Sunday, March 29, 2020

Sengaja

Andainya perjalanan hidup ini
Sentiasa indah
Kamu tidak akan kenal
Erti kesabaran dan keikhlasan

Andainya apa yang kamu mahu
Selalunya kamu perolehi
Kamu tidak akan kenal
Erti berdoa dan mengharap

Sengaja ALLAH kirimkan kesusahan dan kepayahan
Agar hambanya tahu erti perjuangan

Sengaja Tuhan kirimkan halangan dan rintangan
Agar manusia tahu erti kesabaran dan pengharapan

Sengaja Tuhan kirimkan manusia kepada kita dari berbagai lapisan
Dan berbagai latar belakang dan kedudukan
Agar sesama kita mengerti berinteraksi dan bertoleransi
Dengan pesanan dan peringatan untuk kebaikan


Sangka baik, buat baik

baru belajar jadi baik

Saturday, March 28, 2020

Konsep kehidupan


Manusia hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Kelebihan dan kekurangan setiap manusia adalah lumrah kehidupan.


Hubungan sesama manusia melengkapkan kekurangan tersebut. Maka jangan diremehkan sumbangan kecil orang lain kerana ianya pelengkap kepada kekurangan.

Tanpa pekerja bawahan tiadalah keselesaan kehidupan pegawai atasan. Tanpa pertolongan orang lain mungkin kita masih hidup dalam kesempitan dan keseorangan.

Jadi hargailah sumbangan orang lain walaupun kecil. Jangan sombong dan bongkak ianya sifat iblis.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Ustaz Sabir
15hb. Mac 2020
20 Rejab 1441H

Friday, March 27, 2020

Tatkalaa sakit



Cara Allah ampuni dosa
Akulah pendosa


ikhtiar 
usaha
tawakal

Terima Kaish ALLAH


Cukuplaa Robb

Dgn lafaz bismillah...
semoga dijauhi dari serangan covid 19...
aamiin....

Bukan utk menghukum diri... tapi utk mengubah diri..

Tatkala Allah swt murka...

Tersentap sanubari...
Berderau takut dihati...
mengingatkan mati...
bersama dosa belum diampuni..

Terlalu banyak dosa2.. bagaikan buih dilautan...
bagaikan pasir dipantai...
hendak digendung mengadap Ilahi....

Mencari2 pintu taubat...
menyembah dahi bersujud...
menzahirkan penyesalan...
meresap penuh dijiwa....
mengalir lebat air dimata...

Sesungguhnya....
Masih ada sungai2 Allah swt utk menyuci dosa...

1) sungai pertama....
sungai utk taubat nasuha..

2) sungai kedua...
sungai utk amal soleh yg akan melemaskan dosa2...

3) sungai ketiga...
sungai utk musibah dan ujian yg akan mencairkan dosa2....

Jangan masih ada  sombong...
agar Allah swt tidak membentangkan sungai keempat....iaitu sungai  neraka...

Semoga mata tidak buta melihat hikmah NYA...
Akal tidak jahil saksi kebesaran NYA....
Hati tidak mati merasai cinta NYA...

Jika ada kusam dihujung malam....
Langit esok pasti kembali membawa warna...

Semoga ancaman covid 19 akan berlalu pergi... membawa bersama daki2 kekotoran segala dosa2....

Ya Allah...
ampuni dosa2 ku..

aamiin....🌷

CnP

Wednesday, March 11, 2020

N9: Masjid Hussain


Pintu masuk 
Bila tau namanya Hussain hati terus tertanya- tanya. Signifikan nama itu dikaitkan dengan ajaran Shiah yang diharAmkan di Malaysia.

Terletak di Seremban 2 dan Rekabentuk masjid ini adalah dari senibina Turki. Apa yang dapat saya katakan, masjid ini terjaga dan keindahan warna putih melatari keseluruhan bangunan. Satu dciri lambang kebersihan dan kesucian.

