Tuesday, April 28, 2009

Halaqah Tafaraqquh Fiddeen


Sejenak di taman ilmu bersama Tuan Syeikh Muhamad Nuruddin Marbu Albanjari Al Makki adalah satu peluang yang amat bermanfaat. Walaupun tanpa “air condition” bahang panas di Masjid Wilayah tidak menghalang antum/akhwat yang dahagakan ilmu untuk terus ‘iktikaf’ hingga majlis berakhir sebelum dzuhur.

Antara intipati yang boleh dikongsikan, di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W ada tujuh perawi yang paling banyak merawikan hadith daripada Baginda Rasul.Antaranya:

1-Abu Hurairah R.A yang meriwayat 5374 hadith, disepakati oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada mereka) daripada riwayat beliau sebanyak 325 hadith.Di sisi Imam Bukhari sebanyak 93 hadith manakala bagi Imam Muslim sebanyak 189 hadith.Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah adalah lebih daripada 800 hadith yang perawi dikalangan sahabat-sahabat.

2-Abdullah Bin Umar R.A iaitu anak kepada Al-Faruq Saidina Umar R.A.Sahabat yang sentiasa komitmen dalam melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W.Beliau meriwayatkan sebanyak 2630 hadith.

3-Anas Bin Malik R.A meriwayatkan sebanyak 2286 hadith.

4-Saiyyidah Aisyah R.A anak kepada Saidina Abu Bakr As-Siddiq.Digelar oleh Baginda Rasulullah sebagai "Humairah"yang bermaksud gadis kecil yang kemerah-merahan.Ummul Mu'minin telah meriwayatkan hadith sebanyak 2210 hadith.

5-Abdullah Bin Abbas R.A, sahabat yang alim dan didoakan oleh Nabi Muhammad S.A.W supaya Allah Ta'ala memberikan kepadanya kefahaman dalam agama dan mengajarkannya ta'wil.Beliau meriwayatkan sebanyak 1660 hadith.

6-Jabbir Bin Abdullah R.A meriwayatkan sebanyak 1540 hadith.

7-Abu Said Khudri R.A meriwayatkan 1170 hadith.

Sebuah kitab “Al ikhtabas” (tulisan jawi) karangan Tuan Syeikh menjadi rujukan yang mengandungi sebanyak 92 buah petikan hadith drpa Abdullah bin Abbas R.A. Walau bagaimana pun hanya 15 buah hadis shaja yang sempat dibincangkan. Insya Allah majlis akan disambung pada 21.6.2009 nanti. Semugaku berkesempatan hadir lagi bersama teman2 yang dahagakan ilmu. jom kita sama2 join

Gaya penyampaian ustaz yang tegas bersulamkan lawak dan sindiran telah menarik perhatian dan menikam hati. Tiada langsung rasa mengantuk atau darjah kepanasan melampau Ustaz mempunyai jadual yang padat sepanjang berada di Malaysia-ada majlis di masjid bakar arang SP , taman ria SP, jg skitar kuala lumpur. Al Ustaz sheikh jg fasih berbahasa melayu dengan loghat utaranya. Sememang beliau seorang ulamak yang alim dan faqeh dengan ilmu yang ada padanya. Sebagai rumusan “janganlah ada pilihan hidup KECUALI redza darpa ALLAH.

26042008(7pagi-115thgri)
Masjid Wilayah PErsekutuan KL

Wednesday, April 22, 2009

rasa hati


Petang semalam dalam perjalanan balik umah sempat juga halwa telinga ni mdengar usrah rasa hati di IKIM FM (jam6.15ptg). Tjuk usrah semalam "buruk sangka terhadap ALLAH"...hmm pelikkan tajuknye...logiknye napa perlu buruk sangka....??
tp itulah hakikatnye kita manusia yg kurang iman,amal suka salahkan ALLAH bila ditimpa musibah...ooop cuba ubah paradigma bukan musibah tapi cobaan dan peluang untuk jadi lebih baik dari semalam.. jadi jom KITA SANGKA BAIK PADA ALLAH!!Bila kita baik sangka hati pun jadi tenang dan terlerailah ikatan syaitan yg menyesatkan tu

