Saturday, November 14, 2020

Cukuplah

Manusia tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu. Manusia hanya melihat kelemahanmu.
Walaupun demikian, tetap dan berusahalah menjadi baik hingga ke akhir hayat.

Kebaikan tidak memerlukan pengakuan. Manusia yg baik tidak perlu membuktikan apa-apa. Manusia yg baik berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.


Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu. Sebab manusia yg memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu, sedangkan manusia yang hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya penjelasanmu itu.


Tetaplah istiqamah menjadi baik hingga akhir hayat. 
Cukup dengan Allah, Dia yang mencukupkan segalanya.


   
          


#AllahJagaKita
#KitaJagaKita

Mykaw

Sedar tak sedar rupanya dah berbulan hidup tanpa road tax
Kira dah expired.

Semalam baru perasan itupun secara tak sengaja terambil file biru. Bila tengok road taxnya. Laaa mati sejak bulan april lagi... Sepatutnya di renew paling lewat pun pada bulan MEI.. Tapi ini dah 6 bulan. 

Balik dari pejabat terus saya ke pejabat pos eon taman equine. Orang pun tak ramai dan patuh SOP. 

          

Alhamdulillah urusan pun cepat dan mudah. Cuma bayar kos rm 150 untuk road tax dan insuran. 
Saya sayang KAW
Kerana KAW
Hanya satu

Alhamdulillah
KAW 
Masih sama 
Biarpun ayah tiada lagi. 


11112020 



Wednesday, November 11, 2020

Pahala

 Hanya yang pernah kehilangan akan memahami makna ketiadaan.😭 Missing❤️


Seketika saya di Mesrahome, adik ina dtg bersama secebis kenangan. Ini adalah kali pertama kunjungannya bersama sumbangan  pampers utk nenek-nenek kita di mesrahome. 


           

"Banyaknya dik.." Kata saya.

'Kak..doakan ayah saya ye kak. Ayah meninggal pada 1.11.2020. Dan ini saya hadiahkan dan pahala ya buat ayah saya ye kak. Allah robbi' . Saya faham situasi itu... Menyebut meninggal pun tak sanggup inikan pula mati. Pergi  tak kembali...  Saya menerima bagi pihak Mesrahome sumbangan ni dengan lafaz  jazkillahu khaironnkasiro. Semoga dicucuri rahmat atas almarhum ayahmu dan digolongkan di kalangan solehin.


Terima kasih juga sudi membeli  buku Bisikan Hati AKU Penjaga Nenek. Ku lakarkan kisah indah dan salam kasih sayang untuk dik. Semoga  kita jadi anak yang membahagiakan family. 

Catatan KK 12112020

Tuesday, November 10, 2020

Malam


Bulan sabit


          

Ntah ke berapa kali
Ku renung lagi
Ke samudra langitMU

Adakala awal pagi
Ada waktu malam hari
Dan pastinya di siang hari

Siang dan malam beralih
Bulan dan mentari berganti

Aku
Masih 
Di sini
Terus memerhati
Planet ciptaanMU
Indahnya
Subhanallah

 Fikir dan Zikir
11112020

Sedar



ingatan buat diri yang banyak khilaf

Saturday, November 7, 2020

Indah di mata




Indah dihati❤️
Cuba tengok elok elok... Apa yang anda nampak?? 

Ya.. Warna hijau yg mendominasinya. 

Kenapa hijau.. Sebab hijau kesukaaan Rasul kan?? Sebab hijau juga warna alam. Alhamdulillah.. 

INI adalah di antara kenangan yang diterima seketika bersama team sahabat srikandi. Dan yg terindah lagi.. Ia adalah hasil daripada penyumbang yg budiman. Mereka berebut untuk sama sama memberi.. 

Oh ya ada lagi tu... Dua helai jersi rasmi yang digunakan sepanjang aktiviti amal juga dari insan budiman.


 Eh ada lagi nie..

