Wednesday, September 29, 2021

Sejauh mana SOP dipatuhi



Rakyat sudah letih
Banyak urusan tertangguh
Ramai yang terkesan
Tapi bukan alasan menyerah


Seketika saya menghampiri sebuah bank dan nampak ramai pelanggan yg berbaris panjang untuk urusan di kaunter bank.
Permudahkanlah urusan mereka 

Tahniah.
 Kita rakyat yang patuh SOP dan akan terus sayangi orang ramai
Lindungi diri dan semua



Saturday, September 25, 2021

Umrah kita



Sebuah perjalanan 
mencari Allah
Segalanya dengan izin Allah. 
Jemputan daripada Allah

Amal  tak banyak
Dosa pula banyak
Kemurkaan Nya menanti
Rahmat Nya menguasai

Allahu robbi
Takut
Berdebar
Namun mengharap
Keampunan Ilahi


Melangkah penuh mengharap
Perjalanan diberkati
Urusan dipermudah
Dosa dimaafi
Keampunan didambakan

Terima kasih familyku
mengiringi dengan doa 
dekat dan jauh
Mewakil dengan iman


Terima kasih family, sahabat dan taulan yang telah mengiringi perjalanan musafir ini. Baik yg hadir secara fizikal maupun kiriman whattsApps. Saya amat terharu apabila turut menerima saguhati yang diniatkan untuk kegunaan tika musafir. Jazakallahu khairan  semua.

 Ya ada juga yg saya kongsikan rezki bersama petugas di masjidil haram dan masjid nabawi. Senyum dan syukur mereka menerima. Semoga menjadi asbab kita semua menerima jemputan Allah. 

Alhamdulillah. 

25/9/2019
(Selepas dua tahun)  

Thursday, September 23, 2021

luka sekeping hati





takkan semudah itu
 melupakan kisah yang menghiris
 kepercayaan dan kejujuran

Melihat dengan mata
Mengenali dengan masa
Bukan ukuran
Sebuah perhubungan


Setiap orang ada kisah kehidupannya. 
Itulah cara DIA mengajar kita
Membuat asbab untuk difikirkan
Bukankah Allah Maha Bijaksana. 


Tidaklah diciptakan sia-sia
Pokok tua tak diperlukan tatkala sarang dibadai angin
terbanglah dan hinggaplah 
di dahan yang lebih utuh 
bukan dahan tua yang rapuh


Ya. 
Allah mengajar kita memilih kawan, sahabat, teman, karib
Kenangan menciptakan pengalaman, 
pengalaman menciptakan kekuatan.

Wallahu aklam


24/9/2021 
24092019  24 jam sebelum berlepas umrah (2 tahun berlalu)
 🤔




Tuesday, September 21, 2021

cempedak


                                                      

My fev
asalkan namanya cempedak
madu tak tetap saya suka
Saya pernah beli baru-baru ini  rm18/ kg. Sebijik dalam rm62. Subhanallah sedap dan kenikmatannya memang tak diragui. Semasa menikmatinya hati saya hiba...Satu ketika dahulu.. almarhumah mak suka dengan buah ini  dan pelbagai menu dapat dinikmati bersama. Ada tika mak buat coq cempedak, kadang-kadang pulut susu dngan cempedak ataupun  serawa cempedak. Semestinyalah peranan ayah tidak dipertikaikan kerana seringkali permintaan mak dipenuhi. Alhamdulillah

Namun kini, saya hanya menikmatinya sendirian.  Terasa sebak dan sayu apatah lagi terpisah dengan C19  yang menjarakkan kita dengan family.  Sebagai merawat situasi ini, pastinya saya kan bawa dan berkongsi dengan kawan untuk menikmatinya. Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat saya.  Kalau hari-hari makan cempedak pun OK. nanti kita cari kat langat pula

Saya yakin kita semua hidup dengan kenangan.  Kenangan yang mematangkan kita dan kita hari ini juga bakal jadi kenangan.   AL FATIHAH buat almarhum mak dan ayah.
 

Sunday, September 19, 2021

Temosa

Orang lain balik kampung orang lain yg merasa. Rezeki kita tak sama...Huntunglah depa dapat bertemu emak ayah di kg. selamat bersama  syurga dunia ye

Tapi saya pula dpt ole-ole juga. Terima kasih sudi berikan saya temosa ni


Ce teka content dia
Ye  isi ikan. Sedap pula tu.. Macam karipap tp bukan karipap, macam samosa tapi dia tetap temosa.  Saya turut beri kepada kawan untuk merasa.. Mulanya goreng sikit je. Tapi  terlajak laris... Maknanya sedaplah kan

Terima masih Pn.  Ner.. Ole-ole dari kuantan with lov .

