Thursday, January 4, 2024

Berdoalah tika tawaf

Ketika melaksanakan tawaf yakni mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan kita digalakan berzikir dan  berdoa. Selain bertasbih dan mengingati Allah kita perlu membetulkan niat pada tiap detik, Apa yang di hadapan, jangan diperduli tapi beristifar dan berzikirlah sebanyak mungkin. Jadilah hamba Allah yang mengakui berdosa dan mohon pengampunan berterusan dari setiap langkah bertawaf. Bacaan juga memadai dgn tasbih, tahmid, takbir, istifar n berselawat.   

Kita boleh  pelbagaikan teknik berdoa seketika berada di tanah suci. Lagipun kita digalakan menunai tawaf sebagai pengganti sunat tahiyatulmasjid. Dan pengisian tika tawaf dengan memperbanyakkan doa untuk diri, saudara juga ummah.

Saya telah menerima perkongsian amalan ni daripada seorang mutawif yang di jemput menyampaikan ceramahnya di pejabat. Ye, kita boleh amalkan bersama dan terfokus. Bayangkan pada tiap langkah tawaf kita fokus kepada emak..ya allah maafkan mak, yang berkorban melahirkan menyediakan makan dan mendewasakan kita, emak yang sentiasa memenuhi tuntutan kita, emak yang berjaga malam merawat dan mndoakan kita..luahkanlah segala jasa dan pengobanannya selama ini..Kita selama ini lupa mengungkit kebaikan nya...

Begitu jugalah untuk pusingan tawaf yang lain..sama ada masih hidup atau meninggal kita perlu mendoakan  

Susunan berdoa ketika tawaf

Pusingan 1: emak

Pusingan 2 : ayah

Pusingan 3: adik beradik

pusingan 4: sahabat

pusingan 5: jiran

pusingan 6: istifar.

pusinagan 7: selawat



sepuluh tahun tanpa mak

Tanpa mak
Dunia kian sepi

Tanpa mak
Tiada siapa yang peduli

Tanpa mak
Tiada lagi pendengar paling setia

Tanpa mak
Banyak sarat yang dikendung
Banyak air mata yang ditadah

Mak
Maafkan anakmu
Usap lembut jemari mak
Masih hangat dalam ingatan
Ku kejungkan diri
Bagai mak masih di sisi

sepuluh tahun berlalu
Umpama hitungan bilanganku dalam family
Semakin ramai semakin sayang
Dan saling menyayangi.

AL FATIHAH BUAT ALMARHUM MAK

Churindumak






Family time



Tiap kali berpeluang cuti
Pasti meriah laman ini
Ada agenda dirancang
Untuk semua insan tersayang

duhai generasiku
Ayuh rapatkan silaturahim
Kita cipta memory bersama


Love myfamily

Bila diuji

Sabar
Bertenang
Ambil wuduk
Solat sunat
Berdoalah

Mungkin ada cerita duka
Mungkin ada khabar gumbira 
Segalanya kemungkinan
Kerna kita hanya mampu
Membuat sangkaan
Dan Allah mengikut sangkaan hamba2Nya
Fikir baik baik.

Allah tak membebani melainkan ikut kemampuan kita. Insya Allah 

Akhirnya... 
Kita terima ujian ini
Kita hadapi dengan syukur.
Alhamdulilah


Monday, January 1, 2024

Di ambang 2024

Singgah
Sepi
Sunyi
Melangkah

Setiap jejak menjadi saksi
Ada rindu yang terpahat
Ada kenangan yang berbekas

Kisah ini akan padam
Bila nyawa telah berpisah 




Masjid besi 1.1.2024


Saturday, December 30, 2023

Siapalah kita?

Adakalanya kita perlu menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi.

Adakalanya kita perlu menjadi pohon, untuk menjadi tempat berteduh bagi yang perlu.

Adakalanya kita perlu menjadi tisu, dikoyak rapuh namun teguh menyapu air mata yang mengalir.

Dan setiap masa kita adalah Hamba.

Hamba yang bermusafir di dunia yang fana, tanpa mengetahui bilakah bakal dijemput olehNya.

In sha ALLAH.
Sama-sama kita muhasabah.

Kematian itu datang dengan tiba-tiba. Ia tidak peduli kita bersedia atau tidak. 

Namun sering kita terlupa. Bukan lupa terhadap datangnya kematian, tapi lupa mempersiapkan bekal kematian itu sendiri. Kematian adalah sebuah pintu yang apabila telah dibuka dan tertutup kembali ia tidak akan pernah terbuka lagi selamanya. 

