Saturday, December 31, 2022

Melangkah Tahun Baharu

*
       ๐Ÿ‘‡
๐Ÿ—“ -Tak Terasa
      -Tahun 2022
      - hanya kenangan 
      - telah meninggalkan kita
      - lembaran kelendar juga
      - telah BERAKHIR-

      -dengan
      -MENJELANGnya
      -TAHUN BARU
       2023

 ❤ *BUAT*
       *KELUARGAKU*
         Kamulah yang
         terpenting 
         dalam hidupku๐Ÿ˜˜

๐Ÿ’› *BUAT YANG KU*
      *SAYANGI*
       Aku minta maaf
       atas sikap
       dan tindak tandukku
       yang menyakitkan
       hatimu๐Ÿ™

๐Ÿ’š *BUAT KAWAN*
      *KAWANKU*
        Maafkan aku
        pernah khilaf dan
        salah padamu๐Ÿ˜ฅ
     
๐Ÿงก *BUAT*
       *SAHABATKU*
        Jangan lupakan
        aku bila suatu
        masa nanti kita
        terpisah๐Ÿ˜ญ
    
๐Ÿ’™ *BUAT YANG TAK*
      *SEPENDAPAT*
        Maafkanlah bila
        selama ini aku
        selalu salah
        dimatamu๐Ÿ˜“
     
๐Ÿ’œ *BUAT YANG*_ 
      *SAYANG PADAKU*
       Aku juga sangat
       menyayangimu๐Ÿค—
     
๐ŸคŽ *BUAT YANG TAK*
     *KENAL DENGANKU*
       Salam kenal
       semoga kita bisa
       menjadi sahabat
       yang baik๐Ÿค
        
๐Ÿ™ *TERIMA KASIH*
     *BUAT SEMUANYA*
       Karena telah
      *menghiasi* hidupku
       di tahun yang lalu.

๐Ÿฅณ  Semua itu akan
       menjadi *kenangan*
      *yang indah* dan 
      *bermakna* bagiku.

๐Ÿคฒ *DOA DAN*
      *HARAPANKU*
        Semoga di tahun 
        2023 menjadi lebih 
        baik dari tahun lalu,
        sehat jasmani dan 
        rohani, serta sejah-
        tera semuanya...
        Aamiiin...๐Ÿ™

  *selamat datang* 
  *TAHUN BARU*
  *2023*

Credit kepada penulis tanpa nama ini*
     *bagus isinya*๐Ÿ‘
        
     ๐ŸŒน๐ŸŒด๐ŸŒท๐ŸŒป๐ŸŒณ๐Ÿ’๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

2022

Selamat Datang 2023
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡.
#ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Sabda Nabi saw:
“Jauhilah oleh kalian semua dosa-dosa yang tidak diampuni”. Dan baginda menyebutkan salah satunya adalah memakan riba“. 
(HR. At-Tabrani)

AMALKAN ZIKRULLAH SETIAP HARI 
Istiqfar 100 x
Selawat 100 x
Subhanallah hiwabihamdih..A’zim 100 x
TERUSkan


Maafkan atas segala khilaf ku setahun yg lalu. Lembaran 2022 di katup dan ditinggalkan dengan jutaan kenangan terindah. Terima kasih Allah, family juga sahabat kerna menjadikannya lebih imdah dan ceria. 

Semoga 2023 akan menjadi lebih baik dan dekat dengan Allah. 


01012023

Thursday, December 8, 2022

Tahniah Ahmad Handzolah

semalam kita lewati fasa penganugerahan. 

Satu kepuasan Ibu bapa bila melihat kejayaan anak anak diiktiraf dan dinobatkan sebagai mahasiswa yang telah berjaya. Syukur alhamdulillah,  Saya juga turut meraikan kejayaan anak saudara saya yang ke 33 di IIUM . Anugerah yang tertangguh kerana PKP. 

Tahniah Ahmad Handzalah. senyum terukir dan ceria dipamerkan. Turut menemaninya ialah family tercinta diwakili Fa, Adam, abas dan diana. 

Sepetang bersama meraikan kejayaan Ahmad adalah moment indah bagi saya. Cukuplah kita menikmati bersama pasemboq dan nasi arab dan bertemu mesra. Semasa covid kita dijarakkan...Dan kini kita bersama semula 


Terima kasih Allah.  Semoga kejayaan Ahmad  pemangkin untuk legarsi family besar kita. Anak didik Gontor ini bukanlah canang2. Bicara arabnya fasih dan disiplinnya terlatih. Usai sekolah rendah Hidayah (SRIH) Ahmad meneruskan di Gontor hingga selesai.  

