Wednesday, October 23, 2019

Serba tak kena

Hari ni allah sedang mengajar saya.


Kebetulan pula dengan air. 
1.Menu awal pagi...  blend susu dan kurma, tanpa disangka... Terbuka pula penutup bawahnya.. Aduh... Hanya secawan yang mmpu diselamatkan. 
Dah satu kerja pula, awal pagi kena mengemop lantai

2. Semasa solat subuh, bunyi macam benda jatuh... 
Rupanya botol air zam2 yg diletakan di kotak telah senget dan tertumpah airnya. Allahu robbi syangnya air zam2 pula tu. Tak sampai hati nk lap dgn moop... Memadailah letakkan bju t lama utk telapkan air.  Senyum..  Allah sedang mengajar saya. 

3. Dah sampai opis, ketika nak katop pintu kereta... Dammm.... Terkepit pula ibu jari... Aduhhh..... Tiup sikit... Muga Allah ampuni dosaku dgan kesakitan ni. 

4. Satu lagi kejadian
Botol air kagen yg dibawa pula tertumpah dan kebetulan penutupnya tak ditutup rapat. 
Ya Allaah... Kali ni ada apa dengan air ni... Satu penyucian dariNya yang boleh mmberi manfaatnya. 

Maka berhati2lah saya utk seharian.. Melihat dengan mata hati setiap kejadian dan berfikir dgan akal. ALLAH PASTI ADA asbabnya dan kitalah pelajarnya... 

Sakit itu tanda kasih sayangnya dan sabar itu mengujakan. 


Moralnya
Sabar kerana Allah ada cara mengajar kita dan 

Senyum dan katakan astafirullah

Segalanya biiznillah. 

Wallhu aklam
23/10/2019



Friday, September 27, 2019

KAU hadir dalam munajatku

" Berkait soal hati, kita juga wajib memohon petunjukNYA pada setiap masa agar dia menetapkan hati kita dalam kebaikan dan membenci kejahatan. Jika hati kita menyukai kejahatan, tidak mustahil anggota badan yang menjadi khadam akan turut menyukai kejahatan. Intuisi boleh merosakkkan kebaikan yang pernah kita lakukan selama ini. Hati hanya mengungkap keinginan. selebihnya anggota tubuh yang melaksanakan. "
 (petikan KAU hadir dalam munajatku, ms 26)


\
KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha buat kita… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap doa dan munajat kita.


#jombaca

Tuesday, September 24, 2019

tentang zee

Dia seorang yang berani dan suka mencabar diri
tegas dalam tindakan dan berfikir sebelum bertindak
seorang perancang yang baik dan 
kekadang seorang MT yang garang

Ketika di Misi Sentuhan Kasih bersama anak bajau, menonjolkan dirinya seorang perancang yang baik. Bermula dari atas kertas sehinggalah ke lokasi. Dia tak banyak bercakap tetapi akan memerhati setiap sudut dengan teliti.. Arahan yang diberikan sesuai dengan jiwa kami yang menyertai dan semua jelas akan tugas diberikan. Nadanya lembut tetapi tegas.

Pertemuan pertama saya dengannya semasa program Bersama Anak Syurga 2017. Dia adalah salah seorang penyumbang cenderamata untuk anak2 syurga. Mengenalinya dengan selembar senyum manis dan kesopanan yang teramat membuatkan diri ini cemburu. Ah cemburu?? ya cemburu dengan kesopanannya dan jiwanya mudanya yang mudah terusik mengalir air mata keibuan.
pertemuan pertama
Bukan sahaja itu, dia juga tak lokek masa untuk turut sama bersama team kami mengunjungi anak yang terabai kesihatannya.  Di satu sudut deretan gerai pisang seorang anak syurga yang sakit  dibelainya dengan penuh kasih sayang biarpun persekitarannya tak sempurna. Biarpun kini anak itu telah tiada tapi saya masih ingat ...Detik manis ini dan dia tetap senyum dan menghormati saya . Kunjungan demi kunjungan  ke rumah anak2 syurga  dia turut serta dan pastinya titisan air mata ditinggalkan bersama saguhati.  Jiwanya mudah tersentuh dan dialirkan ...
Jiwa  mama-mama  yang saya kagum 
Begiru juga di tahun 2018, Mahligai Qaseh bersama anak2 kanser di wad pediatrik KK3 HKL. Dia  tampil dengan kelainan. Bersama kedua2 puteri kesayangannya  mengenakan pakaian watak2 dalam siri kartun diminati ramai.  Prop dan pakaian mereka menarik perhatian anak2 KK3. Walaupun ada  yang pada mulanya takut tetapi bila senyuman dan huluran goodies, keriangan jelas terserlah. Ada yang dengan rianya nak berfoto.. Bijak dia menceriakan suasana suram di KK3 dengan kenangan terindah