Moral of story,  dalam sesebuah persahabatan bukan diukur dengan jarak tetapi keikhlasan. Saya jujurnya terharu bila menerima..Terima kasih ALLAH  

Thursday, September 16, 2021

Gugur nya permata kedah





mencari bahagia

"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak. Kebahagiaan itu bermula dengan sabar. Dan sabar itu membawa kepada cinta."

[Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani حفظه الله تعالى]

Aamiin...🌹

 Sunber ¦@pesanbonda

Sunday, September 12, 2021

Ku mahu ke syurga

Tuhan ...
dunia ini bagai sedang dipaku ke hatiku. Diam-diam pakunya kian mendalam. Sedang paku itu masih panjang. Aku takut untuk mencabut. Aku takut hatiku berlubang. Sakitnya tentu bukan kepalang .

Namun, andai paku itu terus diketuk. Andai dunia itu terus dibawa masuk. Maka terpakulah ia di hatiku sepenuhnya. Kemudian hiduplah aku dengannya . Lalu .......bagaimana dengan syurga? 


Duhai Tuhan yang Maha Mengasihani ...... 
Buangkan paku ini. Walau berjurai hujan membasahi pipi. Walau berderai darah membasahi bumi. Kalau itu perlunya, aku rela.

Kerana aku mahu syurga. Kerana aku mahu bertemu dengan-Mu di sana .

Nukilan daripad #BondaNor 
Petikan dari buku #BeCool #PujuklahHati2

Wednesday, September 8, 2021

Tuesday, September 7, 2021

Mak @2021

Malam Jumaat, 6/9/2012

Tatkala ramai orang menghabiskan malam dengan bacaan yasin dan tahlil di malam Jumaat yang terindah..Mak pula sedang diintai-intai malaikat maut dan akhirnya mak pergi selepas  check in  Kedah Medical Centre. 

Berita mak dijemput ilahi ku awali dengan alhamdulilah kerana tercapailah hajat mak meninggal di jumaat yang diberkati...20 syawal yang hening ....Sepanjang ramadan mak cuma tak berpuasa selama 5 hari dan dia sempat mengqadanya. Cuma sehari diberikan kepada anak2nya untuk menunaikan tanggungjawab melangsaikah hutang puasanya . Alhamdulillah..kita dah laksankannya.   

Mak disemadikan berdekatan dengan pusara ayah sebelum  solat jumaat.  Bersandinglah mak dan ayah.....cinta 63 tahun. subhanallah. Cinta kalian adalah cinta sebenar lagi sejati..Mak, ayah..muga ALLAH cucuri dan rahmati dan ditempatkan di kalangan orang soleh dan ditemukan kita di firdausi nanti

2021 kita tak berpeluang lagi menziarahi pusara mak dan ayah. Akibat pendamik C19, saya hanya mampu menyimpan memori dan mengukir doa. Setiap waktu doa tak pernah lekang. 

                                                                 bersanding mereka selamanya

Ya ALLAH cucurilah rahmat dan ampunilah kedua ibu bapa kita, lapangkan semadiannya dan berikan istirehatnya berterusan di taman syurga. Angkatlah tingkatan mereka dan berikan kebaikan buat mereka. Doa ini juga saya hadiahkan kepada sahabat saya yang mendahului yakni almarhum@ almarhumah Tuan Hj Ismail, Zainah, Rosnani, Muhaji dan semua muslimin muslimat yang telah dijemput . Semoga kita ditemukan di syurga kelak. insya ALLAH

Al Fatihah kita hadiahkan.

28 muharam 1443H @6/9/2021 



Sunday, September 5, 2021

kasih tok




semangkuk dikongsi bersama
indahnya kasih tok
nadiah  dan danial
 😊

2010
telah memisahkan sementara
Danial dan Nadiah dengan ibu bapa mereka
kerana menunaikan Haji2010

Danial dijaga tok Baling
Nad pula tok Pendang
 full of love
ALHAMDULILAH


6092012
Kita berpisah selamanya
Tok telah berpulang kepangkuan Ilahi
AL FATIHAH

Tugas kita



Tugas kita belum selesai
Menyemak yg berbaki
Agar di sana tak rugi
Kelak
Hidup bahagia
Rahmat berganda. 

Friday, September 3, 2021

Untuk seketika

Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.

Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.

Semua perkara yang terjadi adalah bersebab.

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. :’)

   
                                                                        

Thursday, September 2, 2021

Siapa teman kita

teman adalah
yang tetap menunggu saat kita mengatakan.. pergilah!!!
yang tetap mau mengetuk pintu saat kita mengatakan  "ingin sendiri.. "
 
kerananya.. 
jadikanlah orang terdekat kita sebagai sahabat 
kerana sesungguhnya setelah kehilangan akan terasa pentingnya dia untuk kita 


jika merasa rindu dan sedih saat jauh.. 
hargailah  saat dekat 
kerana orang yang bijak
selalu dapat menempatkan dan memperlakukan orang terdekat dengan baik. 


terima kasih taqdir