Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM
![]() |
| rumah pupple menjadi saksi |
Kekuatan seorang ibu adalah pada anak-anaknya. Apatah lagi apabila
di uji dengan pemergian suami tahun 2018. 6 orang anaknya yang masih di
bangku sekolah manakala selebihnya bekerja
sendiri di kampung dengan pendapatan
yang tak seberapa.
PUAN SAFIAH BT MESRAN merupakan ibu tunggal yang bangun
selepas kematian suaminya. Rumah pupple yang dikelingi pohonan sawit itu nampak suramnya. Anak-anaknya turut
menyambut kunjungan ini.Kami perhatikan wajah sayu anak –anak yatim ini . Mengusap ubun2 mereka, sebagai mengambil
keberkatan sunnah yang rasullullah pernah ajarkan. Semuga ALLAH merahmati anak2ini.
Kami cuba mendekati, tapi mereka seolah-olah lebih selesa
membisu seribu bahasa. Anak yang tak mengerti ini selesa untuk bermain sesama sendiri.
Itulah lumrah zaman anak-anak yang tak perlu memikirkan masa depan. Bertuah juga Puan Safiah kerana ada rumah peninggalan suami
untuk didiami. Biarpun terpaksa membayar kos pembinaan secara
beransur-ansur tetapi anaknya juga turut membantu.
![]() |
| bersama anak-anaknya |
MISI KAMI PRIHATIN cuba mendekati jiwa-jiwa kecil yang
sering terabai apatah lagi di luar bandar. Sekampit #begbiru dihulurkan kepada
Puan Safiah. Senyuman terukir di wajahnya cukup membahagiakan kami. Biarpun
bercampur rasa sayu itu adalah lumrah jiwa yang lembut hatinya. Mudahan sumbangan ini membantu mereka sekeluarga menyambut Syawal yang bakal tiba.
Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan misi
ini. Sokongan dan sumbangan diberikan menjadi amanah dan telah disempurnakan.
Semuga ALLAH ganjari berlipat ganda atas sumbangan yang telah diberikan. MISI
KAMI PRIHATIN adalah misi bersama PRTM.
#misikamiprihatin
#indahsedekah
#ramadan
#jugra2019
#jugra2019



No comments:
Post a Comment