Ilmu harus dicari, di hadam dan dibedah untuk kemantapannya. Semoga generasi kita akan terus menjadi orang yg berilmu dan beramal dan menjaga iman.  Jangan bangga dan lupa diri. 

Tahniah abg Norizan dan kak Rodzah, kejayaan anakanda Ahamd hari ini adalah berkat doa dan blessing daripada  ayahda dan umi tercinta.  Walau pun tak ada bersama atas faktor kesihatan namun itu bukan halangan utk meraikannya. Semoga abg dan kakak juga family kita semua sihat dan bahagia cara kita. 


Hencem boy

Kita ada. 

  

Sunday, November 27, 2022

Lupa atau melupai

Manusia tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Manusia hanya melihat kelemahanmu.
Walaupun demikian, tetap dan berusahalah menjadi baik hingga ke akhir hayat.

Kebaikan tidak memerlukan pengakuan.
Manusia yg baik tidak perlu membuktikan apa-apa.
Manusia yg baik berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu. 
Sebab manusia yg memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu, sedangkan manusia yg hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya penjelasanmu itu.

Tetaplah istiqamah menjadi baik hingga akhir hayat. 
Cukup dengan Allah, Dia yang mencukupkan segalanya.

Friday, November 11, 2022

Pak SU Mid dalam kenangan

SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - 2022 )

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah 
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah. 

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim /  Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. 

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 

6. Sapa tak baca al-Quran,  dia benci kepada Allah. 

7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Berikut disertakan waktu ziarah Pak Su Mid di rumahnya .

● Waktu Pertama :  9.00 pagi - 12.00 tengah Hari
● Waktu Kedua : 3.00 petang - 5.00 petang

Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut .

Alamat rumah Pak Su Mid - Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang KEDAH

Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin 



#KenaliUlamak
Kredit info

Monday, October 31, 2022

NOVEMBER

 selamat datang NOV

semoga nov  mengutip sejarah yang terindah


Friday, October 28, 2022

Surat cinta untuk diriku

Assalamualaikum wbkth

Untukmu diriku sayang

Apa khabar diriku. 
Pertamanya ku menyusun jari sepuluh memohon maaf atas kelalaianku terhadapmu selama ni. Ku jarang bersyukur dengan adanya kamu setia menemaniku selama ni.  Terima Kasih Allah atas penciptaanMU jualah ku belajar mencintai dan menghargai diri sendiri.

Duhai diri yang kusayang, 
Terima kasih bersamaku sehingga kini di usia tua. Kita bukan lagi setara mak atau makcik tetapi kini adalah nenek yang bercucu. Itulah kelazimannya di usia begini. NAMuN ku tahu, kamu juga tahu siapa daku. BANYAK rentas hidup telah kita tempuhi bersama. Tentunya ada manis, masam dan pahit. Lumrahkan... Kekadang kita gembira menangis dan bersedih bersama. Hidup perlu diteruskan.  Terima kasih memahami dan menemaniku.  


Duhai diriku yang dicintai, 
Betapa aku belajar mengukir rasa sayang dan cinta kamu. Baru kini ku disedarkan diriku perlu dihargai. Tentunya penat melayan fizikal dan mentalku. Kamu tahu kan diriku tak bisa kaku sendirian di rumah. Pasti ada sahaja langkah yang kita laksanakan. Tentu ada saja misi yang dilakukan. Ada kala jerlus di lumpur, lemas di daratan dan ada kala bagai layang-layang putus tali. Tapi daku sentiasa ingat, ini bukan ujian tapi satu cara Allah menyedarkan daku dari kelalaian sendiri.  Tak pe..hilang satu sahabat diganti 10 lagi yang lebih baik. Rezeki kita takkan surut dengan memberi dan jangan ego. 
Bukan salah emak yang mengandung. Tapi ia pilihan setelah dewasa dengan universiti kehidupan. Sudah cukupkah perjalananmu duhai diri yang dicintai?

Terima kasih diriku. 
Menemani dan merasai pedihnya luka semalam. Merawat dan menyembuh bersama. 

Berapa baiknya Allah pada kita kan. Kita dilenyet tapi kita boleh bangun semula. Tanpa perlu menunggu dan mengharap pada orang lain. 

Terima kasih diriku
Selagi roh kita belum berpisah
Setialah memandu saya ke arah kebaikan 


ainhany





Monday, October 24, 2022

Tenanglah bonda Pn Rosna

Lokasi :Masjid Al Taqwa, TTDI KL
Waktu : duha
Tarikh  :25/10/2022
disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara

Sungguh, saya menyaksikan  terlalu sayang cucu-cucu kepada aruah nenek mereka.


Sekujur kaku jasad nenek di pembaringan seusai dikafankan di surong keluar ke ruang menunggu. 3 orang cucu yang menunggu menyeka airmata berkali - berkali mula menghampiri jasad tersebut. Mereka memegang  jasad yang berselimut putih ini dan membelainya dengan penuh kasih. Mencium dan mencium lagi..Ditatap wajah almarhumah nenek, dicium dan pipinya diusap. Wajah nenek seakan tenang. Wajah tua yang penyayang dari keturunan cina. Saya turut mendoakan semoga almarhumah juga diampuni dan dicucuri rahmat hingga ke syurga. 

Nenek nak pergi jauh dan akan meninggalkan cucu2 kesayangannya. Pandangan terakhir yang akan terus mengukir rasa betapa pilunya sebuah perpisahan. Menangis lah nak, kerana kita tak jumpa lagi susuk tubuh ini di rumah kerana jenazah nya  akan terus di bawa pergi selepas disolatkan nanti. 


Melihat senario kematian adalah satu muhasabah buat diri. Mengandaikan yang terkujur kaku adalah diri ini, seorang kembara kehidupan yang menumpang di sudut dunia ini. Kaku dan beku. Segalanya diserahkan kepada waris yang sudi. 

Saya menyaksikan, cucu-cucu ini seolah-olah tak melepaskan nenek mereka pergi. BELUM puas bermesra dan melayan nenek. Betapa kasih yang mendalam hubungan family ini. Mereka tahu menghargai dan menghormati nenek yang pergi tak kembali.  Bertuah nenek empunya anak dan cucu-cucu yg mengerti tanggungjawabnya. Sukar untuk mencari suasana begini kerna ramai orang sudah menswastakan tanggungjawab kepada rumah orang2 tua menguruskannnya. 

Puan Rosna, mantan Timbalan Pengarah di RTM bukan asing bagi saya. Dia seorang yang berjawatan tinggi tetapi sentiasa merendah diri dan amat pemurah. Malah melekat  panggilan namanya kak Ros berbanding Pn Rosna hingga kini. Biarpun telah lama bersara tetapi menjelang  ramadan, dia akan menghubungi saya untuk berinfaq dan bersedekah. 
Sejak dia masih dlam jawatan lagi dia suka memberi dan menyumbang. Bukan setahun tetapi dah bertahun dia akan belikan berkotak2 kurma dan kain pelikat untuk diedar kepada yang perlu. Saya bukan takat menyaksi tetapi turut menerima amanah menyampaikan sumbangan tersebut. 

Di penghujung terakhir ramadan pula beliau berikan sejumlah duit untuk saya uruskan bagi pihaknya kapada asnaf dan masjid/surau utk juadah berbuka terutama nya di malam ganjil. Saya laksanakannya sebagai satu amanah dan berharap dapat barokahnya jua. 

Fahamlah saya selama ni kak Ros dan familynya menjaga almarhumah  bondanya di rumah dengan baik. Dari tika sihat sehinggalah meninggal. Kasih sayang dan teladan yang baik menjadi didikan dari rumah bagi membentuk adab dan akhlak anak2 nya. Keikhlasan mereka menghormati nenek dapat kita nilai dengan pemerhatian kita bagaimana mereka menyayangi sekujur tubuh nenek mereka yang telah meninggal dunia.


Saya bersalaman dan mengucapkan takziah. Tak mampu saya luahkan betapa saya mengerti perasaannya tika itu. Ya bos, ya kak ros kita terpaksa melepasnya pergi walaupun dalam terpaksaan. Inilah hukum alam. ALLAH telah memberi peluang untuk kak Ros menjaga dan menunaikan kewajiban kepada emak tercinta. Ianya telah disempurna dengan jayanya. Berbahagialah bonda kerana di usia tua dia boleh menikmatinya bersama anak dan cucu-cucunya.  Semoga Allah ampuni almarhumah bonda kak ros dan menempat kan rohnya di kalangan solihin dan ditemukan semua di syurga kelak.  Al fatihah dan Al ikhlas dibaca dan dihadiahkan. 

