Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*

Tuesday, March 28, 2023

Malam 7 Ramadan

Indahnya malam
Cahaya nya menyinari
Hidupnya Ramadan
Dengan terawihnya

     
Subhanallah

 29/3/2023
9.00 malam

Monday, March 27, 2023

Terlayan

 
           
Ada kat mana??
Rumah. 
Mailaa eda ada kt KL ni. Mehlaa jumpa eda.. Ani  jom tgok Aina. Eda minat Aina tau.. Boleh tak nk bergambar degn Aina. 

Aduh eda.. Ko ni dari Johor semata mata nak layan aina ye.. Hmm.. Boleh tapi nak jumpa eda sebelum ko masuk auditorium tau.. 

Tetiba... Ramaiinya .. Kelam cari jalan masuk audi nie... Takpe.. Ani kan tuan rumah.  Mehlaa ada seat ni.. Ada empat kosong......eda dah booking rtm Johor. Mmm eda eda... Jika tak kerana ko... Saya tak layan konsert HMI bersama Aina Abdul ni.  Maka lubang tikusla jawapannya dengan izin pengawal keselamatan kita. 

Benar dua jam bersama Aina.. Mgg best. Nth kenapa lagu 'semalam' amat dekat dengan hati saya. Kerana semalam lah berderai airmata dan luka dilukai.. Pengkianatan semalam amat berat bagi jiwa yang memahami. Benar karya Aina di tulis dari hati dan kisah kehidupannya 

Tahniah Aina dan Ainanation. Hampa mgg peminat tegar tapi jangan terlalu Agung kan Aina kerna dia juga macam kita.. Jatuh dan bangun tapi tak pernah kecewa. 
Aina juga telah berjaya membolotnya byak anugerah sempena AJL2022. 
Rezeki awak dik

Jangan lupa Allah..
Jaga diri dan ajaklh umah ingat Tuhan dan ingt mati. 
Kita semua sedang menunggu mati..

Terima kasih eda.. Empat tiket kita kongsi dengan peminat Aina. Best ja kita layan dan kita jumpa setelah bertahun tak jumpa. Eda Inilah sahabat saya yag sama sama report duty  di BTP. Lama hub kami walaupun terpisah negeri. Dia berpindah ke johor dan saya masih pemastautin Selangor yg Bekerja untuk KL. 


Lokasi :auditorium perdana RTM
Tujuan :rakaman konsert Aina 




SalamRamadan.

Alhamdulillah
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah di Ramadan ini. Semoga Ramadan ini terbaik dan dapat kita merebut tawaran pahalaNya


Pada malam pertama terawih, saya ke masjid cyber. Mgg luar biasa jemaah yg hadir. Setelah 3 tahun berlalu, ini adalah singgahan saya yang pertama. Kesesakan berlaku di persimpangan masjid. Kereta saya juga turut terlibat. Terpaksa parking agak jauh dan menapak untuk ke masjid. Tetapi indahnya kali ini.. Jauh bukan faktor nya tetapi mengejar solat jemaah isya dan terawih menjadi alasannya

Alhamdulillah... Apabila saya selesai menyempurnakan terawih 20 rakaat, barulah saya perasan bahawa hanya si juna yg setia di tepi jalan. Kebanyakan orang dah balik seusai 8 rakaat solat terawih.

Alhamdulillah 
Selamat berpuasa 
Selamat berterawih


Suasana malam pertama terawih di masjid cyber

Hanya yang setia menunggu 

Alhamdulillah
23/3/23



Pssst.... Apakah si manja saya masih ingat kita pernah berbuka di sini dan akan terus memburu lailatul qadar. 

Wednesday, March 1, 2023

Ambil tahu

Imam Hasan Al-Basri berkata :

1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.

2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh kerana itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.

3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.

Kawan-kawan,

Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.
Amalan, mesti kita yang kerjakan.
Buat baik, buat jahat semua Allah tahu dan mati tetap akan jemput kita pulang.
Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.

Insyaa-Allah

Beginilah,




Walimahtul urus Fairuz dan Fakhri

13.03.2023
Tersemat indah tarikh keramat
Dua jiwa disatukan
Atas nama pernikahan
Doa diamin tanda sepakat
Moga hidup lebih berkat
Amin yarobbal alamin


                                                  
Selamat pengantin baru kakak dan suami.Ya, ini anak saudaraku yang ke 30. Kembar seiras lah katakan. Kakak dan adik kembar itulah sinonim panggilan buat mereka. Jodoh kakak dulu dari adik . Insya allah lepas ni Adik pula. Adik tetap support kakaknya... Menjadi pengiring pengantin di hari bahagia kakak.