Nahh ber'base'kan honey, kit penjagaan diri juga merupakan sumbangan. Ohh memang lengkaplah pakej wanita.. Dari wanita untuk wanita. 

Baik betui hati budi mereka yang 'memiliki'. Tak pernah berkira-kira memberi tetapi sentiasa merebut peluang. 

Masa ni terdetik di hati... Apa yang mampu saya beri pula untuk melancarkan program ni..memadaikah dengan hanya berbekal tenaga tua. Tapi bukan itu yang didambakan oleh sahabat srikandi ini. Ukhuwah dan jalinan kemesraan yang tersimpul disatukan dengan satu niat.. Buat kerana Allah dan kita adalah   khalifah yang melaksanakan amanah. 

Alhamdulillah

Secebis kenangan jika diabadikan menjadi sejuta makna. Kita belajar dari kehidupan dan saling melengkapkan.  

Terima kasih Allah hadirkan sahabat yang baik di tempat yang baik. Semuga legarsi ni berkembang mekar dan kekal selamanya 

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para penaja sahabat srikandi untuk melaksanakan aktiviti. Nampak keseragaman dan seiringan menggalas tanggung jawab. 

Nak juga saya sebutkan nama mereka sebagai satu memori bersama. Terima kasih utk sahabat srikandi sendiri yakni kak pah (Natipah Abu), a ZeeZainal, Lynn hijab, Alya,  Ezaly,  Pn Jun, Leez Honey, linda Florist, Mieza SPA, juga Amiey Prisma Optometrist  juga kepada  yang tak saya kenali secara langsung dan tak langsung. Allah curahkan ganjaran pahala buat kalian. 


Ini pula cenderahati daripada KP. Saya suka dan ada kisah disebaliknya. Terima kasih kepada semua. Hanya Allah yg layak membalasnya jua. 

alhamdulillah










Refleksi

 



Bersinar 

Namun seketika cuma





Tuesday, November 3, 2020

Sahabat Srikandi bersama Aziz owesome

Kami meneruskan perjalanan ke Jerantut. Sasaran kami ke Desa Bina Diri Jerantut (DBD). Lokasinya agak terpencil dan mengambil masa lebih kurang dua jam dari bandar Kuantan, Pahang. DBD memberikan penjagaan , perlindungan dan pemulihan kepada yang 'layak'. Ia juga bagi menyesuaikan diri  mereka dan dapat mengintegrasikan mereka kembali ke masyarakat. Ia berada di bawah  Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

_




Di DBD Jerantut ini Sahabat Srikandi telah bertemu saudara Aziz seorang mualaf ' anak istimewa'. Kisahnya dikongsi berkali-kali di FB Natipah Abu. Aziz pernah tinggal di Rumah Perlindungan Bedong, Kedah. Usaha pencarian keluarganya  berjaya dengan bantuan media massa dan FB kak pah sendiri. Tetapi ada kisah luka yang menghantui dan dia trouma.




Akhirnya Aziz ditangkap  pihak berwajib kerana 'merayau  hingga ke Perlis'  dan mengikut undang-undang beliau ditempatkan di DBD ini. Secara perjanjian juga K pah telah memperakui dirinya sebagai waris dan bertanggung jawab atas segala urusan berkaitan Aziz selama dia berada di sini. Kehadiran Kak Pah juga bagai seorang kakak merindui adiknya. Kami menjadi saksi kegembiraan mereka . Mereka bertanya khabar setelah hampir setahun tak bertemu. Menurut kak  Pah untuk lawatannya kali ini, jelas nampak perubahan Aziz. Dia agak ceria dan mahu berbual. Selain dari faktor fizikalnya,  dia juga berkomunikasi dengan jelas dan dapat menghafal beberapa ayat lazim sebagai kemudahannya untuk solat. Waktu makan ubat yang berjadual dengan peraturan disiplin telah merubah kebiasaanya.  


