sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Tuesday, June 11, 2019
3650 hari tanpamu ayah
Ayah dijemput pula pada 11062009
hari ini
tiga ribu enam ratus lima puluh hari
tanpamu Ayah
ulang tahun kembalinya ayah
kepada pencipta
rindu panggilan ayah
rindu cium dan sentuh kulit tua ayah
ayah
ayah tak mengongkong
tapi ayah pemerhati
pendengar
catatan
11062019
JUN tanpamu ayah
Tiga ribu, enam ratus lima puluh hari
tanpamu AYAH
Tak terasa begitu cepat waktu berlari
Di beranda kasih ini
lagu rindu ku ukirkan
Ayah..
Sedih rasanya saat mengingat masa lalu bersamamu. Makin ku ingat air mata ini tak mampu ku bendung lagi.. Biarpun 10 tahun ayah dijemput Ilahi tapi saya rasa bagai semalam..Tentang ayah?? Ayah tegas dalam keputusan tetapi sangat berpandangan jauh. Ayah pendengar paling baik dan seorang yang SANGAT suka membaca.
Masih saya ingat tahun 2001, saya tercalon untuk menghadiri kursus jangka pendek (hanya 3 bulan ) di luar negara. Buku info, pamplet yang saya perolehi dari kedutaan Germany saya serahkan kepada ayah. Ayah tak berdiam tetapi dia gagahi menelaah buku-buku tersebut (biarpun dalam bahasa inggeris). Dia boleh kongsikan apa yang difahaminya. Termasuklah kamus bahasa BI ke Deutch(Germany). Jadi langkah saya ke sana direstuinya. Ini juga berdasarkan bacaannya, Germany negara selamat. Ada komuniti muslim selain dari Kristian Protestan, Katolik dan Ateisme. Terima kasih ayah . Saya amat menghargainya
dengan 11 orang anak ayah emak beserta menantu,
56 orang cucu (33L, 23P) dan 39 orang cicit( 17L,22P) .
hanya do’a yang bisa dipersembahkan
AL FATIHAH
catatan 11062019@344pm56 orang cucu (33L, 23P) dan 39 orang cicit( 17L,22P) .
hanya do’a yang bisa dipersembahkan
maafilah ayah dan emak andai ada berbuat salah salah
Biar dikenang jasa kebaikan
Ayuh turuti semua nasihat
Jangan ALLAH tinggalkan kami
Rapatkan silaturahim kami
bahagiakan legersi ini sampai ke jannah
WE LOVE YOU SO MUCH ❤AYAH 💕 MAK
Saturday, June 8, 2019
Terima Kasih elli
![]() |
| Bingkisan raya |
Salam syawal
tak cukup hanya di ucap
senyum manis juga dilihat
Ole-ole raya sebagai pelengkap
Indahnya nikmat dalam bersahabat
kami berbalah
bukan mengalah
bukan menyerah
tapi melerai masalah
Allah hadirkan dia
pembakar semangat
ayuh bangun bina ketahanan
perjuangan perlu diteruskan
Usah diharap pada insan
Tapi serahlah kepada ALLAH
Misi Kami Prihatin
Tapak perjuangan kami
melentur ego
mendidik diri
indahnya memberi
nikmatnya disyukuri
Terima kaish elli
![]() |
| Terima kasih elli |
![]() |
| kampung kita |
Terima kasih adikku elly, Biarpun kita jarang bertemu, tapi perjuangan kita sama. Di saat daku jatuh, engkau sambut dan beri semangatnya. Menjadikan semalam sebagai memori dan esok sebagai satu cabaran. Mohon maaf atas segalanya dan halalkab segalanya.
Ketika menerima ole2 raya ini di penghujung Ramadan, ia begitu mengejut dan menguja saya. Pelbagai persoalan bermain di kepala...Kenapa saya terlalu kedekut untuk memberi ?? Terlalu payah untuk mengucap dan menghargai indahnya persahabatan ? Sedangkan dia begitu ringan menghulurkannya. Sampai bila daku harus menjadi tangan yng menerima?? Malulah duhai diri. ALLAH takdirkan sesuatu untuk mengajar dan berfikirlah dengan tenang duhai diri yang masih bernyawa.
