. 
Jangan nanti rupa mu kekal seperti kertas itu. Kekal remuk tak dapat kembali kepada asalnya.



Friday, March 11, 2022

Tenang-tenang sahaja

Kalau kita dah tersinggung dengan seseorang, 
Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati.

Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka.....
Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.
Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri.

Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka.

Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri 
Sama ada mereka memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan.
Memaksa diri kita untuk disukai oleh semua orang sangat memenatkan.

Oleh itu, jadilah diri sendiri walaupun kita tidak disukai ramai,
Jauhi orang yang mengecewakan kita.
Berhenti cuba untuk menggembirakan org yang tidak pernah menghargai kita.
Semakin kita jauhi mereka yg meracuni jiwa,
Kita akan hidup jauh lebih sihat.
Ketenangan dgn hati
Mengharungi hari demi hari
Penuh dengan kebahagiaan
Dengan cara kita sendiri
Kebahagiaan adalah apa yg kita ciptakan




Tenang-tenang sahaja
# sabar itu indah

Tuesday, March 8, 2022

Tentang Nurhelmi@Amiey

8 Mac 
Teristimewa buatmu
Hari ini juga Hari Wanita
Selamat Ulang tahun Amiy
Semoga Allah jaga kamu selamanya. 

Wanita yang sentiasa ceria.
Tidak pernah kata tidak
Tapi sentiasa ada dan sedia
Tidak lokek untuk membantu
Sentiasa  menghambat kerja kebajikan

AMANAH sifatnya
JUJUR sikapnya
PROFESIONAL kerjayanya
BERSOPAN bicaranya

Awal perkenalan saya dengannya  ketika kami sama-sama  membuat kerja amal di sebuah pusat anak yatim di Rasa. Beliau bersama team optom  melakukan pemeriksaan mata percuma  dan pemberian cermin mata kepada anak2 yatim dan orang tua sekitar 5 tahun lalu. 

Terpana dengan cara dia melayan dan memberikan penerangan tentang kepentingan penjagaaan mata sebelum terlewat. NAMUN BUKANLAH bererti apabila rabun tak perlu lagi menatap Al Quran. Ada cara yg perlu bagi mencelikkan mata dan hati kita iaitu menggunakan cermin mata. 

Kemuncak perkenalan kami adalah ketika mengadakan program santai petang bersama kak Pah dengan mengundang  anak2 istimewa dan OKU. Kedai dan pejabatnya menjadi lokasi majlis. Semestinya layanan dan keramahannya membuatkan tetamu semua puas hati dan pulang dengan momen terindah. Terima KASIH Allah hadir kan insan2 yang baik untuk saya kenali dan eratkan ukhuwah.


Usah dilepaskan tangan ini. 
Kerna padanya ada mutiara hati
Tersimpan utuh kasih sayang
Terima kasih Amiy, sahabat Srikandiku 


Fasa Endemik

Intipati sidang khas YAB Perdana Menteri

📌 Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Fasa ini membolehkan kita kembali kepada kehidupan yang hampir normal.

📌 Fasa peralihan ini merupakan fasa sementara bergantung kepada keadaan semasa.

📌 Bermula 1 April 2022, pemakaian mask masih wajib.

📌 Had masa premis perniagaan dimansuhkan. Boleh laksana waktu operasi masing-masing ikut syarat lesen. Juga memudahkan umat Islam bersahur untuk Ramadan akan datang.

📌 Penggunaan MySejahtera masih wajib kecuali tempat terbuka yang tidak sesak. MySJ Trace wajib untuk tempat sesak

📌 Aktiviti solat boleh dilaksanakan tanpa penjarakan. Jadi boleh rapatkan saf. Namun, arahan ini hanya boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

📌 Semua individu boleh rentas negeri tanpa mengira status vaksinasi. Had kapasiti tempat kerja mengikut liputan vaksinasi juga dimansuhkan.

📌 Had 50% dalam aktiviti berkumpulan ramai dimansuhkan. Tetapi, penjarakan fizikal masih perlu ada.

📌 Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022.

📌 Rakyat Malaysia yang ada dokumen sah perjalanan boleh keluar masuk negara dan pergi ke negara yang membuka sempadan negara. Rakyat luar negara juga boleh masuk Malaysia tanpa perlu mohon MyTravelPass. Hanya perlu pasang aplikasi MySejahtera

📌 Bagi yang terima 2 dos lengkap vaksin, tidak perlu kuarantin. Hanya perlu lalui ujian pengesanan covid sebelum ketibaan.

📌 Bagi yang tidak menerima vaksin atas sebab tertentu, Menteri Kesihatan akan beri perincian esok.

📌 Bagi negara yang masih tutup sempadan, rakyat Malaysia boleh nikmati manfaat VTL bagi negara yang turut melaksanakan VTL bersama seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Sumber: Sidang Media YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
8 Mac 2022

Monday, February 28, 2022

Sebelum mata terlelap


"Mencari ketenangan itu bukan dengan "PERGI"
tetapi dengan "kEMBALI"...

Kembalilah ke dalam diri mu.. 
Carilah di mana ALLAH di hati mu... 

Sesungguhnya ketenangan ada di situ.,."

JANGAN LUPA BACA AL-MULK SBLM TIDUR

Wednesday, February 16, 2022

Kata cikgu

Cikgu BM kata...
Sahabat untuk selamanya.

Cikgu BI kata...
Best Friend Forever.

Cikgu SEJARAH kata...
Mengingatkan sahabat adalah kenangan.

Cikgu MATH kata...
Nilai persahabatan tidak terkira.

Cikgu MORAL kata...
Sahabat adalah teladan.

Cikgu EKONOMI kata...
Sahabat tidak ternilai dengan wang.

Cikgu SAINS PERTANIAN kata...
Tanam nilai persahabatan di hati.

Cikgu KIMIA kata...
Bersahabat perlu ada chemistry.

Cikgu BIOLOGI kata...
Sahabat itu kekal dan hidup untuk selamanya.

Cikgu SASTERA kata...
Sahabat begitu indah.

Cikgu PJK kata...
Sahabat bukan utk dipermain

Cikgu SENI kata...
Sahabat adalah lukisan yang mewarnai hidup setiap hari.

Cikgu AGAMA kata...
Sahabat Till Jannah.

Cikgu SAINS kata...
Persahabatan bukanlah satu eksperimen.

Cikgu RBT kata...
Sahabat yang kreatif berinovasi tinggi.

Cikgu AKAUN kata....
Sahabat yg sejati boleh dikira.

Cikgu GEOGRAFI kata...
Terokalah dunia bersama sahabat sepanjang hayat.

Ya. Kata cikgu adalah benar. Naluri guru penyuluh kehidupan . Terima kasih cikgu yg telah mengadun corak kehidupan ini. 

*Hargailah SAHABAT-SAHABAT yang ada walau apa pun status kita.*

Jgn Bawa Pangkat, Wang, Popularity , Nama dan Agama dalam Persahabatan.

*Terima kasih kerana kita terus setia bersahabat ...*

Sahabat datang dan pergi dan kita juga di penghujung senja. 

Wednesday, February 9, 2022

Universiti kehidupan

Kita belajar dari mereka yang hadir dalam hidup kita, ada yang bawa manfaat ada juga sebaliknya. 

Semua itu memberi kekuatan buat hati supaya kita lebih akan berhati-hati


Tuesday, February 8, 2022

Cinta

Jika kita boleh jatuh cinta pada seseorang yang baik, 
Kenapa kita tak mampu jatuh cinta pada Allah yang kebaikanNya melebihi sekalian makhluk?



Wednesday, February 2, 2022

Cukup


Kita jaga amanah
Allah jaga kita

Kita sayang Allah
Kita sayang Rasullullah


3/2/2022

Tuesday, February 1, 2022

Misi Pasca Banjir Selangor :Beg Sekolah

   



  
Tak semua menjadi mudah

Antara misi kita pasca banjir ialah menggembirakan anak2 mangsa banjir yang bersekolah.

Kita tak mampu membantu semua peringat umur tetapi memadai target kita terhad kepada anak2 staff dgan ruang lingkup yg terbatas di segi kewangan.

Kita berjaya menyediakan 80 buah beg sekolah utk 69  family yg terpilih. Dengan kerjasama Pasaraya Hari-Hari juga sumbangan ikhlas semua pihaklah program ini menjadi realiti.

Jangan takut untuk memberi, rezki tak kurang tapi pasti Allah gantikan dengan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Ikhlaskan niat dan sempurnakan seluruh arahanNya dan jauhi laranganNya 

Terima kasih Allah yg hadirkan team yang secara sukarela mencambah idea dan ringan tulang turut membantu.  Tanpa kerjasama dan komitmen semua ia mungkin hanya angan angan tapi bila menjadi kenyataan inilah satu reward kerja berpasukan. 
Alhamdulillah

Terima kasih Biro ICT dan Dokumentasi Puspanita PCKMM(RTM) yanh melibatkan diri secara langsung menjayakan misi ni. Kita menghargainya 😍😍

Terima kasih Elly, atie, Ner, kak Faezah, Amiy, Kak Maimunah, Dr Haida, Puan Putri. Pn Hanim dll yAng banyak membakar semangat dan memberi sokomgan menjayakan misi ini. 


my Dva


 sentiasa bersama kemana sahja

  sentiasa  setia bersama