sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Thursday, August 5, 2021
Rutin
digamit rindu
Rezki bocor lagi
Di pilih
adik za: Akk kat mana? kak tengok email tak?
saya : rumah, aa.. ada apa ye. ooo
adik za: hari ni ada meeting jk spek untuk peralatan ye. Boleh tak kak jam 3 nanti.
saya : ooo boleh cuma berikan masa sehingga 3:15 ye. Sebab baru masuk kerja dengan pertukaran shif. Ada amanat2 shif sebelumnya yang perlukan tindakan semasa.
tanpa direncana tapi diaturkan
DIA memilih
Kita terpilih
dalam kerangka polisi negara
Sunday, August 1, 2021
Bukan satu kebetulan
Friday, July 30, 2021
Wednesday, July 28, 2021
Allah sedang mengajar kita
Tuesday, July 27, 2021
Sunday, July 18, 2021
Mengintai kasih
Thursday, July 15, 2021
Di penghujung dunia
Korban dunia
Tuesday, July 13, 2021
Nasihat buat diri
rindu
Apa kamu buat tika merindu
ohh saya akan terus buat buat sibuk. Sama ada mendekat kepada ALLAH atau membuatkan sesuatu yang akan membuatkan saya letih.
tiap orang ada cara untuk merawat rasa rindu yang tiada penghujungnya. Tak payah menipu diri...Ada satu ketika kita akan digamit rasa rindu yang mendalam... Hanya air mata peneman dan amat memahami. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita tak mampu mengembalikan insan yang kita sayang bersama. kita terpaksa merelakan pemergian mereka. Mereka adalah takdir terindah buat kita. Allah ada cara mengajar kita . terimalah hakikatnya
eh kenapa saya digamit rindu ni?
Kerana kita dah lama tak bersua. Biarpun jasadnya tiada tetapi nisan cinta mereka tetap utuh. Berdiri mengadap dua nisan sudah memadai...terlalu banyak yang terbuku nak diluahkan. Biarpun kalian tak mampu berbicara lagi...tapi kalian setia mendengar.
Bilakah kali terakhir pertemuan dengan mereka?
Raya haji 2020. Tahun pendamik C19 melanda telah menjarakkan kita. Akibat bilangan angka dijangkiti bertambah dari hari ke sehari. Sapa tak rindu bertemu family sendiri biarpun hanya berjarak 250km sahaja.
Monday, July 12, 2021
selamat hari vaksin AZ #dos 1
Teman saya mengingatkan supaya update mysejahtera tiap hari. Akur dengannya , saya bertanyakan apakah rahsia dia beroleh panggilan begitu cepat. Katanya tika update , ticklah sakit yang ada. oooo begitu kisahnya.
Tapi sampai satu tahap, kita dah bosan. Saya tukar mindset...ALLAH buat yang terbaik dan DIA maha tahu masanya.. Dalam minda saya memang terukir #TaqdirAllahyang terbaik. Seperti mana berjodoh dengan kematian itu pasti. Ye..bila kita tak memikirkan hal yang belum pasti, minda kita tak serabut dan hidup jadi tenang. Covid is real..yes . What we do...just pray to ALLAH to protect us, my family , my neighbour etc. and dont forget to follow SOP
Tetiba, dengan izin ALLAH atas kapasiti media front liner, undangan diterima dan suntikan vaksin AZ diberikan pada 16/6/2021. Panggilan undangan ini saya andaikan jodoh. Hanya 3 hari sebelum tarikh menerima vaksin tersebut. Alhamdulilah
terkesankah?
ye...selepas 24 jam saya beroleh tindakbalasnya. Saya terpaksa melawan ujian kesakitan ini tanpa menyerahkan diri sewenangnya. Saya perlu fight kerana saya perlu bekerja pada malam harinya.
Namun apa yang berlaku, selepas 24 jam divaksinasikan, anggota badan rasa lemah dan sejuk, Tapi saya mengandaikan saya sihat sebab saya telah mengambil panadol. Saya bertarung dengan perasaan kerana diri saya lemah dan rasa juga kesakitan di lengan. Saya mesti sihat dan saya mesti bertugas shif malam nanti. Usai solat asar saya gagahi diri untuk ke klinik Perdana dan Siti bagi memastikan tahap kesihatan saya. Kedua klinik memberikan alasan yang sama, saya demam dan perlu rehat. Tiada ubat khusus melainkan PCM dan ubat bengkak. Saya akur jua akhirnya
Malamnya, saya berasa badan saya seram sejuk dan tidak seperti biasa. Walaupun belum menggigil tapi saya terpaksa menggunakan selimut tebal bagi keselesaan diri. Inilah harga yang perlu dibayar bagi penerima dos 1 seperti saya. Lain orang lain tindakbalasnya. Syuukurlah selepas dua hari dirumah barulah saya kembali normal namum mmbataskan diri untuk bertemu orang awam.
Mengikut pakar jagalah diri untuk tempuh 14 hari selepas vaksin kerana ketika ini vaksin sedang berkenalan dengan diri kita. Saya patuh dan membataskan pergerakan dan pergaulan sosial .
Alhamdulillah
Rumusan
Mengambil vaksin AZ ini kena sediakan mental dan fizikal untuk menerima kesannya. Mempersiapkan panadol dan pil pil tenaga adalah satu bonus. Pastinya saya akan sedikit trouma untuk dos ke dua pada 18/8/21 nanti.