Sedangkan jalan setelah kematian sangat panjang dan mengerikan bagi orang yang tidak punya bekal!!

Renungkan.




Friday, December 29, 2023

Hari terakhir

Menjelang hujung tahun 2023, banyak pula kenangan yang menjengah fikiran, juga rasa yang menyinggah di hati.

Kehidupan pasti sahaja ada pahit dan manisnya. Namun, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa mengukir senyuman di wajah sendiri akan menjadi antara cabaran yang paling sukar dalam kehidupan.

Semoga sepahit apa pun yang perlu kita telan sepanjang menjalani kehidupan, kita tidak lupa untuk kembali tersenyum sambil menikmati kemanisan hidup yang dikurniakan. 
Selamat Datang 2024
Selamat Jalan 2023

*Terima kasih kepada yang sentiasa sudi membuat saya tersenyum, tersipu, tertawa dan tergelak☺️🤣



Thursday, December 28, 2023

rindu


 

Ya Robb

bawalah ke rumah Mu lagi 

Kian merindu 

ada cerita nak kusampaikan 

ada lirik nak ku lagukan

Aku rindu 

Wednesday, December 27, 2023

Belajarlah bersyukur

Nikmatilah hidup selama kita masih memilikinya.
Dan terus belajar untuk bersyukur dengan apapun keadaan kita.

Alhamdulillah.

Saat hidup untuk membahagiakan insan lain, Allah akan memberi rezeki berupa insan lain yang akan membahagiakan kita pula. InshaAllah. ALLAH selalu memberikan Kasih sayang Nya dengan pelbagai cara.

Semoga Allah swt menjadikan hidup kita dipenuhi dengan kerja-kerja agama.
Semoga kita juga terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. 


                                                     
      rezki ALLAH itu maha luas


#SyukurSelalu

Thursday, December 7, 2023

Sabar Dalam Pergaulan

Separuh hari telah kita lalui...

Ada suka ada duka...

🍃Kadangkala bertemu orang yang sikapnya menyenangkan...

🍃Kerap juga bersua dengan mereka yang mengusik perasaan dan mengganggu ketenangan..

Rasulullah  ﷺ bersabda:

المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ

Seorang mukmin yang bergaul di tengah-tengah masyarakat lalu bersabar terhadap gangguan yang ada, maka ianya adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak pula bersabar terhadap gangguan ke atas mereka.


🍥Sahih:

HR. at-Tirmidzi: 2507, Ibnu Majah: 4022, Shahihul Jami’ 6651 al-Albani


Ada ketikanya di kala kita berkumpul bersama orang ramai kita dapat bersabar atas gangguan yang berlaku.

Dari itu, jika boleh bersabar dengan gangguan kawan atau rakan sekerja, sudah tentu apabila pulang ke rumah sepatutnya kita akan lebih mampu bersabar dalam menghadapi apa jua sikap dan tindakan anak-anak mahupun pasangan kita.

Boleh kan..? 😊

 📚sahabat ilmu.


Selingan

Di meja SIDANG  kata putus telah dibuat. Hasil royalties nanti kita boleh ambil. Pastikan ada penyertaan.. Lagi ramai peserta lagi banyak pendapatan diperolehi. Iklankan dan hebahkan untuk semua ya.

Bola permulaan diberi kepada A kerana ada kelebihannya bermain di tempat sendiri... Ayuh teruskan.  Lagipun segala jentera persediaannya siap siaga. 

Ya.. Balingan bola tangguk A  disambut pula oleh B. Dibawa ke depan... Menghampiri kawasan goal.... 

Oooo wisel kecederaaan .... Kad kuning atau merah patut diberikan. Eh bukan salah saya.. Eh takkan saya pula kena keluar. Dia yg cedera  mana aci...

Aci tak aci  kita laaa punca tapi sebb B yang menghampiri kawasan goal lawan.. B laa cedera...layak dapat sepakan corner  percuma ni.


Pengadil meminta perawat perubatan masuk untuk melihat tahap kecederaaan. Kedatangan mereka bukan sekadar bawa stretcher tapi juga bawa tong air  dan ubat penawar. Ubat utk yg sakit, air utk yg sihat... Pengadil tanya  eh berapa lama ni..boleh usung keluar padang tak..buang masa saya nie... Keluar sekarang... Tapi .. Tapi... Apa tapi tapi... Ketepi... 