Apa yang menarik tentang Aziz ialah radio. Beliau suka mendengar radio bersama kawan-kawannya.  Permintaannya telah disempurnakan walaupun kami menghadapi kesukaran mencari kedai yang menjual radio. Menurut kak Pah lagi,  ini bukanlah kali pertama Aziz minta dibelikan radio. Ketika diserahkan radio , dia begitu teruja.  Ia seperti seorang kanak-kanak yang tak sabar untuk bermain bola setelah diberikan sebiji bola. Matanya tertumpu pada radio dan  tidak kisah dengan pertanyaan kak Pah. Dari segi bentuk fizikal, usianya sekitar 50an tetapi perangainya seperti kanak-kanak. Kadang kita juga turut ketawa dengan aksinya yang mencuit rasa


Kami memberi masa untuk Kak Pah  dan menyaksikan sendiri bagaimana kak Pah melayan  seperti seorang emak yang bertanya khabar anaknya yang tinggal di asrama. Penuh dengan kasih sayang dan senyuman . Secara undang-undang kak pah adalah pewaris terdekatnya sekiranya berlaku sesuatu. Dia juga tak mahu lagi kembali kepada keluarganya yang berbeza agama.  

                                                        En. Riduan yg ceria menemani kami. 


Sebelum mengakhiri pertemuan, kami diberitahu  bahawa  Encik Riduan selaku Pegawai bertanggungjwab di DBD ini akan melanjutkan pengajiannya ke sebuah universiti di Bangi. Ini satu berita sedih kerana  sepanjang sejam kami di sini, dialah yang mengiringi kami. Dia sangat ramah dengan pelatihnya.  Apa yang menarik tentangnya lagi,  Dia mengasingkan wang RM1 di koceknya dan akan  memberikan kepada pelatih yang baik dan meminta wang darinya. Katanya ini adalah cara untuk berkongsi rezeki dan berbuat baik. Beliau seorang yang mengamalkannya. Aziz juga ada mengucapkan sayangnya kepada En. Riduan bila diminta memilih antara kak Pah maupun En. Riduan. Jelas  sekali pelatih pun suka  dengan bos mereka


Aziz pula meluahkan permintaan agar jangan lupa celebrate birthdaynya dengan KFC tahun hadapan.. Wow hebat permintaannya . Kami mengiyakannya  namun ia bergantung kepada keadaan semasa kelak. Terima kasih Aziz dan sahabat Srikandi yg.menyantuni warga oku. 

Moral of story

1) aziz adalah insan pilihan Allah. Seorang insan istimewa. Apa yg dihadapinya adalah peluang untuk kita membantunya

2) usah bertangguh. Antara kita tiada pun jaminan Hidup untuk selamanya. Berbuat lah kebaikan dan bantulah mereka yg memerlukan

3) usah berkira-kira dalam perhubungan. YANG PENTING ADA BATASAN  dan jaga akhlak. Siapa pun mereka tetap saudara seagama kita. 

4)jika bukan sekarang bila lagi.. Life is too short. 








Sunday, November 1, 2020

Misi Sahabat Srikandi 2.0 bersama iwan


Anak muda berusia 31 tahun ni kaya dengan senyuman. Sementelah namanya serupa nama anak buah sendiri, jadi  saya mudah mesra dan dia juga selesa melayan makcik srikandi semua. Eh saya sahaja yang makcik.. Yang lain tu kakak-kakak cantik.


Iwan  di antara anak istimewa yg pernah dibantu oleh K Pah. Kini dia seorang yang berdikari dan menjadikan minatnya dengan arnab sebagai punca pendapatan.  Beliau sebagai instuctor Zoo arnab  di salah sebuah hotel  yang kini turut terkesan dengan wabak  Covid. Beliau mengadakan pertunjukan arnab di satu kawasan yang disediakan oleh pihak hotel berkenaaan. 

Kerana keupayaannya terbatas tanggung jawab menjaganya dipikul oleh kakaknya selepas emak dan ayah meninggal dunia. Terpancar kebahagiaan dua beradik ini. 