Saya terpaksa meninggalkan masjid tersebut sebelum solat jenazah.  Ada program selawat yang perlu saya hadir dengan sahabat di Shah Alam. Hajat di hati ingin tunggu hingga selesai tetapi  kerna ada janji yang perlu dilunaskan saya terpaksa mengundur diri. 

Melihat kematian amat menginsafkan. Ada yag sempurna dalam jagaan waris malah ada juga umpama kain buruk. Malah tak diambil peduli di mana bersemadi. Rezeki kita tak sama tetapi kita sebagai manusia sentiasa di muliakan Allah. 

Marilah kita ambil iktibar.. 
Kematian datang tak kira usia dan di mana. Buktikan cinta kasih family dengan menjadi ikon keluarga yg terbaik. Paksinya agama dan keimanan yang di gilap dari hari ke hari. Semoga jannah dicari, kita temui bersama. 


Buat anak anak semua... 
Yang tua akan pergi dan yang muda akan mengganti. Inilah hukum alam yang bersifat sementara. Jauhi rasa ego dan lupa asal-usul kejadian.  Belajarlah untuk menghormati dan menyantuni yang tua  dan ambillah iktibar dari kisah kehidupan orang. Semoga yang baik baik mewarnai kita semua. 

Mohon maaf andai mengguris rasa dan menyentap ingatan pada yg pergi 
Al Fatihah. 

bagai tak puas kak ros menatapnya.


Wednesday, October 19, 2022

Bonda pergi dulu

Melihat sekujur tubuh kaku seorang bonda, berpulangnya keramat dunia yang selama ini sentiasa didambakan oleh anak-anak. Melihat redup mata sang anak, saya amat memahaminya.. bagai meronta minta ditangguhkan, belum puas ditatap dan menabur khidmat. Masih banyak yang belum sempurna bagi menghargai pengorbanan seorang ibu. Terasa bilah waktu kan disulam dan dihiasi indah dengan  trilion memory. 

Melihat keranda diusung, perpisahan kian mendekat. Jasad yang dimuliakan disantuni dengan penuh hormat, namun kali ini bonda tak mengeluh lagi. Ibu tak mengadu sakit bahkan semua derianya tak berfungsi lagi. Bacaan doa, al fatihah dan al ikhlas diucap anak berkali-kali.  "YA ALLAH ampunilah bonda kami..berikan kemuliaannya di sana dan luaskan tempat semadinya dan tempatkan dia di kalangan solihin dan sebaris dengan baginda rasul". Air mata di seka, namun tak dapat dibendung lagi...mengalirlah sederasnya membuktikan inilah cinta kita. Jasad bonda akan pergi jauh dan kita takkan dapat lagi bertemunya lagi di sini. 

Mengiringi sebuah perjalanan menuju ke ALLAH, teka teki bermain di kepala...bagaimana penghujung kita kelak. Di mana pula disemadikan dan siapakah yang akan mengirim doa dan adakah pahala yang terus mengalir??  Kematian adalah benar itulah peringatan ustaz yang membaca tahlil. Mengambil iktibar dengan kematian marilah kita menggunakan hayat yang masih berbaki untuk terus buat yang terbaik.  Berusaha membahagiakan orang yang kita sayang dan temui dan selagi ada hayat pergunakanlah masa, ilmu dan tenaga untuk ummah. Semua akan menyaksikan kita kelak.

Bagi yang masih mempunyai syurga dunia, berusahalah membahagiakan emak dan ayah kita. Ini adalah peluang keemasan dan bonus untuk meraih pahala. Hargailah mereka walau di manapun asal usul kita. Usah dipersalahkan masa kelam mereka kerana kini kita diberi cahaya. Suluhlah hati dengan ilmu dan berbakti. Ambilah iktibar dengan fenomena menyerahkan urusan menjaga emak ayah kepada pusat jagaan orang tua. Mereka tidak meminta dihantar ke situ tetapi terpaksa merelakan demi kelangsungan hidup tanpa darah daging di penghujung usia.  Kisah ini tiada kesudahannya jika tidak dilihat dengan mata hati. Semoga ALLAH bukakan pintu hati kita untuk mengakui kesilapan diri dan memaafkan kesilapan emak ayah kita. 

Buat diri yang telah tiada syurga dunia, hanya kenangan dan rindu yang tak berkesudahan. Membuat yang terbaik dengan menghulurkan doa dan pahala harian. Sejujurnya memang tak sama tetapi perlu dipaksa diri ini untuk buat kebaikan dan dihadiahkan pahala kepada mereka. Maafkan kami anak yang sering alpa...

Mengambil iktibar selepas menziarahi kematian Bonda Puan Putri Joliana. Saya menyaksikan ramai yang menziarahi dan turut bersolat jenazah dan mengiringi hingga ke tanah perkuburan. Semoga ALLAH ampuni almarhumah bonda dan rahmatinya dan tempatkan dikalangan solihin. Salam takziah utk puan Putri dan seluruh familynya. 

(Dua orang daripada adik beradik puan Putri iaitu kakaknya (aruah) dan Adiknya  En. Meor pernah menjadi pensyarah ketika saya belajar di UTMKL Space) alhamdulillah dan terima kasih. Saya dapat turut serta solat jenazah untuk almarhumah bonda mereka. 

antara yang menziarahi ( foto sumber grop masjid)

     
solat mayat disempurnakan usai solat zuhur

19/10/2022, Rabu
Bandar Country Homes

zaman kan berubah



             

Suatu hari nanti kita akan senyum  

hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah.


Foto:  Mabul

Thursday, October 6, 2022

BTP dalam kenangan


Semalam adalah pengalaman
KINI Menjadi sejarah untuk di kenang
Anak rantau mencari rezki
Berhijrah atas restu family

Dari jalan Ampang ke Bukit Kiara
Kita redah, 
Kita hadap


TV Pendidikan, 
Radio Pendidikan, 
Satu medium penyampai maklumat, 
Membantu guru dan murid mencapai matlamat

Belakang tabir disingkap
Ada kudrat yang mengadap
Bersengkang mata
Kerna target dan produksi
bahan perlu disiar


Monday, October 3, 2022

Ustaz Hj Soleh Ibrahim #2

Antara guru beliau di Mesir Almarhum Sheikh Ahmad Musallam, Ahli Majlis Fatawa Mesir. Selepas kematian Almarhum Sheikh Muthiee, 
Semasa di Asrama Melayu Abbasiah beliau berkhidmat membantu rakannya di kantin, disamping mengadakan kuliah di Surau Asrama, beliau tetap akan menjalankan kuliah pengajian walaupun dihadiri oleh seorang dua shja, jika pelajarnya tidak turun ke surau beliau akan ke bilik mereka menjemput utk hadiri kuliah.
Beliau juga membantu Almarhum Dr Abd Aziz Hanafi utk menyiapkan tesis Phd. 

Semasa beliau mengajar di Madrasah Nahdzah, jika pelajar membuat sesuatu majlis dan disediakan makanan beliau hanya hadir utk meraikan majlis tetapi tidak akan menjamah makanan yg dihidangkan. Kami pernah bertanya  dan beliau memberi jawapan yg menyentuh perasaan kami. 
Kata beliau :" kamu pelajar guna duit ibu ayah utk jamu Ustaz, sedangkan ibu ayah kamu bg duit utk kamu belajar, kami ustaz cikgu dah ada gaji yg mencukupi, terima kasih lah." 
Ustaz terus ke kantin dan mkn di sana. Antara lauk yg disukai Ustaz ialah sotong bersaiz besar, samada masak apa pun beliau akan mkn dan bungkus utk dibawa balik rumah. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุจุงุฑูƒ ู„ู‡ ูˆุงุฑุฒู‚ู‡ ุงู„ุตุญุฉ ูˆุงู„ุนุงููŠุฉ ูˆุงู„ู…ุนุงูุงุช ุงู„ุฏุงุฆู…ุฉ ููŠ ุงู„ุฏูŠู† ูˆุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆุงู„ุขุฎุฑุฉ


Haji Soleh Bin Haji Ibrahim #1

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh Bin Haji Ibrahim ( 1952 - Kini )

Tuan Guru Ustaz Haji Muhammad Soleh @ Ismail Bin Haji Ibrahim dilahirkan di Sala, Yan, Kedah pada tahun 1952. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ustaz Soleh Comei.

Pendidikannya bermula di Pondok Bukit Besar dibawah didikan Tuan Guru Haji Osman Bin Haji Yunus selama beberapa tahun dan kemudian menyambung pelajarannya ke India, berguru dengan Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi dalam bidang Hadis.

Sekitar tahun 80an beliau melanjutkan pendidikannya ke Mesir. Sepanjang beliau belajar di Mesir, Tuan Guru menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar Melayu di sana dalam pelbagai ilmu. Terdapat juga pelajar yang ingin membuat tesis PHD mengikuti pengajaran beliau secara khusus.