YA Allah hidupkan sifat menghargai, memahami dam menghormati orang lain dalam diri kami semua , Hidupkan sikap suka menolong dalam diri kami dan keluarga kami. Dan hidupkan sifat pemurah, penyayang dalam diri kami dan setiap ahli keluarga kami. YA ALLAH ya muhyi, ya wahab, Ya affuw, ya fattah...
Mudah-mudahan Allah jaga hati2 kita dengan nawaitu yang tepat dan dipermudahkan segala urusan dunia hingga akhirat.
Catatan 4 syawal
Friday, May 31, 2019
Misi Kami Prihatin 2019_Demi kelangsungan hidup
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
Kunjungan kami ke sini, biarpun sekejap tetapi dapat menyaksikan
sendiri situasi mereka yang terpilih.
Mereka yang bangun selepas pemergian orang tersayang demi kelangsungan hidup.
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| rumah pupple menjadi saksi |
Kekuatan seorang ibu adalah pada anak-anaknya. Apatah lagi apabila
di uji dengan pemergian suami tahun 2018. 6 orang anaknya yang masih di
bangku sekolah manakala selebihnya bekerja
sendiri di kampung dengan pendapatan
yang tak seberapa.
PUAN SAFIAH BT MESRAN merupakan ibu tunggal yang bangun
selepas kematian suaminya. Rumah pupple yang dikelingi pohonan sawit itu nampak suramnya. Anak-anaknya turut
menyambut kunjungan ini.Kami perhatikan wajah sayu anak –anak yatim ini . Mengusap ubun2 mereka, sebagai mengambil
keberkatan sunnah yang rasullullah pernah ajarkan. Semuga ALLAH merahmati anak2ini.
Kami cuba mendekati, tapi mereka seolah-olah lebih selesa
membisu seribu bahasa. Anak yang tak mengerti ini selesa untuk bermain sesama sendiri.
Itulah lumrah zaman anak-anak yang tak perlu memikirkan masa depan. Bertuah juga Puan Safiah kerana ada rumah peninggalan suami
untuk didiami. Biarpun terpaksa membayar kos pembinaan secara
beransur-ansur tetapi anaknya juga turut membantu.
![]() |
| bersama anak-anaknya |
MISI KAMI PRIHATIN cuba mendekati jiwa-jiwa kecil yang
sering terabai apatah lagi di luar bandar. Sekampit #begbiru dihulurkan kepada
Puan Safiah. Senyuman terukir di wajahnya cukup membahagiakan kami. Biarpun
bercampur rasa sayu itu adalah lumrah jiwa yang lembut hatinya. Mudahan sumbangan ini membantu mereka sekeluarga menyambut Syawal yang bakal tiba.
Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan misi
ini. Sokongan dan sumbangan diberikan menjadi amanah dan telah disempurnakan.
Semuga ALLAH ganjari berlipat ganda atas sumbangan yang telah diberikan. MISI
KAMI PRIHATIN adalah misi bersama PRTM.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#ramadan
#jugra2019
#jugra2019
Misi Kami Prihatin 2019 _ringan tulang
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| agak terperanjat di sisi Tuan Imam |
Semasa kehadiran kami di sana, menu istimewa santapan kami. Nasi minyak dan nasi briyani. Beliaulah orang yang bertanggung jawab menguruskan hidangan berbuka dan pengorbanannya amat dikagumi. Sebagai penghargaan MKP dan masjid telah bersetuju memilihnya sebagai penerima sumbangan ini. Walaupun #begbiru telah habis tapi kami kekal menggunakan #kotak biru sebagai simbolik misi kami.
Sumbangan ini adalah tanda penghargaaan kami kepada pihak MKP kepada Encik Miswandi dan mendoakan semuga @kotakbiru ini juga memberi keberkatannya. Sdra Muhammad Shahmi Zulkifli yang mewakili volunteer termuda MKP (Siswa) telah menyerahkan sumbangan ini. Shahmi juga banyak membantu mengangkat beras dan barangan untuk diserah kepada penerima.
