Manusia hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Kelebihan dan kekurangan setiap manusia adalah lumrah kehidupan.
Hubungan sesama manusia melengkapkan kekurangan tersebut. Maka jangan diremehkan sumbangan kecil orang lain kerana ianya pelengkap kepada kekurangan.
Tanpa pekerja bawahan tiadalah keselesaan kehidupan pegawai atasan. Tanpa pertolongan orang lain mungkin kita masih hidup dalam kesempitan dan keseorangan.
Jadi hargailah sumbangan orang lain walaupun kecil. Jangan sombong dan bongkak ianya sifat iblis.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ustaz Sabir
15hb. Mac 2020
20 Rejab 1441H

No comments:
Post a Comment