2019, semasa majlis aidil fitri bersama anak syurga anjuran MQ, sekali lagi dia hadir dan kali ini dia bukan sahaja sebagai pemerhati tetapi juga penyumbang duit raya. Di kalangan tetamu yang hadir, ada yang  masih ingat wajahnya dengan watak yang telah dilukiskan di kanvas hidupnya itu.  Senyuman dan auranya menarik 

Mac 2019, 
Misi Sentuhan Kasih Bersama Anak bajau Laut,  
Nampak dia sangat bertanggung jawab dan suka berkongsi rezeki. Subhanallah dah la baik , pemurah pulak tu.  Rasanya anak2 Bajau pun suka sebab dia pantang nampak bayi dan anak2kecil. Kalau tak dibelainya diusap2 kepala mereka.  

Di juga bijak mengemudi bahtera layarnya. Di laut dia juga bijak 




Hari ini 10 july adalah ulang tahunnya. Majlis disusun rapi di sebuah cafe di TTDI dengan pengisian ilmu oleh ustazah Asni Mansor. Ingatan yang jelas, umur 40 tahun satu bonus dan memperolehi jemputan haji juga satu bonus.  Berbahagialah Zee kerana di  angka 40 tahunnya insya Allah bakal menunaikan haji dan semuga  beroleh haji mabrur juga. Mohon doakan kami semua pendosa supaya mendapat pengampunan ALLAH jua dan diundang ke sana. Doa diaminkan dan semuga beliau kembali dengan satu kemantapan iman, amal dan ehsan.



ya Bari.. ALLAH yang Maha Mengatur,
ALLAH ketemukan degn kita itulah yang akan membentuk kita hari ini 



catatan 10 Julai 2019

Terkilan


Dosa besarkah aku
Sehingga tak dapat lelap mata
Ku tak tahu memulakan dari mana.
Asalnya kisah kita berdua.
Kini jadi 3 hala

Tak cukupkah bicara kita
Harus ada orang ketiga
Notis peringatan menjadi sandaran
Ku tafsirkan begini maksudnya. 
'Kau ingat aku sapa'



Ketahuilah saudara
Ku tiada hubungan darahpun dengannya
Usah diungkit pasal restu emak ayahnya
ku tak pernah anggap saudara penghalang
Wallahi
Dan tak perlu izin ku pun
Untuk cinta kalian


Silakan..
Masa depan kalian adalah pilihan kalian. 

Tak perlu tulang rusuk 
ingatkan daku
Tak perlu 

Kini ku sedar
Siapa diriku
Di matanya
Di matamu
Persepsi kini berbeza
Aku penghalang pertunangannya 

Terima kasih
Hebat sungguh tulang rusukmu 

Hujan berlalu

Tak bagi tau salah, bagitaupun salah.. Diamlah selamanya KK

25 september 2019@339am








jejak umrahku


27/7/2019 sabtu : bertugas. Lokasi parking kereeta  IBC  Cadangnya nak balik jam 4 ptg
Hujan lebat..lepak dalam kereta sambil hati berdoa..
terpandang FB rayyan travell tawaran umrah. Otak berputar hajat nak umrah . memang nak lepas haj..org tak banyak dan nak amik ruang sepenuhnya untuk bersama Mu

contact ustza Ubaidillah. Dia layan setiap pertanyaan. subhanallah

28/7/2019ahad : bagi tau kakak 1
29/7/2019 isnin bagi tahu kakak 2
jawapan : pergilah jika dah ia jemputannya

30/7 selasa : buka tawaran kepada kakak 3
selasa malam : kak wan  berhajat juga..subhanallah

1/8 Khamis: konun nak transfer duit
tertransfer dekat coach Fadilah,,takpe..usha duit lain utk dibank ini  .
..alhamdulillah rm 1k tu

isi form bersama dan terus transfer deposit untuk ku dan kakakku



Langkah seterusnya

1/8 ustaz hantar surat perakuan bakal umrah dan resit deposit
2/8 isi form untuk keluar negara dan mohon cuti umrah

Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan; h. Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan; i. Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepenti

3/8/  bercadang hadiri kursus umrah azzuha DONE
8/8/   jumpa bos karim untuk urusan tdtangan _ TUKAR TARIKH UMRAH