MISI KAMI PRIHATIN mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya . Gerakan kajayaan ini adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan team MKP dan juga barisan penyumbang yang budiman dan yang menyokong aktiviti ini dengan doa dan tenaga. Semuga ALLAH menganjari kebaikan yang telah dilakukan.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#ramadan
#jugra2019
Misi Kami Prihatin 2019 _Tuntutlah ilmu
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap
setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita. Dengan ilmu kita mampu merubah keadaan dan keluar dari kepompong kemiskinan.
Antara nak jati kampung ini yang nekad meneruskan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi ialah
Bapa berusia 25 tahun ini bernekad akan meneruskan pelajarannya biarpun terpaksa berjimat, Beliau adalah siswa tahun 3 di UIAM jurusan Usul fiqh. Semangat menimba
ilmu inilah yang kita kagumi.
Terima kasih kepada para penyumbang dan penderma budiman yang telah membantu menjayakan misi amal ini. Semuga ALLAH rahmati kita semua dan memberi asbab untuk beroleh keberkatan di Ramadan ini.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| tergejut |
ENCIK MOHD SHUKRI ABD RAZAK. Ketika kami mengunjunginya, dia sedang bercuti sem dan menghabiskan cuti bersama keluarga. Situasi PJJ dan meninggalkan family adalah satu cabaran baginya.
![]() |
| happy family |
Perkahwinan bukanlah halangan tetapi satu kekuatan untuk meneruskan pelajaran kerana isterinya sentiasa menyokongnya . Walaupun
berjauhan dengan family, namun beliau tidak mengabaikannya .
Semasa kami mengunjungi mereka sangat terharu dan tergejut. En Mohd Syukri langsung panic tak menyangka MISI KAMI PRIHATIN akan singgah di rumahnya. Kebahagian jelas terpancar bagi pasangan muda ini kerana mereka saling memahami. Beliau memberi laluan kepada isterinya untuk bercakap sebagai mewakili dirinya.
MISI KAMI PRIHATIN mendoakan semuga kejayaan bakal dikecapi dengan usaha yang gigih buat Encik Mohd Syukri. Dengan sumbangan #begbiru ini kita harapkan dapat memberi mereka senyuman menyambut Ramadan dan Syawal kelak.
MISI KAMI PRIHATIN mendoakan semuga kejayaan bakal dikecapi dengan usaha yang gigih buat Encik Mohd Syukri. Dengan sumbangan #begbiru ini kita harapkan dapat memberi mereka senyuman menyambut Ramadan dan Syawal kelak.
Terima kasih kepada para penyumbang dan penderma budiman yang telah membantu menjayakan misi amal ini. Semuga ALLAH rahmati kita semua dan memberi asbab untuk beroleh keberkatan di Ramadan ini.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019
Thursday, May 30, 2019
Misi Kami Prihatin -hapuskan air matamu
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
Wajah keibuan yang kerisauan jelas kami saksikan. Hatinya
mudah tersentuh dan jiwanya begitu lembut ketika kami menyantuninya. Ketika itu
dia keseorangan di rumah. Di sambutnya kunjungan kami dengan wajah yang suram.
Sesekali dia menyeka air mata yang bertakung.
Maafkan kami puan MARIAM BT WASEMAN. Bukanlah kunjungan kami untuk menambah pilu
yang terbungkam setelah kematian suami sejak 21 Ogos 2018 yang lalu. Ibu tunggal ini mempunyai 7 orang anak. Dua orang diantara mereka
masih bersekolah. Di usia 58 tahun, beliau terpaksa menggalas tugas sebagai ibu
dan ayah. Mujurlah diantara mereka ada yang telah berkerja dan turut membantu.
MKP telah menyumbangkan #begbiru yang mengandungi barang-barang
makanan asas. Senyuman dan harapan kami agar Puan Mariam tabah dan yakin ALLAH memilihnya kerana yakin dengan kemampuannya. Hapuskan air matamu dan pandang dengan mata hati kehidupan perlu diteruskan.
KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada
semua yang terlibat, yang menyumbang dan memberi peluang untuk
MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah
kehidupan seseorang .
Misi Kami Prihatin 2019_rahsia kekal sihat
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| we happy when she smile |
“Mak cik…apa rahsia
kekal sihat sehingga usia 76 tahun ni” tanya salah seorang daripada team Misi Kami Prihatin.
“ makcik ni sejak dari muda dulu
lagi suka makan rebus-rebus je." jawapnya bersahaja. Tapi mak cik…rupa mak cik macam 60an..mcm sebaya mak saya
jer” tambahnya lagi. Makcik Aminah tersipu senyum dan tunduk malu.
Makcik AMINAH BT MUHTAR mendiami rumah kecil ini berseorangan. Usianya 76 tahun. Nampak sihat dan ceria ja. Walaupun langkah kakinya perlahan tetapi sesuailah dnegan umurnya. Tiada masalah penglihatan katanya. Kelihatan
ruang tamu dan ruang dapur rumahnya yang
kemas dan tersusun rapi. Orangnya agak pendiam. Tapi setiap pertanyaaan di jawap dengan senyuman. Agaknya petua kekal sihat juga kena banyak senyum kan. "Makcik ni ada telekong baharu dan sedikit keperluan untuk digunakan " kata Puan ellli sambil menatap wajahnya..Elli adalah orang penting menjayakan misi ini. Mak cik Aminah menerima dan terus memeluknya seraya mengucapkan terima kasih ..(mungkin ada ayat terharu yang hendak diluahkan)
![]() |
| ni haa telekong untuk makcik |
Walaupun kehidupannya sebatang kara tetapi dia mempunyai
jiran yang sentiasa mengambil berat kebajikannya. Pihak masjid telah menyenaraikan namanya untuk kami santuni. Walaupun ada dikalangan mereka yang dipilih bukanlah kategori asnaf tetapi kerana tahap kemiskinan dan keperluan, wajarnya mereka juga diberi peluang untuk diziarahi. MISI KAMI PRIHATIN sebagai perantara bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan .
Tiada yang lebih menggembirakan kami selain melihat mereka juga tersenyum menerima kunjungan dan #begbiru dari MISI KAMI PRIHATIN Sumbangan diberikan muga dimanfaatkan untuk kegunaan harian .
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019
#ramadankareem
Wednesday, May 29, 2019
Misi Kami Prihatin 2019_Istana cinta kita
Menjejak Asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan 1440
Team : PUSPANITA RTM
Pintu rumah diketuk
oleh Tuan Imam Kamarul Hisham. Beberapa kali juga salam diberikan. Team MISI KAMI PRIHATIN telah bersedia di depan pintu rumah bersama
beras dan sekampit #begbiru. Sayup kedengaran salam disambut dari bahagian dapur dan mempelawa kami masuk ke rumah
melalui pintu dapur.
![]() |
| warga emas perlukan pembelaan |
Pasangan warga emas
yang kami santuni ini tiada mempunyai
anak. Keadaan kesihatan juga
tidak mengizinkan mereka seperti warga emas lain . Pak Engku Husin hilang penglihatan sejak beberapa tahun lalu.
Manakala isterinya pula kurang sihat dan terhad pergerakan. Beliau memerlukan sokongan tongkat kaki 3 untuk bergerak.
Ketika kami sampai, Pak Engku berada di sisi meja makan
sambil menanti isterinya menghidang makanan berbuka. Tak dapat dipastikan apa
yang tersedia di atas meja tetapi kami yakin meraka antara warga emas yang sabar dan bersyukur dengan apa yang ada.
![]() |
| amanah disempurnakan |
Inilah ISTANA CINTA kita. Ia dibina dari nilai CINTA dan KASIH SAYANG hingga ke syurga.
Kesetiaan isteri kepada suami tidak diukur dengan harta. Pak Engku yang pada mulanya tak berbaju
tetapi ketika di ajak bergambar mencapai baju. Walaupun Pak Engku tak nampak
tetapi hatinya tetap cerah dan memahami.
