26/9/2020
Jam 4.00pagi.
Waktu itu, saya masih dalam waktu bertugas. Tetapi saya telah memohon kebenaran meninggalkan pejabat 3.15 jam awal dari waktu tamat bertugas. Ye saya ambil time off. Itulah bahasanya dengan mengambil kira waktu bertugas berganti. Ye saya takut dengan rezki haram. Biar lebih waktu berkerja berbanding ngam ngam..nanti nak top up dengan apa atas kecuaian waktu. Wallhu aklam
Perancangan Allah sama seperti yang kita rencanakan. Rencana untuk bertolak awal pagi ke terengganu bersama amiy, ezza dan alia.
Seketika saya menaiki si Pot Merah milik Amiy, seorang optom yang berdikari dan sangat baik hatinya. Lampu hijau diberikan untuk saya melelapkan mata sepanjang pemanduannya. Bagai disurung bantal, saya boleh lelap sehinggalah berhenti kami untuk menunaikan solat subuh di salah sebuah petronas di hiway.
Masya Allah untuk seketika, saya disapa oleh satu satunya adik angkat paling lama saya. Terima kasih Saba, ucu pun rindu kamu dan kita berpelukan mesra dan erat. Kita solat dan syukur di surau yang sama namun berbeza destinasi. Saba dan rakannya dari Johor akan ke Jengka dan saya bersama rakan pula ke Trengganu. Terima kasih Allah atas pertemuan dan perpisahan ni. Ucu rasa rindu bagai terawat dan terjawab setelah beberapa hari mata ini berkedip- kedip. Almarhumah mak pernah berkata dulu, itu petanda nak jumpa orang jauh yang kita sayang. Alhamdulillah. Sifatmu yang sopan dan sangat baik telah menjalinkan ukhuwah kita berpuluh tahun dan kekal hingga sekarang. Terima kasih juga kerana singgah di opis ucu tempuhari bagi melepas rindu.
Meneruskan musafir adalah masa terindah untuk saya mencover waktu tidur. Masya Allah tabarokallah, saya dapat nyenyak tidur sepanjang siMerah meluncur laju sehinggalah kami singgah di rnr untuk menukarkan pakaian mengikut schedule yang disusun.
Kereta siPot merah kami bertolak dari KL pada awal pagi sabtu. Si Putih 70 bertolak pada jumaat malam dipandu oleh hjh zee, lyyn Meiza dan linda. Manakala si Hilux bertolak dari Kedah dipandu oleh kak Pah dan Lezz bersama muatan untuk sumbangan bertolak pada pagi jumaat lagi.
JADI 3 buah kereta ni akan bercantum dalam SATU misi. Kami sering berhubung untuk mengetahui lokasi semasa dan perkembangan. Syukur network telekomunikasi juga tidak terjejas.
Disebabkan misi ini terikat dengan waktu dan masa,Penyelaras Program telah mempercepatkan program bertemu anak syurga dengan memaklumkan mengenakan pakaian jubah hitam. Memandangkan kami baru mengenakan baju jersi, maka kami memaklum tentang pakaian kami yang pastinya berbeza.
Kami ke destinasi yang dimaklumkan dan hanya sempat turut serta bersama seorang anak syurga yang tinggal bersama ibunya . Manakala ayahnya telah menghilang diri. Sebak rasa melihatkan situasi ibu muda ni menjaga anak syurganya sendirian. Mengikut tentatif seramai 5 anak syurga terpilih untuk diziarahi oleh Sahabat Srikandi.
Inilah kehidupan yang mematangkan kita. Ada tikanya taufan melanda dan kita terpaksa berhijrah dan ada masanya langit yang cerah dirundung awan gelap. Kita harus pasrah dan tidak menyalahkan sesiapa. Bermuhasabah dan mengadulah kepada ALLAH agar segalanya dipermudahkan.
ALhamdulilah destinasi seterusnya kami dijamu makan tengahari di sebuah restoran oleh pihak tahfiz annur Besut. Terima kasih ustz Dr Riduan dan team MuslimCare. Sekitar jam 3 petang kami telah sampai ke bilik tetamu yang disediakan oleh pihak maahad tahfiz. Usai solat zohor, saya sekali lagi merebahkan diri dan lelap seketika.
Jam 5 pm, program diteruskan di Masjid Siti Khadijah. Masjid ini dibangunkan di kawasan maahad dan pembangunan maahaad masih dalam proses pembinaan. Walau bagaimanapun pelajar tahfiz telah tinggal dan belajar di sini.
Agenda pada petang ini adalah pemberian keperluan dapur kepada asnaf dan pemberian kaca mata membaca percuma kepada warga emas setelah pemeriksaan dibuat oleh Pakar Optom dari PRISMA OPTOMETRIS . Sudah tentulah Pengarah Projek, Pn NATIPAH ABU, aktivis masyarakat yang aktif menjadi orang penting program ini. Seketika berlangsungnya program, nama kak pah dipanggil untuk mara ke hadapan sebagai tetamu jemputan untuk penyerahan barang dapur nie. Beberapa kali namanya dipanggil di corong speaker.
Sahabat Srikandi telah sedia maklum tentang plan ini. Kami cuma menjawab tak tahu kerana kehilangan kak pah untuk seketika ini satu prank buat ustaz dan maahad tahfiz. Dengan lancar sebuah van masuk ke perkarangan masjid dan hon dibunyikan beberapa kali sebagai simbolik ada kejutan berlaku, MAsyaALLAH tergejut ustaz. Kak pah yang memandu van itu rupanya . Dan lebih terharu bila van silver ini tertera nama MAAHAD TAHFIZ AN NNUR BESUT dengan gagahnya.
Kejutan yang menjadi dan Ustaz sungguh terharu. Tiada ucapan melainkan syukur dan kami daripada Sahabat Srikandi yang menyaksikan peristiwa ini juga turut terkasima. Tak tahu nak cakap. Nak tanye apapun tak tau..Sesungguhnya saya dan semua yang hadir menyaksikan kesungguhan dan amanah yang dijunjung dan dilaksanakan oleh Puan NATIPAH ABU. Dana yang dikutip dari sumbangan Sahabat FB nya telah dimanfaatkan. Hari ini kita menyaksikan tetapi hari-hari lain beliau melaksanakan amanah tanpa dirakamkan. Yang jelas, andai ada yang sakit dirawatnya, andai ada yang terbeban dihiburkannya dan andai ada yang kesulitan dirungkaikannya. .
Terima kasih ALLAH, hantarkan Natipah Abu untuk bersama kami, memerhati dan menilai kebaikannya. Siapalah saya untuk berdiri disebelahnya jika bukan dengan izin ALLAH. Terima Kasih kerana memilih saya sebahagian dari team Sababat Srikandi.
catatan ini dibuat sehingga 26/9/2020.





No comments:
Post a Comment