Mana penjaga garisan.. Pengadil juga tak pasang cctv td ..itulah susah nak ulang tayang. Perlawanan kena diteruskan tapi…nak rujuk kepada siapa ??

Tuttt,,tutt ,telefon berkelip menandakan ada isyarat masuk. Laaa tersedar dan tersandar seketika..ohh Oooo rupanya ini hanya games.  

Perlawanan ditamatkan atau  ditangguhkan sama je,,,hidup perlu diteruskan 

 -Sabar dan tabahlah sahabat. Semoga dipermudahkan urusan. Kita cuba jadi jambatan utk kemudahan bersama. Tapi jangan pula di henyak2 jambatan ini. Nak kata ustaz  benda boleh bincang kenapa bertegang.

Semoga perjalanan ini selamat dan tiada kematian mangsa da ada jalan penyelesai nya. 



#kitadahcubayangterbaik

Depa ingat kita



Terima kasih bidadari kesayangan💓

Wednesday, December 6, 2023

Air bateri

Orang  lain guna bateri 'free mentenance' , juna setia guna sejenis yang manual. Jangan kata tak ikut semasa pula.. Juna tetap kontemporari lah.

Puas juga cari di mana kedai menjual air bateri ini. Dari kedai servis ke kedai aksesori, rupanya ada di kedai stesen minyak. Harga cuma  rm3. 30.

Untuk preventive kan... Incase juna buat perangai, kita dah standby air tenaga untuknya. 
Nak pergi ke perodua servis kekangan masa jadi kita buat buat tahu dulu. Ada masa kita  bawa juna jumpa pakar dan test antibodynya.

   
        
Tudia sekali minum separuh botoi terus. Sakan juna ni. Agaknya dah lama posa kot,   tulah  tak ambil kisah dan jenguk pun bonet depan.  
Jangan merajuk pula . 

Sayang dan cinta tetap sama. Semoga juna dapat bantu khidmat untuk mudahkan urusan orang dan jalan jalan ke syurga. 


7/12/2023





Friday, December 1, 2023

When Allah is calling

2.00am. Terjaga dari tidur. Ooo baru pukul dua. Ada lagi dua jam untuk tidur..  pejam kan mata semula.. Ulang berkali doa yg diajar tuan guru apabila terjaga dan hendak menyambung tidur.. Ya.. Saya mesti tidur sebab esok saya kerja shif pagi

3.00 am terjaga lagi.. Aduh... Napa lah jam ni tak bergerak ke?? lama lagi nii.  Rasanya dah puas LENA. Membalik diri ke sebelah kanan kiri dan cuba lelap kan mata lagi...

3.40am...ohh sakit ya perut. Menyucuk2 pula nie. Tetiba pula perut mula maragam. Oh tidak ada jalan lain melainkan bangun ke bilik air. Hati tertanya2 apakah makanan terakhir 8 jam lalu yang telah saya ambil. Ye kuih bade dan talam keladi. Tapi itu pukul 6 petang...sekarang pukul 4pagi.(dah 10jam berlalu pun) Mau tidak tak mau saya memutuskan untuk meninggalkan selimut dan bantal dan terus ke bilik air. Alhamdulilah  
Wat next?? 

Rutin kembali normal macam setiap hari. Urus diri dan mandi sunat fajar. 
Ia bukan sahaja menyegarkan tetapi juga satu kaedah pencegahan beberapa penyakit. Bila dah segar dan masih awal pagi, maka inilah masa kita bermanja dengan Allah. 

Alhamdulillah 
Rupanya ini cara "Allah is calling..." Dah diberi dua kali peluang bangun, tak bangun2 juga. Nah amik... Biar sakit perut memulai, barulah tau jalannya. 
Terima ksih Allah menghadiahkan seketika sakit perut yg menyucuk2 dan saya pun tak salahkan makanan. Tapi follow the flow.... Sakit lawannya diam dan muhasabah. Jika berterusan saya perlu makan ubat. Sebenarnya Allah mengajar saya sakit dengan syukur. Syukur dapat bangun awal awal pagi dan menyesali dosa2 seorang pendosa ini 

Terima Kasih Allah panjangkan umur saya sehari lagi dan mengejutkan saya hari ini. Tolong jangan abaikan saya dari mengingati Mu dan Mendekat pada Mu 

Wallahu aklam