Kuliah beliau banyak dihadiri pelajar-pelajar Malaysia dan Patani di pelbagai peringkat samaada yg baru datang atau yang telah lama tinggal di Mesir.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh seorang yang cukup susah dan miskin waktu belajar namun berjaya mencapai kejayaan dalam ilmu. Apa sahaja ilmu, boleh dikatakan beliau mampu mengajar. Beliau menjadi rujukan asatizah dan qadhi, khusus dalam Feqah. Beliau berkahwin dalam usia 40 tahun. 

Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah yang dulunya adalah pondok yang pernah belajar, Pondok Bukit Besar.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh boleh menguasai lebih dari 10 jenis bahasa termasuk Arab, Urdu dan Thai.
Beliau kini tinggal di Kampung Paya Kelubi, mukim Ayer Putih, Pendang, Kedah.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

terima kasih  : Ustaz Syuk Rye & Ustaz Hafiz Fandani 


Friday, September 23, 2022

Buat baik biar berpada



Perangai cepat kesian kat orang, kadang-kadang makan diri kita sendiri. Buat baik memang bagus, tapi jangan keterlaluan. Bila terlampau baik, macam-macam dia ambil kesempatan atas kita. Kadangkala kita rasa kita ni penting dalam kehidupan seseorang tapi sebenarnya tidak. Kita hanya diperlukan bila dia inginkan sesuatu. Jadi, kita janganlah terlampau baik sangat dengan orang, sampai dipergunakan dalam diam. Orang yang cepat kesian macam kita ni selalu kena "game".

Rule in life; jangan terlampau baik dengan orang sebab tak semua orang sama macam kita. Tak semua orang akan baik kat kita. Ada yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita. So be neutral. If they don't like you. Just ignore. You don't have to be someone else. Tipu lah kalau kita cakap, kita tak pernah rasa dipergunakan oleh seseorang. Kadang tu, bukan rasa je, tapi benda tu memang betul. Lebih baik rasa lonely dari rasa diperguna.

Makin jadi baik, makin teruk orang layan. Mungkin ALLAH nak uji kesabaran. Ada yang ambil kesempatan bila kita dalam kesulitan. Ada yang buat kita macam tunggul. Dan ada juga pengkhianat yang berkalibar. Kita kena berhati-hati, dah tak boleh cepat kesian kat orang lepas tu kita yang kena buli. Kita kesian kat orang tapi orang tak kesian pun kat kita. Kita kena sedar diri, jangan biarkan diri diperbodohkan lagi. Tak payahlah korbankan kebahagian kita untuk kebahagian orang lain. Lebih baik kesiankan kat binatang daripada kesiankan kat orang yang salah.

Berpada-pada rasa mudah kesian dan mudah rasa bersalah pada diri kita. Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka. Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’. Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

#katapositif

Wednesday, August 31, 2022

Tahniah Aris

Dalam kepayahan dan kekangan belajar... Mereka diuji
bukan senang belajar dalam kekangan Covid 19.
Ketika melangkah di tingkatan 4, baru nak berasa belajar di KISAS dalam suasana berjauhan dari family tetiba Covid19 melanda dunia. 
Tetiba sekolah perlu dikosongkan dan pelajar asrama diarah pulang bagi memberi laluan kepada calon SPM 2020 sahaja. 
Kemudian waktu pembelajaran dari bersemuka menjadi Online
kemudian penggal persekolahan juga berubah kemudian dikurantin dan kemuncaknya peperiksaan SPM pula ditangguh kerana menjadi mangsa c19. 

Begitulah pengalaman yang dihadapi oleh Aris Fathi dalam mencipta sejarah peribadinya. 
Kita mampu mendoa dan mengharapkan semoga kejayaan demi kejayaan dicipta oleh Aris dengan izin ALLAH. 

Namun benar sabar dan  usaha membuatkan hasilnya. Tahniah Aris. Genggaman 9A adalah milikmu. Dirimu harus diraikan kerna ranjau dan likunya bukan sedikit. Tanpa semangat dan sokongan family ramai yang  kecundang dan tak dapat meneruskan pmbelajaran. Belajar tanpa hadir ke kelas memang berbeza.

Semoga Aris terus berjaya dan membahagiakan family. MENJADI contoh buat generasi dan sentiasa menjaga nama baik Maahad Mahmud dan Kolej Islam sultan Alam Shah(Kisas) yang menyumbang membentuk disiplin dan menumpang ilmumya.

Selamat mengejar ilmu dan kejayaan di dunia hingga akhirat. 

     
kek untuk aris