Maafkan kami kerana kekangan waktu berbuka membataskan kami
untuk lebih mengenali dan menggali rahsia kekal bahagia rumah tangga hingga di
usia tua.
Mudahan ada keberkatannya rezeki yang disampaikan membantu memudahkan urusan mereka. Selain itu
rezki yang dimakan akan membantu memberikan kesegaran untuk mereka beribadah
dan kekal sihat.
#indahnya sedekah
#misikamiprihatin
#jugra019
#jugra019
Misi Kami Prihatin 2019_kental jiwa
Menjejak Asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan 1440H
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan 1440H
Team : PUSPANITA RTM
Rumahnya yang terletak agak jauh di hujung jalan. Untuk sampai ke rumahnya mesti menyusuri kawasan kebun pokok sawit di kiri dan kanannya. Wanita berani ini bernama PUAN MORPOA BT BARLAN yang berusia 71 tahun,mendiami rumah pusaka yang agak besar berseorangan. Beliau
merupakan ibu tunggal sejak 2004 yang tidak mempunyai anak.
![]() |
| boleh tumpang teduh di bawah rumahnya.. |
Melihat kebersihan laman rumahnya dapatlah disimpulkan pengalaman
Nek Morpoa sebagai ‘cleaner’ memang tak
dinafikan. Sebarisan pokok2 bunga menghiasi laman rumahnya dan bersih. Beliau rajin dan mungkin inilah rahsia kekal sihat hingga warga emas.
Ketika ditanya, beraninya nek tinggal sorang di rumah besar ini? Dijawapnya
dengan selamba.."nenek ni tak ada anak. Tapi selagi nenek sihat semua nenek buat sendiri lah. "Adalah juga anak saudara datang teman malam2. Sebab rumah nenek ni agak jauh sikit dari jiran.. Anak-anak doakanlah nenek sihat... kami sama-sama menyahut amin.
Sebelum tinggalkan nenek , saya juga menyempurnakan hajat anakanda saudara saya Ilyas Tufail. yang baru sahaja memperolehi putera sulungnya .Alhamdulillah dan terima kasih nenek. Sudah pastinya #begbiru berpindah tangan. Mudahan stok yang dibekalkan diharap membantu nenek kekal sihat dan dapat bersama anak2 saudaranya selalu.
Ketika ditanya, beraninya nek tinggal sorang di rumah besar ini? Dijawapnya
dengan selamba.."nenek ni tak ada anak. Tapi selagi nenek sihat semua nenek buat sendiri lah. "Adalah juga anak saudara datang teman malam2. Sebab rumah nenek ni agak jauh sikit dari jiran.. Anak-anak doakanlah nenek sihat... kami sama-sama menyahut amin.
Sebelum tinggalkan nenek , saya juga menyempurnakan hajat anakanda saudara saya Ilyas Tufail. yang baru sahaja memperolehi putera sulungnya .Alhamdulillah dan terima kasih nenek. Sudah pastinya #begbiru berpindah tangan. Mudahan stok yang dibekalkan diharap membantu nenek kekal sihat dan dapat bersama anak2 saudaranya selalu.
Tuesday, May 28, 2019
MisiKami Prihatin 2019- Rambutan baru berputik ni.
Menjejak Asnaf di Jugra, Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan 1440
Team : PUSPANITA RTM
Nenek ASIAH BTT SAMIR yang
berusia 72 tahun ini tinggal bersama anak tunggalnya. Anak perempuannya yang berusia 40an tidak kelihatan ketika itu. Ketika kami menyantuninya dia berada di ruang dapur. Tidak lekang senyuman dia meraikan kami.
![]() |
| salam dihulur, kemaafan dipinta |
Dia melayan kami dengan baik. Menurutnya ini adalah rumah yang didirikan oleh aruah suaminya. Mereka suka menanam pokok buah-buahan di kawasan laman rumah. Itu antara aktiviti riadah mereka. Kadang-kadang hasil buah rambutan, cempedak akan di jual .Namun segalanya tinggal kenangan kini, suaminya meninggal lebih
kurang 5 bulan yang lalu. Nenek masih merasai kerinduan pada aruah suaminya, Tapiyang nyata kematian adalah pasti dan kita semua adalah bakal jenazah.