5/8/2019 Ustaz suruh bri duit
6/8/2019 Urus DI UTC Pudu - 
              kena tukar IC baru  di JPN UTC pudu . Bayaran Rm 10 . Komen : nak tukar no rumah pun payah dari 7 ke 88. Ikut suka lah ...dah payah sangatkan
8- 9 urusan di kaunter JPN

jabatan imegresan = 9 hingga 11 pagi  . Alhamdulillah paid : rm 200
Ambil gambar visa : RM 12
parking UTC : RM 9
Total 

Ustaz maklum kan perubahan tarikh : 12-21 september 2019
akur

kita ubah tarikh lagi
25/9/2019- 6 october  sebagai tarikh terkini
ohh perjalanannya simpang siur tapi ALLAH sedang mengajar kita .












Monday, September 23, 2019

wasiatku


Buat anak-anakku..
bagi yang bertunang, jaga adabnya,
ingat pesan tok dan wan.. Ini bukan masa nak keluar berdua2 dan jika apa berlaku  "makan tak habis'
Apa yang penting nikah dulu .halalkan cara dan majlis diadakan selepas nikah.

Doa yang sama saya mohon semoga ALLAH pelihara generasi kita semua agar terpelihara dari mendekati maksiat.  Ya Allah tunjuki kami jalan yang lurus dan luruskan niat kami dalam mencari redza ALLAH.
Sumber di bawah  dikongsi sebagai pedoman bersama

sumber  di sini

“Abang Sham, nak tanya sikit boleh tak?” Soal Fahmi kepada saya setelah kami berdua selesai solat Isya’ di masjid Wandana.

“Boleh, tanyalah.” Saya menjawab sambil membuka pintu kereta.

“Masa bertunang, macamana ye bentuk perhubungan yang dianjurkan oleh Islam?” Fahmi menjelaskan lagi soalannya setelah kami berdua duduk di dalam kereta.


“Maksudnya?” Saya bertanya kembali, buat-buat tidak faham soalan yang ditanyakan.

“Yelah, boleh ke kami telefon-telefon tanya khabar, sesekali pergi makan bersama dengan ada teman, guna panggilan-panggilan yang mungkin lebih mesra sedikit dalam sms.” Tanya Fahmi, berterus terang.

Saya tersenyum mendengar pertanyaannya. Anak muda berdarah manis yang baru bertunang di Malaysia ketika cuti musim panas baru-baru ini amat jujur dalam pertanyaannya. Walaupun bunyi soalannya agak ‘nakal’, tetapi saya amat menghargai keterbukaannya dalam bertanya.
Itu tandanya hatinya amat prihatin dengan agama, Alhamdulillah.

“Begini Fahmi, dalam pertunangan, walaupun si dia itu adalah bakal isteri, tapi tetap ada batas-batas yang harus kita hormati kerana dia masih lagi bukan muhrim walaupun statusnya dah di ‘upgrade’ menjadi teman tapi mesra.” Saya memulakan penerangan. Bunyi enjin kereta Hyundai Lantra saya yang agak bingit akibat kekurangan minyak enjin membuatkan saya terpaksa meninggikan sedikit suara agar jelas didengari.

“Fahmi jangan terikut-ikut dengan budaya songsang lagi boombastik (lebih-lebih) masyarakat hari ini, walaupun baru bertunang, tapi lebih gedik dari orang yang telah berkahwin.” Saya menyambung.

“Berkepit ke sana dan ke mari setiap hari, menonton wayang bersama, makan bersama, pergi membeli belah persiapan perkahwinan pun berdua-duaan.”

“Panggil memanggil pun dengan panggilan-panggilan ‘sayang, ‘abang’ hingga menimbulkan syahwat yang sudah tentunya akan mencetus dosa.”

“Kita kan hendak membina masjid, seeloknya kita pelihara proses dan bahan-bahan binaan masjid dari unsur-unsur yang dimurkai Allah.”

“Sebab takut nanti, bila Allah murka, tidak ada keberkatan dan kemanisan dalam rumahtangga yang kita bina. Khuatir nanti rumah tangga porak peranda akibat dosa yang meraja.”

“Itu yang jadinya bercinta bagai nak rak akhirnya lepas kahwin sebentar terus berpisah.”

“Kalau boleh tak naklah rumahtangga porak peranda kerana dosa yang dilakukan. Biar kita berkahwin dan bercerai kerana mati sahaja.”

“Kalau hendak rumahtangga bahagia, sedaya upayalah cuba untuk pelihara hak-hak Allah dalam proses untuk kita berumahtangga.”