Barokallah buat anakanda  FairuzHazwani dan Muhamad Fakhri.  Semoga Allah memberkati bahtera hidup kalian dengan penuh sakinah, mawaddah warohmah.  Dianugerahkan  family yang bahagia dengan ketenangan dan kasih sayang yang dirahmati ALLAH. Jagalah amanah dengan sempurna dan berkasih sayanglah kerana Allah. 

Majlis walimah yang di adakan di d'Auni Villa sangat selesa.  Laman yg luas lengkap dengan khemah yg cantik juga surau disediakan. Kira 5*lah..Tetamu yg hadir boleh memilih berada di khemah kanan atau kiri dengan juadah yg disediakan oleh pihak katering memang puas hati. Pakejnya kena tanya  tuan rumah ye. 
Alhamdulillah makanan sedap dan cuaca juga amat baik. 
Laksa, teh tarik dan bubur kacang pula merupakan menu tambahan dan pilihan. Semua sedap sedap. Sapa dah makan memang tersandaq. 

Terima kasih tuan rumah..Cikgu Mahdzir dan Cikgu Nilam.Mantan gurulah katakan.  Abg Mahdzir ini anak ke 7 dalam familyku. Tetamu yang hadir  pula  kebanyakannya di kalangan guru guru dan juga diantaranya mantan guruku juga. i Tidak terkecuali  saudara mara, sepupu sepapat juga jiran2 tetangga. Adat kata adik-beradikpun sepakat turut hadir meraikan majlis perkahwinan dan bertemu dengan sanak saudara yg jauh dan dekat. Seronok berjumpa semua yang hadir dalam keadaan selamat dan bebas ancaman Covid. 


NAMUN, pabila tanpa emak dan ayah lagi, saya tetap merasai kekurangannya. Mungkin majlis kenduri dulu dan sekarang berbeza.  Ketiadaan mereka tetap di rasai  Ini pandangan saya.  Tambahan pula abang Zan dan family Johor tak turut serta. Jarak dan faktor kesihatan juga kekangan tugas membataskannya.  

Bagi saya pula pemanduan juna dari KL ke Kedah telah saya tempuhi seusai tamat waktu kerja shif pagi. Sedikit cabaran lah  apabila memandu terus dari opis ke kampung . Inilah  kehidupan dan demi family kita utamakan. Ciptalah kenangan untuk bahagia cara kita. Mungkin hari ini sahaja adalah peluang kita lagipun tanpa family siapa kita. Setinggi mana pun terbang, kelak ke pangkuan family juga tempat mendarat nya. Itulah antara kita dengan kehidupan. 

                                     
      my big family

Terima kasih sudi baca hingga akhir.  Doakan pasangan baru ini berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia. 








Sahabat

Menjadi sahabat itu tidak perlu bersyarat kepada sesiapa, namun perlulah  bermanfaat kepada sahabat.

Barulah dikatakan bersahabat tanpa syarat. 
Sayangi sahabat. 


Begitulah.

Friday, February 10, 2023

Dunia ini terlalu singkat

Kawan,

"Ketika tidak dihargai, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketulusan.
Ketika pengorbanan mu dinilai tidak penting, maka saat itu kalian sedang belajar tentang keikhlasan.
Ketika hati mu terluka sangat dalam, maka saat itu kalian sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika lelah dan kecewa, maka saat itu kalian sedang belajar tentang kesungguhan. Ketika merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketabahan..

Dunia ini terlalu hina untuk membuat kalian menangis, terlalu murah untuk membuat kalian bersedih, terlalu lemah untuk membuat kalian putus asa..

"Tersenyumlah, walau hati terluka kerana diri mu, kan lebih berharga."

Begitulah.

#share #nota #tazkirah

Thursday, January 26, 2023

Jumaat Pertama di bulan Rejab


Alhamdulillah,.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga semua gerak langkah ini selalu ibadah kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menikmati dan mensyukuri segala nikmat Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.

Friday, January 20, 2023

Jom dinner



Ada masa kita  berair mata
Ada tika kita berkongsi gembira
Ada jiwa kita rawat
Ada hati kita baiki
Biar bersama kita
Jangan ada salah sengketa
Berdamai kita untuk semua. 

Monday, January 9, 2023

Pasti ada sebabnya

Kalau ada orang yang mencaci mengata di belakangmu, jangan marah dengarkan sahaja. Boleh jadi itulah cara Allah mengajar dan menunjukkan kepadamu tentang kekuranganmu. Kalau ada yg menfitnahmu, tetaplah berbesar hati, barangkali itu cara Allah menutupi aib dan menghapuskan dosamu.