Nenek Asiah seorang yang mudah mesra. Beberapa kali juga dia
mempelawa kami datang lagi kerumahnya dan memetik buah buahan yang ada. Terima
kasih nek.
Beliau sangat terharu menerima kunjungan dari Team MISI KAMI PRIHATIN . Sumbangan rezki #begbiru disampaikan kepadanya. Mungkin ALLAH telah takdirkan ini rezeki buat mereka berdua untuk Ramadan kali ini. Sumbangan yang berikan juga satu perkongsian bersama. Mudah-mudahan berkat makanan yang dimakan memberi kekuatannya untuk beribadah dan mendoakan kita pula. ALLAH telah memudahkan urusan kita.
MISI KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang menyumbang dan memberi peluang untuk MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang .
Misi kami Prihatin 2019_ andainya kamu masih mampu
Team : PUSPANITA RTM
5 tahun lalu, suaminya lah yang menggalas tugas sebagai nakhoda rumah tangga. Bekerja tanpa mengira siang maupun malam. Manakala isterinya Puan Rosnawati bt Roslan, suri rumah sepenuh masa.. Kehidupan yang disangka panasnya hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sukar menerima kenyataan ketika itu suami tercintanya di serang strok. Puas di rawat di hospital, di sambung lagi dengan rawatan tradisional. Kini dia berasa lega walaupun keupayaan suaminya terhad dan tidak dapat bercakap tetapi dia boleh berjalan dengan bantuan tongkat.
Puan Rosnawati bangun selepas kejadian ini. Mengambil alih tugas suaminya mencari rezki. Beliau mula berjinak-jinak mengasuh budak di samping mengurus suaminya di rumah. Beliau bijak membuat keputusan kerana segalanya perlu diuruskan sendiri. Tambahan pula dua anaknya yang masih bersekolah berusia antara 12 dan 16 tahun memerlukan perhatian dan perbelanjaan. Anak-anaknya memahami dan mereka turut menjaga ayah yang sakit dan belajar berdikari..Demi keluarga tercinta, Puan Rosnawati nekad akan terus menunaikan tugasnya dan berdoa satu hari nanti suaminya kembali sembuh dan dapat bercakap seperti biasa dan anak-anak nya menjadi orang yang berjaya.
Pada Ramadan ke 20, MISI KAMI PRIHATIN telah
menziarahi keluarga ini. Menghulurkan sumbangan #begbiru berupa makanan seperti beras,
gula, milo,nestom, tepung , susu, santan kotak, bihun, minyak dan macam2 lagi
termasuk kit kebersihan diri. Semuga ALLAH memberi ketabahan dan diluaskan rezki yang menerima dan memberi.
MKP adalah perantara yang melaksanakan misi amal mengumpul dana untuk membantu keluarga daif, asnaf dan miskin sempena Ramadan. Dan hari ini kami telah sempurnakan hajat sahabat semua.
MKP adalah perantara yang melaksanakan misi amal mengumpul dana untuk membantu keluarga daif, asnaf dan miskin sempena Ramadan. Dan hari ini kami telah sempurnakan hajat sahabat semua.
MISI KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang menyumbang dan memberi peluang untuk MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang .
#Misikamiprihatin
#indahsedekah
#TqAllah
Monday, May 27, 2019
Misi kami Prihatin 2019_ Bukan ku pinta
Menjejak Asnaf di Jugra, Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
Krew: PUSPANITA RTM
Biarpun Encik SUHAILI BIN MARSIDI cacat pendengaran tapi beliau boleh bertutur. Inilah satu kelainan nya berbanding OKU lain. Gegendang telinganya telah pecah menurut doctor yang pernah
merawatnya. Bagaimanapun ia berkait juga dengan faktor keturunan juga kerana ada kakak dan abangnya mempunyai masalah yang sama. Rumah yang kini didiami bersama 8 anak-anaknya adalah dibiayai oleh PZS pada tahun 2014..
