Sunday, March 1, 2020

Lepat liat cinta hati


                                                                     Ni dia cinta hati..

Kerana  suka,
 kamu kata
Ia luar biasa
Inginku mencuba



Abg mat: cu, ada mana nii?? Mai mai rumah abg,  Kak dok masak lepat liat nii..sedapp mai amik
Chu: kat rumah nie. Awat abang? laaa..kan dah  malam. Esok sajalah chu p amik 
Abg Mat: ehh  tak boleh tak boleh ..kena mai laa...mai amik la la nie
Saya : oraitttt....satgi chu pi..assalam

Saya terpaksa akur . Ini permintaan abang no 2.  Dia yang sentiasa menalipon dan bertanya khabar saya dan berkongsi cerita semasa. Mungkin juga disebabkan dia tahu saya berada di kampung, ini caranya melayan adiknya yang kuat makan ni. Alhmdulillah masih ada yang sayang..

Ketika sampai dirumahnya, jam menunjukan pukul 11 malam lebih.  Kakak pula sedang mengangkat lengat dari dapur. Wowww...panas2 dari dapur chef Ngah Nab. Rugi sapa tak rasa dan makan...itulah havodnya adik depa dan dengan itu saya pun merasmikan untuk merasainya.
Saya ambil dan buka daun pisang yeang membaluti lepat  dan tunjuk kepada abang yang berada di katil di bilik tidur. "Abg ce rasa..sama tak macam abang habaq kat chu haqi tu ".  Mau tak mau, abang pun beralah dan merasainya...."mmm sedap sedap cuma kurang manis ni..."  Jadi saya pun menghabiskan sebiji kuih lepat liat bunga cica tu tanpa sebarang komen.. Dah sedap dah la abg aji....chu dah habiskan pun.
Tak pa tak pa..boleh  makan lagi amik chu...makan lah, memang buat nak bagi pakat rasa pun. 

Alhamdulillah
Terima kasih abang Hj Muhammad Hanif dan  Hjh kak Zainab . Air tangannya tak pernah mengecewakan. Kuih ni telah dikongsi makan bersama dengan adik beradik yang lain dan dapat juga sebagai bekal untuk anak cucu yang berangkat ke Abu Dhabi.

Semuga ALLAH jaga family kita dan kita sama sama bahagia di dunia dan akhirat.



Kak kata ni dia bubuh bunga cica. Untuk pertama kalinya juga saya makan . Kat Pendang bunga ni tak femes ada dan dia pun dapat dari pemberian sahabatnya. 


apapun ALHAMDULILLAH atas segala nikmatNYA
Ada family
Ada saudara
Ada sahabat
Ada jemaah
Semua saya sayang kerana Allah

No comments: