Assalamualaikum
Hidup ini satu perjalanan dan setiap hidup kita melalui perjalanan yang berbeza.
Setiap kehidupan ada jalan cerita yang tersendiri.
Paling penting kita kena yakin dan percaya bahawa perjalanan kita
ALLAH dah susun cantik dan terbaik.
Allah punya aturan ni sangat cantik.
Kadang-kadang Dia biarkan kita bergelumang dengan dosa dulu, kemudian dia bersihkan kita dan kita menjadi orang yang paling takut kepadaNya.
Kadang-kadang Allah biarkan dulu dia hanyut dalam percintaan dengan dunia, kemudian Allah kecewakan dia dengan dunia supaya selepas itu dia orang yang paling mencintai Allah.
Allah tak pernah zalim. Manusia sahaja yang suka menzalimi diri sendiri.
Kedamaian dan ketenangan itu hadir
Jika kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat melihat serta menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.
#AturanTuhan

No comments:
Post a Comment