Kedatangan kami disambut oleh isterinya yang masih dalam pantang. Bayi yang diribanya baru
berusia 25 hari dan sangat comel. Beliau begitu terkasima menerima kunjungan
kami yang juga bertindak sebagai jurucakap kepada Encik Suhaili.
Menurutnya, Encik Suhaili akan faham dengan
melihat pergerakan bibir ketika berbual. Dia akan fokus apa yang ditanya dan
memberi respon dengan segera. Jadi tiada masalah komunikasi mereka sekeluarga. Encik Suhaili mengiyakan apa yang dikatakan isterinya dengan tersenyumr. Menurutnya lagi kerana masalah pendengaran juga, pendapatannya tak menentu. Beliau sering mengharapkan ada buah sawit yang hendak di kait atau ternakan
yang hendak dijaga juga rumput yang nak
dipotong dan lain lain lagi. Walaupun beliau tidak memilih pekerjaan tetapi kerana masalah komunikasi membantutkan tugasnya.
Selain itu En. Shuhaili juga membantu isterinya berniaga rojak. Tetapi kerana isterinya bersalin perniagaan itu ditutup sementara
waktu. Kata imam yang menemani kami,, sedap rojak yang dijual nie. Tak lekang dari bibir mereka ucapan terima kasih dan mempelawa
datang lagi untuk menikmati rojaknya. Berbudi bahasa isteri En. Shuhaili. Alhamdulillah
Sebelum pulang, pihak kami juga menyampaikan sumbangan berupa voucer Kedai Hari-Hari bernilai RM100 untuk kemudahan mereka membeli keperluan raya. Manakala #begbiru juga disampaikan mengandungi barang keperluan harian termasuklah telekong.
Hari ini terpancar wajah ceria keluarga ini.MKP mendoakan keluarga ini skan berjaya satu hari nanti.
MISI KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang dan memberi peluang untuk MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang.
MISI KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang dan memberi peluang untuk MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019
Sunday, May 26, 2019
Misi Kami Prihatin 2019: Demi mak
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| anak perempuan setia menemani mak |
Bertuah PUAN JAMILAH ABD HAMID, 48 tahun, kerana mempunyai sepasang anak
yang bertanggungjawab. Ketika kunjungan kami, anak lelakinya sedang
membersihkan laman rumah manakala yang perempuan setia di sisi katil emaknya.
Dua beradik ini bukan sahaja pengganti aruah ayah mereka tetapi juga adalah
anak yang bertanggung jawab. Mereka saling bergilir menjaga emak mereka yang
terkesan kerana barah otak stage 4.
Walaupun bekerja tetapi emak tidak
ditinggalkan sendirian. Ini satu pengorbanan besar anak –anaknya yang
mendahului emak berbanding diri sendiri.
Menurut anak perempuannya, keadaan kesihatan emaknya merudum
selepas emaknya rebah dalam rumah dan lupa
seketika. Hingga kini mental ibunya
sukar dijangkakan. Kuman barah semakin aktif menyerang otaknya. Ia begitu
drastic dan amat memeranjatkan. Begitulah kehidupan, ALLAH memilih orang yang
layak menerima ujiannya dan kita juga diuji sejauh mana hak orang sihat untuk
membantu mereka yang memerlukan.
Puan Jamilah masih meneruskan rawatan kimo dan beliau akur
dengan nasihat doctor. Anaknya lebih memahami perubahan tindakan emak mereka kesan selepas kimo. Jiwanya
cepat sensitive dan kurang selera makan.
