8 Mac
Teristimewa buatmu
Hari ini juga Hari Wanita
Selamat Ulang tahun Amiy
Wanita yang sentiasa ceria.
Tidak pernah kata tidak
Tapi sentiasa ada dan sedia
Tidak lokek untuk membantu
Sentiasa menghambat kerja kebajikan
AMANAH sifatnya
JUJUR sikapnya
PROFESIONAL kerjayanya
BERSOPAN bicaranya
Awal perkenalan saya dengannya ketika kami sama-sama membuat kerja amal di sebuah pusat anak yatim di Rasa. Beliau bersama team optom melakukan pemeriksaan mata percuma dan pemberian cermin mata kepada anak2 yatim dan orang tua sekitar 5 tahun lalu.
Terpana dengan cara dia melayan dan memberikan penerangan tentang kepentingan penjagaaan mata sebelum terlewat. NAMUN BUKANLAH bererti apabila rabun tak perlu lagi menatap Al Quran. Ada cara yg perlu bagi mencelikkan mata dan hati kita iaitu menggunakan cermin mata.
Kemuncak perkenalan kami adalah ketika mengadakan program santai petang bersama kak Pah dengan mengundang anak2 istimewa dan OKU. Kedai dan pejabatnya menjadi lokasi majlis. Semestinya layanan dan keramahannya membuatkan tetamu semua puas hati dan pulang dengan momen terindah. Terima KASIH Allah hadir kan insan2 yang baik untuk saya kenali dan eratkan ukhuwah.
Usah dilepaskan tangan ini.
Kerna padanya ada mutiara hati
Tersimpan utuh kasih sayang
Terima kasih Amiy, sahabat Srikandiku

No comments:
Post a Comment