“Elakkan keluar berdua, makan bersama, berkepit dan bergambar bersama, menayang-nayang gambar mesra bersama tunang di dalam ‘facebook’, ber ‘abang-sayang’ dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan syahwat dalam pertunangan.”

“Islam meletakkan batas-batas dalam pertunangan bukan untuk menyusahkan, tapi agar kehormatan dan maruah diri keduanya dapat dipelihara sehinggalah saatnya benar-benar tiba.”
“Lepas berkahwin esok, nak berkepit, nak merempit berdua-duaan, nak meronggeng, nak berjimba, nak berzumba....25 jam pun takde hal...hehe.” Panjang lebar saya menjelaskan sambil memandu kereta menuju ke arah Regency Road bagi menghantar Fahmi pulang ke rumah bujangnya.

Saya melihat wajahnya yang sedang merenung jauh. Entah apa yang bermain di fikirannya. Saya menyambung lagi bicara.

“Cumanya Fahmi,”

“Walaupun Islam meletakkan batas-batas dalam pertunangan, tetapi tidaklah hingga kedua pasangan tidak boleh langsung berhubung dan berbincang.”

“Tidaklah sehingga kalau bercakap pun mesti seperti robot yang keras kematu.”

“Tidaklah hingga kalau menjawab e-mail pun seperti menjawab e-mail penyelia tesis yang kita benci. Ditanya sepatah, dijawab setengah patah.”

“Boleh sahaja hendak berziarah ke rumah ketika hari raya, sesekali bertanyakan khabar berita melalui e-mail atau sms, berbincang urusan-urusan perkahwinan dengan penuh adab dan dengan kehadiran orang ketiga.”

“Kalau berutus ‘e-mail’ dan rasa takut tidak dapat menjaga diri dari syahwat ketika berbincang, ada baiknya ‘cc’ kan ‘mail’ tersebut kepada orang tengah yang kita percayai untuk mengelakkan timbulnya suasana yang boleh mengundang dosa dalam perbincangan tersebut. Sebaiknya orang tengah tersebut adalah dari mereka yang telah berkahwin jika segan hendak men ‘cc’ kan ‘e-mail’ kepada ibu bapanya.”

“Kerana adakalanya, dalam tempoh pertunangan perlu juga perbincangan-perbincangan yang serius, yang melibatkan masa depan. Tunaikanlah hak perbincangan itu dengan penuh adab Islam. Jangan terlalu syadid (keras) hingga langsung tidak mahu berbincang.”

“Hendak membina rumahtangga, lebih sukar dari membina bangunan Eiffel Tower. Jadinya perlu banyak perencanaan dan perbincangan jika mahu hasil yang terbaik.”

“Kamu lebih tahu bagaimana urusan pertunangan kamu Fahmi. Abang Hisham hanya memberikan panduan asasnya sahaja. Ada adab-adab yang perlu dijaga kerana dia masih anak yang menjadi tanggungan ayahnya. Jangan menderhakai ayahnya dengan melibatkan anaknya di kancah dosa.”

“Cuma, bila terasa resah di hati, berwaspadalah, mungkin itu adalah tanda-tanda dosa datang menghinggap.”

“Pendekata, usah terlalu syadid dan jangan pula terlalu boombastik dalam menjaga hubungan. Carilah jalan tengah antara keduanya. Apa yang penting, letakkan neraca Islam di hadapan, bukan neraca nafsu.”

Saya memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.

“Macamana, ok ke Fahmi?” Saya bertanya sambil menghulurkan tangan untuk menyalaminya.

“Insyaallah, ok Abang Sham, jelas dan padat. Terima kasih atas penerangannya ye.” Fahmi membalas salam dengan wajah yang ceria. Semoga ada sesuatu yang dapat dipelajarinya malam ini dari perbincangan ringkas kami berdua.

Fasa pertunangan, walaupun sebentar, adalah fasa yang tidak kurang penting dalam marhalah pembinaan rumahtangga muslim yang sebenar. Laksanakanlah adab-adab Islam dalam menjaga hubungan ketika pertunangan.

Apa yang penting, letakkan Islam sebagai neraca pertimbangan dalam apa jua perkara. Insyaallah, ketenangan akan menjadi milik kita.



Sumber : Terima kasih tuan mohd hisham

pasrah

Getir Kehidupan

Termangu lagi aku di jendela waktu,
Menghitung detik saat di uji,
Terasa diri kian lemah,
Terasa diri begitu kerdil,
Terasa hidup ini tidak bererti,
Haruskah aku lalui semua ini?

Aku..kadang-kadang pasrah,
Kadang-kadang aku menyerah,
Kadang-kadang aku kalah,
Kadang-kadang aku lelah,
Letih dan lesu menghadapi semua dugaan,
Haruskah aku begini?