![]() |
| tag hospital di pergelangan tangannya |
Sebelum tinggalkan mereka, saya bersalaman dan mengusap kepalanya dengan memberikan pengharapan kepadanya. Lantas dalam pelukan itu..dibisikan di telinga saya ….”nak doakan makcik ya” bersama
nada sebak dan perubahan pada riak wajahnya. Saya cuba memahami maksud mendalam yang diluahkannya tapi saya juga manusia yang lemah. Hampir juga saya tak dapat mengawal perasaan. Sabar ye puan..insya allah kita sama2 doakan syifa ye.. Saya mudah tewas bila situasi
begini dan cuba mengalih tajuk. Saya maklumkan tujuan dan apa yang yang
dibawa dalam #beg biru itu..Ucapnya
sekali lagi terima kasih dan sayup mata
memandang. Saya renung dia lagi sehinggalah dia memejamkan matanya ...mungkin bagi meredakan keresahan jiwa yang terbungkam. YA ALLAH, Angkatlah penyakit nya dan gantikanlah dengan kesembuhan kepadanya tanpa meninggalkan sebarang kesan dan kekalkan kebahagian buat mereka sekeluarga.
![]() |
| Sama-sama kita doakan muga ALLAH bekalkan kekuatan dan ketabahan kepada family ini dan ada keajaiban kesembuhan buat Pn Jamilah. Insy ALLAH |
Berbahagialah ibu ayah yang memiliki anak-anak yang mampu
menguruskan sendiri ketika diperlukan. Syurga di
bawah telapak kaki ibu dan hargailah
ketika mereka masih bersama.
MISI KAMI PRIHATIN merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang
terlibat yang menyumbang dan memberi
peluang untuk MKP melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang .
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019
Misi Kami Prihatin 2019_berikan senyuman
Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
TeaM: PUSPANITA RTM
Para raut wajahnya nampak tenang. Menghulur salam dan
meraikan kunjungan MISI KAMI PRIHATIN kerumahnya. Menjemput kami masuk kerumah dan memperkenalkan isterinya kepada kami. Inilah gambaran kehidupan ENCIKMOHD ZAIDI JAIN.
Namun ayah kepada 3 orang anak ini sebenarnya sedang diuji
ALLAH. Anaknya yang sulung akan menyambung pelajaran di ILP manakala dua lagi masih di sekolaah menengah. Kedudukan ekonomi kilangnya tidak menentu membuatkan pekerja juga terbabit
menanggung risiko Dia yang telah lama bekerja kini terpaksa akur menerima gaji
basic sahaja tanpa elaun lain untuk kelangsungan hidup. Pada ketika kami temuinya
juga, beliau baru kehilangan motosikal. Itulah kenderaaan utamanya. Walaupun
laporan polis telah namun harapan untuk ditemui semula agak suram.
Kecewa..ye dia kecewa dan berkata..kenapalah tak dicuri harta daripada orang-orang kaya...??
Perasaan ini akan zahir daripada mulut sesiapapun tatkala diuji..mengapa saya tidak orang lain? Sedangkan, hakikatnya pasti ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik di penghujungnya .
Bertabahlah seketika lagi, dibalik hujan pasti ada pelangi menyinari.
MISI KAMI PRIHATIN turut menyumbang 2 kampit beras termasuk keperluan dapur, kit pejagaan diri dan sepasang telekong sejadah. Ini adalah hasil sumbangan para dermawan juga jualan projek wakaf dan infaq yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Sosial PUSPANITA RTM. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan bebannya sempena menyambut Syawal akan datang.
![]() |
| wakil en zaidi |
![]() |
| MKP turut bergambar kenangan |
Sesuatu yang mengujakan, berlaku tragedy yang tak diduga.
Ketika pemandu kami mengundur kenderaan, dia
terlanggar dengan meter paip air yang
tidak dipekung. Termanggu seketika kami satu van. Tapi wajah En Zaidi tenang
sahaja. Kami berjanji akan meminta pihak
masjid uruskan kerosakan pili air ini dan meminta maaf kepadanya. Kos pembaikan juga akan kami tanggung. Bagaikan
memberi sinar baharu kepadanya kerana semasa pembaikan dibuat pada hari
Ahad, paip tersebut didapati telah
rapuh dan perlu gantian. Rupanya takdir ALLAH itu lebih baik dan penggantian baru pun dibuat dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami. Takdir ALLAH mengajak kita berfikir lagi dan lagi.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#ramadan
Subscribe to:
Posts (Atom)




