Alhmdulillah. Syukur saya berkesempatan dan berpeluang untuk saya menjejakinya  Terima kasih Ed'Va yang sentiasa setia menemani..  





Tambahan fakta:
Masjid Hussain, merupakan  masjid kedua seumpamanya di Negeri Sembilan dengan pemasangan bahagian dalamnya mesra, dengan itu memainkan peranan yang besar sebagai pusat agama dimuatkan dengan aktiviti.Masjid ini berkeluasan lebih daripada 20,000 meter persegi dan ditadbir serta dibiayai oleh MAINS.

Monday, March 9, 2020

Akar



Tua
Di runtun terakhir


Umpama kayu burok, burok di-panas,Rĕput di-hujan 
Like an old bit of wood, aged by the sun and rotted by the rain





Sebatang pokok yang kekeringan walaupun sekelilingnya subur menghijau.

Syoknya kahwin




Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.
.
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..

Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnyaaaaaa

Kredit: Indahnya Perkahwinan

#CopyPaste
#SayaBukanUstaz

Saturday, March 7, 2020

rumahku syurgaku01

Alhamdulillah, kesempatan menghadiri majlis ilmu  yang disampaikan oleh ustazah Zailah. Orngnya  very humble sebab kebetulan ketika saya masuk ke surau, ustazah dok kat belakang

Kita hnya boleh mencapai kemenangan dengan IZIN ALLAH( hidayah dan petunjuk).

_ mulailah membuat apa perkara sekalipun dengan berdoa. Sebagai orang yang beriman kita perlulah banyakkan berdoa!!!
sejauhmana kita menjadikan rumah sebagai syurga???
- Berniatlah /Perbaharui ( jika dah lama)  -berumahangga kerana ALLAH
bila meletakakan ALLAH , masing2 akan memelihara hak, tugas dan bertanggungjawab samada sabagai isteri, suami. anak biiznillah



ALLAH jua yang Memberi


DIA memberiku hidup,
tapi aku selalu lupa akan kematian.

DIA meberikan ku sihat,
tapi aku hanya ingat ketika sakit.

DIA memberiku nafas,
tapi aku sering lupa berterima kasih.

DIA memberiku tangan dan kaki,
tapi aku menggunakannya untuk bermaksiat.


DIA memberiku rezeki,
tapi aku tidak ingat siapa pemberinya.


DIA selalu memaafkan segala kesalahan,
tapi aku selalu mengulanginya lagi.

DIA selalu memberiku harapan,
tapi aku justeru mengambil keputus asaan.


DIA memberiku rasa cinta,
tapi aku menyalah gunakan rasa itu.
Ketika ingat semua hal itu, kita harus malu.


Friday, March 6, 2020

Tapai pulut


.



Sedap.
Seketika
Manisnya
Melekat di lelangit



Orang Kedah jika makan tapai mesti regu dengan nyok mesin. (@kelapa parut).
Barulah ummp..

Tetiba tapai pulut mengingatkan saya dengan jiran di kampung. Terima kasih kak Intan dan abg Lah sekeluarga yang sering hadiahkan sedekah tapai untuk dinikmati sekeluarga. 
Sejak dari ayah dan emak masih bersama, mereka sering memberi bukan sepinggan tapi sebesen. BAyangkan betapa mulianya hati mereka berkongsi rezeki dgan jiran terdekat.

Hanya Allah jua yang membalasnya.

Al fatihah buat almarhum emak dan ayah


Tapai ini dibeli di Kedai Nasi Kandar Sberi di Ulu Klang

Berselawat




Sudahkan anda berselawat. 
Buktikan kecintaan kita kepada junjungan besar kita  Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat. 
Hari Jumaat pertingkatkan amalan berselawat dan zikir Ya Allah. 
sama-sama kita amal dan sampaikan 


Jom sama sama kita doa  meninggal dan dikebumikan 
di Baqi, Madinah

Wallahu aklam
6/3/2020


Thursday, March 5, 2020

Sunday, March 1, 2020

Lepat liat cinta hati


                                                                     Ni dia cinta hati..

Kerana  suka,
 kamu kata
Ia luar biasa
Inginku mencuba



Abg mat: cu, ada mana nii?? Mai mai rumah abg,  Kak dok masak lepat liat nii..sedapp mai amik
Chu: kat rumah nie. Awat abang? laaa..kan dah  malam. Esok sajalah chu p amik 
Abg Mat: ehh  tak boleh tak boleh ..kena mai laa...mai amik la la nie
Saya : oraitttt....satgi chu pi..assalam

Saya terpaksa akur . Ini permintaan abang no 2.  Dia yang sentiasa menalipon dan bertanya khabar saya dan berkongsi cerita semasa. Mungkin juga disebabkan dia tahu saya berada di kampung, ini caranya melayan adiknya yang kuat makan ni. Alhmdulillah masih ada yang sayang..

Ketika sampai dirumahnya, jam menunjukan pukul 11 malam lebih.  Kakak pula sedang mengangkat lengat dari dapur. Wowww...panas2 dari dapur chef Ngah Nab. Rugi sapa tak rasa dan makan...itulah havodnya adik depa dan dengan itu saya pun merasmikan untuk merasainya.
Saya ambil dan buka daun pisang yeang membaluti lepat  dan tunjuk kepada abang yang berada di katil di bilik tidur. "Abg ce rasa..sama tak macam abang habaq kat chu haqi tu ".  Mau tak mau, abang pun beralah dan merasainya...."mmm sedap sedap cuma kurang manis ni..."  Jadi saya pun menghabiskan sebiji kuih lepat liat bunga cica tu tanpa sebarang komen.. Dah sedap dah la abg aji....chu dah habiskan pun.
Tak pa tak pa..boleh  makan lagi amik chu...makan lah, memang buat nak bagi pakat rasa pun. 

Alhamdulillah
Terima kasih abang Hj Muhammad Hanif dan  Hjh kak Zainab . Air tangannya tak pernah mengecewakan. Kuih ni telah dikongsi makan bersama dengan adik beradik yang lain dan dapat juga sebagai bekal untuk anak cucu yang berangkat ke Abu Dhabi.

Semuga ALLAH jaga family kita dan kita sama sama bahagia di dunia dan akhirat.



Kak kata ni dia bubuh bunga cica. Untuk pertama kalinya juga saya makan . Kat Pendang bunga ni tak femes ada dan dia pun dapat dari pemberian sahabatnya. 


apapun ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNYA
Ada family
Ada saudara
Ada sahabat
Ada jemaah
Semua saya sayang kerana Allah

Andainya ini Ramadan terakhir _ISMI HAYATI

Andainya ini Ramadan terakhir kita

Izinkan ku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk
NORHAYATI KASIM DAN SUAMINYA

barokallahulakuma wabaroka
Semuga ALLAH memberkati pasangan ini

TAHNIAH dan selamat MENJADI SUAMI ISTERI
bertunang


kepada Pn Ismi Hayati,
Selamat menjadi permaisuri hari kepada RAJA pilihan hati
Selamat menjadi ISTERI kepada sUAMI
Selamat menjadi UMI kepada anak2 kita
Walaupun saya telah tiada lagi
pastikan anak2mu mewarisi peribadimu


Selamat menggalas tanggungjawab
jagalah dia sebagaimana dia yang baru kau dekati
kasihilah dia dengan seadanya


Cukuplah satu harapan
bawalah mereka ke syurga
Walau ku tiada lagi
tapi aku puas
menyaksikan bahagia kalian
berkongsi rasa bersama



Terima kasih ALLAH
Aku menumpang seketika di bumi mu
mengisi ruang2 hayat
menikmati anugerah  MU

titipkan AL FATIHAH buat ku
muga rohku sentiasa disirami dengan doa
yang mulus
Biarpun tanpa generasi
tapi sentiasa diingati
wallhu aklam


nukilan utk ISmi hayati  sempena walimatulurus ditulis pada 6 syawal  1440.
auto schedule