Melihat senyumannya, seolah-olah dia empunya kisah tersendiri dan tidak mudah pasrah. Saya kagum dengan dik iwan. Selagi ada peluang, rebutlah dan carilah yang halal lagi berkat.  

                                         

Yang menarik lagi, dalam pertemuan pertama ini,  saya sempat merakamkan video khas secara live lagu jacklin victor.  Model saya tentulah Mieza yang boleh bertutur lancar depan kamera.  Mieza, Sahabat Srikandi yang pertama kalinya menyertai program ini.  Beliau petah berbicara dan mudah mesra kemahiran bercakap kerana sering tampil di FB nya. Kolaborasi kami yang menjadi dan terhasillah video klip khas untukmu iwan dan penghargaan tinggi buat model artis saya. Sangat sporting walaupun iwan agak malu malu juga  Terima kasih Meiza. Saya kongsikan di  utube. 



Bersama iwan dan kakaknya, kami  berbual dan merakam momen penting dalam misi amal ni.  Saya dan semua mendoakan semuga iwan terus bersemangat dan tabah. Kita  semua adalah seperti bahan kajian dan kejayaan mencipta bahagia adalah satu kemenangan. Ayuh kita seiring dan langkah bersama.. 


Kita perlu nekad, kerja amal ni luas ruangnya dan rebutlah peluang yang ada. Berikan senyuman yang membuat  bahagia kepada semua. Rezeki sama ada harta, tenaga, kuasa bahkan apa sahaja yang dianugerahkanNYA kepada kita pasti akan dipersoalkan kelak. 
Ke arah mana kita agihkan. Dengan siapa KASIH SAYANG  dikongsikan pula. Sedangkan hakikatnya kita berkongsi nikmat anugerah yang EMPUNYA alam tak bolehkah kita berkongsi rezki?? 
Renung renungkan

Moralnya kisah kehidupan ini
1)Kehidupan perlu diteruskan, biar apapun keadaan kita.  Kekurangan bukan sebab untuk  menyerah tetapi peluang untuk bangun. Carilah kekuatan yang ada dan pamir serta berkongsilah

2)Berbuat baiklah dengan semua. Biar kita ramai kawan daripada lawan. Berfikiran positif dan mengadulah kepada Allah untuk beroleh petunjuk dan panduan




Saya bukan Ustazah
Kenangan di Pantai Beserah
Kuantan
30/9/2020


Monday, October 19, 2020

Misi Jelajah Amal 2.0_hari ke dua

 27/9/2020

Pagi ni ada program qiyamulail di Masjid Khadijah. Sudah menjadi kelaziman, waktu tidur saya akan dikejutkan seawal pagi. Hati berbolak bagi. Memandangkan Sahabat Srikandi yang  nyenyak di ulit kepenatan siang hari, saya cuba berhati-hati untuk ke bangun dan ke bilik air. Kak Pah , Amiy dan Lezz berada bersama dalam bilik ni. Manakala bersebelahan pula diinap oleh  Lyyn, Meeza dan Alya. Bilik yang bertentangan pula diinap oleh Hjh Zee,  :inda dan Ezza. Sharing is caring. Kebetulan pula ada masalah tekanan air di bilik sebelah dan ini menjadikan bilik kami sebagai tumpuan. Saya suka suasana begini. Kita berhimpit di bilik yang sederhana luasnya dan mula mengenali satu sama lain. Berganti-ganti mencari ruang solat dan rehat.

