Kami meneruskan perjalanan ke Jerantut. Sasaran kami ke Desa Bina Diri Jerantut (DBD). Lokasinya agak terpencil dan mengambil masa lebih kurang dua jam dari bandar Kuantan, Pahang. DBD memberikan penjagaan , perlindungan dan pemulihan kepada yang 'layak'. Ia juga bagi menyesuaikan diri mereka dan dapat mengintegrasikan mereka kembali ke masyarakat. Ia berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Di DBD Jerantut ini Sahabat Srikandi telah bertemu saudara Aziz seorang mualaf ' anak istimewa'. Kisahnya dikongsi berkali-kali di FB Natipah Abu. Aziz pernah tinggal di Rumah Perlindungan Bedong, Kedah. Usaha pencarian keluarganya berjaya dengan bantuan media massa dan FB kak pah sendiri. Tetapi ada kisah luka yang menghantui dan dia trouma.
Akhirnya Aziz ditangkap pihak berwajib kerana 'merayau hingga ke Perlis' dan mengikut undang-undang beliau ditempatkan di DBD ini. Secara perjanjian juga K pah telah memperakui dirinya sebagai waris dan bertanggung jawab atas segala urusan berkaitan Aziz selama dia berada di sini. Kehadiran Kak Pah juga bagai seorang kakak merindui adiknya. Kami menjadi saksi kegembiraan mereka . Mereka bertanya khabar setelah hampir setahun tak bertemu. Menurut kak Pah untuk lawatannya kali ini, jelas nampak perubahan Aziz. Dia agak ceria dan mahu berbual. Selain dari faktor fizikalnya, dia juga berkomunikasi dengan jelas dan dapat menghafal beberapa ayat lazim sebagai kemudahannya untuk solat. Waktu makan ubat yang berjadual dengan peraturan disiplin telah merubah kebiasaanya.
Apa yang menarik tentang Aziz ialah radio. Beliau suka mendengar radio bersama kawan-kawannya. Permintaannya telah disempurnakan walaupun kami menghadapi kesukaran mencari kedai yang menjual radio. Menurut kak Pah lagi, ini bukanlah kali pertama Aziz minta dibelikan radio. Ketika diserahkan radio , dia begitu teruja. Ia seperti seorang kanak-kanak yang tak sabar untuk bermain bola setelah diberikan sebiji bola. Matanya tertumpu pada radio dan tidak kisah dengan pertanyaan kak Pah. Dari segi bentuk fizikal, usianya sekitar 50an tetapi perangainya seperti kanak-kanak. Kadang kita juga turut ketawa dengan aksinya yang mencuit rasa
Kami memberi masa untuk Kak Pah dan menyaksikan sendiri bagaimana kak Pah melayan seperti seorang emak yang bertanya khabar anaknya yang tinggal di asrama. Penuh dengan kasih sayang dan senyuman . Secara undang-undang kak pah adalah pewaris terdekatnya sekiranya berlaku sesuatu. Dia juga tak mahu lagi kembali kepada keluarganya yang berbeza agama.
En. Riduan yg ceria menemani kami.Sebelum mengakhiri pertemuan, kami diberitahu bahawa Encik Riduan selaku Pegawai bertanggungjwab di DBD ini akan melanjutkan pengajiannya ke sebuah universiti di Bangi. Ini satu berita sedih kerana sepanjang sejam kami di sini, dialah yang mengiringi kami. Dia sangat ramah dengan pelatihnya. Apa yang menarik tentangnya lagi, Dia mengasingkan wang RM1 di koceknya dan akan memberikan kepada pelatih yang baik dan meminta wang darinya. Katanya ini adalah cara untuk berkongsi rezeki dan berbuat baik. Beliau seorang yang mengamalkannya. Aziz juga ada mengucapkan sayangnya kepada En. Riduan bila diminta memilih antara kak Pah maupun En. Riduan. Jelas sekali pelatih pun suka dengan bos mereka
Aziz pula meluahkan permintaan agar jangan lupa celebrate birthdaynya dengan KFC tahun hadapan.. Wow hebat permintaannya . Kami mengiyakannya namun ia bergantung kepada keadaan semasa kelak. Terima kasih Aziz dan sahabat Srikandi yg.menyantuni warga oku.
Moral of story
1) aziz adalah insan pilihan Allah. Seorang insan istimewa. Apa yg dihadapinya adalah peluang untuk kita membantunya
2) usah bertangguh. Antara kita tiada pun jaminan Hidup untuk selamanya. Berbuat lah kebaikan dan bantulah mereka yg memerlukan
3) usah berkira-kira dalam perhubungan. YANG PENTING ADA BATASAN dan jaga akhlak. Siapa pun mereka tetap saudara seagama kita.
4)jika bukan sekarang bila lagi.. Life is too short.







No comments:
Post a Comment