Semua masalah dalam hidup, boleh jadi menyenangkan selagi engkau meluaskan pandangan dan mengembalikannya kepada Allah. Jika besar tempat Allah dalam hatimu, maka akan nampak kecillah nilai selain Allah dalam pandanganmu.

Kredit : Habib Umar bin Hafidz

Sunday, January 8, 2023

Ikhlaskan


*Ikhlas itu*
Ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.


*Ikhlas itu*
Ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.


*Ikhlas itu*
Ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan.


*Ikhlas itu*
Ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit.


*Ikhlas itu*
Ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertikaian.


*Ikhlas itu*
Ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.


*Ikhlas itu*
Ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka.


*Ikhlas itu*
Ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan.


*Ikhlas itu*
Ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.


*Ikhlas itu*
Ketika diberi setitik kejahatan melalui sejuta kebajikan.


*Ikhlas itu*
Ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak Allah, walau terkadang tidak seperti yang diinginkan.


🍁 Mungkin seperti surah Al-Ikhlas.
Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya,
tidak terlihat,
tidak tergambarkan,
tidak terdengar,
tidak terdefinisi.

*ikhlas*
Hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang dapat memahaminya

Wallahu aklam 


Terima kasih sudi singgah dan bertanya khabar di jendela. 

Friday, January 6, 2023

Permulaan 2023



Saling memberi mekar rasa kasih sayang

Kek Buah oleh Pn Noraini Maridi ni sedap dan bolehlah oder pula nanti. 

Puan Yang... Kita baru kenal 😍. 
Cantik tudung daripada warna hati si pemberi.

Pemberian ini meRapatkan ukhuwah yang terjalin. 

Terima kasih BSS. Biro Sukan & Sosial PCKKD  bersama gerak kan program utk tahun ini. 

Alhamdulillah
Sesi tukar tukar hadiah yang best❤️

Tuesday, January 3, 2023

Cukup sekali

Pengalaman amat berharga
Kalau nak tau kawan boleh jadi lawan. Kerana kawan lah kita berkawan dan kerana kawan juga kita boleh jadi  musuh. (nauzubillah) 

Moral nya, bijak lah memilih kawan dan berundurlah sebelum kamu di khianati.  Lepaskan dan cukuplah sekadar di pinggiran dan hidup lah di dunia nyata... Kawan boleh hilang apabila masa merubahnya. 

Saya sayang kawan saya. Terima kasih kawan.. Kita berkawan kerana Allah. 

Tahniah Ibrahim

Kejayaan bukan sahaja diukur dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah,tetapi sejauh mana  itu berjaya membentuk akhlak dan nilai moral sebenar. 
Yang diimpikan adalah kebolehmampuan menghadapi rintangan dan berjaya hingga ke akhirat. 

Teruslah warnai kegemilangan dunia duhai anak. Familimu akan terus mendoa dan menyokongnya. 

Hari ni kita meraikan kejayaan Mohamad Ibrahim menerima ijazah di UPSI. Sessi pagi yg dingin dan hujan yang membasahi bumi Tanjung Malim turut mengiringinya. Saya bertolak dari KL manakala family bertolak dari Kedah. Kami bertemu di Tanjung Malim .

Melihat senyuman dalam jubah kejayaan yang menyalut dirinya, kami turut berbangga...tahniah Ibrahim. Anak yang pernah diuji dengan kemalangan tika menghadapi SPM , kini telah berjaya menggenggam sekeping ijazah dan bekerjaya. Syukur.  Pengalaman yang ditempuhi amat bermakna dengan nilai keluarga dan kasih sayang amat bererti untuk di kenang. 

Begitu juga ketika sesi lapor diri, ayah dan ibunya sedang menegerjakan haji dan hanya mak mak saudara menghantar dan menguruskannya. Ibrahim telah menunjukan sikap kepimpinan dan keberanian sebagai warga baharu UPSI. DIa pandai menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan susana baharu itu.

Hari  ini senyumnya lebar kerana di hari bersejarah ini , ibu dan adik beradik turut datang meraikannya. Walaupun ayahnya tidak turut serta tapi mereka berhubung dengan VC. Tahniah ibrahim .  
Hargailah ibu dan ayah yang telah menjadi kota rahmat buat anak-anak. TAHNIAH buat abang Hj Soleh dan kakak Hjh Siti Khadijah atas kejayaan Ibrahim hari ini. Doa dan sokongan ibu ayah telah mengiringi kejayaan mu anak. 

Andainya mak ayah saya masih bersama, tentu ayah akan senyum lebar dan mak akan memeluk cucu kesayangannya ini. Cucu yang membesar depan mereka kini semakin dewasa. Alhamdulillah  

Alaaa foto ib ada di dalam telepon lain..