Alhmdulillah, memandangkan berkumandang bacaan ayat suci dari speaker masjid oleh pelajar tahfiz,  saya memaksa diri untuk turut serta. Lengkap bertelekung saya di antara muslimat yang hadir menghidupkan pagi hari. Sebak rasa bila berpeluang hadir untuk bersolat dan iktikaf di masjid. Rindu dengan suasana yang terhalang kerana pendamik Covid melanda. Terima kasih MUSLIM CARE bukan sekadar nama tetapi juga memberi makanan jiwa bagi mendidik hati untuk mengenal ALLAH. Kenapa saya katakan begini. Sebab pada tika ini juga sedang berlangsungnya program tahunan MUSLIM CARE bersama ahli-ahlinya. Antara mereka ada yang bergelar doktor dan pakar dalam hal-hal tertentu. Namun mereka tidak menyarung sarung keangkuhan tetapi menyarung sarung sebagai seorang muslim yang memerlukan petunjuk ALLAH. Tahniah adik-adik sekalian. Kalian masih muda remaja tetapi semangat juang kalian lebih TUA dari orang dewasa. 

Saya perhatikan muslimat di sebelah saya dalam saf solat dan dia juga melebarkan senyum. Dalam hati saya terdetik, semoga satu hari nanti akan anak2 saudara dan cucu-cucu saudara saya juga akan turut serta secara sukarela.   Walaupun tanpa anak tetapi bukanlah bererti ia akan bernokhah bila saya mati kelak. Saya yakin ALLAH pasti kabulkan, di antara keturunan family saya akan ada yang mencintai kerja kerja sukarela ini . Mereka cuma tak diberi ruang dan tiada pendedahan lagi. Saya telah dedahkan mereka secara tak langsung dan mereka pasti nampak apa yang telah dilakukan.

Usai solat subuh, sesi tazkirah pendek disampaikan ustaz. Kali ini terfokus kepada untuk apa kita hadir. Niat dan niat ditekankan.Niat nak bantu ummah. Niat nak jadi baik dan muslim mukmin



Pagi ini juga kami akan meninggalkan Maahad ni dengan kenangannya tersendiri. Semoga kami dapat hadir lagi dan menghadiri kuliah ilmu di taman syurga ini lagi. Ya ALLAH peliharalah Maahad ini dan jadikan ia berupaya melahirkan para huffaz yang berjaya di dunia dan akhirat. 


MORAL OF STORY

Tautlah ukhuwah dengan penuh kasih sayang. Antara kami bukanlah saling mengenali tetapi kami sama atas perjuangan.   

Patuhilah agenda yang direncana. Bak  kata orang putih, follow the flow..its will be ezy to all.

Saling menghargai dan membantu dalam team adalah satu benteng yang utuh.

Kita bergerak atas satu pasukan dan kita bawa nama SAHABAT SRIKANDI. Jaga akhlak dan perilaku seiring dengan langkah yang disusun.


Catatan ainhany


 

Tentatif Misi Jelajah Amal 2.0

SUMBER dan TERMA KASIH : ZeeZainal 

Alhamdulillah.. Misi Jelajah Amal Pantai Timur bersama Team Sahabat Srikandi berjalan lancar.

Di beri peluang bersama sama aktivis terkenal tanahair, Puan Natipah Abu dan Muslim Care Malaysia menyantuni Asnaf Dan Anak Anak Istimewa sekitar Jertih dan Besut, Anak Anak Tahfiz An Nur Besut serta Anak  Anak Yatim Di Baitul Husna Kuantan.

Semuanya di rancang dalam masa lebih kurang sebulan.


26 September 2020
-melawat 4 anak syurga (istimewa) sekitar Jerteh dan Besut 
-acara kejutan buat Dr Riduan, pengasas Tahfiz An Nur Besut, dengan pemberian sebuah van untuk kegunaan mereka 
-acara pemberian sumbangan barang asas dapur kepada 100 keluarga asnaf 
-acara pemeriksaan mata dan pemberian reading glass percuma buat penduduk kampung 
-acara pemeriksaan kesihatan oleh doktor doktor dari Team Muslim Care Malaysia
-forum Sukarelawan di Masjid Siti Khadijah, Besut 

27 September 2020
-lawatan mesra sekolah rendah dan tadika di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil 

29 September 2020
-ziarah kasih Anak Anak Baitul Husna, Kuantan 

30 September 2020
-beramah mesra bersama adik Irwan, seorang OKU berusia 31 tahun di sekitar Pantai Beserah 
-ziarah kasih En Aziz seorang muallaf, penghuni Desa Bina Diri, Jerantut 