Paling amat terharu pendedahan seorang yg tetamu...
subhanallah dengan sisa umur yang ade( mungkin setahun dua sahaja) dia telah diberi hidayah ALLAH untuk menerima segala ujian hdup ni...dia yg menderita sakit kansel colon, jatuh muflis.......dalam sebaknya berkongsi pengalamn,kini amalannye jauh lebih banyak...setiap hari jam 10 mlm dia tdur dan bangun jam 2-3 pgi utk membuat segala ibadat...wirid2,solat taubat,thjd,zikir asmalhusna dsb hinggalaa jam 8-9 pagi baru selesai.(ALLAH AKHBAR) Diri ni rasa terharu kerana tetamu ni dengan yakin redza dengan ujian ini. sekurang2nye dia berpeluang membaiki calar dan koyaknye amalan terdahulu..Saya mendoakan semuga beliau dapat bersabar dan teruslah berkongsi rasa hatinya dengan IKIM lagi..tak puas rasanyer mendengar radio semalam....
Sama2 kita berdoa semuga beliau dpat meneruskan khdupannya dengan tenang dan bahagia dunia dan akhirat.

kesimpulannya
Manusia perlu redha, mesti pasrah atas apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, jangan sekali-kali kita mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t kerana manusia pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa, semua yang ada samada diri manusia mahupun dunia ini adalah milik yang mutlak bagi Allah s.w.t.

اللَّهُمَّ إني أسألك الرضا بالقضاء والقدر وبرد العيش بعد الموت ولذة النظر إلى وجهك والشوق إلى لقائك في غير ضراء مضرة ولا فتنة مضلة

Ya Allah, Aku bermohon kepadaMu, Kurniakan kepadaku sifat redha dengan ketentuan qadha' dan qadar Mu ya Allah, redha dengan kehidupan selapas mati, kurniakanlah kepadaku kelazatan menatap wajah Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku perasaan rindu untuk bertemu dengan Mu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan..... Amen yan Rabb al-Alamin.

(dipetik dan jom lawati http://usrahrasahati.blogspot.com/)

Thursday, April 9, 2009

Tahniah kabinet baru....


Sayugia diucapkan "tahniah" kepada para pemimpin yg dilantik di bawah kabinet terkini...Hari ini 9 april 2009....antara senyum manis dan tawar, antara kelukaan dan kedukaan.yang terpilih itu terjaminkah kebersihannya, ketelusannya dan keterbukaannya....
jom kita sama2 saksikan catatan perjalanan pak2 menteri diera PM baru...
oh ya tahniah buat ustaz kami..org kedah yg pernah diminta bertanding tempuhari....ustz breg. gen. jamil khair..terpilih juga dlm kabinet
mungkin juga masinnya mulut ayhnda beliau....kini dah jadi betul2 bertaraf timbalan menteri.alhamdulillah

Thursday, March 26, 2009

satu pejalanan


"
"kematian adalah anugerah
kematian adalah kemestian
kematian adalah perhentian
kematian adalah keinsafan "


14 january 2009
sekujur tubuh terbaring kaku
tanpa roh di sisi
perjalanan mu direstui
kepulanganmu yang azali

namun
dalam diam
tetap ditangisi
nota 30 juzuk kami susuli
diiringi dengan lafaz tahlil
muga damai setia menanti

ku peluk erat dirimu
dikala permandianmu ku temani
kutemui kekuatan kendiri

“ngah”
seri wajahmu
tertib tutur bicaramu
quran sumber kekuatanmu
solat kunci pendinding mu
luasnya ingatanmu
biar tiga generasi berpadu
rahsia mu cuma satu
baik sangka pada sesama ummah

tika ustaz yahaya mentalkinkan
mata kami tidak luak
mgalir bebola kaca
ingatan buat kita
satu tazkirah percuma

mendung pagi hari seolah merestui
disinilah pengabadian sejati
damailah “ngah” disana


syukurlaa urusan pengkebumian aruah ngah berjalan dengan cukup tertib..
Gambarannya…anak cucu, rakan taulan….hadir memberikan penghormatan dari rumah hingga ke liang lahat..satu2nya mak saudara yag amat mengambil berat tentang anak2 saudaranya… tiap kali menyambut cucu saudara…ngah pasti hadir utk memberi sokongan dan menyambut org baru
Tengok cucu2nya… nilah pengalaman yang dapat ku kongsikan…
19 januari dlm kenangan
Semuga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh

aNdAinya....


