Intipati sidang khas YAB Perdana Menteri
📌 Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Fasa ini membolehkan kita kembali kepada kehidupan yang hampir normal.
📌 Fasa peralihan ini merupakan fasa sementara bergantung kepada keadaan semasa.
📌 Bermula 1 April 2022, pemakaian mask masih wajib.
📌 Had masa premis perniagaan dimansuhkan. Boleh laksana waktu operasi masing-masing ikut syarat lesen. Juga memudahkan umat Islam bersahur untuk Ramadan akan datang.
📌 Penggunaan MySejahtera masih wajib kecuali tempat terbuka yang tidak sesak. MySJ Trace wajib untuk tempat sesak
📌 Aktiviti solat boleh dilaksanakan tanpa penjarakan. Jadi boleh rapatkan saf. Namun, arahan ini hanya boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
📌 Semua individu boleh rentas negeri tanpa mengira status vaksinasi. Had kapasiti tempat kerja mengikut liputan vaksinasi juga dimansuhkan.
📌 Had 50% dalam aktiviti berkumpulan ramai dimansuhkan. Tetapi, penjarakan fizikal masih perlu ada.
📌 Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022.
📌 Rakyat Malaysia yang ada dokumen sah perjalanan boleh keluar masuk negara dan pergi ke negara yang membuka sempadan negara. Rakyat luar negara juga boleh masuk Malaysia tanpa perlu mohon MyTravelPass. Hanya perlu pasang aplikasi MySejahtera
📌 Bagi yang terima 2 dos lengkap vaksin, tidak perlu kuarantin. Hanya perlu lalui ujian pengesanan covid sebelum ketibaan.
📌 Bagi yang tidak menerima vaksin atas sebab tertentu, Menteri Kesihatan akan beri perincian esok.
📌 Bagi negara yang masih tutup sempadan, rakyat Malaysia boleh nikmati manfaat VTL bagi negara yang turut melaksanakan VTL bersama seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.
Sumber: Sidang Media YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
8 Mac 2022
No comments:
Post a Comment