1 Oktober 2020
-ziarah kasih adik Ilham, bekas pelajar tahfiz yang tiba tiba terkena penyakit asma menyebabkan Cerebral Palsy pada umur 11 tahun di Puchong 


#sahabatsrikandi 
#jelajahamalsukarelawan 
#jelajahamalpantaitimur

Sumber :FB Zeezainal

Misi Jelajah Amal ke Pantai Timur@Sahabat Srikandi 2.0

26/9/2020
Jam 4.00pagi.

Waktu itu, saya masih dalam waktu bertugas. Tetapi saya telah memohon kebenaran meninggalkan pejabat 3.15 jam awal dari waktu tamat bertugas. Ye saya ambil time off. Itulah bahasanya dengan mengambil kira waktu bertugas berganti. Ye saya takut dengan rezki haram. Biar lebih waktu berkerja berbanding ngam ngam..nanti nak top up dengan apa atas kecuaian waktu. Wallhu aklam


Perancangan Allah sama seperti yang kita rencanakan.  Rencana untuk bertolak awal pagi ke terengganu bersama amiy, ezza dan alia. 
Seketika saya menaiki si Pot Merah milik Amiy, seorang optom yang berdikari dan sangat baik hatinya. Lampu hijau diberikan untuk saya melelapkan mata sepanjang pemanduannya. Bagai disurung bantal, saya boleh lelap sehinggalah berhenti kami untuk menunaikan solat subuh di salah sebuah petronas di hiway. 

Masya Allah untuk seketika, saya disapa oleh satu satunya adik angkat paling lama saya. Terima kasih Saba, ucu pun rindu kamu dan kita berpelukan mesra dan erat. Kita solat dan syukur di surau yang sama namun berbeza destinasi. Saba dan rakannya dari Johor akan ke Jengka dan saya bersama rakan  pula ke Trengganu.  Terima kasih Allah atas pertemuan dan perpisahan ni. Ucu rasa rindu bagai terawat dan terjawab setelah beberapa hari mata ini berkedip- kedip. Almarhumah mak pernah berkata dulu, itu petanda nak jumpa orang jauh yang kita sayang. Alhamdulillah.  Sifatmu yang sopan dan sangat baik telah menjalinkan ukhuwah kita berpuluh tahun dan kekal hingga sekarang. Terima kasih juga kerana singgah di opis ucu tempuhari bagi melepas rindu. 


Meneruskan musafir adalah masa terindah untuk saya mencover waktu tidur. Masya Allah tabarokallah, saya dapat nyenyak tidur sepanjang siMerah meluncur laju sehinggalah kami singgah di rnr untuk menukarkan pakaian mengikut schedule yang disusun.  

Kereta siPot merah kami bertolak dari KL pada awal pagi sabtu. Si Putih 70 bertolak pada jumaat malam  dipandu oleh hjh zee, lyyn Meiza dan linda.  Manakala si Hilux bertolak dari Kedah dipandu oleh kak Pah dan Lezz bersama muatan untuk sumbangan bertolak pada pagi jumaat lagi.
JADI 3 buah kereta ni akan bercantum dalam SATU  misi. Kami  sering berhubung untuk mengetahui lokasi semasa dan perkembangan.  Syukur network telekomunikasi juga tidak terjejas. 

Disebabkan misi ini terikat dengan waktu dan masa,Penyelaras Program telah mempercepatkan program bertemu anak syurga dengan memaklumkan mengenakan  pakaian jubah hitam.  Memandangkan kami baru mengenakan baju jersi, maka kami memaklum tentang pakaian kami yang pastinya berbeza. 

Kami ke destinasi yang dimaklumkan dan hanya sempat turut serta bersama seorang anak syurga yang tinggal bersama ibunya . Manakala ayahnya  telah menghilang diri. Sebak rasa melihatkan situasi ibu muda ni menjaga anak syurganya sendirian. Mengikut tentatif seramai 5 anak syurga terpilih untuk diziarahi oleh Sahabat Srikandi. 

   
                                                   
                                                             

Inilah kehidupan yang mematangkan kita. Ada tikanya taufan melanda dan kita terpaksa berhijrah dan ada masanya langit yang cerah dirundung awan gelap. Kita harus pasrah dan tidak menyalahkan sesiapa. Bermuhasabah dan mengadulah kepada ALLAH agar segalanya dipermudahkan.

ALhamdulilah destinasi seterusnya kami dijamu makan tengahari di sebuah restoran oleh pihak tahfiz annur Besut. Terima kasih ustz Dr Riduan dan team MuslimCare. Sekitar jam 3  petang kami telah sampai ke bilik tetamu yang disediakan oleh pihak maahad tahfiz. Usai solat zohor, saya sekali lagi merebahkan diri dan lelap seketika.

Jam 5 pm, program diteruskan di Masjid Siti Khadijah.  Masjid ini dibangunkan di kawasan maahad dan pembangunan maahaad masih dalam proses pembinaan. Walau bagaimanapun pelajar tahfiz telah tinggal  dan belajar di sini. 


Agenda pada petang ini  adalah pemberian keperluan dapur kepada asnaf dan  pemberian kaca mata membaca percuma kepada warga emas setelah pemeriksaan dibuat oleh Pakar Optom dari PRISMA OPTOMETRIS . Sudah tentulah Pengarah Projek, Pn NATIPAH ABU, aktivis masyarakat yang aktif menjadi orang penting program ini. Seketika berlangsungnya program, nama kak pah dipanggil untuk mara ke hadapan sebagai tetamu jemputan untuk penyerahan barang dapur nie. Beberapa kali namanya dipanggil di corong speaker.


Sahabat Srikandi telah sedia maklum tentang plan ini. Kami cuma menjawab tak tahu kerana kehilangan kak pah untuk seketika ini satu prank buat ustaz dan maahad tahfiz. Dengan lancar sebuah van masuk ke perkarangan masjid  dan hon dibunyikan beberapa kali sebagai simbolik ada kejutan berlaku, MAsyaALLAH  tergejut ustaz.  Kak pah yang memandu van itu rupanya . Dan lebih terharu bila van silver ini tertera nama MAAHAD TAHFIZ AN NNUR BESUT dengan gagahnya. 


Kejutan yang menjadi dan  Ustaz sungguh terharu. Tiada ucapan melainkan syukur dan kami daripada Sahabat Srikandi yang menyaksikan peristiwa ini juga turut terkasima. Tak tahu nak cakap. Nak tanye apapun tak tau..Sesungguhnya saya dan semua yang hadir menyaksikan kesungguhan dan amanah yang dijunjung dan dilaksanakan oleh Puan NATIPAH ABU. Dana yang dikutip dari sumbangan Sahabat FB nya telah dimanfaatkan. Hari ini kita menyaksikan tetapi hari-hari lain beliau melaksanakan amanah tanpa dirakamkan. Yang jelas, andai ada yang sakit dirawatnya, andai ada yang terbeban dihiburkannya dan andai ada yang  kesulitan dirungkaikannya. .


Terima kasih  ALLAH, hantarkan Natipah Abu untuk bersama kami, memerhati dan menilai kebaikannya. Siapalah saya untuk berdiri disebelahnya jika bukan dengan izin ALLAH. Terima Kasih kerana memilih saya sebahagian dari team Sababat Srikandi.

                                                      

  catatan ini dibuat sehingga 26/9/2020. 

Darah B


                                         

Monday, October 12, 2020

Melangkahlah


Kita kan terus melangkah
Jejak baru kita tinggalkan
Semalam adalah kenangan
Esok adalah harapan.


Hidup adalah perjalanan