Andai..

hari ini milik kita,
gunakanlah ia sebaiknya,
kerana esok belum tentu milik kita..

Andai..

hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok,
rancanglah sekemas mungkin,
tetapi,
jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya..

Andai..

esok buat kita kecewa,
redholah dengan ketentuan,
sengaja Dia tentukan sedemikian,
agar kita terus berhati-hati,
untuk lusa yang menjelma..

Andai..

lusa masih di takuk lama,
tiada perubahan,
malah kekecewaan berlarutan,
sedarlah!!
Dia memang suratkan sedemikian,
agar kita sedar siapa kita disisi-Nya,
agar kita lebih bersedia
dengan segala kemungkinan yang tiba,
biarpun sudah berusaha..

Wednesday, March 25, 2009

tahniah buet adik2ku

semalam 25/3/09 dapat info beberapa teman@adik2ku tlah berjaya naik pangkat....bertuah dan syukurlah setelah kita sama berkdmat untuk BTP kini kita telah dibeli peluang untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah.....cuma mungkin ni petanda awal perpisahan kita....kalau jumpa lagi mungkin bicara kita sudah berbeza...jabatn berbeza, kemnterian jg x sama...

pulak tu yang dapat pun nun jauh kt serawak...hmm mncabar kan....mukah???
tapi nikan peluang....chu dulu pun dah keja 15 tahun baru dapat peluang ni....tpi syukurla tak jauh dari "BTP:Gedung ilmu dan pengalaman"...Bila rindu blehlaaa tenguk2 dari jauh hehhe....

TAHNIAH kpada...mokhtar eisa(TAR), a ghaffar(AG),taufique, Padhil shafie, jg Bahari( noridah hanim) btui2 rezeki buet mere yg berkahwin....amin
truskan myumbang khidmat terbaik demi agama, bangsa, negara>Carilah KEBERKATAN ILAHI

Tuesday, March 17, 2009

nilai sahabat


10 PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU...


Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil 'sahabat'? 10 perkara dibawah pastinya dapat memberi gambaran jelas erti persahabatan anda yang terjalin sejak sekian lamanya.

1 Sahabat yang sejati tidak ramai. Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang ramai, tetapi tidak pula membawa kesan berkekalan.

2 Sahabat yang jujur. Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen baik yang positif mahupun negatif demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga. Walaupun kedangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3 Sahabat yang baik hatinya ikhlas. Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka dia adalah sahabat yang sejati.

4 Sahabat yang baik tidak cepat menilai. Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya)
salah. Tetapi, sahabat yang baik tidak menilai anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya.


5 Sahabat yang mengerti, sentiasa mendengar. Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6 Sahabat yang sejati, akan setia bersama. Seseorang yang bergelar sahabat akan cuba menemani bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian. Bagaimana pula dengan sahabat baik anda?

7 Sahabat yang sebenar juga boleh menyimpan rahsia anda. Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8 Sahabat yang baik, tidak menikam anda dari belakang. Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda ditikam dari belakang oleh sahabat yang dipercayai, masihkah anda memanggil insan itu sahabat?

9 Kata teman baik saya, sahabat sejati boleh dibawa pulang ke rumah, bukan sekadar bersembang di tepi jalan atau di kedai kopi ice-blended . Jika anda masih merasakan sahabat itu tidak boleh dibawa pulang, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar.

10 Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa ke jalan kebaikan. Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan. Jika anda dan dia bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik, itulah yang dipanggil persahabatan sejati.

Friday, March 13, 2009

seorang sahabat...

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.