Dia seorang yang berani dan suka mencabar diri
tegas dalam tindakan dan berfikir sebelum bertindak
seorang perancang yang baik dan
kekadang seorang MT yang garang
Ketika di Misi Sentuhan Kasih bersama anak bajau, menonjolkan dirinya seorang perancang yang baik. Bermula dari atas kertas sehinggalah ke lokasi. Dia tak banyak bercakap tetapi akan memerhati setiap sudut dengan teliti.. Arahan yang diberikan sesuai dengan jiwa kami yang menyertai dan semua jelas akan tugas diberikan. Nadanya lembut tetapi tegas.
Pertemuan pertama saya dengannya semasa program Bersama Anak Syurga 2017. Dia adalah salah seorang penyumbang cenderamata untuk anak2 syurga. Mengenalinya dengan selembar senyum manis dan kesopanan yang teramat membuatkan diri ini cemburu. Ah cemburu?? ya cemburu dengan kesopanannya dan jiwanya mudanya yang mudah terusik mengalir air mata keibuan.
![]() |
| pertemuan pertama |
![]() |
| Jiwa mama-mama yang saya kagum |
2019, semasa majlis aidil fitri bersama anak syurga anjuran MQ, sekali lagi dia hadir dan kali ini dia bukan sahaja sebagai pemerhati tetapi juga penyumbang duit raya. Di kalangan tetamu yang hadir, ada yang masih ingat wajahnya dengan watak yang telah dilukiskan di kanvas hidupnya itu. Senyuman dan auranya menarik
Mac 2019,
Misi Sentuhan Kasih Bersama Anak bajau Laut,
Nampak dia sangat bertanggung jawab dan suka berkongsi rezeki. Subhanallah dah la baik , pemurah pulak tu. Rasanya anak2 Bajau pun suka sebab dia pantang nampak bayi dan anak2kecil. Kalau tak dibelainya diusap2 kepala mereka.
Di juga bijak mengemudi bahtera layarnya. Di laut dia juga bijak
Hari ini 10 july adalah ulang tahunnya. Majlis disusun rapi di sebuah cafe di TTDI dengan pengisian ilmu oleh ustazah Asni Mansor. Ingatan yang jelas, umur 40 tahun satu bonus dan memperolehi jemputan haji juga satu bonus. Berbahagialah Zee kerana di angka 40 tahunnya insya Allah bakal menunaikan haji dan semuga beroleh haji mabrur juga. Mohon doakan kami semua pendosa supaya mendapat pengampunan ALLAH jua dan diundang ke sana. Doa diaminkan dan semuga beliau kembali dengan satu kemantapan iman, amal dan ehsan.
ya Bari.. ALLAH yang Maha Mengatur,
ALLAH ketemukan degn kita itulah yang akan membentuk kita hari ini
catatan 10 Julai 2019








No comments:
Post a Comment