Getirnya kehidupan ini,
Begitu banyak dugaannya,
Aku letih melalui segalanya,

Aku letih melalui segalanya,
Namun..aku tahu ,
Selagi hidupku belum berakhir,
Cobaan dan dugaan itu pasti ada,
Cuma aku tak tahu bila dan bagaimana,

Aku..insan kerdil yang lemah,
Aku jua punya harapan,
Untuk bahagia di masa depan,
Masih adakah waktu untukku?


Selagi jantungku masih berdenyut,
Akan ku simpan harapan itu,
Moga termakbul jua doaku,
Setiap impian menjadi reality,
Bukan lagi ilusi.

Aku Yang Pasrah
Szaza KSGY


copy n paste 
tinta yang ku kongsi sebagai motivasi buat diri

Sunday, September 22, 2019

sahabat


Sahabat,
kaulah cahaya dalam kehidupanku. 
Lentera yang siap menyala di saat aku merasa gelap di dunia ini. 

Jadilah abadi selamanya dalam hidupku tanpa pernah hilang seperti bayangan.
Agnes Davonar


Saturday, September 21, 2019

misi Umrah

Surat Jemputan : Surah Al baqorah ayat 196.
"DAN Tunaikanlah haji dan umrah kerana ALLAH"

Kiblat :
tetamu ALLAH telah berada di hadapan kaabah
Di kaabah  ada 120 rahmat./day
             40 rahmat bagi yang solat dan
             60 rahmat bagi yang bertawaf dan
             20 rahmat bagi yang  yang memandang dengan mata hati dan akal.


Kenapa nak pergi umrah
- memohon keampunan ALLAH
- Nak ziarah Nabi & tempat kelahiran NAbi
- beribadah di tempat yang sangat mustajab doa di Mekah dan Madinah
= muga ALLA berkati hidup


Kenapa tawaf
kita mesti dalam tetaatan kepada ALLAH dalam perkara yang sama.
LArutkan diri dalam lautan ibadah  tawafdan tiada perbezaan dgn manusia lain





sapa


Sahabat, Kawan, Teman atau Rakan,
Satu definisi berlainan ejaan,
Merupakan pengaruh terbesar dalam kehidupan ,


team Tadarus RTM 2019 

Indahnya perjalanan hidup

Assalamualaikum

Hidup ini satu perjalanan dan setiap hidup kita melalui perjalanan yang berbeza.

Setiap kehidupan ada jalan cerita yang tersendiri.

Paling penting kita kena yakin dan percaya bahawa perjalanan kita

ALLAH dah susun cantik dan terbaik.

Allah punya aturan ni sangat cantik.

Kadang-kadang Dia biarkan kita bergelumang dengan dosa dulu, kemudian dia bersihkan kita dan kita menjadi orang yang paling takut kepadaNya.

Kadang-kadang Allah biarkan dulu dia hanyut dalam percintaan dengan dunia, kemudian Allah kecewakan dia dengan dunia supaya selepas itu dia orang yang paling mencintai Allah.

Allah tak pernah zalim. Manusia sahaja yang suka menzalimi diri sendiri.

Kedamaian dan ketenangan itu hadir
Jika kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat melihat serta menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.

#AturanTuhan

6 september

Assalamualaikum
Salam  jumaat.

6.9.2012, jumaat
Tarikh keramat

Maafkan saya mak
Untuk kali ni anakanda tewas
Gugur air mata
Menanggung rindu tak berkesudahan

Saat ini
Ujian getir membungkam
Lelah menahan rasa
PASRAH mengikut arahan.

Dah ku bisik
Ku pinjam semangat mak
Ku saut kepintaran ayah
Kehidupan perlu diteruskan


Mak..
Restulah perjalanan ku
pelukan dan ciuman kasihmu
masih terasa
walau sekadar satu memori

6.9.2019








Saturday, September 7, 2019

ku cuba

sungai kehidupan

ku kira bicara ini tentang alam
anugerah terindah untuk kita
tapi bukan sesuatu yang mudah
berada di puncak
dentuman air yang gemersik
senyum nyaman yang sukar ditafsirkan
anugerah alam
dari bumi royal Belum

alhamduliullah

Thursday, September 5, 2019

Nikmat mana

Bila Allah sindir kita...
Malunya kami.. Hamba yg tak tahu mensyukuri manghargai nikmat anugerahMU
Maaafi kami ya RObb..

Jom kita back to Allah
Jadi Hamba Allah yg syukur dan patuh