Monday, July 12, 2021

selamat hari vaksin AZ #dos 1

Teman saya mengingatkan supaya update mysejahtera tiap hari. Akur dengannya , saya bertanyakan apakah rahsia dia beroleh panggilan begitu cepat. Katanya tika update , ticklah sakit yang ada. oooo begitu kisahnya. 

Tapi sampai satu tahap, kita dah bosan.  Saya tukar mindset...ALLAH buat yang terbaik dan DIA maha tahu masanya.. Dalam minda saya memang terukir #TaqdirAllahyang terbaik. Seperti mana berjodoh dengan kematian itu pasti. Ye..bila kita tak memikirkan hal yang belum pasti, minda kita tak serabut dan hidup jadi tenang.  Covid is real..yes . What we do...just pray to ALLAH to protect us, my family , my neighbour etc. and dont forget to follow SOP

Tetiba, dengan izin ALLAH atas kapasiti media front liner, undangan diterima dan suntikan vaksin AZ  diberikan pada 16/6/2021. Panggilan undangan ini saya andaikan jodoh. Hanya 3 hari sebelum tarikh menerima vaksin tersebut. Alhamdulilah

terkesankah?

ye...selepas 24 jam saya beroleh tindakbalasnya. Saya terpaksa melawan ujian kesakitan ini tanpa menyerahkan diri sewenangnya. Saya perlu fight kerana saya perlu bekerja pada malam harinya.

Namun apa yang berlaku, selepas 24 jam divaksinasikan, anggota badan rasa lemah dan sejuk, Tapi saya mengandaikan saya sihat sebab  saya telah mengambil panadol. Saya bertarung dengan perasaan kerana diri saya lemah dan rasa juga kesakitan di lengan. Saya mesti sihat dan saya mesti bertugas shif malam nanti. Usai solat asar saya gagahi diri untuk ke klinik Perdana dan Siti bagi memastikan tahap kesihatan saya. Kedua klinik memberikan alasan yang sama, saya demam dan perlu rehat.  Tiada ubat khusus melainkan PCM dan ubat bengkak.  Saya akur jua akhirnya

Malamnya, saya berasa badan saya seram sejuk dan tidak seperti biasa. Walaupun belum menggigil tapi saya terpaksa menggunakan selimut tebal bagi keselesaan diri. Inilah harga yang perlu dibayar bagi penerima dos 1 seperti saya. Lain orang lain tindakbalasnya. Syuukurlah selepas dua hari dirumah barulah saya kembali normal namum mmbataskan diri untuk bertemu orang awam.

Mengikut pakar jagalah diri untuk tempuh 14 hari selepas vaksin kerana ketika ini vaksin sedang berkenalan dengan diri kita. Saya patuh dan membataskan pergerakan dan pergaulan sosial . 

Alhamdulillah

Rumusan

Mengambil vaksin AZ ini kena sediakan mental dan fizikal untuk menerima kesannya. Mempersiapkan panadol dan pil pil tenaga adalah satu bonus.  Pastinya saya akan sedikit trouma untuk dos ke dua pada 18/8/21 nanti.

No comments: