Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan 1440
Team : PUSPANITA RTM
Pintu rumah diketuk
oleh Tuan Imam Kamarul Hisham. Beberapa kali juga salam diberikan. Team MISI KAMI PRIHATIN telah bersedia di depan pintu rumah bersama
beras dan sekampit #begbiru. Sayup kedengaran salam disambut dari bahagian dapur dan mempelawa kami masuk ke rumah
melalui pintu dapur.
![]() |
| warga emas perlukan pembelaan |
Pasangan warga emas
yang kami santuni ini tiada mempunyai
anak. Keadaan kesihatan juga
tidak mengizinkan mereka seperti warga emas lain . Pak Engku Husin hilang penglihatan sejak beberapa tahun lalu.
Manakala isterinya pula kurang sihat dan terhad pergerakan. Beliau memerlukan sokongan tongkat kaki 3 untuk bergerak.
Ketika kami sampai, Pak Engku berada di sisi meja makan
sambil menanti isterinya menghidang makanan berbuka. Tak dapat dipastikan apa
yang tersedia di atas meja tetapi kami yakin meraka antara warga emas yang sabar dan bersyukur dengan apa yang ada.
![]() |
| amanah disempurnakan |
Inilah ISTANA CINTA kita. Ia dibina dari nilai CINTA dan KASIH SAYANG hingga ke syurga.
Kesetiaan isteri kepada suami tidak diukur dengan harta. Pak Engku yang pada mulanya tak berbaju
tetapi ketika di ajak bergambar mencapai baju. Walaupun Pak Engku tak nampak
tetapi hatinya tetap cerah dan memahami.
Maafkan kami kerana kekangan waktu berbuka membataskan kami
untuk lebih mengenali dan menggali rahsia kekal bahagia rumah tangga hingga di
usia tua.
Mudahan ada keberkatannya rezeki yang disampaikan membantu memudahkan urusan mereka. Selain itu
rezki yang dimakan akan membantu memberikan kesegaran untuk mereka beribadah
dan kekal sihat.
#indahnya sedekah
#misikamiprihatin
#jugra019
#jugra019


No comments:
Post a Comment