Duhai dVaku
Kau tak pernah berpura-pura
Langsung siap siaga
Sedia di garisan mula
Bismillah
Pada mulanya perasaan saya, dVa tak mampu panjat Genting. Faktor cuaca, kereta kompak, dan usianya yg lanjut memungkinkan utk sampai ke atas. Tapi saya juga perlu mencabar minda dan membuktikan kasih sayang saya padanya. Sayang bukan bererti tak boleh disentuh tetapi sayanglah dia perlu di uji dan diuja.
Sejujurnya saya pernah ke Genting menaiki bas, kereta sedan dan suv dengan hanya jadi penumpang dan peneman sahaja. Tapi hari ni saya lah pemandu dan dVa compaklah mangsanya.
Alhamdulilah.. Pemanduan lancar walaupun detik mula di kala tengahari. Tak perlu berebut di jalanraya walaupun pada hari sabtu.
Apa yg dapat saya katakan.. Minda saya telah bertukar bila melihat kehijauan di sekeliling hingga menjadi teruja tambahan pula di temani sahabat syurga. Masya Allah. Dvaku boleh. Ku sayang kamu
Teman... Ada pelbagai kategori...ada yg mencari kita tika tiada siapa-siapa dan melepaskan kita bila berada di zon selesa. Malah ada yg sanggup berpura-pura berteman sekadar menjadi batu loncatan sahaja.
Namun ku yakin yang berada di sisiku kini, dialah teman juga sahabat jannahku insya Allah. Terima kasih kak pah @Natipah Abu yang sudi mengajak dVa panjat genting. Dalam banyak banyak kawan nya, saya yang dipilihnya bersama. Biarpun berbeza umur, latar belakang dan pendidikan tapi sama dalam satu arah tuju biiznillah.. Ya Robb, mohon jagalah dia sepanjang hayatnya dan anugerahkan dia kebaikan di akhirat. Saya mungkin akan mendahului jemputan Allah tetapi saya bahagia menjadi salah seorang teman dan sahabatnya. Allah hadirkan orang baik untuk melakar kisah kehidupan seorang saya.
Berbalik kepada dVa..
Masya Allah.... Semua baik... Ekon ok, brek OK, dan follow the rules.
Kami bermalam dengan menikmati kabus dan cahaya rembulan dari puncak. Alhamdulillah... Awan dan langit bagai menyambut kehadiran Dva.
Terima kasih dVa, hadirmu bukan sekadar jasad empat tayar tetapi kaulah teman yg ku bawa kesana sini. Byk kenangan kita bersama dan ada suka dan duka dikaulah saksinya. Hargai ikatan kita dan kita lakarkan bersama selama ni.
Jika laluan pergi kami melalui Karak dan Genting Sepah... Laluan balik pula melalui Batang Kali. Meluncur dengan tenang sahaja Dva usai check out di Hotel Swiss Garden.
Susur jalan melalui Batang kali agak selesa. Sesekali kami bertembung dengan kereta-kereta yg meluncur utk bercuti /membeli belah di GPO.
Apatah lagi di satu simpang tu kami bertemu dgn penjaja durian. Antara ya dan tak untuk berhenti dan membeli....tapi saya berlajar berkata NO. Maklumlah saya tak dapat jangkakan berapa jarak untuk sampai ke Batang Kali.. Dan tika ini tahap keselamatan perlulah diutamakan.
Maafkanlah... Abaikan durian. 🙏. Syukur dva mendarat dengan selamat dan sempat merayau2 di Pekan Btg Kali dan Kuala Kubu Baru.
Terima kasih Allah... Misi Dva ke Genting telah berjaya. Dva telah men'tua' bersama saya dan sejiwa. Tak perlu pecut tapi tetap sampai. Sebb tu Dva berani mencabarkan dirinya join treasure hunt walaupun tak menang tapi tetap sempurna semua task dan berjaya bawa pulang hadiah juga.
Dva..
Kau terlalu bernilai
Menyaksikan
hilai tawa
airmata
Di saat suka dan duka
Menjadi terapi jiwa
Menjadi kederat
Misi tetap diteruskan
Jasamu ku hargai
Biarpun hanya kereta kecil
Tapi pengorbananmu terlalu besar
Andai itu saksi kita
Bantulah saya di akhirat kelak
Mood sayang dVa😍😍
#dvapunbolehsampai
#semangatkita
#sahabatkita